15Disember nanti genaplah umur Ahmad Afdhol@adik berumur 6 bulan. Perkembangan terbaru, adik kini sedang belajar untuk merangkak. Baru berupaya untuk mengangkat punggung sekejap2. Mungkin telah jemu asik bertiarap sejak umur 4 bulan.


Dalam usia semuda itu, adik seringkali menjadi sasaran abangnya untuk melepaskan geram atau sebagai bahan usikan. Kerana kecuaian aku atau hubby yang kadang kala terlepas pandang, si adik menjadi mangsa. Kadang kala kesabaran aku hilang terus melihat kenakalan si abang mengusik si adik. Hari ini sahaja, pelbagai ujian dihadapi Afdhol dalam mendepani tingkah abangnya, Zafran.
Pagi, sedang si adik ralit memerhati sepupunya bermain, datang si abang menampar adiknya tiba2. Mungkin si abang nak bermain dengan adik, tak puas kalau tengok adik hanya diam, abang nak dengar suara adik sampai ditampar muka dan badan si adik sampai adik menangis.

Sedang aku leka menukar langsir di bilik abah, adik menjerit lagi. Si wafa, anak saudaraku datang sambil mengendong si adik sambil menceritakan apa yang berlaku. Si abang geram akan adik, lalu mencengkam wajah si adik sehingga wajah adik luka bercalar di bahagian dagu dan pipi kanan. Ketika kejadian, Hubby baru sahaja keluar dari bilik untuk mencari sapu tangan kerana si abang selsema. Sedar sahaja si ayah dah keluar bilik, abang yang sedang bermain sendirian terus beralih kepada si adik yang leka bermain dan berbaring sendirian di atas katil.

Malam menjelang, adik tidur lena di dalam buaian. Azan Isyak berkumandang, aku yang masih bertelekung berhasrat nak terus solat. Tup2 adik di buaian terus menangis, sedar dari lena. Aku meminta bantuan kak ya untuk tolong angkat adik dari buaian dan jagakan sehingga aku selesai solat. Tapi sayangnya si abang lebih pantas menerpa ke bilik sebaik sahaja mendengar adik menangis. Wafa tidak sempat menghalang tindakan pantas si abang yang terus menuju ke buaian si adik. Sebaik sahaja kak ya sampai ke bilik untuk mengambil adik, adik telah jatuh dari buaian dan mengiring di atas lantai. Terjerit aku dan kak ya melihat si adik telah berada di lantai. Rasa nak luruh jantung melihat keadaan adik. Tidak tahu apa yang berlaku sebelumnya, khabar dari wafa mengatakan si abang telah membuatkan si adik terjatuh tanpa disengajakan. huhuhu...

Harap2 adik tidak mengalami sebarang komplikasi dalaman terhadap sebarang kejadian. Keaktifan si abang sedikit sebanyak dilempiaskan kepada si adik. Sehingga hari ini, aku lihat, adik masih tabah dengan tindakan si abang. Mungkin kerana adik masih belum mampu melawan dan menangkis perilaku si abang padanya. Jika tubuh adik mampu bertahan dengan pukulan abang, si adik tidak akan menangis. Adik akan menangis bila tindakan abang sampai boleh memberi kesan ke tubuh si adik.

Kadangkala, tatkala adik sedang meniarap sendirian, diajak adik bermain seperti mana dia sering bermain dengan hubby. Tanpa rasa bersalah atau mengetahui akibat perbuatannya itu, si abang duduk di belakang adik yang sedang meniarap. Ada ketika lainnya, sedang aku memegang si adik, si abang datang tiba2 dan membuat tamparan padu di muka si adik hingga meninggalkan kesan merah di pipi adik. Terkesima aku dan adik dengan tindakan pantas si abang.

Bila dimarahi, si abang hanya tersengih. Secara rasional, dalam hati, apalah yang si abang tahu dengan umurnya yang baru 1 tahun 10 bulan. Mungkin si abang menganggap ianya sebagai hiburan kalau ia berjaya membuatkan si adik menangis. Namun gurauan si abang menyakitkan anggota badan si adik.

Namun, dalam aspek lain, si abang sememangnya sangat menyayangi si adik. Tidur bersama, main bersama, seringkali ingin bersama. Pantang terdengar adik menangis, si abanglah yang paling awal sampai ke tempat adik berada. Tapi gurauan si abang membuatkan umi, ayah dan mungkin adik sendiri takut atau risau kerana unexpected atas apa yang bakal si abang lakukan kepada si adik.

Category: | 0 Comments

Tiba-tiba aku teringat sebuah lagu yang dihasilkan oleh aku dan sahabatku, Ida di waktu zaman persekolahan, kira-kira 15 tahun dahulu. Masa itu, akan diadakan pertandingan atau persembahan sempena hari guru atau sesuatu majlis di sekolah agama. Aku tak ingat majlis apa, mungkin sempena hari guru agaknya.


Sempena persembahan itu, aku dan Ida saja2 mencuba untuk menulis lirik sambil bernyanyi2 kecil mengikut melodi kami sendiri. Walaupun dengan hanya cuba2, tapi terhasil juga sebuah lagu yang rasanya hanya kami yang ingat irama dan melodinya. Seperti biasa, Ida tetap menjadi solo sebab kelunakan suaranya dan aku serta yang lain menjadi pengiringnya bernasyid. Lagu ini pernah dicopy paste oleh seorang junior yang mengaku ia adalah lagunya sendiri, walhal sebelum itu junior itu adalah salah seorang pengiring juga seperti aku. Mujur aku tak sempat saman junior itu kerana mungkin dia terdengar desas desus kami nak berhadapan dengannya lalu terus dia mengaku yang dia hanya mengcopy paste lagu kami.

Agar aku tidak lupa lagi selepas ini, aku taipkan semula lirik lagu tersebut. Tajuknya aku dah lupa, hanya baik2 lirik dan melodinya yang masih aku ingat sehingga kini.

Kala malam ku bersendirian
Memikir qada qadar Izali
Menentu alam berpenghuni
Walaupun dunia fana sekali

Walau ku tahu dunia ini seksa
Namun ku tahu Allah itu ada
Ku terus beridbadah kepadaNYa
Walauku hanya hamba yang hina....

c/0
Ibadahku setulus hatiku
Sejernih air sekurun lautan
semerdu alunan serunai rimba
Walaupun ada rintangannya
Walauku hanya hamba yang hina
Berhijrah ke alam remaja
Diriku kelam tanpa suria
Ingin berpaut dahan yang kukuh...

Di jari penaku menari-nari
Ku coret sebuah memori sepi
Kujulang-julang tanpa satu erti
Tanpa kasih dan disayangi..

Kini ku telah sedar kembali
Banyak waktu yang perlu kuhabisi
Dengan memuja dan memuji
Nama tuhanku Ya Ilahi...
Allah Maha Besar, Allah Maha Suci, Allah Mengetahui.. Allahu Rabbi

Ida, kaulah sahabatku sewaktu susah dan senang dari dulu hingga kini...

Category: | 0 Comments

Sunyi, sayu, sedih bila sekali lagi terpaksa berjauhan dengan suami. Memang tiada yang memaksa, aku sendiri yang sukarela tapi bila waktu dah semakin hampir,
semakin rasa sayu dan hiba di hati untuk berjauhan dengannya. Mungkin dia tidak rasa seperti apa yang aku rasa kerana dia sibuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Pemergian mak & abah sebagai tetamu di rumah Allah pada tahun ini memang diharap2kan sejak sekian lama dulu. Kami sekeluarga bersyukur kerana akhirnya mereka diberi juga kesempatan untuk menunaikan haji sebelum mereka dijemput Allah selama-lamanya.
Aku sayu dan hiba kerana akan merindui mak dan abah dan bertambah lagi sayu dan hiba kerana tidak dapat bersama suami menemaninya atau berkongsi segala suka duka bersamanya, melihat apa yang dilakukannya saban waktu kerana aku akan pulang ke kampung menemani kakakku dan anak2nya. Lebih tepat lagi menemankan anak2nya sewaktu Kak Ya bekerja sementelah abang ipar juga terpaksa mencari rezeki jauh di JB.
Aku akan merindui suamiku...
Bila abang rindukan ala dan anak2... abang tahu di mana nak jumpa kami kan.

Category: | 0 Comments


Sabtu, 12 Jun 2010, 29 Jamadil Akhir mencatat satu sejarah baru buat diriku dan keluarga kami. Selesai bersarapan, aku melantak durian sepuas-puasnya. Rasanya lebih sebiji yang ku telan sendiri. Pesan mak agar jangan makan banyak2, ku ambil sambil lewa kerana satu kerugian besar padaku jika tidak makan sepuasnya durian yang enak pagi ini sebelum aku
berpantang selepas ini. Hahaha..telahanku agak tepat. Sakit yang kurasa sejak malam sebelumnya rupa2nya adalah petanda bakal kelahiran orang baru dalam tempoh terdekat.
Puas melantak durian, petanda kedua telah kelihatan. Aku mandi sepuasnya agar badan lebih segar. Abg Mat dan isteri menasihatkan aku agar makan terlebih dahulu. 2 biji telur
separuh masak aku telan sebagai pemberi tenaga. Syukur, Abg Mat sekuage dan Kak Ya sekuage ada di rumah. Keriuhan anak2 saudara yang merupakan sepupu Zafran melekakannya
bermain hingga tidak menyedari apa yang terjadi pada diriku.

