Ini kali kedua atau ketiga dalam bulan ini, kurier Gdex tidak datang pikup seperti yang sepatutnya. Semalam hubby dah call awal sebelum jam 3.30ptg untuk pastikan Gdex datang pikup untuk parcel pelanggan yang berada di Sabah. Parcel ni urgent, perlu sampai sebelum weekend kerana weekend ni dan seterusnya pelanggan ini akan pulang ke kampung. Aku menanti GDex sampai ke Magrib, tapi tak kunjung tiba. Bila dimaklumkan kepada hubby, memang hubby marah kerana kes sebegini sudah acapkali berlaku akhir2 ini. Baru minggu lepas kena warning sebab tak pikup, takkan minggu ni buat lagi. Memang nak kena basuh cukup2 kali ini. Hubby seorang yang sangat penyabar berbanding aku yang lebih mudah ber'angin'. Tapi untuk perkara2 urgent yang melibatkan pelanggan dan bisnes, hubby memang cukup tegas. Kalau hubby dan berang, aku memang mengambil sikap cool sahaja dan kerana itu aku tak pernah marah atau hangin pada mana2 kurier sebelum ini sebab hubby dah sembur dan basuh mereka. Tapi kali ini, kesabaranku teruji. Pelanggan keutamaan kami. Kelewatan penghantaran dan penerimaan pelanggan boleh menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati. Jika pelanggan @ end user, kami lebih mudah menggunakan khidmat Poslaju tapi bila pelanggan @ pengedar, khidmat kurier digunakan kerana barang yang dihantar lebih banyak. Jika pengedar dapat barang lambat, pasti pelanggan2 mereka akan marah dan mungkin lari. Kalau pelanggan lari, pengedar pasti dah kurang membeli dan bila pengedar dah kurang membuat belian, siapa yang rugi? Pasti aku dan keluarga aku juga yang rugi.

Aku berkira2 untuk menggunakan khidmat kurier lain hari ini, tapi disebabkan aku belum membuka akaun untuk kurier lain selain Poslaju dan GDex, pasti agak sulit prosesnya. 1 syarikat kurier baru yang menawarkan khidmat kepada kami pula terpaksa mengambil masa 3hari bekerja untuk memastikan barang sampai ke tangan pelanggan. Kalau dah sampai 3hari bekerja, baik guna PosMalaysia. Memang kompem dalam 3hari bekerja dan jauh lebih murah dari kurier lain. Pengedar mahu GDex juga kerana GDex berhampiran dari rumahnya dan seandainya lambat kurier, dia boleh pikup sendiri di HQ Gdex KK. Oleh kerana dia adalah pengedar kesayanganku yang telah lebih 2thn aku berurusan dengannya, aku menerima juga cadangannya.

Panggilanku kepada GDex seawal jam 9lebih telah disambut oleh seorang budak bernama Hani. Kenapa kupanggil dia budak?kerana jawapan yang diberi kepada setiap soalanku adalah bersikap kebudak2kan dan langsung tidak profesional seperti nama syarikatnya yang kunun macam gah. Antara butir bicara aku dengan budak Hani...

Isu 1 : Tak Datang Pikup
Aku : Semalam ada tak orang dari AAM Hikmah call untuk minta datang pikup?
Hani : Ada
Aku : So, saya tunggu sampai ke malam kenapa tak datang orang yang datang pikup?
Hani : Ye ke... semalam saya dah bagitau pada orang yang pikup tu untuk pikup
Aku : Ini bukan kali pertama kurier tak datang pikup. Dah banyak kali, kenapa buat lagi macam nih?
Hani : Yang pikup tu bagi alasan hujan
Aku : Hai, boleh jadikan hujan sebagai alasan ke. Kan pikup naik lori, bukan naik motor
Hani : Awak punya parcel kan. Memang sepatutnya yang datang lori. Kejap ye..
Then hani pun bercakap pula dengan staf yang lain berkenaan ketidakhadiran pikup ke rumah kami. Entah apa alasan yang mereka cipta. Tup2 hani menyambung bualan...
Hani : Boleh bagi reference number tak?
Aku : Reference apa pulak. Semalam suami saya yang call, saya kurang pasti dia cakap dengan siapa. Kalau saya tahu dia cakap dengan siapa, mmg saya cari orang tu harini
Hani : Sepatutnya sebelum minta kurier datang pikup, kene dapatkan reference number sebagai bukti customer ada call dan minta pikup. Reference tu akan masuk dalam sistem dan jika kurier tak pikup, baru customer boleh komplen kerana dalam sistem ada rekod nama syarikat customer tapi kurier tak pikup. Ni dalam sistem takde nama AAM untuk semalam, so memang takdelah pikup
Aku : Hai, macam mana ni. Tadi kata semalam memang ada wakil AAM call, pastu cakap takde pulak
Hani : Saya ingatkan AAM ada call, rupanya takde. Tu yang tak pikup.
AKu : Hei, suami saya call semalam tau. kenapa awak takde rekod????
Hani : Semalam sistem down dari jam 9.00 sampai jam 2.00ptg, tu yang takde dalam rekod
Aku : Tapi...suami saya call selepas jam 2.00 ptg semalam, bukan sebelum tu...
Hani : Err...entahlah. so, nak pikup hari ni la ye
AKu : Make sure datang hari ni. Bagi terus menatang reference tu. kalau tak pikup juga, siapla awak, saya repot terus pada HQ

Isu 2 : Tempoh Penghantaran
Aku : Selalunya berapa lama tempoh penghantaran untuk pelanggan terima?
Hani : Kalau jauh ke pedalaman tu biasannya amik masa 2,3 hari juga.
Aku : Kalau ke kawasan bandar Kota Kinabalu, Sabah?
Hani : Tengok juga la, klu kat parcel tu ade remark urgent dan alert, parcel akan dihantar esoknya. Kalau takde, memang kami ada kelonggaran untuk hantar lewat dan mengutamakan yang urgent
Hani : Kenapa sebelum ni takde pulak macam tu. Sejak bila pulak kena remark macam tu. Takde sape yang inform pun sebelum ni. Akhir2 ni selalu je customer terima lewat. Kalau saya tak tanya, pihak awak pun langsung takde nak inform kan. Semua barang yang kami hantar, semua urgent, customer nak cepat. Kalau nak delay2, baik tak payah guna gdex
Hani : Memang kena remark kat parcel tu, kena bagitau pada yang pikup, parcel tu urgent then nanti kami akan buat alert yang parcel tu kena hantar segera.
Aku : Hari sabtu kerja tak?
Hani : Hari sabtu kerja
Aku : Dah tu kenapa setiap kali saya buat kurier hari Jumaat, paling awal, customer akan terima hari Isnin?
Hani : Hantar ke mana tu?
Aku : Sabah, KK
Hani : Ye ke... hmm.. saya kurang pasti pula

Isu 3 : Rekod Takde Dalam Sistem Online
Aku : 1 lagi kes. Last week saya call dan bercakap dengan awak hani, tentang consigment note customer saya yang takde dalam rekod. Bila saya tanya awak, awak kata akan call balik tapi sampai hari ini, awak takde call saya langsung untuk bagi feedback, KENAPA???
Hani : Boleh bagi CN(consigment note) dan tarikh?
Aku : CN bernumber bla bla bla dan dihantar pada 12nov09
Hani : Ok, saya akan semak dan akan call balik. Boleh bagi no telefon?
Aku : Awak ni tanya soalan yang sama macam minggu lepas. Awak takde rekod ke?
Hani : Takde, hanya tengok daripada sistem sahaja
AKu : Awak ni takde buku note ke untuk rekod segala komen atau komplen customer
Hani : Takde
Aku : Awak ni memang kena banyak improve laaaaaa. Aku pun bg no tel aku untuk dia hubungi semula.

Saje aku nak uji dia walau aku dah tau status barang yang dihantar pada 12hb minggu lalu. Tapi status tu pun aku terima daripada customer, bukan dari pihak GDex yang sepatutnya lebih bertanggungjawab tentang ketiadaan rekod dalam sistem. Kalau hilang parcel tu, nak ke GDex tanggung kerugian yang terpaksa aku hadapi kerana terpaksa mengganti dan menghantar semula barang yang dipesan pelanggan????

Tak lama kemudian, henset aku berbunyi...

Hani : Melati, ini hani nak beritau tentang CN yang takde rekod hari tu. Daripada sistem ini, parcel telah diterima pada 16hb dan ditandatangani oleh blablabla
Aku : Hantar 12hb, Khamis, terima 16hb, Isnin. Khamis, Jumaat, Sabtu, Isnin. Kenapa amik masa sampai 4 hari. Tak kerja ke Jumaat dan Sabtu tu. Apa sebab lewat?
Hani : Takde reason
Aku : Kenapa takde reason?
Hani : Sebab dalam sistem ni takde reason kenapa lewat dihantar. Just rekod tarikh pikup, tarikh terima dan diterima oleh siapa
Aku : Sepatutnya awak siasatlah kenapa lewat. Dah le takde rekod dalam sistem online, lepas tu lewat, then langsung takde call balik saya bagi status dari minggu lepas. Takkan bila ditanya pelanggan, awak just nak bagitau takde reason???
Hani : Kalau Melati nak Hani siasat, nanti baru Hani siasat

Aku rasa, byk lagi point yang aku soal tapi tak dapat jawapan yang munasabah atau munasarawak dari dia. Jawapan yang diberi memang sambil lewa dengan tiada langsung ungkapan maaf. Intonasi dari Hani memang umpama budak yang tiada langsung perasaan bersalah atau caring kepada customer.

Aku hantar sms ringkas kepada hubby inform ringkas apa yang terjadi. Hubby minta no tel HQ GDex di PJ kerana tak suka perkara sebegini berlaku lagi kepada kami dan sikap sambil lewa staf GDex di Kajang. Tengahari tu, hubby call sekali lagi GDex kajang untuk giliran dia membasuh pulak dan sekali lagi Hani yang menjawab panggilannya. Menurut hubby, rasanya kelmarin, Hani jugalah yang menyambut panggilannya kerana staf GDex yang dah biasa dengan kami mudah mengenali kami tapi berlainan dengan Hani yang bertanya detail ttg syarikat dan parcel yang ingin dipikup.

Kata hubby, Hani ada maklumkan yang isterinya (aku) ada membuat panggilan dan memaklumkan tentang pikup untuk hari ini.
Dan hubby terus menjawab, "Ye, saya tau isteri saya ada call tapi kali ni saya pulak nak call sebab semalam saya yang call dan awak jawab tapi awak bagitau isteri saya, takde orang dari AAM call untuk pikup. Saya nak tau kenapa jawab macam tu walhal saya sendiri yang call semalam!!"
Hani : Oh, semalam sistem down dari jam 2.00 ptg sampai ke petang. Itu yang takde dalam rekod untuk pikup..

Bila hubby call aku, aku jawab : Sengal betul budak tu. Dengan ala, dia kata sistem down dari pagi sampai jam 2ptg. Dengan abang, dia kata sistem down dari jam 2ptg sampai ke lewat petang.

Bila hubby call HQ GDex, seorang lagi budak sengal menjawab...
Hubby : Saya nak buat laporan tentang GDex. Dengan siapa saya patut bercakap atau berurusan?
Budak sengal HQ Gdex : Hmm.. entahlah, saya pun tak tau dengan siapa customer patut berurusan untuk buat report.

DAMN!!!

Category: | 3 Comments

Alhamdulillah, kini kandungan memasuki umur 2 bulan atau 8minggu. Last week, aku ajak hubby gi klinik kerana rasa tidak sedap badan dan peranakan terasa sakit membuatkan aku betul2 rasa tidak selesa terutamanya di waktu malam. Aku bimbang andai sesuatu terjadi pada kandungan memandangkan Ahmad Zafran juga agak lasak tidurnya menghimpit aku dan sering memanjat badan. Sewaktu discan, kandungan positif memasuki umur 7minggu 3 hari. Tapi doktor pelik kerana janin berada di sebelah kiri dan bukan di bahagian tengah. Kesakitan yang aku alami juga menyebabkan doktor membuat pemeriksaan lebih teliti di sebelah kanan. Melalui skrin hasil scan yang dilakukan, terdapat 2 ketulan bertompok di sebelah kanan yang dikenali sebaga cyst. Ingatkan kembar, rupanya2 ada benda lain yang turut wujud di dalam rahim yang mungkin menjadi faktor aku sering berasa sakit di bahagian rahim.

Menurut doktor, cyst adakalanya wujud ketika mengandung namun biasanya akan menyusut dan mengecil tatkala kandungan semakin membesar. Tapi disebabkan aku sering merasa sakit, doktor mengesyorkan aku membuat rawatan susulan kepada doktor pakar sakit puan bagi mengelakkan cyst mengganggu janin. Antara hospital kerajaan atau swasta, aku memilih untuk ke hospital swasta. Bukan kerana hospital kerajaan tidak elok, namun disebabkan faktor masa, hospital swasta menjadi pilihan. Aku bercadang ingin ke Pusat Rawatan Az-Zahrah di Bangi dan berjumpa dengan doktor yang merawatku sewaktu kelahiran Zafran dulu, Dr Noraini tetapi temujanji untuk hari sabtu telah penuh hingga hujung bulan 11 ni. Kalau nak pergi Hosp kerajaan pun, sekarang tak boleh lagi memandangkan hubby perlu menghabiskan kursusnya yang akan berakhir 26Nov09 ini. Selepas tarikh tu, raya haji dan kami terus balik ke kampung. Mungkin kalau tak sempat membuat temujanji bersama Dr Noraini, kami memilih untuk berjumpa Doktor pakar Sakit Puan di terengganu atau johor. Hubby juga kurang gemar pergi ke kerajaan kerana masa yang diambil untuk membuat temujanji juga 2-3 bulan dan hari untuk temujanji juga perlu menunggu berjam2 untuk berjumpa doktor.

