Tatkala aku dalam kesedihan, keluarga adalah penyeri atau pengubat paling utama. Walau aku tak dapat ungkapkan dengan kata2 apa yang melanda di jiwa, namun aku tahu mungkin mereka perasan cuma tidak bertanya lebih. Ketika hubby tiada di rumah, aku melahirkan kesedihan
dengan tangisan. Hanya anak2ku yang cuba menghiburkan hati dengan kaletahnya di depan mata dan gerakan2 dari dalam rahim ini.

Entah berapa kali air mataku gugur kelmarin, namun setelah itu, hatiku reda, sedihku kian hilang. Aku harus kuat dan tabah. Suami dan anak2 sentiasa di sisi. Percutian yang kuimpikan tetap diteruskan walau bukan dengan tujuan yang asal. Hubby mengajak sahabat baiknya untuk bersama2 kami bagi meramaikan percutian kali ini. Aku tak sabar menanti waktu tibanya.

Zafran kini semakin rapat denganku dan adiknya. Bila ku tanya pada Zafran, 'mana adik?', dia akan tunjuk perut dan belai2 perutku. Adakalanya Zafran akan cium perutku umpama dia mencium dan menyayangi adiknya. Saban hari kumaklumkan padanya..
'Adik Zafran ada dalam perut umi. Tak lama lagi keluarla. Nanti zafran boleh main2 dengan adik ya..'
Zafran kelihatan riang sekali. Dibelai2 kembali perutku dan dicium2 berulang2kali. Adiknya di dalam pula memberi tindakbalas pada setiap perlakuan abangnya. Adiknya akan bergerak2 memberi tindakbalas. Pergerakan boleh dilihat dengan jelas kerana lapisan perutku turut
bergerak setiap kali si kecil di dalam bergerak. Perasaan ini, hanya para ibu yang dapat rasainya.
Walau kadang kala si ayah turut sama menyertai si abang memegang dan membelai si kecil di dalam, namun ianya hanya luaran. Ayah hanya dapat rasai tindakbalas dan gerakan luaran yang dilakukan oleh si kecil di dalam namun si ibu merasai lebih dari itu. Kasih sayang dan interaksi dalaman hanya ibu yang merasainya. Anak di dalam turut sama merasai apa yang dialami oleh si ibu samaada ketika tekanan, sedih, gembira dan lain2.

Malam tadi Zafran acapkali mengigau dan menangis dalam tidurnya. Beberapa kali hubby cuba menepuk2 untuk menidurkannya kembali namun Zafran tetap menangis dalam tidurnya. Jelingan bermaksud dari hubby beberapa kali sengaja tidak kuendahkan hinggalah akhirnya aku datang juga mendekati zafran.
'Tidur nak, umi kat sini...'
Sebaik sahaja aku bersuara, zafran terus senyap walaupun matanya tetap tidak dibuka.
"Hai, dengar suara je terus diam balik?", sahut si ayah.
Aku sekadar mengangkat kening dan tersenyum sumbing. Memang dah sampai masa untuk Zafran menyusu waktu itu. Walau dia terdiam dan lena sekejap, namun dia akan bangun kembali tidak lama kemudian untuk menyusu. Mungkin naluri ibu lebih kuat dari si ayah.

Ada seorang sahabat pernah bertanya kepadaku,
'Adakah aku tidak teringin kembali bekerja seperti dahulu?'.
Jawapan aku cukup mudah.
'Belum lagi buat masa ini. Aku gembira dengan kehidupanku kini. Aku dapat melihat anak2ku membesar di depan mata. Aku dapat menguruskan rumah dengan sekadarnya
walaupun tidak selengkap dan semahir para surirumah yang lain. Aku sangat suka dengan kerjayaku ini'.

InsyaAllah rezeki itu pasti ada. Mungkin tidak banyak yang aku dapat sumbangkan kepada suami dan keluargaku namun Alhamdulillah pendapatan kami masih cukup.
Allah permudahkan rezeki kami melalui suamiku.
Pernah suamiku berkata...
"Mungkin kita tak seperti orang lain yang ada rumah besar, kereta besar tapi kita tak tahu mungkin setiap hujung atau awal bulan mereka stress nak bayar hutang macam2. Kita ni walaupun macam ni, tapi Alhamdulillah belum lagi ada masalah kewangan setakat ini. Kalau tiba2 nak guna duit, duit ada. Kalau ada keluarga nak pinjam atau nak guna, kita takde masalah nak bagi atau bantu mereka"