Kira2 jam 11pagi lebih, suami menghantarku ke hospital Batu Pahat. Sampai di hospital, bukaan baru sahaja 3cm. Aku dimasukkan ke wad menunggu dan hubby setia menemani di sisi. Kira2 terdapat 8 orang ditempatkan di satu wad dan hanya seorang yang telah melahirkan anak. 7 orang dalam proses menunggu. Sakit sudah semakin kerap namun bukaan masih juga tidak bertambah. Dari petang membawa ke malam, air ketuban tidak juga pecah. Hinggalah pemeriksaan kali ke 4, kira2 jam 9.30 mlm, bukaan menjadi 4cm. Jam 10.10 malam aku telah berada di bilik bersalin. Segala keperluan disediakan, air ketuban terpaksa dipecahkan. Sakit semakin terasa, tak terluah dengan kata2. Hubby di sisi tidak putus membaca selawat, mengusap dan meniup ubun2ku bagi meredakan dan menyabarkan aku. Waktu terasa lambat sangat berlalu. Kalaulah ajalku tiba di saat itu, sememangnya aku belum bersedia menghadapinya. Dan tepat jam 10.40mlm, bayi lelaki kami selamat dilahirkan secara normal. Dengan berat 3kg, kepanjangan 48cm dan ukurlilit kepala 34cm.

Selepas bayi dilahirkan, aku jangkakan cukup sampai di situ kesakitan teramat yang aku rasai, namun aku silap. Setelah siap dijahit, aku disyaki berlaku pertumpahan darah. Para doktor pelatih, bidan serta jururawat melakukan pemeriksaan yang cukup memeritkan membuatkan aku trauma teramat pada kelahiran kali ini. Tindakan mereka menjadikan aku.... arrgghh kalaulah aku sihat, mau aku lempang mereka satu2 gaknya coz telah berjaya membuatkan aku trauma dan terasa serik nak bersalin lagi selepas ini. Keadaan di bilik bersalin sangat sibuk. Para ibu keluar masuk, tiada bilik yang kosong. Kesemua staf di unit bersalin juga tidak menang tangan menyambut kelahiran2 baru. Terdengar salah seorang bidan berkata, pelik melihat terlalu ramai para ibu yang melahirkan anak pada malam ini, mungkin kerana bakal menyambut Bulan Rejab iaitu bulan Allah dan seterusnya membolehkan para ibu menyambut Ramadhan sebaik sahaja habis berpantang 60hari. Aku menyetujui apa yang diperkatakan oleh bidan tersebut. Sememangnya aku berharap dapat menyambut Ramadhan dan berpuasa penuh. Syukur dan tahniah kepada semua para ibu serta para warga unit bersalin Hosp Batu Pahat.

Jam 2.30pg baru aku disorong kembali ke wad beserta bayi di kendongan. Mujurlah bayiku diletakkan di sisi, sekurang2nya meredakan kerinduanku pada Zafran yang berada di rumah tanpa umi dan ayah di sisi sejak pagi tadi. Setelah segalanya selesai, hubby pulang ke rumah kira2 jam 3pg untuk berehat. Malam itu, bukan aku sahaja yang bersalin namun hampir keseluruhan penghuni wad yang sama denganku turut melahirkan bayi mereka dan secara kebetulan kesemuanya bayi lelaki.

Kerinduan kepada anak sulung tidak terucap kerana aku tidak pernah berjauhan dengannya melebihi 12jam. Mujurlah aku dan bayi tiada apa2 masalah dan kami dibenarkan pulang pada tengahari Ahad itu juga. Sayangnya Abg Mat sekuage tidak sempat menemui bayiku kerana mereka terpaksa balik ke Kuantan di pagi Ahad. AKu tiba di rumah jam 2.30 petang dan ketibaan kami disambut oleh mak, abah dan Zafran. Zafran agak hairan melihat aku
balik bersama seorang bayi. Kami perkenalkan kepadanya, itu adalah adik Zafran yang selama ini Zafran belai dari perut ummi. Zafran tidak lekang dari duduk di sisi adiknya dan memerhatikan bayi yang sedang tidur.

Aku dan hubby sepakat menamakan anak kedua kami Ahmad Afdhol yang bermaksud Yang Terpuji Yang Utama.

Hari ke 5, Ahmad Afdhol terkena penyakit kuning, Bacaan hari pertama adalah 11.9 dan meningkat 13.9 pada hari kedua. Hari ketiga Ahmad Afdhol terpaksa ditahan di Hospital kerana bacaan terus meningkat 15.4. 2 malam aku menemani Afdhol di wad dan membuatkan aku berjauhan dengan Zafran lagi untuk 3 hari. Keluarga mertua datang dari Terengganu pada hari Jumaat untuk melawat cucu baru mereka. Sayanganya mereka tidak dapat bermesra
lama dengan Afdhol kerana Sabtu malam mereka terpaksa balik ke Terengganu dan Afdhol pula ditahan di wad pada Sabtu petang. Pagi2 Ahad, hubby dan Zafran telah sampai ke hospital untuk melawat kami. Sayangnya Zafran tidak dapat berjumpa Afdhol dan aku hanya dapat bermain2 dengan Zafran di luar wad sahaja. Tengahari mereka dah pulang ke rumah. Hubby terpaksa mengambil cuti pada hari Isnin kerana Afdhol hanya dibenarkan pulang selepas bacaan hanya tinggal 12.

Selama 35 hari aku berpantang di rumah orang tuaku. Emak orang yang paling banyak membantuku terutamanya dari segi makanan, pakaian dan menguruskan anak2ku. Hubby pulang setiap hujung minggu. Dan dalam tempoh itu aku cuba berpantang sebaik2nya tidak seperti sewaktu berpantang anak sulong yang mana aku berpantang ikut suka. Dalam tempoh itu juga aku offline terus dari dunia internet.

Entry ni aku dah taip sewaktu di kampung lagi, tapi baru hari ini aku rajin nak upload. Mujur tak beku terus masuk arkib laptop ni...


umur 2 hari
umur 30 hari


bersama 2 sepupu dan Zafran


umur 40 hari


Category: | 0 Comments

"Bekas awek abang nak kawin, abang tak pergi ke?"
"Tak dijemput pun"
"La...ye ke... Kalau dijemput, abang nak pergi tak?"
"Ntah, tak tau"
"Hmmm... 6 Jun kan. Kalau nak pergi, lepas kenduri Iza kat JB, kita terus la gi Pontian pulak..hihihihi.."
"Ish..menyibuk je dia ni. Orang tak jemput, takkan kita nak pergi pulak"
"Kenapa dia tak jemput ek... Kita kahwin dulu, abang jemput dia tak?"
"Tak"
"Patutla dia tak jemput abang. Kenapa abang tak jemput dia dulu?"
"Hmmm... ntah. Facebook abang pun dia takde add"
"Kalau dia tak add, abang add la dia..hehehe..."

Saje aku nak usik hubby petang semalam itu. Mengimbau kenangan dia bersama 'ex'nya dahulu. Ternyata aku tersangat gembira mendengar perkhabaran wanita itu bakal berkahwin bulan depan. Semoga beliau berbahagia bersama teman hidupnya nanti hingga ke akhir hayat. Hubby memang pandai menjaga hati aku. Tak pernah dia ungkit tentang kisah silam atau apa sahaja cerita terkini berkenaan wanita itu dihadapanku walaupun aku tahu banyak cerita tentang wanita itu dari sumber yang lain sebelum aku berkahwin dengan hubby.

Ternyata sehingga kini, hubby tetap setia walau pernah beberapa kali ada wanita lain hadir cuba mengganggu atau cuba menarik perhatiannya.

Semoga kebahagiaan kami akan terus berkekalan hingga ke syurga. Ulangtahun perkahwinan ke2 pada 31Mei ini, kami mendapat 2 hadiah istimewa pada tahun ini iaitu
kehadiran bakal cahaya mata ke2 kami dan juga mahligai yang kami beli pada tahun ini.
Walaupun mahligai itu hanya akan siap pada penghujung tahun hadapan, namun mungkin ia adalah rezeki dari bakal hero kedua dalam kehidupan kami.

Category: | 3 Comments

Kelmarin, usia aku dah menganjak setahun lagi. Mengingatkan bahawasanya sejarah semakin banyak dan kematian semakin memanggil bila tiba masanya. Terima kasih kepada teman2, sahabat2, adik, saudara mara dan semua kenalan yang mengucapkan besday kepadaku. Penuh hampir 2 page facebook ku hasil ucapan dari mereka. Terima kasih kalian kerana masih mengingati aku.

Ringkas sahaja tulisanku kali ini, mungkin disebabkan dah lama tak menaip entry menjadikan alasan kesinambungan tulisan kali ini turut ringkas.