Ini telah kami lalui semasa aku mempunyai masalah seperti cyst juga tetapi di bahagian cuping telinga kanan. 4x berjumpa doktor di Terengganu untuk merawat telinga yang berdarah dan bernanah, last2 kene jumpa pakar 3bulan kemudian. Hampir seharian aku dok kat Hops Kuala Terengganu tu menunggu turn untuk aku berjumpa doktor. Panas punggung. Hubby yang bawak mertua aku g shopping kt Mydin pun dah selesai shopping, aku tak sampai2 turn lagi. Hanginnn je aku dibuatnya. Cuti dah habis, buat pula temujanji dengan doktor TNT di Hosp Serdang tapi kena tunggu lagi sebulan. Total tempoh penungguan untuk berjumpa pakar TNT adalah 4 bulan. Kalaulah penyakit cyst aku tu teruk, maunya dah 'selamat' aku agaknya tp syukur, Allah sembuhkan sakit itu sebelum sempat aku jumpa doktor pakar TNT. Tapi waktu hari temujanji jumpa pakar TNT tu pun aku perlu menunggu seawal jam 7pg hingga jam 12tengahari baru selesai.

So, sekarang ni, saban hari aku berdoa agar cyst yang tumbuh pada rahimku tidak melarat dan membahayakan kandunganku. Aku sayangkan kandunganku dan rasa tidak sabar menanti hujung bulan Jun thn depan agar Zafran tidak lagi sunyi bermain sendirian.

Cuma kini, aku perlu menjaga diri agar aku mampu menjaga anak dan kandunganku. Memang terasa perbezaan antara kandungan kali pertama dulu dengan yang kedua ni. Kalau dulu, aku terasa sangat malas untuk pergi kerja, tapi kali ni, aku terasa badan sangat lemah dan lemas. Asyik terasa lapar, setiap 3jam sekali kalau tak makan, perut kosong. Ini ditambah lagi dengan aku yang masih menyusukan badan pada zafran. Walau telah diberi susu botol, at the last, zafran still akan cari susu badan. Bila lewat makan, memang badan terasa letih, lemah dan tak bermaya.

Harap2 semuanya akan bertambah ok seperti sediakala selepas ini...

Category: | 1 Comment

Hari ini, mood aku tak ok sejak pagi. So, segala mende memang terasa amatla menyampah nak buat. Kalau tak disebabkan hanya kami berdua di rumah, rasanya si kecil tu pun aku biarkan begitu sahaja. Geram tengok keadaan rumah. Rasa semua nak kena kemas n bersihkan. Tapi bertambah geram bila dalam sekelip mata, rumah jadi tongkang pecah semula. Ini yang rasa nak mengamuk je. Serupa tak yah kemas, biar rumah tunggang langgang dan akhirnya aku yang sakit mata mengadapnya sampai tension tengok melihatnya.. Tak suka, tak suka, tak sukaaaaa......!!!

Category: | 1 Comment

Keraguan dan syak wasangka yang berlegar2 di minda kami sejak minggu yang lalu terjawab jua akhirnya. Mula2 hanya menyangka namun tidak berani menganggar lebih2 kerana perancangannya, ingin memulakan pada awal tahun depan selepas selesai urusan pemindahan ke tempat baru.

Kelewatan rutin seperti biasa menimbulkan sedikit syak namun tidak berani fikir jauh kerana bimbang ia hanyalah impian yang tidak kesampaian seperti bulan2 sebelumnya. Tetapi apabila simpton2 lain mula melanda, keyakinan mula kuat tetapi still tak berani berharap lebih.
Perancangan untuk melakukan ujian telah dicadangkan sejak minggu lepas lagi namun disebabkan sering kealpaan untuk singgah ke farmasi mahupun klinik untuk membeli alatannya, niat melakukan ujian tertangguh hinggalah malam tadi. Dan awal2 pagi tadi, ujian telah dilakukan.

Apa yang dijangka menepati ramalan. Kami bersyukur dengan apa yang berlaku... Anda tahu gambar apa itu?. kalau tak tau, sila google yeh.. hehehe

Category: | 2 Comments

Orang kata, cemburu itu tandanya sayang. Tapi, kalau kita tak rasa cemburu, adakah bermakna kita tidak sayang? Mungkin cemburu hanya akan datang apabila terasa diri terancam tetapi seandainya kepercayaan kepada pasangan melebihi segalanya, adakah akan timbul lagi perasaan cemburu?

2 kes sebagai contoh...

1. Pasangan mendapat mesej dari orang yang tidak dikenali, berhasrat untuk berkenalan. Hanya membalas sekadarnya namun yang di sebelah sana hampir tiap hari mengirim sms bertanya khabar dan info terbaru. Adakah anda akan rasa cemburu kepada pasangan anda?

2. Melayari internet dan terjumpa rakan2 lama bersama koleksi gambar ketika zaman solo2 dahulu. Ternampak kelibat 'bekas teman mesra pasangan' di dalam gambar bersama rakan2 dan pasangan kita. Wajarkah kita cemburu?

Adakah jawapan kita serupa? Nak tau jawapan aku?
Ini jawapan aku...
Kes 1 : Tidak langsung terbit rasa cemburu, nak tergelak pun ada gak bila terbaca sms daripada pengirim kepada pasangan
Kes 2 : Timbul rasa cemburu sedikit walau kisah lama, tetapi gambar banyak mengimbau memori dulu. Pasti ada banyak cerita di sebalik kisah

Category: | 0 Comments

Sabtu & Ahad, hari untuk berehat dan bersantai di setiap minggu. Kadang kala aku sendiri memohon offday untuk aktiviti di dapur.

Sabtu
Seawal jam 7.00am telah berkobar2 hasrat untuk berekrasi di Tmn Tasik Permaisuri. Kira2 jam 7.30am telah keluar dari rumah dengan lengkap berpakaian sukan. Walaupun hujan renyai2 di luar, namun hasrat tetap diteruskan kerana bersangka baik, di lokasi yang dituju, cuaca elok dan tiada hujan. Kusangka panas di subuh hari, namun hujan Tun Razak lalu terus bersarapan di Restoran Mak Siti. Kenyang bersarapan, tetap juga ingin menjenguk lokasi walaupun dalam gerimis tapi gerimis telah berhenti sebaik sahaja kami mematikan enjin Black Myvi. Si kecil dimasukkan ke dalam kereta tolak dan kami bergilir2 menyorongnya mengelilingi tasik. Cuba untuk mendidik si kecil berjalan menggunakan kasut namun amat sukar nampaknya si kecil menyesuaikan diri melangkah dengan kasut tersarung di kaki.

Jam 10.00pg bergerak menjauhi lokasi kerana ada temujanji di tempat lain. Usai berurusniaga, kami menjengah Carefour yang baru dibuka di Alam Damai. Sekadar menjamu mata sambil menguji tahap keutuhan tulang bersama wakil Anlene yang sedang membuat promosi. Puas berjalan, kami sampai juga di rumah pada waktu jam menunjukkan angka 12 untuk jarum pendek dan angka 4 untuk jarum panjang.

Berlepak2 sahaja tapi dalam pada itu, aku membelek ebook "Emas2 Yang Hilang" dan hubby meneliti senarai ejen melalui internet dan membuat temujanji untuk hari itu juga. Jam 3.00pm, ejen yang dicari selamat tiba di rumah bersama 3org anak2nya. Perbincangan berlangsung kira2 sejam setengah. Selepas berpuas hati, perjumpaan seterusnya dirancang pada hari Isnin or Selasa untuk urusniaga selanjutnya.

Lewat petang baru pergi ke dapur mencari atau membuat sesuatu untuk mengisi kelongsong perut. Malam menjelma, perancangan untuk berehat dan bersantai di rumah. Tapi selepas penyemakan di laman web Touch & Go, didapati jumlah penggunaan sehingga 29oct09 adalah 77kali dan hanya perlu genapkan 3kali lagi untuk dapatkan rebate 20% daripada T&G. Huh, apa lagi, usai Isyak, hubby bersiap untuk berjalan saje2 ulang alik melalui tol batu 9 dan batu 11 untuk melepasi angka 80kali penggunaan T&G untuk sepanjang Oktober 2009 bagi melayakkan rebate 20% yang bernilai anggaran tol dari KL ke Johor.

Ahad
Selepas bersarapan, agenda seterusnya adalah pergi melawat rakan di Gombak yang baru mendapat cahaya mata sulung pada 30Okt09 yang lalu. Tapi, perjanjian untuk pergi di awal pagi bersama rakan dan isterinya terpaksa dibatalkan kerana rakan itu terpaksa menguruskan perniagannya di awal pagi menyebabkan lawatan ke Gombak ditunda petang. Dan kami pula yang sepatutnya mempunyai temujanji lain di petang itu terpaksa mengawalkan temujanji tersebut ke sesi pagi. Terus bersiap selepas temujanji sesi pagi dipersetujui bersama. Kira2 jam 11.00pg kami menuju ke lokasi atas jemputan mendengar penerangan untuk anggaran 1 jam. Selepas sampai di lokasi yang ditetapkan iaitu Palace Of Golden Horses, penerangan dan sesi temubual yang sepatutnya hanya berlangsung kira2 1 jam telah terpanjang tempohnya sehingga jam 3.30pm. Ini mungkin disebabkan banyaknya soalan2 yang kami utarakan dan individu tersebut terpaksa menerangkan selengkap dan sejelasnya setiap satu perkara berkenaan keistimewaan, insentif dan keuntungan bersama. Persetujuan diperolehi juga akhirnya untuk 1 tawaran istimewa yang diberikan kepada kami iaitu menjadi member Gold kepada Palace Vacation Club . Reward yang diberi serta keuntungan atau faedah yang diperolehi di sebalik membership ini yang menjadi punca persetujuan kami. Mungkin ini adalah salah satu peluang untuk menambah jumlah kewangan daripada bidang property.

Hampir asar, baru kami tiba di rumah semula. Dan selepas Asar, kami bergerak bersama pasangan suami isteri yang bakal mendapat zuriat sulung bulan depan untuk melawat seorang rakan yang lebih awal mendapatkan zuriat sulungnya. Sempat singgah drop by di Tesco Kajang untuk urusniaga hubby bersama pelanggannya dan singgah pula ke Tesco Ampang untuk membeli hadiah buat si kecil yang baru melihat dunia Allah ini. Jam 6.30pm sampai di Gombak. Tarpancar sinar kebahagiaan dari wajah pasangan baru ibu dan ayah bersama bayinya. Pertukaran sesi pengalaman ibu dan ayah semasa di saat2 genting sebelum bayi dilahirkan dan kata2 semangat serta tips2 untuk bakal ibu dan ayah berlangsung dengan rancak. Kerana kekangan masa, jam 8.00mlm kami terpaksa bergerak meneruskan agenda masing2.

Pasangan suami isteri meneruskan agenda untuk membeli barang2 keperluan bakal anak mereka sementara kami meneruskan perjalanan ke rumah rakan hubby di area Gombak juga. Tapi sebelum itu, perut yang kosong minta di isi. Menu ayam dara yang dipromotkan hubby sebaik sahaja nampak gerai bersignbord Nasi Ayam Dara menarik seleraku. 3gerai dituju untuk mendapatkan menu pilihan namun setelah gerai ke 3 yang juga merupakan gerai terakhir, barulah hajatku tercapai. Wah, besar sungguh ayam goreng yang diberi. 2 hidangan dipesan, tapi hanya seketul ayam yang habis dimakan. Seketul lagi dah tak muat untuk dimasukkan ke dalam perut menyebabkan ayam tersebut menjadi menu nasi goreng ayam kami untuk sarapan pada hari ini. Sape yang pergi ke Gombak, boleh cuba menu Ayam Dara ye..:)

Perjalanan diteruskan selepas selera habis dijamu. Kedatangan kami disambut baik oleh suami isteri dan anak mereka yang berumur 2 minggu lebih muda dari Zafran. Si ibu berborak bersama ibu, ayah bersama ayah dan sikecil juga bermain bersama mereka dengan diawasi oleh para ibu. Lawatan yang dijangka berakhir dalam 30-60 minit rupanya terlajak hingga melebihi 1 jam. Hampir jam 11.30mlm baru para bapa menyedari hari sudah terlalu lewat walhal para ibu sudah beberapa kali menguap dan anak2 kecil telah pun terlena dan ingin terlena. Kami sampai di rumah kira2 jam 12mlm.