Itulah suamiku, tetap bersederhana seperti mana aku kenalnya suatu tika dulu. Kadang2 aku mengusik,
"Hai tokey ni, duit berkepuk dalam purse, tapi belanja makan kat sekolah tu sama juga macam dulu. Kalau makan kat luar tu, sama juga menu yang dipesannya. Nasi goreng biasa dengan air suam atau teh o suam".
Sahut suamiku,
"A'ah, makan kat sekolah tu RM1 je selalunya. Dah biasa lah..heheh".
Kadang2 dia menjawab
"Apelah sangat bestnya makan kat luar ni, biasa je, banyak ajinomoto lagi adalah"

Dulu2, ketika kami masih bekerja di bawah 1 bumbung dan bercadang untuk berkongsi membeli kereta, kami pernah ikat perut dengan makan nasi lemak hari2. Kekasihku (@ hubby kerana waktu tu kami belum bernikah) akan membeli 4 bungkus nasi lemak setiap pagi untuk kami berdua. Sebungkus dimakan waktu sarapan dan sebungkus lagi untuk makan tengah hari. Hinggakan kami pernah ditegur dengan bos kerana makan nasi lemak hari2. hehehe kami berdua hanya tersengih..

Pernah juga dalam 1 ketika target sale kami tidak seimbang. Dengan gaji asas yang hanya dalam RM700 lebih, ditolak dengan epf, hanya sedikit yang tinggal. Kami bergantung kepada komisen sale semata2 untuk menambah pendapatan dan mencapai target membeli sebuah kereta. Sasaran jualan per individu dalam RM20-RM30ribu rasanya. Alhamdulillah bulan tersebut
aku berjaya melepasi sasaran jualan namun hubby gagal mencapainya. Andai tidak tercapai, maka hanya gaji asaslah yang diperolehi walaupun nilai sasaran yang gagal dicapai hanya kurang dari RM10ribu.

Lalu hubby berkomplot dengan bahagian akaun agar memasukkan kesemua jualan yang telah diperolehinya ke dalam jumlah jualan aku. Kerana pada pendapatnya, kalau dia tak bagi jualannya pada aku, dia tetap gagal mencapai sasaran jualan pada bulan tersebut dan tetap akan dimarahi oleh pihak atasan. Sekurang2nya apabila jumlah jualan aku bertambah, ia akan meningkatkan kadar komisen yang aku dapat.

Dan of kos lah aku dan hubby akan sama2 berkongsi hasil komisen tersebut walaupun dalam slip gaji hanya aku yang peroleh komisen berganda. Tak silap aku, aku perolehi komisen dalam RM4ribu lebih pada bulan tersebut dan secara tak langsung menjadikan aku top achiver jabatan jualan. Dan ia secara tak langsung juga mencantikkan slip gaji dan akaun bank aku bagi membolehkan kami membeli sebuah kereta Mayvi hitam yang sehingga kini masih lagi berbakti kepada kami. Mujur kami bertemu jodoh dan hidup bahagia hingga kini.

Namun konflik juga pernah berlaku menjelang raya bagi membuat keputusan siapakan di antara kami yang akan membawa balik kereta Myvi tersebut. Disebabkan kereta itu di bawah nama aku dan hubby sebagai penjamin, maka hubby mengalah dengan mencari kereta lain untuk dibawa balik beraya ke kampung pada tahun tersebut. Aku pula membantu hubby mencantikkan akaun dan bekerjasama dengan bahagian akaun untuk mencantikkan slip gaji. Big bos dan bahagian akaun memang memberi sokongan penuh kepada stafnya yang ingin membeli kenderaan sendiri. Surat sokongan diberikan oleh pihak syarikat manakala slip gaji kami edit sendiri dengan kebenaran pihak atasan. Waktu itu, Viva baru memasuki pasaran. Kami bercadang untuk membeli Viva namun malangnya setelah loan diluluskan, Viva pula kehabisan stok dan terpaksa menunggu hingga lepas raya. Dukacita sungguh dibuatnya, keputusan lain terpaksa diambil. Kami terpaksa memilih kancil kerana itu je stok yang ada menjelang raya. Dan raya pada tahun 2007 tersebut, aku balik ke Johor dengan menaiki Myvi Hitam manakala hubby balik ke Terengganu dengan Kancil Silver.