Istimewa dari suamiku.. sukar untuk mendengarnya menitipkan kata2 indah, hanya lawak dan senda yang selalu menghiasi bibirnya.
Kalau tak buka wall facebook suamiku, pasti aku tidak tahu mengenainya. Walaupun ringkas, namun sangat2 bererti...


Bidadari, bidadari…temanilah resahku
Bidadari, bidadari…tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya…kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari, bidadari..jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari…jadilah sang setia

Kerna cinta cinta suci, buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga
Kau umpama bintang utara, penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan…saat ku jatuh…bangun semula

Dan berikan sakti cintamu, penawar racun berbisa
Dan ikatan kita.. cinta abadi hanya di syurga.

Category: | 1 Comment

Tatkala aku dalam kesedihan, keluarga adalah penyeri atau pengubat paling utama. Walau aku tak dapat ungkapkan dengan kata2 apa yang melanda di jiwa, namun aku tahu mungkin mereka perasan cuma tidak bertanya lebih. Ketika hubby tiada di rumah, aku melahirkan kesedihan
dengan tangisan. Hanya anak2ku yang cuba menghiburkan hati dengan kaletahnya di depan mata dan gerakan2 dari dalam rahim ini.

Entah berapa kali air mataku gugur kelmarin, namun setelah itu, hatiku reda, sedihku kian hilang. Aku harus kuat dan tabah. Suami dan anak2 sentiasa di sisi. Percutian yang kuimpikan tetap diteruskan walau bukan dengan tujuan yang asal. Hubby mengajak sahabat baiknya untuk bersama2 kami bagi meramaikan percutian kali ini. Aku tak sabar menanti waktu tibanya.

Zafran kini semakin rapat denganku dan adiknya. Bila ku tanya pada Zafran, 'mana adik?', dia akan tunjuk perut dan belai2 perutku. Adakalanya Zafran akan cium perutku umpama dia mencium dan menyayangi adiknya. Saban hari kumaklumkan padanya..
'Adik Zafran ada dalam perut umi. Tak lama lagi keluarla. Nanti zafran boleh main2 dengan adik ya..'
Zafran kelihatan riang sekali. Dibelai2 kembali perutku dan dicium2 berulang2kali. Adiknya di dalam pula memberi tindakbalas pada setiap perlakuan abangnya. Adiknya akan bergerak2 memberi tindakbalas. Pergerakan boleh dilihat dengan jelas kerana lapisan perutku turut
bergerak setiap kali si kecil di dalam bergerak. Perasaan ini, hanya para ibu yang dapat rasainya.
Walau kadang kala si ayah turut sama menyertai si abang memegang dan membelai si kecil di dalam, namun ianya hanya luaran. Ayah hanya dapat rasai tindakbalas dan gerakan luaran yang dilakukan oleh si kecil di dalam namun si ibu merasai lebih dari itu. Kasih sayang dan interaksi dalaman hanya ibu yang merasainya. Anak di dalam turut sama merasai apa yang dialami oleh si ibu samaada ketika tekanan, sedih, gembira dan lain2.

Malam tadi Zafran acapkali mengigau dan menangis dalam tidurnya. Beberapa kali hubby cuba menepuk2 untuk menidurkannya kembali namun Zafran tetap menangis dalam tidurnya. Jelingan bermaksud dari hubby beberapa kali sengaja tidak kuendahkan hinggalah akhirnya aku datang juga mendekati zafran.
'Tidur nak, umi kat sini...'
Sebaik sahaja aku bersuara, zafran terus senyap walaupun matanya tetap tidak dibuka.
"Hai, dengar suara je terus diam balik?", sahut si ayah.
Aku sekadar mengangkat kening dan tersenyum sumbing. Memang dah sampai masa untuk Zafran menyusu waktu itu. Walau dia terdiam dan lena sekejap, namun dia akan bangun kembali tidak lama kemudian untuk menyusu. Mungkin naluri ibu lebih kuat dari si ayah.

Ada seorang sahabat pernah bertanya kepadaku,
'Adakah aku tidak teringin kembali bekerja seperti dahulu?'.
Jawapan aku cukup mudah.
'Belum lagi buat masa ini. Aku gembira dengan kehidupanku kini. Aku dapat melihat anak2ku membesar di depan mata. Aku dapat menguruskan rumah dengan sekadarnya
walaupun tidak selengkap dan semahir para surirumah yang lain. Aku sangat suka dengan kerjayaku ini'.

InsyaAllah rezeki itu pasti ada. Mungkin tidak banyak yang aku dapat sumbangkan kepada suami dan keluargaku namun Alhamdulillah pendapatan kami masih cukup.
Allah permudahkan rezeki kami melalui suamiku.
Pernah suamiku berkata...
"Mungkin kita tak seperti orang lain yang ada rumah besar, kereta besar tapi kita tak tahu mungkin setiap hujung atau awal bulan mereka stress nak bayar hutang macam2. Kita ni walaupun macam ni, tapi Alhamdulillah belum lagi ada masalah kewangan setakat ini. Kalau tiba2 nak guna duit, duit ada. Kalau ada keluarga nak pinjam atau nak guna, kita takde masalah nak bagi atau bantu mereka"

Itulah suamiku, tetap bersederhana seperti mana aku kenalnya suatu tika dulu. Kadang2 aku mengusik,
"Hai tokey ni, duit berkepuk dalam purse, tapi belanja makan kat sekolah tu sama juga macam dulu. Kalau makan kat luar tu, sama juga menu yang dipesannya. Nasi goreng biasa dengan air suam atau teh o suam".
Sahut suamiku,
"A'ah, makan kat sekolah tu RM1 je selalunya. Dah biasa lah..heheh".
Kadang2 dia menjawab
"Apelah sangat bestnya makan kat luar ni, biasa je, banyak ajinomoto lagi adalah"

Dulu2, ketika kami masih bekerja di bawah 1 bumbung dan bercadang untuk berkongsi membeli kereta, kami pernah ikat perut dengan makan nasi lemak hari2. Kekasihku (@ hubby kerana waktu tu kami belum bernikah) akan membeli 4 bungkus nasi lemak setiap pagi untuk kami berdua. Sebungkus dimakan waktu sarapan dan sebungkus lagi untuk makan tengah hari. Hinggakan kami pernah ditegur dengan bos kerana makan nasi lemak hari2. hehehe kami berdua hanya tersengih..

Pernah juga dalam 1 ketika target sale kami tidak seimbang. Dengan gaji asas yang hanya dalam RM700 lebih, ditolak dengan epf, hanya sedikit yang tinggal. Kami bergantung kepada komisen sale semata2 untuk menambah pendapatan dan mencapai target membeli sebuah kereta. Sasaran jualan per individu dalam RM20-RM30ribu rasanya. Alhamdulillah bulan tersebut
aku berjaya melepasi sasaran jualan namun hubby gagal mencapainya. Andai tidak tercapai, maka hanya gaji asaslah yang diperolehi walaupun nilai sasaran yang gagal dicapai hanya kurang dari RM10ribu.

Lalu hubby berkomplot dengan bahagian akaun agar memasukkan kesemua jualan yang telah diperolehinya ke dalam jumlah jualan aku. Kerana pada pendapatnya, kalau dia tak bagi jualannya pada aku, dia tetap gagal mencapai sasaran jualan pada bulan tersebut dan tetap akan dimarahi oleh pihak atasan. Sekurang2nya apabila jumlah jualan aku bertambah, ia akan meningkatkan kadar komisen yang aku dapat.

Dan of kos lah aku dan hubby akan sama2 berkongsi hasil komisen tersebut walaupun dalam slip gaji hanya aku yang peroleh komisen berganda. Tak silap aku, aku perolehi komisen dalam RM4ribu lebih pada bulan tersebut dan secara tak langsung menjadikan aku top achiver jabatan jualan. Dan ia secara tak langsung juga mencantikkan slip gaji dan akaun bank aku bagi membolehkan kami membeli sebuah kereta Mayvi hitam yang sehingga kini masih lagi berbakti kepada kami. Mujur kami bertemu jodoh dan hidup bahagia hingga kini.

Namun konflik juga pernah berlaku menjelang raya bagi membuat keputusan siapakan di antara kami yang akan membawa balik kereta Myvi tersebut. Disebabkan kereta itu di bawah nama aku dan hubby sebagai penjamin, maka hubby mengalah dengan mencari kereta lain untuk dibawa balik beraya ke kampung pada tahun tersebut. Aku pula membantu hubby mencantikkan akaun dan bekerjasama dengan bahagian akaun untuk mencantikkan slip gaji. Big bos dan bahagian akaun memang memberi sokongan penuh kepada stafnya yang ingin membeli kenderaan sendiri. Surat sokongan diberikan oleh pihak syarikat manakala slip gaji kami edit sendiri dengan kebenaran pihak atasan. Waktu itu, Viva baru memasuki pasaran. Kami bercadang untuk membeli Viva namun malangnya setelah loan diluluskan, Viva pula kehabisan stok dan terpaksa menunggu hingga lepas raya. Dukacita sungguh dibuatnya, keputusan lain terpaksa diambil. Kami terpaksa memilih kancil kerana itu je stok yang ada menjelang raya. Dan raya pada tahun 2007 tersebut, aku balik ke Johor dengan menaiki Myvi Hitam manakala hubby balik ke Terengganu dengan Kancil Silver.