Hujung minggu yang padat aktivitinya sehingga niat untuk hubby mengulangkaji pelajaran telah menjadi sesi mempelajari ilmu2 baru. Masuk rumah, kunci pintu dan mangga, masuk bilik on kan kipas dan off lampu semua serta terus beradu.

Category: | 1 Comment

Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..

[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke; SINI

Syukran..

Sebar-sebarkan...

Category: | 0 Comments

Hari ini, jam 8.45pg hubby telah bertolak ke Parcel B Putrajaya untuk temuduga kerjanya. Walaupun waktu temuduga adalah jam 10.30pg, namun sebelum jam 9.00pg harus bertolak bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini dan agar dia lebih bersedia. Cuak & berdebar2 sebenornye tuh. Kawan dia lagi best, jam 8.30pg dah sampai Putrajaya walhal waktu interview sama dengan hubby.

Tahun ni, temuduga intake Jan 09 untuk SPP DG41 dibuat awal. Jika tahun2 sebelumni, temuduga dibuat selepas posting, tapi tahun ni dibuat sebelum posting. Apa kemungkinan yang berlaku tidak dapat dijangka. Minggu depan pula adalah minggu peperiksaan buat hubby.

Tapi, hubby tetap hubby. Kerja last minute juga yang dibuatnya. Hari ni nak temuduga, baru semalam dia bertungkus lumus melayari internet mencari tips2 dan bahan2 yang boleh membantunya menjawab soalan penemuduga. Segelintir rakan-rakanya telah melepasi ujian temuduga semalam dan pelbagai soalan yang tidak dijangka keluar dari para penemuduga. Dalam wajah cool si hubby, aku pasti jauh di dalam hatinya, pasti dia risau tentang temuduga kali ini. Tapi bila ditanya apakah perasaannya, hubby tetap menjawab macam takde pape. ceh.

Dalam kesibukan hubby menelaah, diduga dengan si kecil yang demam panas sekali lagi untuk bulan ini. Tugas menjaga si kecil aku lakukan sepenuh mungkin namun ada kalanya terpaksa juga mengganggu hubby tatkala aku lelah dengan karenah si kecil dan sesekali kesabaranku teruji dengan si kecil. Hubby tetap sabar meluangkan masa menjaga dan melayan si kecil.

Kami berdua mendoakan kesejahteraan dan kecermerlangan hubby @ ayah semasa dan selepas ditemuduga. Semoga beroleh keputusan yang cemerlang. Amin...

Di akhir entry, aku poskan lagu ini untuk hubby merangkap ayah si kecil..



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhaiYa Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Category: | 0 Comments

Suatu siang, si suami balik dari tempatnya belajar..

Suami : Pandai masak nasi minyak tak?
Isteri : Nasi minyak? Abang nak makan nasi minyak ke?
Suami : A'ah, pandai masak tak?
Isteri : Tak pernah masak lagi. Kalau nak, kene tengok resepi lah. Nak bila?
Suami : Hari ni lah
Isteri : Kenapa baru bagitahu sekarang nak nasi minyak. Ada tetamu nak datang ke?
Suami : Tak lah, abang yang nak makan nasi minyak. Boleh tak masak ni?
Isteri : Hmm, ok. Tapi ala nak kena cari resepi dulu then abang kena pargi beli lah. lepas tu baru boleh masak. (dalam hati berdetik, tiba2 je nak makan nasi minyak. beli je la kat kedai. Lambat la lunch ari ni nampaknya..huhuhu)
Suami : Lambat lagi ke?
Isteri : Kejap la, nak kene tengok resepi dulu. Kang tak sedap, siapa pulak nak makan
Suami pergi ke dapur dan kembali semula beberapa saat kemudian
Suami : Nah nasi minyak, lambat sungguh nak masak. Ni hah, makan je lah.
Ceh, dah siap dapat sebungkus lengkap dari jamuan di tempat belajarnya. Ingatkan betul2 disuruh aku buat nasi minyak. Betul2 aku keliru kerana si suami sangat jarang meminta yang pelik2 di saat-saat akhir selain menu biasa atau tempahan lebih awal dibuat.

Suatu tika yang lain...

Suami : Sayang nak jeli kelapa tak?
Isteri : Eh nak, sedap tu. Kat mana nak dapat kat sini?
Suami : Nanti abang call mak, suruh mak pos dari kampung
Isteri : Hah, pos dari kampung? Tak payahla, menyusahkan mereka sahaja
Suami hanya tersenyum dan berlalu. Beberapa saat kemudian, datang kembali dengan sebungkus plastik di tangan
Suami : Nah, dah siap dah jeli kelapa yang sayang suka tu
Isteri : Hah, mana dapat ni. Takkan mak pos kot. Lain bungkusan dari kat kampung tu
Suami : Beli dengan cikgu kat sekolah tu :)
Isteri : Hiiii... asik kenakan ala je. Dah 2 kali terkena. Siapla nanti...

Hari Sabtu malam Ahad yang lalu semasa di kampung...
Kakak : Hari tu kau masak mee kari, bunyi macam sedap je kau cerita. Esok kau buatlah mee kari, sebagai bukti betul2 ke kau yang masak dan betul2 ke sedap
Adik : Kata esok Abang Halid (suami kakak) nak masak asam pedas
Kakak : Itu masak tengahari. Mee kari buat pagi la, waktu sarapan
Adik : Mana ingat, hari tu buat ikut resepi. Kang tak jadi baru tau.
Kakak : Alah, baru buat kan. Takkan tak ingat. Ingat-ingatkan lah.
Adik : Hah, pagi. Mana sempat. Dah malam baru cakap. Kelam kabut la nak buat pagi esok
Kakak : Pergi la pasar pagi2 cari barang
Adik : Hmm.. ok lah. Abang, sok kene bangun pagi2. Lepas subuh, terus gi pasar. Kakak Ya minta buat mee kari
Suami : Ok.

Esoknya, jam 7.00pg sudah bergerak menuju ke pasar basah. Target masa, kira2 7.30pg keperluan sudah siap dibeli. Sebelum jam 8.00pg sudah sampai ke rumah semula dengan segala keperluan untuk menu permintaan Kak Ya.
prung prang ketang ketung....
Akhirnya mee kari siap dihidangkan kira2 jam 10.00pg. Hahaha..mujur mak preparekan menu alas perut seperti jemput2 pisang, karipap dan ubi goreng. Melantak @ alas perut dulu sebelum melaksanakan mee kari. Selepas melantak mee kari, ini pula ulasan mereka...

Abang Halid : Hmm, ok. Rasa macam dekat kedai punya
Kak Ya : Menjadi juga akhirnya. Sangat jarang nak rasa menu kau kat rumah ni
Mak : Dah kawin, dari yang tak tahu pun kena blajar untuk tahu lah.
Kak Ya : Next time, ko buat cucur udang dan menu lain pulak ye bila balik kampung.

Category: | 0 Comments

Category: | 0 Comments

Hari sabtu tempohari, aku membuat majlis Aidilfitri kecil2lan buat kali kedua pada bulan Aidilfitri ini. Kali pertama sewaktu jiran tetangga datang berziarah ke rumah. Majlis tersebut berakhir dengan sangat meriah. Tetamu yang datang memang melebihi jangkaan. Makanan yang disediakan kali ini memang tidak membazir sepeti yang pernah berlaku sebelum ini. Petang itu, Kak syila sudi singgah beraya ke rumah. Menu utama memang telah ready. Dan otai lambaian itu sudi juga mengedit pencicah cucur udang yang agak masam.

Hihihihi.. semua menu memang pertama kali dibuat kecuali air, so kadar kemalangan dan kecederaan atas menu2 yang disediakan memang agak tinggi. Umpama budak baru belajar dapat lesen memandu tapi perlu memandu di tempat yang paling sesak, berbukit, banyak traffic light. Maka terjadilah insiden seperti memandu bukan dengan kadar yang sepatutnya, gear tidak selaras dengan kelajuan, termati enjin di traffict light dan sebagainya. itu adalah contoh kejadian namun tiada kena mengena dengan sesiapa yang sedang, akan atau telah tamat belajar memandu.

Jemputan asal hanyalah untuk teman2 rapat kronisma area KL Selangor, family dan rakan2 yang duduk di area berhampiran sahaja. Namun memandangkan ini adalah minggu terakhir Aidilfitri, pastinya ramai jemputan yang sukar dijangka kehadirannya. Justeru itu, sesiapa sahaja yang diingati melewati kotak minda memori, terus dimaklumkan. Biar jemputan melebihi kerana lazimnya kehadiran adalah dalam 75% selain bimbang menu yang disediakan tidak habis.

Memandangkan aku turut mendapat 4 jemputan Aidilfitri pada hari itu, maka persiapan dan persediaan untuk menu malam itu disediakan seawal pagi kecuali kerang rebus telah siap direbus oleh aku dan dibuang kulitnya oleh hubby pada malam sebelumnya. Memandangkan juga para tetamu turut mempunyai majlis Aidilfitri di tempat lain, rasanya perut masing2 pastinya telah separa padat dijamu dengan aneka makanan dan masakan pada siang atau maghribnya, kami merancang memilih menu yang simple dan tidak berat.
Menu kami pada hari tersebut adalah mee kari, cucur udang, tauhu sumbat, colek buah, keropok dan air blaccurrent sahaja. Walaupun masing2 yang dtg mengatakan perut telah kenyang terisi namun menu yang disediakan tidak dihampakan. Sekurang2nya setiap yang hadir akan mencuba 2 menu yang ada. Tetamu terawal hadir pada jam kira2 8.20mlm dan tetamu terakhir pulang pada jam 1.00 pagi. Siapa sangka menu mee kari habis sebelum 1 lagi gerombolan datang. Hubby sempat menyelinap keluar rumah pergi ke kedai sewaktu familyku sedang menjamu selera.

Teman2 kronisma dari rumah bujang datang bersama menu spagetti mereka selepas majlis Aidilfitri di rumah mereka tamat. Mereka datang bersama teman2 dari Love Lure termasuk Pn Mas. Kesemuanya adalah wanita sahaja.

Jemputan ke rumah mereka tidak dapat aku hadiri memandangkan Majlis mereka dilakukan di waktu berbuka puasa iaitu dari jam 7.00-9.00mlm. Dan 1 sebab lagi, jemputan adalah untuk wanita sahaja memandangkan kesemua mereka adalah bujang. Disebabkan ketidakhadiran aku, mereka membawa ke rumahku menu spagetti mereka khusus untuk aku. Mekaceh guys.. :)

Usai majlis, aku terus masuk ke bilik untuk menidurkan si kecil manakala hubby yang merupakan orang kuatku mengemas baki2 makanan untuk disimpan di dalam peti ais. Mungkin kesian melihat aku menjadi orang dapur seharian Sabtu itu, menyebabkan urusan membasuh pinggan mangkuk dan periuk kuali diselesaikan dengan jayanya oleh hubby pada hari Ahad itu. Dapur berkemas elok sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dapur. Perasaan terharu menyelinap dalam diri atas tugas yang dilakukan walaupun aku tidak memintanya melakukannya.

Ahad sepagian hanya berehat di rumah. Jam 3.00 ptg baru bergerak ke rumah Majlis Aidilfitri rakan hubby di Bukit Mahkota Bangi. Bertemu dan berkenalan dengan rakan2 persekolahan hubby yang masing2 sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata masing2. Tiba di rumah tatkala Maghrib telah hampir ke penghujungnya.

Dan 30 syawal berakhir di rumah kakak no 3 aku yang berada di Selayang. Ketidak hadirannya ke rumahku kerana tuntutan kerja menyebabkan aku sekeluarga datang menziarahinya yang hanya bercuti di Hari Isnin dan Selasa sahaja. Bertugas sebagai salah seorang chef di Hotel Westint KL mendorongnya menjamu kami dengan pelbagai juadah sehingga perut kami kenyang hingga pagi hari ini.

Seperti tahun lalu, tahun ini juga aku dapat beraya dan menziarahi keseluruhan rumah abang2 dan kakakku samada di Johor, Pahang serta KL dan Selangor. Semoga Syawal tahun depan, aku dan keluargaku masih diberi kesempatan untuk melaksanakannya semula sambil mengeratkan silaturrahim kekeluargaan.

Category: | 0 Comments

Suatu tika dulu, aku pernah duduk di kawasan kejiranan cina dan aku juga pernah duduk di kawasan kejiranan Melayu. cuma kejiranan India belum lagi aku merasa. Setakat ini, rasanya tidak jauh berbeza, ade manis, masam, kelat, dan juga 3rasa. Bila duduk di kawasan kejiranan Melayu, aneka ragam dan citarasa yang dapat dilihat. Kejiranan yang suami isteri banyak bekerja lain perisanya dan kejiranan yang isteri banyak jadi surirumah pun tak kurang ragam dan garamnya. Senang kata, lengkapkan 1 masakan dengan pelbagai rasa.

Bergantung kepada yang merasa, jika ada yang terkurang, tambahla kicap garam dan gula. Entry bukan berkisah tentang masakan ye, tapi tentang jiran tetangga.

Antara perbualan jiran tetangga di kejiranan sini.