Sehinggalah awal 2008, pada bulan Februari, kami mengambil keputusan untuk bertunang dan 3 bulan selepas itu terus berumahtangga iaitu tanggal 31 Mei 2008. Raya tahun tersebut tidak lagi bergaduh nak balik kampung guna kereta apa tetapi mengundi untuk balik beraya di kampung siapa dahulu....

Category: | 0 Comments

Semalam, seharian aku bersedih. Mulanya aku rasa gembira, gembira kerana sangkaan untuk bersama mereka akan dapat dirasai semula setelah sekian lama terpisah kerana sibuk dengan komitmen masing2. Tiba2 menjelangnya Bulan Mei ini, tercetus idea untuk berjumpa dan bercuti bersama2 sambil meraikan event2 yang dulunya sering dibuat bersama2. Ketika zaman belajar dahulu, bulan Mei adalah antara bulan yang ditunggu2 kerana lazimnya pada bulan inilah kami semua akan membuat majlis kecil2an untuk kami bersama.

Majlis utama adalah majlis ulangtahun kelahiran untuk kami. Seramai 9 orang sahabat yang kami gelar kroni, 4 orang daripadanya menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Mei. Even aku sendiri yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan has, hanya dibezakan dengan waktu kelahiran.
Aku ingat lagi antara memori kami ketika menyambut ulangtahun kelahiran kami bersama2...
1. Keluar beramai2 dan menyambutnya di salah sebuah restoran di JB
2. Memasak di rumah sewa keluarga Iza dan makan ramai2
3. Buat bbq di waktu malam di belakang S25
4. Masak simple dan makan ramai2 di dalam sebuah bilik yang agak besar di tingkat 3 S19

Memandangkan sebelum ini, mereka turut bercadang untuk bercuti ke Genting sebelum berlangsungnya perkahwinan seorang lagi kroni pada bulan Jun ini, namun awal2 aku terpaksa menolak memandangkan keadaan aku yang kurang sesuai untuk ke tempat
sebegitu pada waktu begini. Justeru, mungkin sebagai mengurangkan rasa bersalah aku mencadangkan kepada mereka percutian ke Melaka
pada awal Mei ini. Aku dengan rela hati menguruskan penginapan, merancang xtvt dan jadual perjalanan memandangkan mereka semua sibuk dengan hal masing2.
Antara tujuan dan motif percutian ini...

Tujuan : Eratkan silaturrahim sambil menyambut hari istimewa anda...
Antara hari2 istimewa tersebut:-
1. Besday boy or girl utk bulan April, Mei serta sepanjang tahun
2. Selamat Hari Pekerja
3. Selamat Hari Ibu untuk para ibu dan bakal ibu
4. Selamat Hari Bujang sebelum anda dinikahkan
5. Ulangtahun perkahwinan pada yang telah berkahwin

Tarikh : 1-2Mei2010
Lokasi : Melaka

Antara xtvt :-
1. Pot Luck
2. Melawat tempat2 menarik di melaka
3. bbq

Budget : Bawah RM300 seorang
Boleh bawa teman

Pertama kali menyambut Hari Pekerja kerana pada tahun inilah kesemua kroni telah berjaya mendapat kerjaya masing2 berbanding tahun2 sebelumnya, masih ada 2,3 orang yang menyambung pelajaran dalam bidang masing2.

Pada tahun ini juga, InsyaAllah 2 orang lagi kroni bakal mendapat anak sulung mereka pada bulan Julai ini sementara Nora telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Mac lalu dan aku pula pendahulu liga setakat ini dengan bakal memasuki anak kedua Jun@Julai ini. Peristiwa bersejarah bagi para ibu dan bakal2 ibu.

4 orang masih lagi menyambut hari bujang dan seorang bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya pada Jun ini.

Juga ulangtahun perkahwinan kedua bagi salah seorang kroni yang telah berkahwin pada bulan April manakala aku dan suami di penghujung Mei.

Dengan pelbagai event yang kebetulan jatuhnya banyak pada bulan Mei, aku teruja untuk melaksanakan percutian ini pada minggu hadapan yang jatuhnya pada awal Mei.

Sehinggalah semalam, aku mendapat keputusan negatif dari semua kroni dengan alasan masing2. Nampaknya impian aku untuk bersama2 mereka pada Mei kali ini tidak kesampaian. Kenangan2 sewaktu bercuti dan bersama2 mereka di zaman belajar dulu hilang berkecai buat seketika dari minda.