Sehinggalah awal 2008, pada bulan Februari, kami mengambil keputusan untuk bertunang dan 3 bulan selepas itu terus berumahtangga iaitu tanggal 31 Mei 2008. Raya tahun tersebut tidak lagi bergaduh nak balik kampung guna kereta apa tetapi mengundi untuk balik beraya di kampung siapa dahulu....

Category: | 0 Comments

Semalam, seharian aku bersedih. Mulanya aku rasa gembira, gembira kerana sangkaan untuk bersama mereka akan dapat dirasai semula setelah sekian lama terpisah kerana sibuk dengan komitmen masing2. Tiba2 menjelangnya Bulan Mei ini, tercetus idea untuk berjumpa dan bercuti bersama2 sambil meraikan event2 yang dulunya sering dibuat bersama2. Ketika zaman belajar dahulu, bulan Mei adalah antara bulan yang ditunggu2 kerana lazimnya pada bulan inilah kami semua akan membuat majlis kecil2an untuk kami bersama.

Majlis utama adalah majlis ulangtahun kelahiran untuk kami. Seramai 9 orang sahabat yang kami gelar kroni, 4 orang daripadanya menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Mei. Even aku sendiri yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan has, hanya dibezakan dengan waktu kelahiran.
Aku ingat lagi antara memori kami ketika menyambut ulangtahun kelahiran kami bersama2...
1. Keluar beramai2 dan menyambutnya di salah sebuah restoran di JB
2. Memasak di rumah sewa keluarga Iza dan makan ramai2
3. Buat bbq di waktu malam di belakang S25
4. Masak simple dan makan ramai2 di dalam sebuah bilik yang agak besar di tingkat 3 S19

Memandangkan sebelum ini, mereka turut bercadang untuk bercuti ke Genting sebelum berlangsungnya perkahwinan seorang lagi kroni pada bulan Jun ini, namun awal2 aku terpaksa menolak memandangkan keadaan aku yang kurang sesuai untuk ke tempat
sebegitu pada waktu begini. Justeru, mungkin sebagai mengurangkan rasa bersalah aku mencadangkan kepada mereka percutian ke Melaka
pada awal Mei ini. Aku dengan rela hati menguruskan penginapan, merancang xtvt dan jadual perjalanan memandangkan mereka semua sibuk dengan hal masing2.
Antara tujuan dan motif percutian ini...

Tujuan : Eratkan silaturrahim sambil menyambut hari istimewa anda...
Antara hari2 istimewa tersebut:-
1. Besday boy or girl utk bulan April, Mei serta sepanjang tahun
2. Selamat Hari Pekerja
3. Selamat Hari Ibu untuk para ibu dan bakal ibu
4. Selamat Hari Bujang sebelum anda dinikahkan
5. Ulangtahun perkahwinan pada yang telah berkahwin

Tarikh : 1-2Mei2010
Lokasi : Melaka

Antara xtvt :-
1. Pot Luck
2. Melawat tempat2 menarik di melaka
3. bbq

Budget : Bawah RM300 seorang
Boleh bawa teman

Pertama kali menyambut Hari Pekerja kerana pada tahun inilah kesemua kroni telah berjaya mendapat kerjaya masing2 berbanding tahun2 sebelumnya, masih ada 2,3 orang yang menyambung pelajaran dalam bidang masing2.

Pada tahun ini juga, InsyaAllah 2 orang lagi kroni bakal mendapat anak sulung mereka pada bulan Julai ini sementara Nora telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Mac lalu dan aku pula pendahulu liga setakat ini dengan bakal memasuki anak kedua Jun@Julai ini. Peristiwa bersejarah bagi para ibu dan bakal2 ibu.

4 orang masih lagi menyambut hari bujang dan seorang bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya pada Jun ini.

Juga ulangtahun perkahwinan kedua bagi salah seorang kroni yang telah berkahwin pada bulan April manakala aku dan suami di penghujung Mei.

Dengan pelbagai event yang kebetulan jatuhnya banyak pada bulan Mei, aku teruja untuk melaksanakan percutian ini pada minggu hadapan yang jatuhnya pada awal Mei.

Sehinggalah semalam, aku mendapat keputusan negatif dari semua kroni dengan alasan masing2. Nampaknya impian aku untuk bersama2 mereka pada Mei kali ini tidak kesampaian. Kenangan2 sewaktu bercuti dan bersama2 mereka di zaman belajar dulu hilang berkecai buat seketika dari minda.

Aku tak tahu kenapa aku rasa sayu dan sedih sekali. Bilik yang telah dibooking untuk mereka nampaknya terpaksa dibatalkan. Mujur juga pembayaran deposit belum lagi dibuat. Beginikah rasanya dikecewakan atau aku yang terlalu mengharapkan kehadiran mereka bagi mengembalikan nostalgia silam. Ada yang telah bertahun2 tidak berjumpa. Sesungguhnya aku rindu sekali ingin berjumpa dan berkumpul beramai2 dengan mereka semua...

Mungkin hanya berupaya berjumpa mereka di majlis perkahwinan salah seorang kroni pada Jun ini. Mungkin... Andai dizinkan Allah

Category: | 0 Comments

Ape topik aku nak mulakan ni...
1. Cuaca dan suhu yang semakin panas
2. Perkembangan anak sulung dan bakal anak kedua

Akhir2 ini, suhu dunia semakin meningkat terutamanya di Malaysia. Aku kata Malaysia kerana kepanasan ini bukan aku sahaja yang rasai tetapi keluarga aku di kampung pun turut merasainya. Kalau rumah di kampung yang masih banyak pokok2 hijau pun dah panas patah lagi kami sekeluarga di Shah Alam yang duduk di hutan batu ni. Fuhhh...panas.
Kipas di on kan ke tahap maksima hampir 24jam sehari bagi mengurangkan tahap kepanasan namun tidak banyak membantu sangat. Air di pili pun panas dan tidak sesejuk air kolam mahupun perigi walaupun jam menunjukkan angka 3am-7am.

Aku dan suami masih boleh bertahan namun anak sulungku nampak gaya cuba juga untuk bertahan walaupun badannya semakin banyak ditumbuhi ruam kerana berpeluh dan kepanasan. Kesian aku tengok Zafran. Nak lumur ubat ruam di tangan dan kaki tapi kena tunggu waktu tidur sahaja untuk mengelakkan ubat beracun itu masuk ke mulutnya. Malam ini, si kecil tidur tanpa berbaju seperti selalu bagi mengurangkan tahap kepanasan dan perpeluhan pada anggota badannya.

Sana sini ramai mengeluh kerana suhu yang semakin meningkat tapi mungkin ramai tidak mengambil iktibar atas peringatan yang diberi olehNya.
Cuba masing2 renungkan apakah yang telah kita sumbangkan dan lakukan sehingga suhu dunia semakin meningkat seperti ini dan apakah inisiatif atau pengajaran yang sepatutnya diambil daripada situasi kini... Ketuk minda, tanya iman..

Ahmad Zafran kini sudah berumur 1 tahun 2 bulan. Sudah semakin memahami apa yang diperkatakan atau diperintahkan oleh umi dan ayah. Juga semakin hari semakin matang untuk menguruskan perkara2 mudah berkenaan dirinya dan kadangkala tingkahlaku tanpa sedarnya menyindir aku.huhu..
Antara rutin yang semakin mahir Zafran lakukan:-
1. Nak minum : ambil cawan untuk air kosong dan ambil botol susu untuk minum susu
2. Nak makan : ambil segala bekas makanan yang dia nak, cth nk biskut ambil tin biskut, nak koko crunch ambil bekas isi kokocrunch, nak nasi ambil pinggan atau mangkuk
3. Nak mandi : pegang baju, letak baju kotor di tempatnya, masuk bilik air terus
4. Lepas mandi : ambil bedak, ambil pampers dan baju bersih
5. Nak keluar jalan : amik stokin dan kasut
6. Nampak umi atau ayah bersiap, terus tunggu kat pintu nak ikut
7. Kalau aku bagitau nak solat, dia terus tunjukkan telekung aku
8. Kadang2 lepas aku solat, dia tolong nak ambilkan Al-Quran atas rak untuk dibaca
9. Pantang nampak kucing dan cicak, pasti nak dikejar dan dibuat main kalau dapat tangkap
10. Mulut dah semakin galak bercerita tapi aku sendiri tak faham apa yang si kecil beria nak cerita. Yang aku faham, dia sebut "ah..ah..ish..ahh.." kadang2 nak tergelak tengok dia asyik bercerita sambil buat aksi yang aku tak faham isi ceritanya
11. Asik nak berjoget dan bergoyang lagi2 kalau dengar muzik
12.Dah mula melompat dan memanjat. Makin laju panjat tangga lagi2 kalau ade orang nak halang dia. hari ini, belajar panjat kerusi kat meja ni semata2 nak main laptop. Sofa dah jadi bahan lompatan dia lagi2 kalau ade tilam kat tepi sofa
13. Suka tutup pintu terutamanya pintu nak keluar rumah. (2x pintu terkunci dengan dia di dalam dan aku di luar sedang jemur baju)
14. Aku rasa kini Zafran agak manja maybe kerana tak lama lagi nak dapat adik. Bila cium umi dan ayah, akan cium beria dan peluk kuat2 dan cium lama2. Suka duduk di riba dan peluk kami berdua dengar erat bila2 masa dia suka
15. Sudah mula pandai bersalam dan cium tangan kepada sesiapa sahaja dan amat gemar mencium dan bermain dengan baby2

Rasanya banyak lagi perkembangan positif yang terdapat pada dirinya. Permainan yang dimiliki juga kebanyakannya untuk kanak2 yang lebih dewasa darinya kerana dia suka mengekplore. Kadang2 akan menyimpan semula permainan bila diminta dan kadang2 buat boolayan je..

