Suatu pagi, seorang ibu bangkit dari tidurnya. Badan terasa seram sejuk. Tekak rasa loya seperti ingin memuntahkan sesuatu. Kepala berdenyut2 pening.

"Kenapa aku rasa macam ni," ujarnya di dalam hati.
Beberapa hari ibu itu mengalami keadaan sebegitu. Rasa pelik mengganggu jiwanya kerana perasaan dan keadaan begini pernah dilaluinya kira2 20-40 tahun yang lalu.
"Adakah aku bakal mendapat seorang lagi ....?", soalnya kepada diri sendiri.
Apa yang dilalui tidak diceritakan kepada suami mahupun anak perempuan yang duduk bersamanya di rumah itu. Suami mahupun anak perempuannya hanya menyangka ibunya kurang sihat memandangkan usia sudah melebihi setengah abad.
"Anak aku yang mana melalui pengalaman seperti yang aku lalui sekarang ini?", desis hatinya.

Di antara 9 orang anak dan menantu, firasatnya kuat mengatakan anak yang no 8 melalui pengalaman seperti apa yang dirasainya kini. Perkara itu didiamkan sehinggalah beberapa hari kemudian anak no 8 menghubungi ibu ini di kampung dan memaklumkan perkara tersebut.

Si ibu hanya tersenyum di dalam telefon kerana jangkaannya tepat. Sehinggalah anak no 8 tersebut pulang ke kampung pada penghujung tahun 2009 yang lalu, baru si ibu mengkhabarkan kepada si anak apakah yang terjadi kepadanya beberapa hari sebelum si anak menghubunginya memaklumkan kehadiran bakal orang baru dalam keluargannya 7 bulan akan datang.

Category: | 0 Comments

0 comments to “Naluri Seorang Ibu”

Popular Posts