Kisah 1
Jiran A : Akak ni kadang kala tak tahu nk buat macam mana. Duduk rumah je, dikata kita sombong, tak nak bergaul dengan orang tapi kalau bergaul pulak, asik dok buat ketupat je, rimas juga
Jiran B : Ye lah, tak keluar salah, keluar bercampur pun salah. Jadilah serba salah

Kisah 2
Jiran C : Ada nampak jiran sebelah ni tak? Balik kampung ke?
Jiran D : Tak de pulak. Dah beberapa hari tak nampak. Dah lari kot, hutang banyak sangat
Jiran C : Mana akak tau?
Jiran D : Dah ramai sangat yang cari dia. Pagi tadi bangla datang, aritu India. Silap2 utang dengan along. Hah jaga2la kita semua
Jiran E : hai, macam2 hal lah orang tu. Kenapa cari dia
Jiran c : Ni hah, ada barang untuk dia. Semalam ada pihak *** datang hantar barang, tapi jiran kita tu takde. So, ditumpangkan barang tu kat rumah saya. Ingatkan malam tadi balik, rupa2nya sampai pagi ni tak balik2. Dia balik kampung kot, anak dia kan tengah PMR
Jiran E : Ye lah tu, jadi pegawai pemeriksaan agaknya tak pun pengawas penjaga. Anak PMR dia pulak sibuk balik. Entah iya entah tidak

Kisah 3
Jiran F : Jaga2, malam ni ada drama
Jiran G : Drama ape pulak malam2 nanti?
Jiran F : Alah, jiran depan rumah kita dengan jiran atas. Dengarnya nak berperang. Jiran atas tak puas hati dengan jiran depan
Jiran G : Ooo.. ye ke. Hah, yo lah. Malam ni akak bukak pintu rumah, nak dengar drama diorang tu

Kisah 4 :
Jiran H : Aik, mana pergi selipar depan pintu ni. Masuk ni, dah dekat 10 pasang hilang.
Jiran I : Ade lah tu yang merembat
Jiran H : Ape jenis orang la dok rembat barang orang. Daripada kasut kahwin suami saya, kasut kerja suami saya, sampaila ke selipar jepun jenis Tat Sing dan selipar jepun RM2.99 pun hilang
Jiran I : Kadang2 budak2 buat main terus diambilnya. Janganla letak selipar kat luar rumah lagi. Kat sini ni memang ada yang kaki rembat. Tak caya, gi la cek kat rumah depan tu ke, atas tu ke. Ada la tu
Jiran H : Malas la nak gi cek. Kang takde, dikata saya menuduh2 pulak
Jiran I : Alah, takde orang lain yang buat. Orang kat rumah jiran tu la jugak yang buat. Pokok bunga akak ni pun abis mati semua dikerjakan anak2nya. Ikutkan hati, nak je akak serang rumah jiran tu
Jiran H : Alamak bang, mangga rumah kita pun dah tak ada laaa

Kisah 5
Jiran J : Kita tak buat kat orang, kenapa orang buat kat kita ha...
Jiran K : Kenapa?
Jiran J : Sedih gak rasa bila kena ngata dek orang. Suka sangat bawak mulut cerita hal orang lain
Jiran K : Ape yang berlaku ni
Jiran J : Jiran depan, jiran atas selalu tanya, "anak apa khabar, dah lama tak dengar dia menangis. Dulu kecik2 asyik menangis. Sekarang ni bila jumpa, MasyaAllah semangat dan betul". Tapi jiran sebelah tu dok bawak mulut kat rumah2 orang. "Anak saya ni asyik menangis je tak kira masa, malam siang pagi petang. Dari kecik sampai sekarang ni asyik menangis je, mengganggu dia"
Jiran K : Mulut orang, bukan boleh tutup. Lantak dia la. Yang penting kita tahu apa yang berlaku

Kisah 6
Jiran L : Parking kat area rumah kita ni sebenarnya takde sesiapa punya. Penduduk boleh parking mana2 je sebenarnya
Jiran M : Abistu banyak yang dah ditanda, ingatkan dah bertuan, bimbang la saya nak parking sebarang
Jiran L : Dulu masa awal2 memang takde. Tapi sesiapa yang duduk awal dan kebanyakan pemilik rumah kat sini, diorang amik paking terus. Kebanyakan area tepi dekat dengan jalan ni, pemilik rumah yang duduk di sini yang empunya parking. Kadang2 ade yang 2 kereta pun nak parking dekat2 dengan jalan jugak. Kalau 1 kereta tu ok lah, yang satu lagi, parking la jauh, bagi peluang kat orang lain pulak.
Jiran N : Kat sini dulu, hampir2 bergaduh besar tentang kes parking kereta ni. Kereta akak pun kene calar dek orang yang tak puas hati. Ikutkan hati, akak nak lapor kat MPKJ tapi suami akak malas nak panjangkan. Kitorang mengalah je, parking jauh sikit
Jiran M : Tapi rasanya sekarang ni kereta dah makin banyak. Dulu saya parking hujung sana, boleh la nampak kereta kat bawah dari rumah. Tapi sekarang ni dah makin hujung saya parking sebab banyak kereta
Jiran L : Ada yang lebih 2 kereta 1 rumah. Ada jiran tingkat 2 tu baru2ni beli kereta lagi. Kereta lama tambah dengan citra dan kelisa tak silap akak
Jiran M : Hah saya perasan. Kelisa tu la yang ambil tempat saya. Saya dah parking jauh tempat yang memang takde yang parking, tup2 ade juga yang ambil
Jiran L : Rebutla korang yang ada kereta ni. Mujur akak takde kereta, naik motor je, senang. hahah

Itu antara kisah benar yang berlaku di kejiranan ini. Ada banyak lagi kisah yang berlaku, tapi karang jadi karangan 500 patah perkataan pulak. Sedikit pengubahsuaian turut dilakukan kerana watak tambahan jiran2 lain yang tolong menokok tambah cerita tidak dimuatkan tapi diringkaskan dalam beberapa ayat untuk watak tertentu. Rasanya, bukan di sini sahaja berlaku tapi mungkin berlaku di hampir kebanyakan tempat. Aku dan mungkin juga kamu, kamu dan kamu selaku jiran tetangga, pandai2lah bawak diri. Mana yang elok, didengar. Mana yang perlu ditongsampahkan, masukkan je ayat2 jiran tetangga dalam tong sampah dan ikat kemas2 sebelum sampah diangkut oleh Alam Flora.

Category: | 2 Comments

Entry2 sebelum ni lebih banyak bercerita ttg anak dari hubby. Untuk hari bahagia hubby hari ini, aku tujukan khas untuknya.. Hubby jangan marah ye, saya kongsi cerita kat sini. Hubby pun jarang buka blok ni sebenarnya, dan entah bila dia akan baca entry ni agaknya. Mungkin bukan tahun ini..

Saja mengimbau kenangan silam tatkala baru berkenalan dengan si hubby. Siapa sangka akhirnya dia menjadi suami dan ayah kepada anak kami. Di awal tahun 2004 rasanya, aku mula akrab dengannya. Hubby dan aku mempunyai latarbelakang dan tahap sosial yang sangat berbeza. Aku, seperti yang mengenali aku, boleh dikatakan agak bersosial dan mempunyai kawan yang amat ramai. Bukan sosial negatif ok, tp bersosial di sini means banyak bergaul. Yo lah, aku ni dulu dikira aktif jugalakan di UTM. Dengan kawan2 di Lambaian, Biro Kerohanian, KTC, FSKSM, teman2 se blok dan aku juga dulu ramai kawan dari kalangan ATMA. Sejak tahun 1 aku dah ada kawan di kalangan ATMA yang bloknya seberang dari blok Sedundun yang aku duduki dulu.hahaha...

Hubby adalah teman bergaduh aku suatu tika dulu. Kami jarang sependapat dan sehaluan. Bila berchating pastinya bergaduh dan bila bersua jarang sekali bertegur sapa. Bukan kerana malu, tapi kami member chating jer.muakakaka..

Entah macam mana, dalam bergaduh2 dan bertengkar tu, boleh pulak diapproach. Rasanya mahu tersembur air yang sedang aku minum ketika itu setelah ucapan terakhir diluahkan. Peringkat awal, masing2 mula menyesuaikan diri dengan latar belakang dan sosio budaya yang berbeza. Hari2 pasti ade teguran yang sampai ke telingaku. Dan hari2 juga pasti ade perkara yang ditengkarkan.Aku yang dah biasa bergaul dengan ramai teman lelaki dan perempuan cuba untuk menjaga hatinya dan membataskan pergaulan. Tapi sebenarnya, mana boleh bataskan
pergaulan. Dah aku rapat n akrab dengan warga Lambaian. Pernah disuarakan, hal aku hal aku, hal dia hal dia. Jangan campurkan. Cuba terima seadanya. Dalam masing-masing cuba menyesuaikan diri, banyak juga dugaan yang datang. Lagi best jika dugaan itu melibatkan orang ketiga,keempat dan seterusnya...

Antara peristiwa2 yang masih ku ingat sampai sekarang..

Seorang temanku dan juga temannya pernah memaklumkan berita ini kepadanya, dalam cerita ini, hubby kuberikan watak A dan aku watak M
"Betulke A berkapel dengan M? A tak tahu ke M tu banyak pakwe. Sampai aku sendiri pun tak tahu yang mana satu pakwe M. Kadang dengar dengan orang inilah, orang tulah, orang sanalah. Entahlah..banyak betul pakwe dia. Tak tahu yang mana satu betul. A nak ke berkapel dengan orang macam M tu?"
Hubby menceritakan semula berita itu kepadaku. Namun kata hubby, dia percaya kepadaku kerana aku pernah berceritakan ttg diriku dan rakan2ku sebelum ini. Mungkin kalau aku tidak menceritakan latarbelakang dan pergaulanku sebelum ini, ada kemungkinan hubby akan termakan dengan berita tersebut. Yang paling membuat aku sakit hati dengan berita tersebut adalah si pembawanya merupakan orang yang aku kenal, sefakulti denganku, seblok denganku dan juga ahli Lambaian.. huhuhu... hampeh dot com pembawa berita tersebut.

Peristiwa lain, setelah aku mula akrab dan menerima hubby seadanya, aku mendapat tahu yang bekas 'teman mesra' hubby sebelum ini masih memburunya. Mengintai berita dan rahsia aku melalui rakan2nya yang juga rupanya adalah teman2 sekeliling aku yang aku tak sedarinya sebelum ini. Mencari peluang untuk meminta hubby kembali semula kepadanya ketika aku baru sahaja mula menerima hubby. Fikiran aku waktu itu, mahu sahaja aku putuskan segala yang baru bermula. Honestly, aku tak suka berebut. Kalau dia nak sangat, ambillah. Aku tak rasa rugi kerana aku fikir, perjalananku masih jauh. Belum berkahwin pun dah ada yang berebut, apatah lagi selepas ini. Namun reaksi hubby sebaliknya. Dia tak mahu putuskan dan tak akan kembali kepada yang dulu. Even aku tetap ingin putuskan dia boleh terima tapi untuk kembali kepada yang dulu, tetap tidak sekali2 dilaksanakannya.Akhirnya, kami teruskan untuk suatu tempoh jika masih ada keserasian.

Seperti dijangka, hubungan kami membuatkan rakan2 hubby dan juga kroni2 aku terkejut teramat. Sukar untuk mereka menjangka sejauh mana kami boleh bersama kerana masing2 mempunyai karekter yang sangat berbeza dan kontra. Siapa yang kenal aku, boleh agak karekter aku dan boleh jangka karektor hubby yang berlawanan.

Untuk rapat kepadaku, hubby juga perlu melalui ujian berhadapan dengan orang tuaku di kampung. Aku main2 je mulanya soh jumpa kuageku coz bab jodoh2 ni, ibuku agak memilih sedikit berbanding abah yang agak open minded. Kalau mereka suka, aku terima hubby seadanya, kalau mereka tak suka, hye hye bye bye le jawabnya.

Mak mmg agak byk gak pra syarat yang diberi kepadaku. Macam2 syarat2nya untuk bakal suamiku. Dan hubby datang juga ke kampungku bertemu orang tuaku. Dan entah macam mana, orang tuaku menerima seadanya rakan baru aku (ops.. rakan baru means rakan lelaki ya coz sebelum ni rakan2 aku semua perempuan. Tak pernah kenalkan secara life rakan2 lelaki yang lain) Pra syarat2 emak sebelum ini? Hilang dibawak angin selepas bersua muka dengan hubby. Muahahaha.. No syarat2 utama, just jaga diri dan akhlak masing2 selagi belum dihalalkan syarak.