Tentang bakal adiknya pula, kami telah menyediakan nama untuknya. Usia kandungan rasanya kini 28 minggu. Baby di dalam rahim semakin aktif bergerak tak kira masa. Waktu malam, sukar untuk aku lelapkan mata jika baby bergerak sangat aktif. Aku juga kini mudah mengah maybe kerana perut dah semakin membesar. Aku dah kurang rajin pergi ke shopping komplek lama2 kerana aku tak boleh berdiri lama sangat nanti rasa nak pitam.

Zafran kupaksa mengalah untuk kurang menyusu badan kerana dada semakin sensitif dan sakit, akibatnya zafran akan mengamuk dan menjerit kuat2 kerana tidak puas hati tak dapat menyusu badan. Persediaan untuk bakal anak kedua tidak banyak dilakukan kerana keperluan daripada kepunyaan Zafran dulu masih elok dan boleh digunakan semula. Mood aku memang kadangkala tidak menentu kerana aku mudah letih lagi2 tatkala baby terlalu aktif di dalam manakala zafran pula terlalu aktif rutin hidupnya. Bila aku keletihan, pasti ada yang jadi mangsa lagi2 bila kesabaran menipis.
huhuhu...

Aku tak sabar menanti kehadiran cahaya mata kedua agar Zafran cepat mempunyai teman bermain, namun aku tidak pasti samada aku telah bersiap sedia mental dan fizikal mendepani hari2 mendatang.

Alhamdulillah, seperti tahun kelahiran Zafran juga, nampak gayanya tahun ini, emak dan abah turut bakal mendapat 3 orang cucu sekaligus dalam tempoh 2 bulan. Aku dijangka melahirkan anak kedua pada awal bulan Julai, abang ke4 aku juga dijangka bakal mendapat cahaya mata kedua pada pertengahan atau hujung bulan Julai manakala kakak ketiga aku juga bakal mendapat zuriat kedua pada awal bulan Ogos. Syukur, InsyaAllah emak dan abah akan mendapat cucu hingga ke 26 dalam tahun ini.

Kalau tahun lepas, Kak Nah (kakak no 3) lahirkan Kayra pada penghujung bulan Januari dan Zafran lahir pada pertengahan Februari, tapi tahun ini, adik zafran akan lahir dulu sebelum adik Kayra. hehehe...

Keluarga semakin besar. Seperti kata adik tadi, "tengok bakala...baka jawa ni kebanyakannya anak ramai2"..
Rezeki. Yang penting, anak sebagai amanah dari Allah untuk kita didik dan asuh menurut lunas2 Islam.

Ape itu makna sebenar garang? Adakah ia suatu perkataan yang baru ditimbulkan dari bibit2 mulut ke mulut berdasarkan karektor dan tabiat seseorang. Aku belum lagi berjumpa definisi garang dengan jelas walaupun telah cuba bertanya kepada pakcik google mahupun makcik wikipedia. Kamus tatabahasa BM sahaja belum aku rujuk.

Definisi tegas juga belum aku jumpa kecuali aku rujuk kepada kamus BI yang bermaksud firm. Ramai yang bersetuju mengatakan aku garang, melalui undian di FB petang semalam. Yang mengundi adalah di kalangan kroni, teman2 dan juga mereka yang mengenali aku secara detailnya. Sebelum ini, yang menilai aku garang adalah di kalangan mereka yang kenal aku secara lahiriah, namun kalau yang rapat pun mengatakan aku garang, maka aku terimalah dengan hati terbuka yang aku ini kategori bersifat garang. hahaha...


Teringat antara ayat2 mereka yang pernah kenal aku..
"Ini bekas bos aku dulu. Garang giler, dia masuk je, aku cuak kalau ada kerja tak siap..."
"Ini salah seorang staf saya, jaga2 dengan dia. Mulut dia pun laser macam saya jugak.."
"Masa maula2 kenal akak ni, saya takut nak tegur sebab nampak garang. Bila dah kenal, poyo la akak nih.."
"Jaga2 dengan orang tu, dia tu cerewet dan laser.."
"Akak ni muka garang, takde senyum, pandang pun semacam je..."
"Ko ni garang lah anur, takut budak2 tu nak tegur ko. Atau..kau ni saje buat2 garang?..hahaha.."

Mungkin aku terpengaruh dengan didikan dan latarbelakang keluarga aku.
Adik beradik aku expecially abang2 yang tua aku kata, "Mak tu dulu garang. Kalau lah dulu ada teledera, rasanya ada anak mak yang call teledera cakap maknya garang"
Mak memang tegas dalam mengajar anak2nya berbanding ayah.
"Selepas maghrib, wajib mengaji. Sesiapa tidur selepas subuh, rezeki tak masuk dan jangan sarapan. Bangun tidur, kemas tempat tidur terus. Lepas makan, basuh pinggan dan cawan sendiri. Jangan ada sesiapa tengok TV waktu maghrib. Kalau keluar, sampai rumah sebelum maghrib." Itu adalah antara peraturan2 asas yang wajib dipatuhi.

Kakak sulung aku pun tersangatlah garang. Pantang buat silap, siap la kena.. Mungkin kerana adik beradik ramai dan dia pula perempuan sulung. Abang2 yang atas semua tak bleh diharap buat kerja rumah. Tapi atas kegarangan kakak sulung aku itulah dulu aku rajin belajar dan cepat memahami pelajaran.
Abang sulung aku juga garang orangnya. Bila abang sulung dah garang, mak dah kurang garangnya maybe kerana ada pengganti.
"Mandi @ berkubang dalam parit lama2..alamatnya kaki kena sebat dengan batang kayu. Balik malam2, tidur luar rumah. Lambat mandi petang, tidur dengan kambing. Nakal je kena marah, nangis lebih2 kena duduk luar rumah, silap2 kalau kurang ajar..pelempang naik ke pipi." Huh..

Namun, aku berterima kasih kepada mereka. Berkat didikan, asuhan, kegarangan dan ketegasan merekalah aku berjaya kini.
Mereka kata, "marah kerana sayang, garang kerana nak didik agar jadi orang berguna, tegas agar kau ingat pengajaran tu sampai bila2.."

Category: | 1 Comment

Sangat lama tidak mengupdet blog. Even bisnes punya web pun dah bersarang. Hanya di web lelong yang sering kali diupdet kerana hari2 aku jenguk emel, maka segala pesanan dan bayaran pelanggan turut diupdet melalui emel.

Semenjak kembali dari kampung semasa cuti sekolah bulan lalu, tahap kemalasan melebihi daripada biasa. Urusan rumah tangga mahupun jual beli agak slow. Tapi alhamdulillah, sale bulan lepas tetap melebihi paras minima seperti yang sering diajukan mak..
"Untung bulan ni ada ke sampai RM...?" . Berkat doa mak, keluarga dan bimbingan suami, kemasukan bulanan tetap stabil walau bulan lepas kalau dihitung debit & kredit dalam akaun maybank, baki hanya tinggal seciput cuma kerana keborosan berbelanja sepanjang percutian yang lalu..hehehe...

Kesihatan juga baik cuma mungkin disebabkan banyaknya melantak semasa musim kenduri yang lalu dan kurangnya aktiviti berkemas, maka berlakulah peningkatan berat badan yang melebihi sepatutnya. Kenaikan 2.5kg dalam 1 bulan menjadikan aku terkejut umpama tidak percaya kerana itu adalah kenaikan tertinggi pernah direkod sepanjang sejarah aku mengandung. Bulan ini, aku perlu pastikan berat badan tidak naik mendadak. Usia kandungan sudah memasuki 26 minggu semasa aku membuat pemeriksaan 2April yang lalu. Baby sihat dan kini sudah mencecah 1kg. Hanya tinggal 14minggu lagi sebelum lahirnya zuriat kedua. InsyaAllah semoga semuanya lancar. Amin..

