Author: anur malati on
Tuesday, June 21, 2011
Allah beri kami peluang sekali lagi.. Syukur Alhamdulillah...
Ketidakselesaan bermula pada cuti sekolah yang lalu semasa berada di kampung. Sebelum kecelaruan fikiran berterusan, eloklah dapatkan kepastian agar langkah penjagaan dapat diambil. Pengujian dilakukan dan hasilnya seperti yang dijangka..POSITIF!!..
Tak tau nak gambarkan macam mana, nak tergelak pun ada, nak terharu pun ada, nak rasa sedih pun ada. Nak tergelak sebab macam tak percaya betul ke nih.. Terharu kerana kami plan memang nak dapat dalam tahun depan dan bukan tahun ini dan Allah perkenankan bulan lepas bermulanya dan dijangka pertengahan atau penghujung Januari 2012 kelahirannya. Sedih kerana dijangka susu untuk Afdhol bakal berkurangan dan bermakna aku perlu membekalkan zat secukupnya untuk keperluan aku dan bakal kelahiran baru. Niat untuk menyusukan Afdhol sehingga umur 2tahun mungkin tidak kesampaian kerana adiknya bakal lahir tatkala umur Afdhol menjangkau 1 tahun 7 bulan. Sekarang ini pun aku sedang berjuang untuk menyusukan Afdhol sebanyak2nya dan dalam masa yang sama menjaga kesihatan diri dan keperluan bakal baby.
Setakat ini, hanya keluargaku yang tahu tentang kandunganku yang baru masuk minggu ke 8. Keluarga mertua masih belum tahu secara rasmi, sengaja didiamkan dulu memandangkan adik iparku juga sedang mengandung anak sulung. Pasti keluarga mertua lebih fokus kepada cucu ke3 daripada anak kedua mereka yang dijangka akan lahir pada penghujung tahun ini.
Sahabat2 dan kroni2 rapat aku juga belum mengetahui secara rasmi cuma mereka hanya boleh meneka2 dengan status2 pelik aku akhir2 ini. Memang segaja tidak mahu umumkan secara rasmi kepada mereka kerana setiap mereka ada pandangan positif dan ada yang agak negatif. Aku belum bersedia untuk mendengar kata2 yang agak sinis tentang rezeki yang Allah kurniakan kepada kami.
Kadang kala aku cuba lali dan abaikan kata2 yang agak sinis. Aku dan suami berpendapat, selagi masih kuat dan mampu, dapatkanlah zuriat secepat yang boleh seperti yang ingin dicapai. Selepas cukup jumlahnya, bolehlah rehat secukupnya dan fokus kepada persekolahan mereka. Usia pun dah semakin menginjak ke angka 30 tahun depan. Bukan muda lagi. Jika mengandung di usia melebihi 35 tahun, risiko kehamilan juga semakin tinggi. Kami memang nak anak ramai, tak cukup setakat 2 orang. hahaha.. kalau ada rezeki, kalau boleh minimum 4, seafdalnya 5 dan tidak melebihi 7. Rasa2nya tak sempat nak dapat 7. Target kini 5 sahaja.. Hahaha..sempat kah? Wallahualam. Kalau dapat twins, cepat lah sikit prosesnya dan boleh rehat lama sikit.. kuikuikui...
Beberapa orang pernah nasihat, selagi masih larat, dapatkan anak cepat2, rapat2 sikit pun takpe tapi jgn terlalu jarang sampai beza 4,5 tahun. Sebab bila terlalu jarak, letih menjaga anak kecil tidak akan hilang. Tapi itu pendapat dan rezeki masing2lah. Cuma kami bersetuju dengan pendapat tersebut kerana bila usia semakin meningkat, tenaga untuk menguruskan si bayi juga semakin berkurangan. Sekarang ni, semua masih kecil dan belum bersekolah, urusan menjaga, menyusukan, bermain, belajar mereka juga tidak jauh levelnya. Buat sekaligus orang kata..hehehe. Nanti mereka akan masuk musim persekolahan pun dalam selang setahun hingga 3 tahun..
Trimester pertama kali ini memang dirasa agak lain dari 2 kandungan yang sebelum ini. Alahan kali ini agak mudah mual dan loya tapi tiada muntah. Selera juga agak bertentangan dengan lazimnya sebelum ini. Hari2 fikir nak masak apa tapi tak tahu selera nak makan apa. Bukan aku sahaja yang hadapi alahan kali ini tapi hubby pun macam terkena tempiasnya. Hubby hingga kini masih lagi alami sindrom kurang selera makan dan tidak sedap badan. Kadang2 asyik rasa nak demam dan panas badan dalam. Dulu aku memang malas nak masak. Kali ini ada rasa nak masak tapi yang peningnya asyik dok fikir nak masak apa coz tak tahu nak makan apa. Selera asyik berubah2..huhuhu.. bila makan, rasa dah cukup perlu berhenti makan terus kerana kalau diteruskan makan maka akan timbul loya dan mual. Lauk seperti ikan keli, ikan air tawar dan seafood terus takde dalam list. Milo kegemaran dah tiada dalam peti, yang ada hanya air soya.
Harap2 alahan seperti ini akan berlalu tidak lama lagi. Dan semoga aku diberi kekuatan untuk menjaga kesihatan diri dan memberi keperluan secukupnya kepada bayi dalam kandungan dan susu untuk Afdhol yang masih menyusu badan. Sokongan dan kerjasama dari suami dan anak2 hingga kini masih utuh dan harap terus utuh sehingga bayi ini lahir nanti. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan segala urusan...
Category: |