Entry2 sebelum ni lebih banyak bercerita ttg anak dari hubby. Untuk hari bahagia hubby hari ini, aku tujukan khas untuknya.. Hubby jangan marah ye, saya kongsi cerita kat sini. Hubby pun jarang buka blok ni sebenarnya, dan entah bila dia akan baca entry ni agaknya. Mungkin bukan tahun ini..

Saja mengimbau kenangan silam tatkala baru berkenalan dengan si hubby. Siapa sangka akhirnya dia menjadi suami dan ayah kepada anak kami. Di awal tahun 2004 rasanya, aku mula akrab dengannya. Hubby dan aku mempunyai latarbelakang dan tahap sosial yang sangat berbeza. Aku, seperti yang mengenali aku, boleh dikatakan agak bersosial dan mempunyai kawan yang amat ramai. Bukan sosial negatif ok, tp bersosial di sini means banyak bergaul. Yo lah, aku ni dulu dikira aktif jugalakan di UTM. Dengan kawan2 di Lambaian, Biro Kerohanian, KTC, FSKSM, teman2 se blok dan aku juga dulu ramai kawan dari kalangan ATMA. Sejak tahun 1 aku dah ada kawan di kalangan ATMA yang bloknya seberang dari blok Sedundun yang aku duduki dulu.hahaha...

Hubby adalah teman bergaduh aku suatu tika dulu. Kami jarang sependapat dan sehaluan. Bila berchating pastinya bergaduh dan bila bersua jarang sekali bertegur sapa. Bukan kerana malu, tapi kami member chating jer.muakakaka..

Entah macam mana, dalam bergaduh2 dan bertengkar tu, boleh pulak diapproach. Rasanya mahu tersembur air yang sedang aku minum ketika itu setelah ucapan terakhir diluahkan. Peringkat awal, masing2 mula menyesuaikan diri dengan latar belakang dan sosio budaya yang berbeza. Hari2 pasti ade teguran yang sampai ke telingaku. Dan hari2 juga pasti ade perkara yang ditengkarkan.Aku yang dah biasa bergaul dengan ramai teman lelaki dan perempuan cuba untuk menjaga hatinya dan membataskan pergaulan. Tapi sebenarnya, mana boleh bataskan
pergaulan. Dah aku rapat n akrab dengan warga Lambaian. Pernah disuarakan, hal aku hal aku, hal dia hal dia. Jangan campurkan. Cuba terima seadanya. Dalam masing-masing cuba menyesuaikan diri, banyak juga dugaan yang datang. Lagi best jika dugaan itu melibatkan orang ketiga,keempat dan seterusnya...

Antara peristiwa2 yang masih ku ingat sampai sekarang..

Seorang temanku dan juga temannya pernah memaklumkan berita ini kepadanya, dalam cerita ini, hubby kuberikan watak A dan aku watak M
"Betulke A berkapel dengan M? A tak tahu ke M tu banyak pakwe. Sampai aku sendiri pun tak tahu yang mana satu pakwe M. Kadang dengar dengan orang inilah, orang tulah, orang sanalah. Entahlah..banyak betul pakwe dia. Tak tahu yang mana satu betul. A nak ke berkapel dengan orang macam M tu?"
Hubby menceritakan semula berita itu kepadaku. Namun kata hubby, dia percaya kepadaku kerana aku pernah berceritakan ttg diriku dan rakan2ku sebelum ini. Mungkin kalau aku tidak menceritakan latarbelakang dan pergaulanku sebelum ini, ada kemungkinan hubby akan termakan dengan berita tersebut. Yang paling membuat aku sakit hati dengan berita tersebut adalah si pembawanya merupakan orang yang aku kenal, sefakulti denganku, seblok denganku dan juga ahli Lambaian.. huhuhu... hampeh dot com pembawa berita tersebut.