Category: | 2 Comments

Cit Cat bersama sahabat tentang emas...dpd 10.46pm hingga 11.53 pm yang lalu....
nurien :
hi salam cik puan. ajar le sy pelaburan awk tuh

Me :
wsalam, sori nurien, tak perasan ym ko masuk

nurein :
tak pe,..pelaburan yg ekau war war kan tu . eden berminat....tp kan tak tau nak wat cam ne

Me:
aku just guna duit simpanan aku buat beli emas jongkong. aku beli emas jongkong public gold.
setiap masa aku leh tgk harga emas. termurah berbanding barang kemas ataupun yg jenis simpanan kat maybank or etika emas. perubahan harga emas mengikut pasaran dunia
ade 3 jenis emas..
1. emas jongkong 999
2. emas syiling dinar 916
3. barang kemas jenis emas 916
dia pnya branch kat area mentari court pj tu je

nurein :
oh ye ke..ini mas nie .. ada kena kluar zakat ke?

Me :
zakat emas perlu dibayar seandainya emas yg ko simpan sudah melebihi 86g dan lebih setahun
klu tak sampai 86g tak perlu zakat.
lg 1 benefitnya, emas ni klu aku nk jual balik, dia beli dgn harga tinggi semasa...
biasanya brg kemas klu kita jual balik kt kedai, dia akan ada susutnilai 15-25% tp yg ni klu jual balik dgn diorang gak, susutnilai hanya 4-6% dari harga semasa

nurein :
oh ye ke

Me :
cthnya, ko leh tgk kt web ni... http://www.publicgold.com.my/ utk jongkong emas. klu nak try emas syiling 1 dinar iaitu emas jenis 916, leh tgk rate semasa kat web ni http://www.publicdinar.com/

nurein :
susut nilai tu base tahun ke?
ok ok .. good ..aku berminat ..ini yg sah punya kan anor??

Me :
yup, sah. setiap pembelian, selain dapat emasnya, ada juga diberi kad umpama sijil bg jongkong atau syiling tu la
ade pengesahan assayer malaysia jugak. susut nilai tu depends, tgk kestabilan ekonomi dunia

nurein :
ohoohh

Me :
klu ekonomi stabil, harga agak murah.. klu ekonomi jatuh, harga mahal. cth smlm, harga emas yg jongkong tu, 20g dalam rm2700 lebih tp arini tgk rate dia turun lagi dlm rm2600 lebih

nurein :
kira sah le nie... skang nie ekonomi stabil idak?

Me :
skrg ni agak stabil sket, tu yg agak murah skrg ni. tp tak sure gak.. graf kt web tu akan berubah setiap 20 minit. dari web tu ko dpt tgk harga we sell dan we buy kan...
harga we sell adalah harga utk ko beli dan harga we buy adalah harga utk ko jual balik. ada faham..?

nurein :
pjg sgt puan
ohhoo yee ke..situ ada rujukan la ye

Me :
yups... nk tgk harga emas semasa, terus tgk dr web tu je. klu rasa harga tu rendah n nak book, terus je inform. kwn ezal jd dealer terbesar kt tganu

nurein :
oh ye ke ... oh .. kalu le mase tu .. tgh rendah kita bleh book erk & kita bayar base on harga kita book erk

Me :
yups, bayar harga book tp jgn lewat la.. dlm tempoh 2 hari terus byr
klu mcm aizal, dia dh ada akaun, so leh terus book online coz klu lewat, kang harga berubah

nurein :
biasa ko .. beli berape gram?
Me :
mula2 dulu, aku beli yg syiling emas je yg 1 dinar (emas 916 seberat 4.25g) tp syiling dinar ni lambat nk tgk perubahan kenaikannya...
then aku beli yg emas 999 seberat 20g..
masa aku beli tu harga rm2500, skrg dah naik rm2684

nurein :
oh ye ke
ape maksud we sell , we buy

Me :
emas dh turun lg, td rm2684 skrg rm2682...
we sell means harga emas yg kita beli. td harga we sell rm2684
we buy harga emas yg kita nk jual balik, td harga we buy rm2521

nurein :
oh, skang nie emas ngah turn le ye

Me :
cth klu dulu aku beli dgn harga rm2500 then aku nk jual skrg, so duit yg aku dpt adalah rm2521.
aku just dpt untung rm21 je klu aku jual skrg...sbb harga emas tgh turun
harap2 sok lusa akan turun lg laaa....leh beli byk sket..hehehe

nurein :
oh itu mcm ka... adakah kena beli 20 gram itu atau.. depend on how many yg kita nak?

Me :
klu ade modal dlm 2ribu lebih, baik amik emas 999 yg 20g tu
tp klu modal kecik, leh stat dgn syiling 1 dinar yg harga rm500 lebih tu dulu
utk emas 999, minima emas seberat 20g. utk 916 plak, minima 1 dinar yg seberat 4.25g

nurein :
oh itu mcm ka.. ok . paham. bagus...

nurein :
ini company melayu?

Me :
cina punya..melayu gak ada deh...
tp org2 dlm dia ramai gak melayu, cthnya yg jd assayer (org yg mengesahkan ketulinan emas), mahaguru nya pun melayu, pensyarah dari kustem melaka kot

nurein :
erm erm ..

Me :
1st time beli n simpan emas sendiri, feel dia lain sgt..

nurein :
uik ye ke. feel mcm mane itu?

Me :
dan alhamdulillah, secara tak sedar ekonomi bertambah baik...
tak reti nk describe...
ye lah, kdg2 kita tgk amaun dlm bank kita lebih kurang mcm tu gak kan..habis2 wat belanja...
tp bla ada emas, tiap2 bln masuk gaji, simpan sket utk emas then belanja.. walau duit dh kurang, tp kita tau kita ada pelaburan dlm bentuk lain iaitu emas

nurein :
ehehe..erm.. emas nie ikut tahun jgk ke?
seandainye simpan dah 2 thun.. ada different?

Me :
lazimnya, ikut rate sebelum ni, dlm setahun, peningkatan harga emas kdg2 ada yg sampai 30-50% dari harga yg kita beli dulu
emas manade turun beb...
ko tgk harga brg kemas ade yg pernah turun ke sejak dulu..?

nurein :
tak tau,sbb tak berape tau le dulu nye
contoh le. .aku beli 2700 bulan ni, n.. bila jual dlm temph 2 tahun kemudian.. mcm mane pengiraaannye?

Me :
nk tau senang je... klu mak ko ade rantai, try ko tanya, ingat tak harga rantai masa die beli dulu...
then ko try tanya kedai emas, berapa harga rantai mak ko tu skrg...
paling rendah, ko amik kenaikan emas 30% selepas 2 thn..
so kiranya je lah, klu skrg ni harga emas rm2600, selepas 2 thn berapa nilainya...?

nurein :
oh ye ke itu mcm. erm lagi satu.. if anything happen to this company.. any insurance? kita nak rujuk kate sape?

Me :
ade..kata org2 kuat dlm kompeni tu lah...aku ade g jumpa diorang, dpd pengarah sampaile ke dutanya ahad lepas...
sykt yg jual emas, mesti ade insurans...sykt ni pun berdaftar dan sah
kilang yg hasilkan emas jongkong dan syiling ni pun ada..di penang
ko jgn samakan mcm etika emas..etika emas konsepnya lain...
ni emas, ko beli n ko leh simpan sendiri emas tu.. klu tak nak simpan sendiri, leh simpan kat peti simpanan d bank. klu tak nak jual balik dgn diorang pun takpe...leh jual gak kt kedai emas, cuma harga kedai emas maybe beza2

nurein :
actual emas kita simpan erk, n zakat pun kluar sendiri la kan

Me :
ye loo.. simpan sendiri emas ko, takkan aku nk kuarkan zakat utk ko plak..tp zakat emas bila ko ade emas lebih 86g

nurein :
tidak le.. ingatkan kita cuma dpt sijil dia je

Me :
mcm aku, ezal dan zafran, skrg ni klu dicampurkan emas2 kami baru dlm 70g lebih...

nurein :
ok, aku nak selidik jgk,mane tau .. leh dptkan bapak aku join same same mak aku

Me :
boleh...ko leh buat research dr forum2 kt internet. dpd segi hukum, kitorg dh wat research dah sblm ni...pembelian emas tak boleh hutang, mesti ada akad jual beli, pembayaran beserta emas..

nurein :
oho.. sbb pelaburan mcm nie . sudah tu nak bgtau org tua utk join same.. bkn senang woo, soklan2 akan terkluar jgk sbb company ni cina punya.byk soklan kluaq nanti

Me :
kdg2 ade org salah sangka ttg istilah pelaburan ni..nk tunggu kompeni melayu, ntah bila coz melayu tak mampu lg..

nurein :
tu le nye tu. tunggu company ko loo

Me :
hahaha... aku jd tokey emas jeee. jual emas pd yg nak beli dan beli emas pd yg nak jual balik.
tak yah le ckp pelaburan emas...ckp je lah beli emas lebih baik dari simpan duit. coz emas leh jual balik dgn harga yg makin tinggi..tp duit bila disimpan2, 10 thn akan dtg pun, nilan 10ribu dan jd mcm nilan 1ribu je skrg ni. emas makin lama makin tinggi nilai, duit makin lama makin rendah nilai...
itu je pemahaman lebih mudah....