Sewaktu konvokesyan bulan Ogos 2004, buat pertama kali aku bertemu dan berkenalan dengan keluarga hubby. Dan ketika itu juga orang tuaku ditemukan dengan orang tuanya. Kami konvo bersama tau. hehehe.. Masing2 cuba bersuai kenal dan berborak. Tapi almaklumlah, keturunan Jawa bercakap dengan keturunan asli Terengganu, umpama ayam dan itik bercakap. Kau cakap aku angguk, aku cakap kau angguk. Bila ditanya semula apa yang dibualkan masing2 angkat bahu tanda tak tahu...harharhar

Dalam pasang surut, tahun berganti tahun. Yang jauh didekatkan, yang dekat dimesrakan, yang mesra diserasikan. Begitu juga kami. Dan pada bulan Februari 2008, kami mengikat tali pertunangan, 31 Mei 2008 kami dinikahkan. Hingga ke saat ini, kali ke dua hubby menyambut ulangtahunnya setelah bergelar suami dan pertama kali bergelar ayah. Sifat2 kami sebelum ini telah banyak tertukar di antara kami. Sifat hubby yang suatu tika dulu mudah cemburu telah jatuh kepadaku dan sifat cool, sabar aku telah jatuh kepadanya. Siapa sangka, sifat hubby yang sangat mudah membuatkan aku sakit hati dan sering bergaduh dengannya telah bertukar menjadi seorang yang sangat kontra bila berkapel dan menjadi suami. Kenakalannya semakin menjadi2 untuk menghiburkan hati kami sekeluarga.

Semaga hubby sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dilindungi OlehNYa, dipermudahkan urusanNya dan sentiasa berbahagia bersamaku dan anak2. Doa restu aku akan sentiasa mengiringi hubby tersayang...

Category: | 2 Comments

Hari ini, hari ketiga anakku demam. Bermula pada Selasa malam Rabu yang lalu, suhu mula meningkat menjelang waktu Isyak. Namun aku masih membawanya berkunjung beraya ke beberapa rumah jiran tetangga. Selepas balik dari beraya, hubby menyarankan kami ke klinik pada jam kira2 11.30mlm. Suhunya 38.5darjah celcius ketika diperiksa dengan batuk dan selsema. Ubat terus diberi. Doktor menyarankan selepas 4 jam jika suhu belum turun, beri semula ubat dan lapkan badannya agar suhu panasnya berkurangan. Aku dan hubby bergilir tidur menjaganya untuk memastikan suhunya stabil. Alhamdulillah, si kecil mula berpeluh dan berkurangan kepanasan badannya.

Hari Rabu, ubat masih diberi. Sangat liat untuk makan ubat. Hampir sebahagian besar ubat yang diberi menggunakan picagari diluahkan semula. Diberi dalam susu botol, langsung tidak dijamahnya susu. Terbiar membazir. Namun kelincahan dan keaktifannya bermain tidak berkurang. Cuma kadangkala bila suhunya meningkat sedikit, si kecil kurang fokus dalam bergerak. Sering terjatuh tatkala bertatih dan bermain. Menjelang malam, suhunya semakin turun. Kami gembira dengan perubahannya. Kami bawa si kecil berziarah ke rumah Pn Marsyita & En Zamri, bos terakhir aku. Si kecil sangat aktif bergerak ke hulu hilir walaupun selsema masih ligat menyerang. Usai di rumah mereka, kami berziarah pula ke rumah Ramzul & Nadia. Si kecil mula meragam sedikit, mungkin kerana mengantuk dan si kecil lena di atas riba selepas puas bermain di rumah Ramzul & Nadia. Dan dinihari itu, jam 4.00pg si kecil semakin sukar untuk lena. Suhunya meningkat lagi. Aku n hubby berikan ubat yang dimasukkan melalui punggungnya. Si kecil sangat berasa tidak selesa akibat kemasukan ubat itu ke dalam dirinya. Sebelum subuh pagi Khamis itu, si kecil qadak hajat dan secara tidak langsung menurunkan sedikit suhu badannya.

Walaupun demam disulami selsema batuk dan kahak, si kecil tidak terlalu merengek yang sering inginkan perhatian. Dia masih lagi boleh berdikari main sendiri, menjelajah barang2 yang jarang dapat dibuat main seperti kain baju berlipat, printer, stok2 produk di stor dll. Malam itu, kami berdua tidak lagi mahu keluar beraya kerana bimbang akan kesihatan si kecil. Tatkala tidur, si kecil mudah terjaga, mungkin kerana tidak selesa dengan selsema yang menyerang hidungnya. Kami berdua masuk beradu kira2 jam 12 malam lebih. Si kecil acapkali meminta perhatian dariku tatkala tersedar dari lenanya. Dan mlm itu, kira2 jam 2.00 pg si kecil telah tersedar dari lenanya untuk jangkamasa yang panjang. Payah betul nak tidurkannya. Aku dan hubby cuba
untuk bergilir2 menjaganya namun rasanya si kecil yang lebih banyak menjaga kami yang asik terlena ketika cuba menidurkannya. Kira2 jam 2-3pagi itu jugalah, si kecil bermain di sekitar bilik. Daun pintu menjadi sasarannya bermain ketuk2 di waktu dinihari itu. Sampai ke jam 3 lebih gak, aku n hubby akhirnya sama2 bangun memujuknya untuk tidur. Suhu badannya tinggi. Kami cuba memberinya ubat demam, namun si kecil tetap gagah menolak pujukan kami untuk memberinya ubat. Ubat yang diberi tidak berjaya masuk ke dalam badannya namun suaranya yang semakin kuat mengejutkan jiran2 di waktu dinihari. Tapi rasanya jiran tak bangun kot sebab kali ini suaranya tidak senyaring sebelum ini. Suaranya telah timbul tenggelam dengan aura serak2 basah gara2 kahaknya yang banyak di tekak. huhuhu...

Bila gagal memaksanya memakan ubat atau memasukkan ubat ke dalam dirinya, cara terakhir ikhtiar secara tradisional. Ambil air dan lap2kan badannya. Kepalanya dibasahkan dengan air asam bercampur beras petua dari hubby yang diturunkan daripada ibunya sewaktu hubby demam dulu. Kali ini, mula menunjukkan hasil. Mungkin juga kerana si kecil telah letih bermain keseorangan gara2 gagal memujuk ummi dan ayahnya yang terlena ketika menjaganya. Suhu badannya mula menurun sedikit. Susu diberikan dan akhirnya si kecil terlena juga dalam perhatian ummi dan ayahnya.

Pagi tadi, sekali lagi kami ke klinik untuk memeriksa keadaan si kecil. Jika menurut kata2 orang tua, si kecil nak tambah umur. Itu sebab demam macam ni atau ada sesetengahnya kena cirit birit. Doktor Aziah di Klinik Annur turut mengatakan berkemungkinan demam ini adalah sebahagian dari perubahan dirinya yang baru tumbuh gigi dan juga sedang bertatih berjalan. Tidak lama lagi si kecil akan bertambah umur menjejak 8 bulan. Namun sebagai langkah berjaga2, antibiotik yang lebih kuat, ubat demam, selsema, batuk dan kahak tetao diberikan
untuk si kecil. Doa kami agar si kecil tabah menghadapi ujian ini dan semoga demam dan kesihatannya bertambah pulih menjelang esok hari dan seterusnya. Sebenarnya, sejak bayi hingga kini, ini adalah kali pertama si kecil demam dan kesihatannya agak teruk. Sebelum ini, amat sukar untuk si kecil demam dan batuk berkahak. Lazimnya ia selsema dan akan pulih dalam beberapa hari sahaja. Semoga si kecil kuat dan sihat seperti sediakala. Chaiyok2 zafran... Anak ummi hebat kan...

Category: | 0 Comments

Seringkas dan sepadat mungkin aku cuba isikan dalam entry kali ini. Imbasan sekitar Jamuan Hari Raya KLM 09 dengan tema "NEVER BREAK THIS BOND".

1st of all, syabas aku ucapkan kepada barisan MT yang melaksanakan program ini yang khabarnya kesemua mereka adalah anggota2 baru KLM yang baru tahun 1. Tahniah kerana berjaya melaksanakannya sebaik mungkin.

Aku dan keluargaku bertolak dari Kajang dalam kol 1.15 tengahari selepas lunch di Majlis Hari Raya, Lovelure yang merupakan tempat aku bertugas suatu tika dulu. Singgah di Ayer Keroh, menjemput Afiq di tol dan meneruskan perjalanan ke JB. Sampai di JB dalam 5.30ptg. Singgah di Tmn U, mengisi perut dan berjumpa pelanggan di JB. Masuk ke rumah tamu kira2 jam 7.00 mlm. Terima kasih kepada Kak Syila kerana membantu menguruskan penginapan. Not bad juga rumah tamu ni. Kelengkapan cukup dan selesa untuk penginapan dengan harga yang berpatutan.

Setelah berehat seketika dan bersiap, bertolak ke Dewan Alumni anggaran jam 9.00 mlm. Bimbang gak dengan kelewatan dan malu kepada VIP jika mereka sampai lebih awal. Setelah pendaftaran dan penerimaan cenderamata istimewa, kami masuk ke dewan dan memilih lokasi pilihan. Masih ada yang belum tiba. Duduk di meja kosong paling hampir dengan pintu. Majlis telah pun bermula. Tidak lama kemudian sampailah alumni2 lain yang turut lewat dan mengisi kekosongan kerusi di meja kami. Huh, ingatkan kami je yang lewat, rupanya mereka juga lewat. Siapa mereka? Biarlah penghuni2 meja Conflakes Madu yang mengaku sendiri.

Antara pengisiannya adalah Makan2 semestinya, ucapan salam, imbasan memori kenangan program2 yang telah dilaksanakan, cabutan bertuah, persembahan dari para AJK kelab dan lain2. Menu juga istimewa dengan gado2, mee kari, colek buah, kuih muih, soto dan air ape ntah namanya. Aku sempat menjamah gado2 serta colek buah yang jarang diperolehi dari menu hari raya. Menu lain, dah pernah ada, so just cuit2 dari pinggan orang lain je lah. Walaupun lapar, tapi melihat kemeriahan majlis serta bertukar2 khabar dengan para alumni lain yang sudah jarang berjumpa, menyebabkan makan bukan lagi perkara utama aku dalam majlis kali ini. Perbualan dan bertukar2 khabar lebih menarik minat aku. Dari batch Adam+Easy+Sport, Madzlan+Syila+Ayu, Aku+Kak Eiz+Azwar,Pilo+Yerk+Macha+Ikin, Afiq+Afzan, dll. Selepas batch afiq & Afzan, aku dah tak kenal siapa mereka.

Inilah doorgift yang kami terima di meja pendaftaran dan mug itu adalah hadiah cabutan bertuah untuk nombor 84 kepunyaanku...

Hubby dan Zafran terlena lebih awal sebelum majlis habis. Mereka berdua keletihan sepanjang hari ini. Aku tidak langsung rasa mengantuk, mungkin kerana terlalu excited bersama mereka semua menyebabkan enzim mengantuk langsung takut nak melekat. Acara cabutan bertuah menjadikan aku antara yang bertuah pada malam itu. Seperti disangka, kaedah water trigger aku menjadi dan nombor aku dipilih lalu sebuah mug comel menjadi milikku. Nombor hubby tidak terpilih, mungkin nak empunya diri sendiri yang membuat kaedah itu namun hubby busy berlegar2 di ruangan lobby untuk menidurkan si kecil. At the end, bukan si kecil sahaja yang tidur, hubby pun turut terlena di atas kerusi. Ish..saboo jelah. Last2, mereka berdua tidur di kereta sementara menanti aku yang tak sedar diri malam dah nak menjelang dinihari namun aku masih berjoli. huhuhu.. Oppss, bukan berjoli tapi berjumpa teman2 lama yang telah sekian lama tidak berjumpa :)
Zafran terlena dibahu hubby. Hubby menggalas tugas sebagai penjaga Zafran sepanjang majlis berlangsung. Hehhe.. mekaceh sayang

Acara terakhir adalah bergambar. Sesi bergambar ini dimonopoli oleh warga alumni yang tak sedar diri bergambar bagai nak rak di pentas mengabaikan hati para junior yang menanti giliran untuk turut bergambar sama. Memang macam tu lah bebudak alumni ni gamaknya, part bergambar tak hingat yang lain. Tapi, tidak boleh salahkan mereka kerana junior KLM yang lambat sangat nak naik ke pentas. Masa berjalan pantas tau. Siapa lambat, ketinggalan. Peluang yang ada jangan dilepaskan. Nah, hambik kau, giler kuase betul bebudak alumni nih. Agak2nya junior KLM ni terkena culture shoke melihat aksi dan lagak para senior mereka. Takut mereka
nak dekat gaknya kerana perangai alumni mengalahkan para junior tahun 1. Perasan muda, muakakakaa... inilah sifat terserlah mereka bila berjumpa geng sekepala. Rugi keluarga Amani tak dapat join sama sesi bergambar kerana Amani berdua telah mengantuk. Kepada para junior KLM @ Lambaian, cuba2lah sesuaikan diri dengan kami warga alumni. Erat dan akrab terserlah walau berjauhan. Tatkala bersua, pelbagai keletah dan ragam namun tetap menghiburkan... Cayalah lambaian. Program ape2 pun tetap BEST!!!

Inilah antara wajah2 alumni Lambaian yang berposing bagai pentas itu mereka yang punya hinggakan adik-adik junior takde yang berani mendekati...