Aku tak tahu kenapa aku rasa sayu dan sedih sekali. Bilik yang telah dibooking untuk mereka nampaknya terpaksa dibatalkan. Mujur juga pembayaran deposit belum lagi dibuat. Beginikah rasanya dikecewakan atau aku yang terlalu mengharapkan kehadiran mereka bagi mengembalikan nostalgia silam. Ada yang telah bertahun2 tidak berjumpa. Sesungguhnya aku rindu sekali ingin berjumpa dan berkumpul beramai2 dengan mereka semua...

Mungkin hanya berupaya berjumpa mereka di majlis perkahwinan salah seorang kroni pada Jun ini. Mungkin... Andai dizinkan Allah

Category: | 0 Comments

Ape topik aku nak mulakan ni...
1. Cuaca dan suhu yang semakin panas
2. Perkembangan anak sulung dan bakal anak kedua

Akhir2 ini, suhu dunia semakin meningkat terutamanya di Malaysia. Aku kata Malaysia kerana kepanasan ini bukan aku sahaja yang rasai tetapi keluarga aku di kampung pun turut merasainya. Kalau rumah di kampung yang masih banyak pokok2 hijau pun dah panas patah lagi kami sekeluarga di Shah Alam yang duduk di hutan batu ni. Fuhhh...panas.
Kipas di on kan ke tahap maksima hampir 24jam sehari bagi mengurangkan tahap kepanasan namun tidak banyak membantu sangat. Air di pili pun panas dan tidak sesejuk air kolam mahupun perigi walaupun jam menunjukkan angka 3am-7am.

Aku dan suami masih boleh bertahan namun anak sulungku nampak gaya cuba juga untuk bertahan walaupun badannya semakin banyak ditumbuhi ruam kerana berpeluh dan kepanasan. Kesian aku tengok Zafran. Nak lumur ubat ruam di tangan dan kaki tapi kena tunggu waktu tidur sahaja untuk mengelakkan ubat beracun itu masuk ke mulutnya. Malam ini, si kecil tidur tanpa berbaju seperti selalu bagi mengurangkan tahap kepanasan dan perpeluhan pada anggota badannya.

Sana sini ramai mengeluh kerana suhu yang semakin meningkat tapi mungkin ramai tidak mengambil iktibar atas peringatan yang diberi olehNya.
Cuba masing2 renungkan apakah yang telah kita sumbangkan dan lakukan sehingga suhu dunia semakin meningkat seperti ini dan apakah inisiatif atau pengajaran yang sepatutnya diambil daripada situasi kini... Ketuk minda, tanya iman..

Ahmad Zafran kini sudah berumur 1 tahun 2 bulan. Sudah semakin memahami apa yang diperkatakan atau diperintahkan oleh umi dan ayah. Juga semakin hari semakin matang untuk menguruskan perkara2 mudah berkenaan dirinya dan kadangkala tingkahlaku tanpa sedarnya menyindir aku.huhu..
Antara rutin yang semakin mahir Zafran lakukan:-
1. Nak minum : ambil cawan untuk air kosong dan ambil botol susu untuk minum susu
2. Nak makan : ambil segala bekas makanan yang dia nak, cth nk biskut ambil tin biskut, nak koko crunch ambil bekas isi kokocrunch, nak nasi ambil pinggan atau mangkuk
3. Nak mandi : pegang baju, letak baju kotor di tempatnya, masuk bilik air terus
4. Lepas mandi : ambil bedak, ambil pampers dan baju bersih
5. Nak keluar jalan : amik stokin dan kasut
6. Nampak umi atau ayah bersiap, terus tunggu kat pintu nak ikut
7. Kalau aku bagitau nak solat, dia terus tunjukkan telekung aku
8. Kadang2 lepas aku solat, dia tolong nak ambilkan Al-Quran atas rak untuk dibaca
9. Pantang nampak kucing dan cicak, pasti nak dikejar dan dibuat main kalau dapat tangkap
10. Mulut dah semakin galak bercerita tapi aku sendiri tak faham apa yang si kecil beria nak cerita. Yang aku faham, dia sebut "ah..ah..ish..ahh.." kadang2 nak tergelak tengok dia asyik bercerita sambil buat aksi yang aku tak faham isi ceritanya
11. Asik nak berjoget dan bergoyang lagi2 kalau dengar muzik
12.Dah mula melompat dan memanjat. Makin laju panjat tangga lagi2 kalau ade orang nak halang dia. hari ini, belajar panjat kerusi kat meja ni semata2 nak main laptop. Sofa dah jadi bahan lompatan dia lagi2 kalau ade tilam kat tepi sofa
13. Suka tutup pintu terutamanya pintu nak keluar rumah. (2x pintu terkunci dengan dia di dalam dan aku di luar sedang jemur baju)
14. Aku rasa kini Zafran agak manja maybe kerana tak lama lagi nak dapat adik. Bila cium umi dan ayah, akan cium beria dan peluk kuat2 dan cium lama2. Suka duduk di riba dan peluk kami berdua dengar erat bila2 masa dia suka
15. Sudah mula pandai bersalam dan cium tangan kepada sesiapa sahaja dan amat gemar mencium dan bermain dengan baby2