nurein :
good though. betul tuh

Me :
klu nk bincang dgn parent ko, ko tanya, nak beli emas tak...nak tak dpd simpan duit kat asb or asn ke... kita simpan dalam bentuk emas...

nurein :
ehehe good idea
Me :
kitorg nk bg pemahaman pd parent kitorg pun, guna bahasa yg paling mudah difahami...bg perumpamaan yg sgt mudah dan logik

nurein :
erm. tule nye..insyaALLAH ada ape2 aku tanye ko lagik. aku mmg nak join.. ngah ngumpul

Me :
aku share ape yg org tua kitorg tanya balik kt kitorg, utk referen ko je laa...
kenapa simpan emas, ape faedahnya beli jongkong, tak mahal ke, duit tak cukup, nk simpan kat tabung haji dll
ant jaw simple kitorg,.. rugi ke simpan emas, kenapa mak beli brg kemas byk2 sblm ni, beli sket2 ikut kemampuan, targetkan nk g haji thn bila, klu 5thn lg, buat purata berapa nk simpan sebulan.
tak perlu cerita panjang lebar klu diorg tak tanya..just inform perkara mudah
klu ditanya kenapa beli dgn kompeni ni...
sebab... 1, harga beli lebih murah dr kedai emas, harga jual lebih tinggi dr kedai emas. 2, dpt cek terus harag pasaran dpd website. 3.sykt ni ada kelulusan, sah di sisi undang2, ade kilang sendiri, so tak yah risau stok ade or takde..stok sentiasa ada

nurein :
uik pjg nee

Me :
even klu ko nk jual barang kemas kt kompeni ni pun bleh...bwk brg kemas ko, dia akan bersihkan dan timbang dan bayar ikut rate semasa...

nurein :
oho dia ada kilang sendiri erk? kat penang tu la erk

Me :
yups...

nurein :
eeheh ecited aku

Me :
malaysia ni takde emas, emas ni diimport dr luar negara (aku tak ingat nama negara yg supply emas2 ni). sampai malaysia, emas tu dilebur semula dan dihasilkan dlm bentuk jongkong, syiling dan barang kemas

nurein :
anak ko dlm perut pun mesti lebih xcited.eeehe... ok. good info

Me :
hehehe..sayangnya anak aku dlm rahim ni dijangka laki, so tak leh le aku nk bg dia brg kemas..aku bg jongkong emas je lah...mcm zafran, sblm ni tiap bulan kitorg buat saving sket2 kt dia dlm akaun utk dia study sok...tp bila pk2 balik, klu simpan sampai 20ribu pun sampai dia study nnt, lom tentu cukup. so duit zafran tu, kitorg buat beli emas... bila dia nk study sok, dah ada emas utk dia gadai n wat sambung blaja...

nurein :
ahahha..confirm erk lelaki. zafpran.. adole geng sepak bola..bijak bijak

Me :
1 more, emas ni pun ko leh gadai kat bank klu nk guna duit urgent..ade beberapa bank yg terima pajakan emas spt agro bank. lepas 6 bulan, ko tebus le balik emas yg digadai tu

nurein :
oho ok difahami. anur TQ ya for the info. aku tgh tergolek golek nie ..dah mamai sudah

Category: | 3 Comments


Sekian lama tak updet blog. Banyak berfacebook, mungkin kerana rangkaian teman2 lebih ramai dan updet dengat ayat yang lebih ringkas serta perkongsian idea lebih meluas. Itu pendapat aku, kini aku lebih banyak jadi pembaca blog teman2. Ingin aku kongsikan pengalaman membuat simpanan emas. Telah lama hubby sarankan kami menyimpan emas tapi sebelum ini kami musykil ttg hukum, tpt membeli, bentuk simpanan. Aku fikir, nak simpan emas kena beli barang kemas walhal aku bukan kategori orang yang suka sangat membeli barang kemas. Cukuplah sekadar ada cincin (yang emak bagi, cincin tunang & risik) serta gelang (gelang nikah). Hahaha, semua bukan aku yang beli tapi sumbangan dari emak dan suami. Aku nak kumpul duit untuk beli barang kemas sebelum ni, punyalah payah dan liat. Dulu, duit banyak yang aku simpan dalam asb dan muamalat (akaun bersama suami). Disebabkan aku ada mendapat info pelaburan asb kini tidak digalakkan kerana ada unsur haram di dalam pelaburan yang dibuat, aku keluarkan simpanan asb dan masukkan semuanya dalam muamalat. Tapi muamalat juga asyik mengenakan cas pada kami kerana akaun kami buat semasa belajar di UTM dulu, bila nak lakukan transaksi samada keluaran atau simpanan, pasti kena cas. Setiap bulan menyimpan, setiap bulan kena cas. Hangin sungguh. Lastly, kami buka pulak akaun bersama dalam cimb. Kad aku yang simpan coz aku jenis payah nak gunakan kad apabila minda dah setting ianya untuk simpanan masa depan.

Hinggalah pada bulan November tahun lalu, kami tertarik dengan pembelian jongkong emas Public Gold. Sebelum ini kakak aku dah pernah melabur melalui etika emas tapi terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan, mungkin kerana kurang pendedahan dan terpengaruh dengan janji manis ejen yang terlibat, apa yang diharapkan tidak seperti yang dicapai. Aku belajar dari kesilapan kakak menyebabkan kami cukup berhati2. Kami banyak membaca melalui web2 dan ebook berkaitan simpanan emas.

Aku bermula dengan pembelian emas 1 dinar (emas 916 seberat 4.25g) dengan harga RM530. Sangat puas hati kerana emas itu kami beli, pegang dan simpan sendiri. Tidak perlu orang tengah untuk urusan penyimpanan mahupun pelaburan. Pembelian pertama kami beli melalui ejen di Kajang tapi pembelian seterusnya kami beli melalui sahabat hubby yang kini telah menjadi antara dealer terbesar di Terengganu. Kami beli untuk simpanan masing2 iaitu aku, hubby dan zafran. Aku dan hubby guna duit daripada akaun bersama dan zafran daripada akaunnya sendiri. Kemudian kami kumpul duit lagi untuk pembelian emas 999 seberat 20g yang ketika itu berharga rm2500. Memang diakui kesilapan pertama kami, kami beli di waktu harga emas mula mahal. Awal bulan Disember, emas 20g meningkat menjadi RM2900 tetapi di penghujung tahun hingga bulan januari tahun ini, emas turun harga lingkungan RM2600. Penghujung Februari dan masuk ke bulan ini, emas semakin meningkat area rm2700++ untuk jenis emas 999 seberat 20g. Ini aku refer daripada harga emas dunia yang dipaparkan di web www.publicgold.com.my dan dinar di web www.publicdinar.com.

Alhamdulillah, kewangan kami terasa semakin stabil walau kini aku hanya membuat bisnes online dari rumah dan hubby jadi guru. Walau pernah dugaan menimpa di penghujung bulan Disember dulu di mana emas jongkong pertama yang kami beli iaitu sebutir emas 999 20g dan sebutir emas 1 dinar 4.25g hilang dicuri orang. Beg dicuri semasa di bus stand cukup membuatkan kami lebih berhati2. Kami bercadang untuk menyewa peti besi di bank tapi sedang membuat perbandingan harga tentang kos penyewaan yang termurah.

Aku sekadar ingin berkongsi pengalaman aku membuat simpanan emas. Simpanan tunai tetap dibuat, tidak kesemua tunai yang ada aku tukarkan kepada emas. Untuk belanjawan bulanan tetap dalam bentuk tunai walaupun sebenarnya emas yang kita simpan boleh dijual balik bila2 masa. Cuma sebaik2nya biarlah selepas 3bulan sekurang2nya andai kita memang perlukan tunai untuk tujuan tertentu. Aku syorkan kepada kawan2 yang nak menyimpan emas, boleh simpan dalam bentuk barang kemas atau jongkong. Sefaham aku, yang ada jual jongkong ni di maybank (tapi tak semua maybank). Simpanan emas yang dalam bentuk RM (bukan jongkong spt di public bank dan beberapa maybank) sefaham aku hukumnya haram kerana membeli emas tapi emasnya tiada.

Beli emas tidak semestinya setiap bulan. Memadailah mengikut kewangan masing2 dan berdasarkan simpanan masing2.. :)

Category: | 1 Comment

Suatu pagi, seorang ibu bangkit dari tidurnya. Badan terasa seram sejuk. Tekak rasa loya seperti ingin memuntahkan sesuatu. Kepala berdenyut2 pening.