Category: | 8 Comments

Cerita 1 : Mercun Bola
Malam 1 : tak berani main, bimbang meletup
Malam 2 : main, tak meletup, cucuh api sekali lagi, meletup, terkena percikan api di lengan
Malam 3 : main, tak meletup, cucuh dengan bunga api, tak sempat lari, meletup, melecur di tangan sebesar duit 20sen
Malam 4 : DIHARAMKAN MAIN. MERCUN BOLA TELAH DISIMPAN OLEH PAKLONGnya

Cerita 2 : Mercun Lebah
Cucu 1 - lelaki : bakar, baling ke kiri, sukses
Cucu 2 - lelaki : bakar, baling ke atas, sukses
Cucu 3 - perempuan : bakar, baling ke depan, sukses
Cucu 4 - perempuan : bakar, baling ke kanan, lariiiii
Ayah cucu 4 : kenapa baling ke adik, kalau terbakar tadi macam mana hah???!!

Cerita 3 : Bermain bunga api dan mercun di halaman rumah
Sedang cucu2 Pak Ismail bermain dengan gumbira di halaman rumah, tiba2..
Pak Long : Kutip semua sampah-sampah bunga api dan mercun ni selepas main nanti. Jangan masuk rumah selagi tak bersih!

Cerita 4 : Berhari Raya
Kesemua anak2 dan cucu2 Pak Ismail yang balik ke kampung pergi beraya di rumah Adik Bongsu Pak Ismail. Kebetulan keluarga ipar adik bongsu Pak Ismail juga dtg beraya ke rumah tersebut. Dalam kesibukan menikmati juadah yang disediakan, kanak2 riang berman di luar rumah, para ibu bapa berbual2 dan bersembang, tiba-tiba terdengar teriakan di pintu....
Cucu lelaki umur 4thn : Ibu, dah lama sangat rasanya ni, bila nak balik?!

Cerita 5 : Berhari Raya 2
Kami berdua berhari raya dan menziarahi jiran tetangga setelah balik semula ke Kajang.
Jiran suami : Dah besar si kecil ni, dah jarang dengar dia menangis sekarang ni. Dulu kecik2 selalu menangis kan
Ayah si kecil : A'ah. sekarang dah kurang sikit menangisnya. (jawab dalam serba salah kerana si kecil dulu sering menangis bimbang mengganggu jiran tetangga)
Jiran isteri : Tu la pasal, dah tak dapat nak dengar suara si kecil menangis lagi sekarang ni. Dulu, masa si kecil ni kecik lagi, tiap kali dia menangis je, suami akan slowkan TV or Radio kami semata-mata nak dengar bunyi si kecil menangis...
Jiran suami : Ish...jangan la kantoikan saya pulak

Category: | 2 Comments


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Salam Lebaran untuk semua...
Persediaan untuk pulang ke kampung sedang disediakan
Kereta telah siap diservis, minyak petrol telah penuh diisi, tayar juga telah berisi angin
Sepetang bershopping di Giant & Tesco membeli keperluan kek dan pakaian
Pertama kali menyambut lebaran bersama hero kecil dan hero utama yang disayang di sisi
Semoga lebaran ini membawa beribu erti dan kebahagiaan buat kami serta anda semua
Berehat dari dunia blog untuk seminggu lebih barangkali
Ampun maaf dipinta kepada kalian
Semoga kita bersua semula di lain lembaran
Salam sayang dan Salam Aidilfitri ^_^

Category: | 0 Comments

Kenapalah aku berperasaan begini..
Siang tadi aku terjumpa satu slip transfer dari satu akaun ke satu akaun yang lain dengan jumlah yang agak besar.
Satu perasaan irihati menyelinap dlm lubuk hati kecil

Malam ini aku telah mendapat kepastian ttg perkara itu
"Kenapa?", ajunya...
"Takde pape, saje tanya..."

Aku tak tau kenapa aku mesti berasa tidak puas hati..
Aku ajukan soalan lain pula..
"Dah menyimpan untuk bulan ni?"
"Belum"

Lagi memberontak rasa dalam diri, kutanyakan langkah mudah untuk aku transfer sekian amaun dpd akaun Maybank ke CIMB
Langkah paling mudah, aku transfer dari akaun personal ke Maybank syarikat then buka cek untuk masukkan ke CIMB
Aku masukkan sejumlah amaun, kurang 20% dpd amaun yg terdapat dalam slip itu. Kalau ikut rasa ketidakpuasan hati, mahu saja aku simpan dalam amaun yang sama, namun aku perlu berkira2 untuk peruntukan belanja hari raya nnt.

Aku cuba bertenang dan istighfar byk2..
Aku tak seharusnya cemburu
Itu hak dia, suka hati dialah nak buat ape
Seharusnya aku berbangga
Kerana dia sangat bertanggungjawab kpd mereka itu
Cuma yang menyebabkan aku tidak berpuas hati..
Kenapa dia tidak berterus terang atau berkongsi dengan aku
Mungkin dia rasakan aku tak perlu tahu urusannya...
Kecik hati aku kalau dia merasakan sebegitu

Sebelum ini, kebetulan aku terdengar perbualan mereka di telefon
Dia umpama tidak mahu bercerita denganku
Bila ku tanya secara pusing belit, baru ku tahu kenapa mereka meminta dengan amaun sebegitu
Namun kali ini lebih besar lagi...
"Mungkin untuk keperluan raya ini", pujukku dalam hati

Pernah kuceritakan serba sedikit pada bonda ttg mereka
Bonda berpesan kepadaku..
"Macam itulah bonda dulu untuk menyekolahkan anak2 bonda. Ayah kerja di perantauan,
bonda di sini uruskan anak2, jika bonda kesempitan, bonda terpaksa meminjam dengan sesiapa
untuk menyara dan menyekolahkan anak2 bonda. Dia anak sulong, besar tanggungjawabnya. Kau janganla minta pape pada dia. Bila dia bagi, kau ambil. Bila dia tak bagi, jgn kau minta. Bonda faham apa yang mereka rasai kerana bonda pernah mengalaminya..."

Sejak bertemu bonda tempohari, aku cuba mengikuti nasihatnya. Kadang kala ade gak terasa tp aku cuba sabarkan hati.
Kalau aku mampu, buat ape aku perlu bergantung pd orang lain untuk membeli keperluanku.
Kalau dia nak beri, aku ambil.
Kalau dia tak beri, jgn pula aku meminta2. Guna sahaja duit sendiri...
Bersyukurlah dengan rezeki yang Tuhan berikan padaku selama ini...
Ya Allah, ampunkan aku kerana bersifat irihati dan cemburu kepada mereka. Sesungguhnya mereka jauh lebih berhak dari diriku...

Category: | 2 Comments

"Yang, tahun depan kita buat baju warna biru, hitam, kuning atau putih ye"
"Jap, nak fikir dulu. Tahun depan kita pilih warna yang belum ada... Warna ape ek yang belum ada. Thn ni kuning coklat dan biru.. Tahun lepas pun warna ni jugak kita kan..."
"Tahun depan putih lah"
"Putih dah ada la.. baju nikah aritu tak pakai2 lagi pas nikah. Tahun lepas nak pakai tak muat sbb tgh pregnant, elok lagi baju tu"
"Kalau camtu, tahun depan warna hitam nak?"
"Hitam..?? Macam tak semenggah je kaler hitam. Tak best lah"
"Warna-warna lain abang malas laa..."
"Apsal... oho, ni mesti sebab abang dah ada baju melayu untuk warna-warna tu kan. Tu yang nak warna2 tu je"
"Hehehe.. baju banyak2 pun bukan abang pakai. Pakai time raya je"
"Sape suruh tak pakai.. Pakai le selalu.. Ahh... tak kira, tahun depan cari warna ungu or hijau pulak lah..."

2007 - Beraya bersama keluarga di Johor
2008 _ Beraya bersama suami, keluarga di Johor dan keluarga mertua di T'ganu
2009 - Beraya bersama suami dan anak sulung, keluarga di Johor dan keluarga mertua di T'ganu
2010 - Beraya bersama suami + anak or anak2 dan keluarga di Johor serta mertua di Tganu

Category: | 0 Comments

Semalam antara hari paling seronok dalam bulan ini kerana dapat berbuka puasa ramai2 dengan para kronisme area selangor ni. Terima kasih pd mereka yg hadir..:)
Walau tak dpt merasa dan 1st time buat menu2 tu, instinct agak tepat. Suke..suke..suke... ^_^

Lg bererti apabila secara tidak sengaja menu yg disediakan merupakan makanan yg sedang diidam oleh salah seorang sahabat yg kini sdg mengandung. Syukur...
Thanks guy for coming. Aneka makanan yg ada semalam. Tetamu yg dtg kesemuanya membawa buah tangan masing2 walau aku tak minta mereka bawa krn menu yg disediakan telah cukup banyak, aneka kuih muih serta buah-buahan dan puding menjadi santapan kami selain menu utama. Namun sayangnya ade 3 sahabat yang tidak dapat menghadirkan diri kerana rumah kaluarga mereka juga turut dihadiri saudara mara yg dtg dari jauh.

Tak berkesempatan aku nak snap picture pada makanan2 yg terhidang. Rasa letih krn membuat persediaan dan mengemas rumah sejak pagi tidak terasa apabila perancangan berjalan dgn jayanya. Aku n hubby yg agak exhousted menjelang tengahari gara2 terlepas waktu sahur dan mengemas 1 rumah serta hubby pergi membeli barangan yg belum mencukupi hingga menjejak 3 hypermarket selain si kecil yg asyik mahukan susu badan dan merengek agak menduga keimanan. Namun perancangan tetap diteruskan.

Magrib itu juga, kami berjemaah beramai2. Si kecil mmg menjadi perhatian mereka. Almaklumlah, mereka semua bakal melalui apa yg kami sdg lalui kini. Seorang sahabat dtg sendiri krn isteri sedang berpantang anak sulung di kampung, sepasang sdg menanti kelahiran sulung, sepasang baru bertunang dan yg sepasang lagi masih mencari teman di hati..:)

Niat di hati nk sambung terawih sekali tp selepas sambung mkn pas maghrib dan berborak2, Isyak dan terawih dilaksanakan masing2 di tpt memasing. Kira2 jam 10.00 mlm rumah kembali sunyi.

Kuih muih yang tidak habis dimakan, kami beri kpd anak2 murid hubby yy dtg menjenguk2 dr rumah depan yg mungkin untuk mengintai aktiviti gurunya di waktu malam selain ingin berkenalan dgn si kecil.

Tatkala si kecil telah lena, aku duduk bersembang dgn hubby sambil menonton TV. Jarang dpt lakukan aktiviti sebegini krn aku sering terlena tatkala menidurkan si kecil dan hubby juga sering menghabiskan masanya melayari internet seandaiany tiada ape2 urusan di luar. Kira2 jam 12.00 tengah malam, kedengaran kokokan ayam bersahut-sahutan. Jarang sekali aku dengar ayam berkokok di area rumah ni walau ade yg bela. Agak lama kokokan ayam itu bersahut-sahutan. Kemudian, malam agak sepi dan tenang kembali. Pagi ini, waktu sahur ditemani dgn hujan renyai2 di luar rumah. Cuaca pagi ni pun nampak redup dan mendung. Adakah malam tadi malam Lailatul-Qadar? Wallahualam

Category: | 2 Comments

Cepatnya, sedar tak sedar dh byk hari kita puasa. Smlm, baca blog geng alumni lambaian baru sedar dh nk raya. Hujung minggu dpn upenye. Rasa mcm baru je posa.
Cakap kt hubby, "Kejapnya masa berlalu, dh nak raya upenye, mcm baru je puasa.."
Jawab hubby, "Tu le, ibadah kurang sgt le tu, baru terasa ramadhan nk abis"
adeh, pedasnya sindiran...tau le org terawih byk lubang.huhuhu...

Last year, saban minggu penuh dgn xtvt majlis buka puasa bersama kwn2, opis, kenalan opis, kuage, umah abang n kakak bergilir (untung abg n kakak ramai kt kl ni, ujung minggu leh bergilir buka posa umah dorg..hikhikhik). Tp this year, 2 minggu pertama dh penuh dgn buka posa di kg ku n kg mertua. Minggu ni je agak lapang sampai tak tau nk g umah sape n buka posa kt ne ahad ni. Minggu dpn jumaat ptg dh vroom blk ke BP, then pertengahan minggu vroom ke K.Tganu plak.

Last year, sempat gak belanja kwn n family buka posa kt luar. al maklumle sdg berbadan dua, x larat plak nk masak kt umah. Tp this year, plan nk masak sndiri, lg puas hati kan... Sabtu ni plan jemput kroni2 sekitar KL Selangor dtg buka posa kt umah. Semua menu, masak sndiri. Walau sdg berpuasa, tp teringat kata2 dlm Kroni Makaroni, "kalau kita masak dgn penuh rasa sayang, tak reti masak pun boleh buat makanan jd sedap". So, walau tak tau mcm mana rasa manis,masam,pedas,pahitnya masakan aku nnt, guna gerak hati, InsyaAllah semua jadi. Tak gitu kengkawan..hehehe...