Rasanya banyak lagi perkembangan positif yang terdapat pada dirinya. Permainan yang dimiliki juga kebanyakannya untuk kanak2 yang lebih dewasa darinya kerana dia suka mengekplore. Kadang2 akan menyimpan semula permainan bila diminta dan kadang2 buat boolayan je..

Tentang bakal adiknya pula, kami telah menyediakan nama untuknya. Usia kandungan rasanya kini 28 minggu. Baby di dalam rahim semakin aktif bergerak tak kira masa. Waktu malam, sukar untuk aku lelapkan mata jika baby bergerak sangat aktif. Aku juga kini mudah mengah maybe kerana perut dah semakin membesar. Aku dah kurang rajin pergi ke shopping komplek lama2 kerana aku tak boleh berdiri lama sangat nanti rasa nak pitam.

Zafran kupaksa mengalah untuk kurang menyusu badan kerana dada semakin sensitif dan sakit, akibatnya zafran akan mengamuk dan menjerit kuat2 kerana tidak puas hati tak dapat menyusu badan. Persediaan untuk bakal anak kedua tidak banyak dilakukan kerana keperluan daripada kepunyaan Zafran dulu masih elok dan boleh digunakan semula. Mood aku memang kadangkala tidak menentu kerana aku mudah letih lagi2 tatkala baby terlalu aktif di dalam manakala zafran pula terlalu aktif rutin hidupnya. Bila aku keletihan, pasti ada yang jadi mangsa lagi2 bila kesabaran menipis.
huhuhu...

Aku tak sabar menanti kehadiran cahaya mata kedua agar Zafran cepat mempunyai teman bermain, namun aku tidak pasti samada aku telah bersiap sedia mental dan fizikal mendepani hari2 mendatang.

Alhamdulillah, seperti tahun kelahiran Zafran juga, nampak gayanya tahun ini, emak dan abah turut bakal mendapat 3 orang cucu sekaligus dalam tempoh 2 bulan. Aku dijangka melahirkan anak kedua pada awal bulan Julai, abang ke4 aku juga dijangka bakal mendapat cahaya mata kedua pada pertengahan atau hujung bulan Julai manakala kakak ketiga aku juga bakal mendapat zuriat kedua pada awal bulan Ogos. Syukur, InsyaAllah emak dan abah akan mendapat cucu hingga ke 26 dalam tahun ini.

Kalau tahun lepas, Kak Nah (kakak no 3) lahirkan Kayra pada penghujung bulan Januari dan Zafran lahir pada pertengahan Februari, tapi tahun ini, adik zafran akan lahir dulu sebelum adik Kayra. hehehe...

Keluarga semakin besar. Seperti kata adik tadi, "tengok bakala...baka jawa ni kebanyakannya anak ramai2"..
Rezeki. Yang penting, anak sebagai amanah dari Allah untuk kita didik dan asuh menurut lunas2 Islam.

Ape itu makna sebenar garang? Adakah ia suatu perkataan yang baru ditimbulkan dari bibit2 mulut ke mulut berdasarkan karektor dan tabiat seseorang. Aku belum lagi berjumpa definisi garang dengan jelas walaupun telah cuba bertanya kepada pakcik google mahupun makcik wikipedia. Kamus tatabahasa BM sahaja belum aku rujuk.

Definisi tegas juga belum aku jumpa kecuali aku rujuk kepada kamus BI yang bermaksud firm. Ramai yang bersetuju mengatakan aku garang, melalui undian di FB petang semalam. Yang mengundi adalah di kalangan kroni, teman2 dan juga mereka yang mengenali aku secara detailnya. Sebelum ini, yang menilai aku garang adalah di kalangan mereka yang kenal aku secara lahiriah, namun kalau yang rapat pun mengatakan aku garang, maka aku terimalah dengan hati terbuka yang aku ini kategori bersifat garang. hahaha...