"Kenapa aku rasa macam ni," ujarnya di dalam hati.
Beberapa hari ibu itu mengalami keadaan sebegitu. Rasa pelik mengganggu jiwanya kerana perasaan dan keadaan begini pernah dilaluinya kira2 20-40 tahun yang lalu.
"Adakah aku bakal mendapat seorang lagi ....?", soalnya kepada diri sendiri.
Apa yang dilalui tidak diceritakan kepada suami mahupun anak perempuan yang duduk bersamanya di rumah itu. Suami mahupun anak perempuannya hanya menyangka ibunya kurang sihat memandangkan usia sudah melebihi setengah abad.
"Anak aku yang mana melalui pengalaman seperti yang aku lalui sekarang ini?", desis hatinya.

Di antara 9 orang anak dan menantu, firasatnya kuat mengatakan anak yang no 8 melalui pengalaman seperti apa yang dirasainya kini. Perkara itu didiamkan sehinggalah beberapa hari kemudian anak no 8 menghubungi ibu ini di kampung dan memaklumkan perkara tersebut.

Si ibu hanya tersenyum di dalam telefon kerana jangkaannya tepat. Sehinggalah anak no 8 tersebut pulang ke kampung pada penghujung tahun 2009 yang lalu, baru si ibu mengkhabarkan kepada si anak apakah yang terjadi kepadanya beberapa hari sebelum si anak menghubunginya memaklumkan kehadiran bakal orang baru dalam keluargannya 7 bulan akan datang.

Category: | 0 Comments

Hampir di penghujung Januari 2010. Baru semalam talian internet berjaya disambungkan ke rumah. Rumah sewa ini diperolehi hasil bantuan salah seorang guru di sekolah hubby yang juga merupakan jiran di sini. Sangat dekat dengan sekolah, kira2 tak sampai 500m jaraknya. Petang sabtu 2Jan01 yang lalu, hubby sampai ke rumah dengan agak dukacita kerana belum mempunyai rumah untuk disewa. Kami bertawakkal untuk menunggu seminggu lagi dan hubby terpaksa menempuhi perjalanan yang agak jauh sekurang2nya 1 jam dari kajang menuju ke shah alam. Namun, mungkin dikatakan rezeki, pada magrib itu, salah seorang guru sekolah hubby menghubungi berkenaan sebuah rumah untuk disewa. Perlu cepat kerana terdapat 2 pesaing lain yang turut ingin menyewa. Malam itu juga kami bertolak selepas maghrib menuju ke Shah Alam. Tengok rumah, bayar deposit kepada penjaga rumah tersebut. Suami guru yang baik hati itu turut menghubungi rakannya bagi proses pengangkutan barang dari kajang ke shah alam pada keesokannya. Sampai rumah kira2 jam 12 tengah malam, berkemas ala kadar kerana mata sudah memberat.

Esok pagi2, usai subuh, terus sambung mengemas. Keluar pagi2 menuju Shah Alam untuk membasuh rumah. Jam 2.00ptg kembali semula ke Kajang menyambung tugasan mempacking barang. Kira2 jam 5.00ptg lori sampai untuk mengangkut. Kami meminta bantuan sahabat hubby, riey untuk mengangkut dan mengemas barang dari tingkat 3 ke bawah. Fuhh... letih dan lesu usah dicerita. Lori kembali ke Shah Alam kira2 jam 6ptg dan kami pula bertolak ke Shah Alam meninggalkan kajang yang penuh kenangan kira2 jam 7.00mlm. Sampai di Shah Alam hampir jam 8.30mlm. Makan malam dan terus berehat.

Ahad lepas, aku menjemput beberapa kroni sekitar KL selangor berjumpa di rumah. Tapi pagi itu, sewaktu subuh aku mengalami pendarahan yang agak banyak. Kerisauan bermaharajalela dalam diri. Aku risau seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Aku sebak tatkala memandang anak sulungku andai hasratnya untuk mempunyai teman tidak kesampaian dalam jangka masa terdekat ini. Adakah ini petanda kemarahan anak di dalam kandunganku terhadap sikap kasarku pada hubby malam tadi atau adakah kerana tahap tekananku memuncak dan emosi yang tidak stabil malam tadi memberi kesan kepada kandungan. Hubby juga tampak risau. Jam 8.00pg kami sudah keluar rumah mencari hospital atau poliklinik berkaitan maternity. Terdekat, KPJ namun adalah pilihan terakhir seandainya tiada hospital lain yang dibuka. Banyak klinik2 tutup walau diluar ditampal 'buka 24jam'. Daripada seksyen 25 melalui seksyen 20 hingga ke seksyen 7 masih belum dijumpai apa yang dicari sehinggalah tiba ke DEMC di seksyen 9. Alamak, doktor bertugas lelaki la pulak, tapi itu pilihan yang ada, jumpa je lah. Alhamdulillah, selepas di scan, baby masih lagi aktif dan jantung berdenyut lancar. Ubat penguat rahim diberi seandainya pendarahan masih lagi berlaku.
Hasrat untuk menjamu kroni2 yang datang tetap diteruskan namun agenda diubah sedikit. Aku memohon mereka mambantuku di dapur setelah aku maklumkan keadaan diriku pagi ini. Mereka faham dan bertolak awal dari cheras menuju ke rumah.
Menu ringkas kami sediakan sama2. Terima kasih di atas sumbangan kreativiti Iza, Fatihah dan Zila (walau zila lebih prefer bab membasuh pinggan mangkuk dari menyediakan juadah). Dengan masak lemak labu, sambal udang, ikan bawal tiga rasa dan air longan. Zura dan suami tiba tatkala juadah hampir siap. Kami menjamu selera bersama sambil berborak panjang selepas lama tidak bersua. Sesudah Zuhor, kira2 jam 3.00ptg kami semua bertolak ke Taman Bukit Cerakah, Shah Alam. Teringin hati nak melihat kawasan ini walau nasihat doktor masih terngiang2 di minda. "Jangan banyak bergerak dan berjalan, banyakkan rehat, rileks, jangan mudah tertekan". Bila bersama sahabat2, keinginan dan azam mengatasi nasihat di minda. Hanya ada 1jam lagi sebelum taman ini ditutup pada jam 4.30ptg. Pemandangan banyak dilihat dari dalam bus shuttle sehaja (bus takde tingkap dan dinding). Hanya berhenti di 1 stesen sahaja iaitu stesen 4musim. Masuk ke rumah 4 musim tanpa mengetahui adakah ketika itu musim bunga, salji, luruh atau musim panas. Hahaha, musim salji telah menjelma. Kami masuk tanpa berbekalkan sweater terutamanya si Zafran. Hubby memaut Zafran erat bagi mengurangkan kesejukan. Ruginya, tiada sesiapa yang membawa kamera, hanya berbekalkan kamera handset sahaja.

Keluar dari taman cerakah, kroni dari cheras kembali ke KL atas agenda lain sementara aku sekeluarga melawat rumah Zura pula. Dari Shah Alam ke Puncak Alam mengambil masa 1 jam. Aku sangkakan Puncak Alam ni dekat rupa2nya mmg di Puncak, dah keluar dari shah alam dan masuh area Kuala Selangor. Fuh...kuss semangat. Berehat di rumah Zura. Untuk pertama kalinya selepas 3 bulan, Zura memasak kembali selepas rasa muallnya terhadap masakan telah berkurangan. Tahniah buat Zura yang bakal menimang cahaya mata sulung yang dijangka akan lahir tidak lama selepas adik Zafran lahir. InsyaAllah.

Alhamdulillah, hingga kini aku masih lagi sihat dan tiada lagi pendarahan yang berlaku. Aku cuba menjaga kandungan keduaku ini lebih baik samada dari segi fizikal mahupun emosi. Aku tak rela berlaku perkara yang tidak diingini dan kami sangat berharapkan kehadiran zuriat kedua sebagai teman kepada si abang yang sering kesunyian bermain sendirian. Semoga semuanya selamat. InsyaAllah...amin

Category: | 0 Comments

ari ini sudah 2januari 2009. Lebih sebulan aku tidak mengupdet entry, hanya sekadar melawat blog teman2 sebagai pembaca senyap. Banyak perkara berlaku sepanjang 1 bulan setengah. Sejak cuti sekolah bermula, masa banyak dihabiskan di kampung. 3 kali aku balik ke Tganu, sekali ke Johor dan 3 kali ke KL semula sehinggalah kini. Keputusan penempatan sekolah hubby telah diketahui lewat penghujung bulan 12. Di daerah Shah Alam hubby ditempatkan untuk bertugas. Dan hari ini, hubby telah mula ke sekolah bagi sesi pendaftaran para pelajar. Kami masih di Kajang sambil mencari2 rumah untuk disewa sepanjang perkhidmatan hubby di sekolah itu. Masa agak suntuk untuk mencari rumah sewa memandangkan lusa sekolah sudah pun bermula. Untuk minggu ini, masa banyak dihabiskan dengan mensurvey melalui internet dan telefon rumah2 untuk disewa. Harini juga selepas sekolah, hubby survey lagi rumah2 yg sesuai untuk kami sekuage berteduh.

Tadi, ade baaaaanyak mende aku nak taip tp selepas zafran bangun dan minta perhatian, sekarang aku dah kering idea nak mencurah dalam entry ni.
Chow dulu...

Category: | 0 Comments

Popular Posts