Untuk abg2 n kakak2 tersayang plak, adikmu ini segan nk jemput kalian buka puasa kt umah krn sebab2 berikut :-
1. Rumahku kecil, tidak muat utk menampung ahli kuageku serta anak2 buahku yg kira2 14 org di sini (tak termasuk ibu n ayahnya).
2. Adikmu ini baru belajar2 memasak, mana mampu nk melawan kehandalan anda memasak. Kang byk plak komplennya

So, stop sampai sini dulu. Nk bersiap g Tesco. Ade menu kene masak awal mlm ni coz tak konfiden jadi or tak esok. Sdgkan aritu masa buat kt kg time aku tak leh posa pun, rasa jd komplen, inikan pula sdg berposa. So, nk bersiap... Jumpa lg.. ^_^

Category: | 2 Comments

Setiap org diberikan masa 24jam sehari semalam untuk melaksanakan urusan memasing. Aku juga begitu tp pengisian apa yg dibuat sepanjang 24jam tu. Mcm panjang masa diberi tetapi rasa singkat bila dibuat. ade sesapa setuju?

Ini adalah rutin aku sepanjang 24 jam sehari semalam:-
1. Teman baik Ahmad Zafran
Inilah rutin paling kerap dan paling utama. Hampir 24 jam masanya aku bersama dia. Kini, bila dia semakin membesar, perhatian perlu lebih lg. Tatkala dia sudah pandai berdiri tp masih gagal mengimbangi badan untuk bergerak, menyebabkan pengawasan perlu lebih kerap. Sudah acapkali dia jatuh krn aku atau hubby leka mengawasinya. Kalau setakat jatuh duduk or jatuh atas tilam ok lg, tp bila jatuh tersembam, terantuk ataupun tertiarap, mmg menyakitkan. Klu tak sakit, si kecil tak menangis. Selagi leh tahan, dia tak akan menangis.

Kes 1: Aku gi toilet dan isi air dlm mesin basuh, kutinggalkan sebentar dia di bilik bermain sendiri. Mcm dengar tak dengar je suaranya..ingatkan OK je tp bila ku intai, kepalanya sudah berada dlm beg pakaian. Entah mcm mana kepalanya leh masuk dlm beg, aku pun x tau. Mungkin dia terjatuh dlm beg atau sdg mencari2 sesuatu dlm beg itu. Cepat2 ku keluarkan kepalanya, patutle tak dgr suara menjerit, suara bergema dlm beg. Kuss semangat. Kuat dia jerit, berpeluh2 nk lepaskan diri sampai ade sedikit calar di leher mungkin terkena zip. Terhenti tangisan bila ku lepaskan diri tp slps diletak semula, ada hati nk masuk blk dlm beg tuh. Ceh!

Kes 2: Aku leka mengadap laptop sdg dia bermain dgn permainannya. Nampak pergerakan spt dia sdg merangkak ke arah sesuatu dr ekor mataku. Ku biarkan dia asalkan dia tak menangis. Tup2, aku tak jumpa di mana dia berada. Pusing kiri takde, kanan dinding, depan laptop, belakang takde. Bingkas bangun dr kerusi untuk cari keliling rumah. Pusing 360darjah masih lom nampak sehinggalah aku dgr suaranya.. Dia berada di bawah kerusi yg aku duduk td dlm keadaan merangkak untuk bermain dgn cooler fan kepunyaan laptop hubby. Ahh...lega rasanya. Mujur kerusi aku td tak bergerak,klu tak..kemungkinan besar akan terpijak kaki or tangannya...

Kes 3: Aku terlena sewaktu menidurkan dia. Hubby mengadap laptop di ruang tamu. Dia bgn lebih awal dan terus bermain pusing keliling tilam. Kali ni dia pergi ke tpt yg lebih sempit. Bermain di bwh gantungan pakaian yg dihanger.Tersangkut di antara 2 palang batang besi tpt pengyidai baju. terbaring di situ dan tak leh bergerak. Hubby terdengar die menangis dan lari masuk bilik. Pusing bilik, blakang pintu, bwh bantal bertimbun, celah2 beg, bwh selimut..tp tak jumpa. Nampak baju bergoyang, terus di selak baju, ternampak si kecil terbaring di antara palang di bawah baju yg begantungan.. aduhai si kecil...

Kes 4: Berdiri di depan TV LCD yg sengaja di letak di lantai krn tak cukup perabot utk letak tinggi sedikit. So, letak bwh untuk mudah menonton VCD sementara 1 lg tv untuk menonton TV. Dengan mudah berdiri dan menolak TV terbabit sekuat hati. Bergoyang2 tv tu. Mau tercabut dr tapaknya klu tindakan tidak diambil terus. Mengamuk si ayah nnt klu TV LCD nya rosak, hilangla kenangan dpt TV percuma krn join Shell thn lepas.

byk lg kes.. tak termasuk kes duduk atas laptop, tindih cooler fan, main cable, panjat buai. Huhuhu..kuss semangat. Kanak2 tetap aktif. Dah jatuh gedebuk sampai merah dahi,pipi,dagu pun still nk buat perkara yg sama selepas tangis berhenti. Baru sorang,klu berderet..ntah camno gamaknya aku nnt..

2. Bungkus produk untuk Poslaju pickup
Ini pun rutin hampir tiap hari. Begantung kpd jumlah produk dan jumlah pelanggan. ada kala sikit, ada kala byk. Posmen dh kenal sgt dgn aku n baby dr baby belum lahir smpai baby dh pandai berdiri. Kdg2, encik posmen tlg jagakan si baby di luar pintu rumah andai en posmen dtg awal dan aku belum siap bungkus produk2. Alhamdulillah, bisnes agak maju kini walau bisnes hubby yg sebenarnya lebih maju. Tp takpelah.. bisnes hubby pun, aku dpt komisen gak coz tlg bungkuskan..hehehe

3. Memasak
Kalau dulu, mak selalu tanya aku.. "nak masak ape ek hari ni, takde idealah" dan aku menjawab "masakla papepun mak, tak kisah, makan je".
Tapi kini, aku pulak yg bertanya hubby.. "nak masak ape ek hari ni, xde idelah" dan hubby aku plak menjawab, "masak je lah papepun, tak kisah, makan je".
dan aku menyambung, "Bg la jawapan tepat dgn cadangan, bkn soh org pk balik..huhuhu"
Aku n hubby tak suka makan di kedai, coz tak le sedap mana pun, mahal je lebih. Bukan tak mampu, tp tak puas... Mkn kt umah masak sendiri lg best walaupun simple2 je..

4. Membasuh / memesin pakaian serta menyidai
Ini dlm 2hari skali. Bab lipat kain...part paling maleh nk buat. Mujur hubbty sudi membantu tanpa disuruh, Mekaceh sayang.. ^_^

5. Mengemas ala2 sedap mata memandang
Kemas punya lama tp back to before amatle sekejap. Ade 2 makhluk di rumah ni yg suka menyepahkan balik menyebabkan aku jd singa kdg2. So, kemas bila 2 makhluk tu tiada or salah sorg tiada

6. Tgk tv
Dilakukan apabila laptop sdg digunakan atau si kecil perlu perhatian untuk temannya bermain, makan,minum

7. Tunaikan kewajipan sbg Hamba

8. Tidooo

9. Melayari internet.
Sangat singkat masa diberi krn perlu tunggu si kecil tidur dan perkara lain telah settle dan hubby juga tiada. Baru aman nk guna.. Hanya ade 1-3jam shj paling lama rasanya. Jarang sekali 5jam diguna sehari. huhuhu.. Pernah smpai merajuk dgn hubby krn asik dia je guna walhal dia turn jaga baby. Tak aci..

Category: | 7 Comments

ptg ni, aku akan bertolak blk kg umah mertua plak. kol 5.30 amik hubby kt skolah then trus g kuantan, singgah umah abg mat. sok pg pas subuh bertolak ke tganu plak. adik ipar dr upsi dh slamat tba kol 1suku td utk sama2 bertolak blk ke kg.
Tak dpt nk join buka posa lambaian sabtu nih. takpelah...maybe next time. try nk cop tarikh 3&4 oktober depan utk geli gelak lambaian di Johor. Harap dpt join skali. aminnn...

Doakan aku sekuage selamat pulang dan kembali semula ke kajang isnin or selasa depan. Nk masak utk buka posa dlm keta nnt.

Chow chin chow... ^_^

Category: | 2 Comments

Perjalanan pulang ke kampung tempohari diuji dgn beberapa ujian:-
1. melalui kawasan kemalangan membabitkan treler dan kereta mungkin yg baru shj berlaku (aku tak sempat fokus apa yg berlaku krn melihat kereta kakakku sekeluarga di depan mengelak dr tersondol bontot treler yg berhenti di kiri bahu jalan manakala hubby fokus dgn pemanduan mengelak serpihan2 xciden yg berterabur di tengah2 jalan sementara di bahu kanan jln terlihat seimbas sebuah kereta di tengah2 devider antara 2 higway)
2. selepas hentian rehat air keroh, tayar belakang kiri kereta pecah dgn keadaan tiada lampu jalan, bersebelahan hutan, kakak dh agak jauh di depan, kenderaan laju2 menuju arah selatan dan jarum jam di tangan 3.00PAGI!! - mekaceh kpd pihak plus krn sudi membantu kami menukar tayar kereta di kawasan yg gulap gulita
3. Perjalanan ke kampung terpaksa guna aicond asli gara2 bau hangit 1 mcm dlm kereta krn tayar yg pecah tidak muat utk dimasukkan ke bonet. terpaksa letak di seat belakang dgn 2 org anak saudara. mujur seorang lagi anak saudara yg 'saiz semangat' sudi pindah ke kereta kakak.

selamat sampai ke rumah ibu ayah tepat jam 5.00pg dan terus bersahur beramai2..:)

Hari kedua puasa, buat lontong. istimewa juga dibuat untuk abang mat sekeluarga yg tidak dpt bersama kami di bulan syawal nnt krn turn rumah mertua..:D

Hari ketiga puasa, 'munjung' . tau ape itu munjung????
Munjung adalah satu kebiasaan atau spt adat yang sering dilakukan di kawasan Johor dan mungkin terutamanya org jawa. Munjung adalah istilah untuk memasak lauk pauk berlebihan untuk diberikan kpd saudara mara serta jiran tetangga yang mmg hanya akan dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja. Menu untuk munjung pada thn ini adalah ketupat segera, lodeh, ayam merah serta sambal goreng. Johor mempunyai makanan tradisi istimewa iaitu lontong (ketupat+ayam+lodeh+sambal goreng/mee goreng/serunding dll). Sebanyak 7 ekor ayam selamat dijadikan lauk untuk dimakan sendiri serta dihadiahkan kpd kira2 22 buah rumah saudara mara dan jiran. Aku secara sukarela menjadi penghantar munjung. Selain menghantar juadah, boleh juga bersua muka bertanya khabar kpd saudara mara yg sudah jarang berjumpa.

Hari kelapan puasa, berbuka puasa di rumah Mak Teh sekuage di Panchor. Mak Teh adalah ibu saudara kpd hubby yg berkahwin dgn org jawa Panchor. So, menu buka puasa kali ini, selain juadah yg kubawa dari rumah, terdapat juga menu nasi ambeng.
Tau apa itu 'nasi ambeng'???
Nasi ambeng adalah salah satu makanan tradisi masyarakat jawa yang lazimnya dimakan secara beramai2 di dalam satu dulang besar. -biasa time kenduri, akan dijamu nasi ambeng. Antara menu nasi ambeng adalah : Nasi biasa+serunding+sambal goreng+sambal merah+mee goreng+ayam+sayur goreng dll). gambo, search sendiri kt internet ye..:D

Seawal 1 Ramadhan hingga ke 9 ramadhan, kuih yg paling femes di rumah adalah kuih tepung pelita. Ini kerana selain aku sndiri yg suka mkn kuihtu, anak saudara aku yg baru belajar puasa thn ini turut meminati kuih tersebut. Maka sbg hadiah puasa padanya, kuih tu akan dibeli setiap hari di Param (Pasar Ramadhan) Pt Sulong setiap ptg selain menu nasi ayam.

Category: | 2 Comments

Di hari akhir menjelang Ramadhan, pg td aku ajak kwn2 bekas opismate makan sama. Ade zila, Kak Mimah, Tini dan Yana. Terima kasih krn sudi dtg. Kami mkn di Johny Steambot di Jusco Cheras Selatan. Jam 10.15 pg aku dh kuar umah dgn si kecil. Sengaja bawa si kecil krn teman2 teringin jumpa si kecil. Lagipun saje bg peluang hubby buat bisnes onlinennye dgn tenteram tanpa gangguan di rumah. Kira2 jam 11.00 pg baru masuk Johny Steambot.(xtau le betul ke idak ejaannya tuh). Jumpa dorg ni, borak punya borak, dpd hanya kitorg shj dlm kedai tu, sampaila kedai tu penuh dgn org yg dtg nk lunch. Upenye berejam borak sambil mkn. Jam 1.00 baru bertolak blk umah.

Sambil menunggu malam tiba, aku sdg menyiapkan upload koleksi produk terbaru aku di kedai permata. Aiseh, pakaian dan brg2 sume lom kemas lagi. Malam ini, InsyaAllah aku sekeluarga akan memulakan perjalanan ke kampung d Batu Pahat Johor untuk bersama2 menyambut ketibaan Ramadhan kali ini di samping ayahanda bonda dan para kekanda di kg. Konvoi 2 kereta dgn kuage kakak ku yg dr Selayang. Mungkin singgah sebentar ke Putrajaya mengambil 3 org anak saudara yg ingin turut serta balik ke kg. Kakak di Putrajaya tidak berkesempatan utk blk bersama memandangkan anak sulungnya perlu hadiri kelas tambahan untuk UPSR 2minggu lg. Abang di Kajang pula berkemungkinan akan balik minggu dpn.

