Sabtu, 12 Jun 2010, 29 Jamadil Akhir mencatat satu sejarah baru buat diriku dan keluarga kami. Selesai bersarapan, aku melantak durian sepuas-puasnya. Rasanya lebih sebiji yang ku telan sendiri. Pesan mak agar jangan makan banyak2, ku ambil sambil lewa kerana satu kerugian besar padaku jika tidak makan sepuasnya durian yang enak pagi ini sebelum aku
berpantang selepas ini. Hahaha..telahanku agak tepat. Sakit yang kurasa sejak malam sebelumnya rupa2nya adalah petanda bakal kelahiran orang baru dalam tempoh terdekat.
Puas melantak durian, petanda kedua telah kelihatan. Aku mandi sepuasnya agar badan lebih segar. Abg Mat dan isteri menasihatkan aku agar makan terlebih dahulu. 2 biji telur
separuh masak aku telan sebagai pemberi tenaga. Syukur, Abg Mat sekuage dan Kak Ya sekuage ada di rumah. Keriuhan anak2 saudara yang merupakan sepupu Zafran melekakannya
bermain hingga tidak menyedari apa yang terjadi pada diriku.

Kira2 jam 11pagi lebih, suami menghantarku ke hospital Batu Pahat. Sampai di hospital, bukaan baru sahaja 3cm. Aku dimasukkan ke wad menunggu dan hubby setia menemani di sisi. Kira2 terdapat 8 orang ditempatkan di satu wad dan hanya seorang yang telah melahirkan anak. 7 orang dalam proses menunggu. Sakit sudah semakin kerap namun bukaan masih juga tidak bertambah. Dari petang membawa ke malam, air ketuban tidak juga pecah. Hinggalah pemeriksaan kali ke 4, kira2 jam 9.30 mlm, bukaan menjadi 4cm. Jam 10.10 malam aku telah berada di bilik bersalin. Segala keperluan disediakan, air ketuban terpaksa dipecahkan. Sakit semakin terasa, tak terluah dengan kata2. Hubby di sisi tidak putus membaca selawat, mengusap dan meniup ubun2ku bagi meredakan dan menyabarkan aku. Waktu terasa lambat sangat berlalu. Kalaulah ajalku tiba di saat itu, sememangnya aku belum bersedia menghadapinya. Dan tepat jam 10.40mlm, bayi lelaki kami selamat dilahirkan secara normal. Dengan berat 3kg, kepanjangan 48cm dan ukurlilit kepala 34cm.

Selepas bayi dilahirkan, aku jangkakan cukup sampai di situ kesakitan teramat yang aku rasai, namun aku silap. Setelah siap dijahit, aku disyaki berlaku pertumpahan darah. Para doktor pelatih, bidan serta jururawat melakukan pemeriksaan yang cukup memeritkan membuatkan aku trauma teramat pada kelahiran kali ini. Tindakan mereka menjadikan aku.... arrgghh kalaulah aku sihat, mau aku lempang mereka satu2 gaknya coz telah berjaya membuatkan aku trauma dan terasa serik nak bersalin lagi selepas ini. Keadaan di bilik bersalin sangat sibuk. Para ibu keluar masuk, tiada bilik yang kosong. Kesemua staf di unit bersalin juga tidak menang tangan menyambut kelahiran2 baru. Terdengar salah seorang bidan berkata, pelik melihat terlalu ramai para ibu yang melahirkan anak pada malam ini, mungkin kerana bakal menyambut Bulan Rejab iaitu bulan Allah dan seterusnya membolehkan para ibu menyambut Ramadhan sebaik sahaja habis berpantang 60hari. Aku menyetujui apa yang diperkatakan oleh bidan tersebut. Sememangnya aku berharap dapat menyambut Ramadhan dan berpuasa penuh. Syukur dan tahniah kepada semua para ibu serta para warga unit bersalin Hosp Batu Pahat.

Jam 2.30pg baru aku disorong kembali ke wad beserta bayi di kendongan. Mujurlah bayiku diletakkan di sisi, sekurang2nya meredakan kerinduanku pada Zafran yang berada di rumah tanpa umi dan ayah di sisi sejak pagi tadi. Setelah segalanya selesai, hubby pulang ke rumah kira2 jam 3pg untuk berehat. Malam itu, bukan aku sahaja yang bersalin namun hampir keseluruhan penghuni wad yang sama denganku turut melahirkan bayi mereka dan secara kebetulan kesemuanya bayi lelaki.

Kerinduan kepada anak sulung tidak terucap kerana aku tidak pernah berjauhan dengannya melebihi 12jam. Mujurlah aku dan bayi tiada apa2 masalah dan kami dibenarkan pulang pada tengahari Ahad itu juga. Sayangnya Abg Mat sekuage tidak sempat menemui bayiku kerana mereka terpaksa balik ke Kuantan di pagi Ahad. AKu tiba di rumah jam 2.30 petang dan ketibaan kami disambut oleh mak, abah dan Zafran. Zafran agak hairan melihat aku
balik bersama seorang bayi. Kami perkenalkan kepadanya, itu adalah adik Zafran yang selama ini Zafran belai dari perut ummi. Zafran tidak lekang dari duduk di sisi adiknya dan memerhatikan bayi yang sedang tidur.

Aku dan hubby sepakat menamakan anak kedua kami Ahmad Afdhol yang bermaksud Yang Terpuji Yang Utama.

Hari ke 5, Ahmad Afdhol terkena penyakit kuning, Bacaan hari pertama adalah 11.9 dan meningkat 13.9 pada hari kedua. Hari ketiga Ahmad Afdhol terpaksa ditahan di Hospital kerana bacaan terus meningkat 15.4. 2 malam aku menemani Afdhol di wad dan membuatkan aku berjauhan dengan Zafran lagi untuk 3 hari. Keluarga mertua datang dari Terengganu pada hari Jumaat untuk melawat cucu baru mereka. Sayanganya mereka tidak dapat bermesra
lama dengan Afdhol kerana Sabtu malam mereka terpaksa balik ke Terengganu dan Afdhol pula ditahan di wad pada Sabtu petang. Pagi2 Ahad, hubby dan Zafran telah sampai ke hospital untuk melawat kami. Sayangnya Zafran tidak dapat berjumpa Afdhol dan aku hanya dapat bermain2 dengan Zafran di luar wad sahaja. Tengahari mereka dah pulang ke rumah. Hubby terpaksa mengambil cuti pada hari Isnin kerana Afdhol hanya dibenarkan pulang selepas bacaan hanya tinggal 12.

Selama 35 hari aku berpantang di rumah orang tuaku. Emak orang yang paling banyak membantuku terutamanya dari segi makanan, pakaian dan menguruskan anak2ku. Hubby pulang setiap hujung minggu. Dan dalam tempoh itu aku cuba berpantang sebaik2nya tidak seperti sewaktu berpantang anak sulong yang mana aku berpantang ikut suka. Dalam tempoh itu juga aku offline terus dari dunia internet.

Entry ni aku dah taip sewaktu di kampung lagi, tapi baru hari ini aku rajin nak upload. Mujur tak beku terus masuk arkib laptop ni...


umur 2 hari
umur 30 hari


bersama 2 sepupu dan Zafran


umur 40 hari


Category: | 0 Comments

Popular Posts