Teringat antara ayat2 mereka yang pernah kenal aku..
"Ini bekas bos aku dulu. Garang giler, dia masuk je, aku cuak kalau ada kerja tak siap..."
"Ini salah seorang staf saya, jaga2 dengan dia. Mulut dia pun laser macam saya jugak.."
"Masa maula2 kenal akak ni, saya takut nak tegur sebab nampak garang. Bila dah kenal, poyo la akak nih.."
"Jaga2 dengan orang tu, dia tu cerewet dan laser.."
"Akak ni muka garang, takde senyum, pandang pun semacam je..."
"Ko ni garang lah anur, takut budak2 tu nak tegur ko. Atau..kau ni saje buat2 garang?..hahaha.."

Mungkin aku terpengaruh dengan didikan dan latarbelakang keluarga aku.
Adik beradik aku expecially abang2 yang tua aku kata, "Mak tu dulu garang. Kalau lah dulu ada teledera, rasanya ada anak mak yang call teledera cakap maknya garang"
Mak memang tegas dalam mengajar anak2nya berbanding ayah.
"Selepas maghrib, wajib mengaji. Sesiapa tidur selepas subuh, rezeki tak masuk dan jangan sarapan. Bangun tidur, kemas tempat tidur terus. Lepas makan, basuh pinggan dan cawan sendiri. Jangan ada sesiapa tengok TV waktu maghrib. Kalau keluar, sampai rumah sebelum maghrib." Itu adalah antara peraturan2 asas yang wajib dipatuhi.

Kakak sulung aku pun tersangatlah garang. Pantang buat silap, siap la kena.. Mungkin kerana adik beradik ramai dan dia pula perempuan sulung. Abang2 yang atas semua tak bleh diharap buat kerja rumah. Tapi atas kegarangan kakak sulung aku itulah dulu aku rajin belajar dan cepat memahami pelajaran.
Abang sulung aku juga garang orangnya. Bila abang sulung dah garang, mak dah kurang garangnya maybe kerana ada pengganti.
"Mandi @ berkubang dalam parit lama2..alamatnya kaki kena sebat dengan batang kayu. Balik malam2, tidur luar rumah. Lambat mandi petang, tidur dengan kambing. Nakal je kena marah, nangis lebih2 kena duduk luar rumah, silap2 kalau kurang ajar..pelempang naik ke pipi." Huh..

Namun, aku berterima kasih kepada mereka. Berkat didikan, asuhan, kegarangan dan ketegasan merekalah aku berjaya kini.
Mereka kata, "marah kerana sayang, garang kerana nak didik agar jadi orang berguna, tegas agar kau ingat pengajaran tu sampai bila2.."

Category: | 1 Comment

Sangat lama tidak mengupdet blog. Even bisnes punya web pun dah bersarang. Hanya di web lelong yang sering kali diupdet kerana hari2 aku jenguk emel, maka segala pesanan dan bayaran pelanggan turut diupdet melalui emel.

Semenjak kembali dari kampung semasa cuti sekolah bulan lalu, tahap kemalasan melebihi daripada biasa. Urusan rumah tangga mahupun jual beli agak slow. Tapi alhamdulillah, sale bulan lepas tetap melebihi paras minima seperti yang sering diajukan mak..
"Untung bulan ni ada ke sampai RM...?" . Berkat doa mak, keluarga dan bimbingan suami, kemasukan bulanan tetap stabil walau bulan lepas kalau dihitung debit & kredit dalam akaun maybank, baki hanya tinggal seciput cuma kerana keborosan berbelanja sepanjang percutian yang lalu..hehehe...

Kesihatan juga baik cuma mungkin disebabkan banyaknya melantak semasa musim kenduri yang lalu dan kurangnya aktiviti berkemas, maka berlakulah peningkatan berat badan yang melebihi sepatutnya. Kenaikan 2.5kg dalam 1 bulan menjadikan aku terkejut umpama tidak percaya kerana itu adalah kenaikan tertinggi pernah direkod sepanjang sejarah aku mengandung. Bulan ini, aku perlu pastikan berat badan tidak naik mendadak. Usia kandungan sudah memasuki 26 minggu semasa aku membuat pemeriksaan 2April yang lalu. Baby sihat dan kini sudah mencecah 1kg. Hanya tinggal 14minggu lagi sebelum lahirnya zuriat kedua. InsyaAllah semoga semuanya lancar. Amin..

Category: | 2 Comments

Popular Posts