So, mlm ni kira2 9 org akan bergerak ke johor menaiki 2 kereta. Jam 2.00 pg bertolak dan dijangka sampai kg kira2 jam 5.00pg esok. ngam2 time utk sahur kan. hahaha... Sejak pas magrib kakak di kg dh stat msg2 bila nk smpai kg. Rileks laa... nk wat surprise pd kuage di kg. Mereka ingat kuage aku je nk blk tp rupanya ade 2 kuage lg nk join sama. :D

Pasti meriah sahur esok pg. Esok juga dijangka Abg Mat sekuage dr Kuantan akan blk ke Johor juga. Abg Mat saban tahun akan blk kg secara bergilir. Disebabkan last year mereka beraya di Johor, maka thn ni mereka akan beraya di Perak, umah mertua plak. So, dlm bulan Ramadhan, Abg Mat sekuage akan cari peluang utk blk ke Johor.

Sgt teruja utk menyambut puasa pertama thn ini beramai2. Sahur ramai2, masak ptg sama2 dan buka puasa ramai2. Terawih..thn ni buat kt umah je la coz ada si kecil. Ntah menu apa mak nk sediakan esok gaknya..:D Rindu nk rasa masakan mak.

Dlm pada tu, aku risau pd my baby. Klu aku posa, pastinya susu akan kering cpt. Kesian si kecil yg terpaksa menyusu botol. Pastinya dia memberontak jika susu badan tak cukup. Huhu.. Ops! Thing +ve. Kuasa Allah tiada yg dpt melawan. Bykkan minum di waktu sahur, InsyaAllah aku try my best utk bg susu badan sebanyak yg boleh, sehingga waktu berbuka kalau boleh. Amin..

Bertepatan awal puasa thn ni jatuh di minggu cuti sekolah, maka dgn penuh gembiranya aku akan turut berada di kg sehingga 31Ogos09 ini. Yeyeye... Dan pd cuti Nuzul Quran smgu pas naik cuti sekolah, aku sekuage akan blk ke T'ganu plak. Hmm... nk wat cemano. Aku ajak hubby blk Johor, dia akan tanya, bila plak nk blk Tganu. So, kene fair n square lah. Ghayo nnt ni pun, 3hari pertama raya di Johor dan Raya ke 3-6 berada di Tganu plak. Raya bersama anak pd thn ni akan stat di Johor coz last year aku dh berkorban beraya awal di Tganu buat pertama kali slps jd isteri org. Posa pun blom, dh citer melalut ttg raya plak.

So, Selamat Menyambut Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Marilah kita perbanyakkan ibadah di bulan ini. Salam kemerdekaan juga utk semua. Dengan ini, blog ini juga akan cuti selama seminggu sehinggalah aku kembali semula ke Kajang pada bulan 9 nnt.

Dpt msg kak syila, majlis buka posa alumni lambaian di KL pd 5hb9. Nampak gaya, tak dpt le nk join coz sudah berada di Tganu ketika itu. Buka posa bersama kuage mertua le gamaknya...

Category: | 0 Comments

Setiap kali si kecil meragam tak henti2, selain dpd paparkan dpn cermin, satu lg show yg boleh membuatkannya tertarik adalah rakaman dirinya sendiri. Aku suka dgn telatahnya dlm video ni. Walau hanya diambil dari henset, tp boleh jd peneman ketika gundah atau ketika berjauhan dgn si kecil. Gelak tawanya membuat aku terhibur dgnnya... ^_^


Sorilah, gambo jd blur coz amik dgn henset cikai je. buat tatapan sendiri.. ^_^

Yang ni plak di petang jumaat minggu lepas. Sungguh fokus sgt si kecil dpn tv. Dipanggil dtg pun tak sudi. Geram tgk lagaknya, ayah rakam aksinya sementara ummi...bz maen game. hohoho.. Malu le dgn si kecil... :p



Syukur, alhamdulillah.. siap juga diupload secara rasminya mlm td dgn bantuan hubby. Hubby blk umah mlm td, dia guide aku utk upload hingga suksess. Mekaceh hubby. Dan pg td, dia berhasrat nk buat web yg mcm aku gaks. Maybe dia tak puas hati dgn current blog dia, nk lebih mudah diubahsuai dgn cara sendiri. hehehe... jeles ke b?:p

Kpd kenalan dan rakan yg teringin utk aksesori baru, sila jenguk ke kedai baru aku tu ya. Boleh beri komen atau teguran pada pape yg terkurang or yg perlu diperbaiki. Utk member2 expecially kenalan Lambaian n kronisme, pastinya ade special price utk kalian.. ^_^

Ada beberapa produk baru yg belum dimasukkan krn sdg dlm proses pengeditan. Aku try masukkan sebelum 1 Ramadhan ni. InsyaAllah..

Category: | 0 Comments

Ke mana si kecilku tika ini... Harap2 dia selamat bersama bapanya. Keluar malam2 ni, pakai topi tak dia utk elak kepalanya yg lembut terkena embun yg tajam...pakai sarung kaki tak dia utk elak sejuk sampai masuk angin. Bawak susu tak dia utk minum bila lapar...bawak sapu tgn tak utk lap mulutnya jika muntah or susu tumpah. Huhuhu..risau hati memikir anak jd mangsa bila ibu bapa perang dingin.

Selalu kuar pas isyak, ni pehal plak kuar pas maghrib. Punca aku hangin td sgt remeh. Tp bila sdg mrh, aku dah tak peduli ttg dia atau anak.
Tapi kini, aku risau ke mana si kecil dibawa pergi.. Tapi..td aku gak yg ckp dlm hati, sepetang si kecil dgn ku asyik meragam tak henti sampai aku tensen, mlm ni si ayah nk kuar, klu si kecil meragam lagi, lg tensen aku jd nya, bkn setakat tensen kpd si kecil tp kpd si ayah juga krn keluar dgn si kecil asyik meragam. So, skrg, bila si kecil dh dibawa ayahnya keluar, sepatutnya aku perlu bersuka hati krn tak perlu melayan si kecil atau si ayah. Tapi..kenapa aku tak leh suka hati..kenapa aku risau juga pd si kecil yg jarang keluar tanpa aku. Huhuhu...

Td si ayah ckp, nk jumpa client kt putrajaya pastu kajang, pastu amik stok kt bdr mahkota cheras, pastu nk gi downtown cheras plak.. Takkan dia nk bwk si kecil ke semua tpt2 tu.. huhuhu...

Tak sampai sejam, pintu rumah dibuka..
"Tolong jaga zafran.Menangis je dlm keta, tak sempat nk jmpa org, pusing balik anta dia balik umah dulu".
Hahaha..gelakku dlm hati. Syukur anakku selamat. Sejuk 1 badan dgn suhu ekon dlm keta. Kuar umah tanpa topi dan sarung kaki. Huhu..kesian anakku. Gelak sakan si kecil bila nampak aku.Dipeluk aku umpama taknak lepas. Syukur... Si ayah keluar semula slps si kecil di pangkuanku. Kini, si kecil sdg lena di dalam buai..:)

Category: | 2 Comments

semenjak dua menjak ni, aku agak jarang updet kat blog ni coz aku sdg menyiapkan website baru aku. Almaklumlah dah lama aku tinggalkan dunia coding2 ni menyebabkan aku perlu study semula utk memahami istilah2 IT. memula aku try guna pagemaker, tp xmesra alam so aku guna blogspot, xpuas hati then guna wordpress. still ade yg kurang berkenan..aku try guna riledz plak. Riledz adalah sistem membuat website baru yg dibangunkan oleh anak2 Malaysia versi bahasa melayu. Hingga org Indon pun buat web guna riledz ni. Tp maybe aku yg tak habis explore menyebabkan aku tak jumpa coding untuk menglink kan dari page 1 ke page2 yg lain menyebabkan aku fedup. At last, hubby soh aku wat sndiri, dia bg cth template kosong dan aku leh buat dan ubah ikut citarasa aku. Semalam dh siap, tp domain n server lom siap menyebabkan aku tak leh upload lg ke web. Dlm sehari dua ni, aku akan lancarkan web hasil keje aku sndiri. Lebih puas hati. Hehehehe....

Ini url yg akan aku gunakan. Ops.. tak leh btau dulu coz waktu skrg web tu kuar mende lain. DH siap karang.. aku publish. Leh tambah lg bidang niaga aku. Bkn setakat produk2 kesihatan tp bertambah bidang lain plak.. :)

Category: | 1 Comment

Pada jam 1.07 pagi ini, genaplah anak sulungku berumur 6bln. Rasa terlalu deras masa berlalu. Umpama macam baru lagi aku berkahwin dgn hubby tersayang, tup2 anak sulungku dh semakin membesar. Membesar di depan mataku sendiri. Setakat ini, aku belum lg berhasrat untuk menghantar zafran ke rumah penjaga atau pengasuh. Aku lebih puas melihat anakku di depan mata, bermain, makan, minum, tdo, beraksi di depan mataku sendiri. Lebih puas rasanya mengasuh dan membesarkan sendiri anakku itu.

Jiran2 dan kenalan yang berjumpa dgn keluargaku sering berkata,
"wah..semangat zafran nih. Dah besar dah. dulu kecik je. Ni dah makin bijak."

Aku akui, kadar peningkatan gerak aksi dan tubuh badannya agak cepat.
Di Usia 1 bulan, tdo mengiring, mula angkat kepala sendiri

Di usia 2 bulan, zafran telah tdo mula meniarap. Kedua2 tgn dan kakinya semakin kuat dan tegap utk membantunya utk bangun tegak tatkala kedua2 tangganya dipegang

Usia 3 bulan, sudah semakin bijak bergerak ketika meniarap cuma si kecil belum begitu mahir meniarap sendiri. Semakin aktif melompat2 di riba dan semakin kerap dia bangun tegak tatkala kedua2 pergelangan tangannya dipegang.

Usia 4 bulan, sudah mula mengangkat punggung dan menolak-nolak kaki tangannya. Mula berguling2, mula belajar bertatih apabila krn tgn dan kakinya agak tegap untuk bergerak

Usia 5 bulan, sudah mula merangkak dan semakin hari semakin bertambah kelajuan pergerakan merangkaknya. Mula belajar untuk duduk sendiri dgn bantuan 4 benda iaitu punggungnya, kedua2 kakinya dan salah satu tgnnya utk menyangga. Biasanya tgn kiri akan dia gunakan untuk elakkan badannya jatuh. Sudah mula belajar memanjat dan ingin berdiri melalui pautan tangan pada sesuatu benda yang boleh dia paut. Cth tpt pautan utamanya adalah aku dan ayahnya yang sdg duduk. Seringkali juga badan aku atau hubby menjadi mangsa beliau bergerak ke seberang. jauh gaknya nk pusing aku, so yg paling mudah, cross je bdn aku yg sdg berbaring utk dia ke sebelah yg lain.

Usia 6 bulan, jangkaan awal..maybe zafran sudah semakin mahir duduk sndiri tanpa perlu sanggaan dr tangannya, belajar untuk memanjat bende yg mudah dipanjat, bertatih untuk berdiri sndiri dan mungkin tumbuh gigi.

Berat badannya meningkat konsisten selari dgn usianya. Ketika kelahiran, beratnya 3kg dan setiap bulan pertambahan adalah 1kg. Baru kelmarin, hubby menimbang dan hasilnya adalah 9kg.itu berat utk umur 6bln. Saiz badannya juga semangat selari umpama kanak2 berumur 1 thn. Ini berdasarkan pemerhatianku tatkala melihat zafran duduk di sisi jirannya yg berumur 1thn kelmarin.

Kenapa agaknya beliau semangat ya? sehingga 2org sepupu perempuannya yg sblm ni lebih semangat darinya dari segi saiz dan berat kini telah tewas mudah. Saiz lebih kurang namun timbangan berbeza. mereka dalam 7kg namun anakku 8kg last month. Hmm..:)
Mungkin penangan nestum setiap hari kot. Selain susu badan, susu botol yg diminumnya pasti akan dicampur sedikit nestum krn dia bijak utk meneka mana satu minuman susu yg tawar dgn yg ada lemak2 berkrim. Susu badan adalah yg paling utama. Jika dirasakan susu badan masih ada, tidak sama sekali si kecil akan menjamah susu botol yg disediakan. Si kecil akan menyusu badan sehingga beliau puas hati bahawa susu badan dh kering, baru akan dijamah susu botol.

Justeru itu, saban hari aku akan melakukan senaman menyihatkan badan dalam 10-15 minit sehari sekurang-kurangnya untuk mendukungnya.(Awas, senaman dukung bukan dilakukan berterusan selama 10-15 minit tetapi ia adalah berselang seli dan campur mencampur. sekejap dukung 1 min, skejap 2min,kdg2 bila nangis 5 min dan seterusnya) Selain untuk kepuasan dirinya setelah letih bermain di bawah, ia juga adalah sbg terapi dan senaman badanku agar berat badanku terus ideal. hahaha...

Category: | 0 Comments

Popular Posts