Peristiwa lain, setelah aku mula akrab dan menerima hubby seadanya, aku mendapat tahu yang bekas 'teman mesra' hubby sebelum ini masih memburunya. Mengintai berita dan rahsia aku melalui rakan2nya yang juga rupanya adalah teman2 sekeliling aku yang aku tak sedarinya sebelum ini. Mencari peluang untuk meminta hubby kembali semula kepadanya ketika aku baru sahaja mula menerima hubby. Fikiran aku waktu itu, mahu sahaja aku putuskan segala yang baru bermula. Honestly, aku tak suka berebut. Kalau dia nak sangat, ambillah. Aku tak rasa rugi kerana aku fikir, perjalananku masih jauh. Belum berkahwin pun dah ada yang berebut, apatah lagi selepas ini. Namun reaksi hubby sebaliknya. Dia tak mahu putuskan dan tak akan kembali kepada yang dulu. Even aku tetap ingin putuskan dia boleh terima tapi untuk kembali kepada yang dulu, tetap tidak sekali2 dilaksanakannya.Akhirnya, kami teruskan untuk suatu tempoh jika masih ada keserasian.

Seperti dijangka, hubungan kami membuatkan rakan2 hubby dan juga kroni2 aku terkejut teramat. Sukar untuk mereka menjangka sejauh mana kami boleh bersama kerana masing2 mempunyai karekter yang sangat berbeza dan kontra. Siapa yang kenal aku, boleh agak karekter aku dan boleh jangka karektor hubby yang berlawanan.

Untuk rapat kepadaku, hubby juga perlu melalui ujian berhadapan dengan orang tuaku di kampung. Aku main2 je mulanya soh jumpa kuageku coz bab jodoh2 ni, ibuku agak memilih sedikit berbanding abah yang agak open minded. Kalau mereka suka, aku terima hubby seadanya, kalau mereka tak suka, hye hye bye bye le jawabnya.

Mak mmg agak byk gak pra syarat yang diberi kepadaku. Macam2 syarat2nya untuk bakal suamiku. Dan hubby datang juga ke kampungku bertemu orang tuaku. Dan entah macam mana, orang tuaku menerima seadanya rakan baru aku (ops.. rakan baru means rakan lelaki ya coz sebelum ni rakan2 aku semua perempuan. Tak pernah kenalkan secara life rakan2 lelaki yang lain) Pra syarat2 emak sebelum ini? Hilang dibawak angin selepas bersua muka dengan hubby. Muahahaha.. No syarat2 utama, just jaga diri dan akhlak masing2 selagi belum dihalalkan syarak.

Sewaktu konvokesyan bulan Ogos 2004, buat pertama kali aku bertemu dan berkenalan dengan keluarga hubby. Dan ketika itu juga orang tuaku ditemukan dengan orang tuanya. Kami konvo bersama tau. hehehe.. Masing2 cuba bersuai kenal dan berborak. Tapi almaklumlah, keturunan Jawa bercakap dengan keturunan asli Terengganu, umpama ayam dan itik bercakap. Kau cakap aku angguk, aku cakap kau angguk. Bila ditanya semula apa yang dibualkan masing2 angkat bahu tanda tak tahu...harharhar

Dalam pasang surut, tahun berganti tahun. Yang jauh didekatkan, yang dekat dimesrakan, yang mesra diserasikan. Begitu juga kami. Dan pada bulan Februari 2008, kami mengikat tali pertunangan, 31 Mei 2008 kami dinikahkan. Hingga ke saat ini, kali ke dua hubby menyambut ulangtahunnya setelah bergelar suami dan pertama kali bergelar ayah. Sifat2 kami sebelum ini telah banyak tertukar di antara kami. Sifat hubby yang suatu tika dulu mudah cemburu telah jatuh kepadaku dan sifat cool, sabar aku telah jatuh kepadanya. Siapa sangka, sifat hubby yang sangat mudah membuatkan aku sakit hati dan sering bergaduh dengannya telah bertukar menjadi seorang yang sangat kontra bila berkapel dan menjadi suami. Kenakalannya semakin menjadi2 untuk menghiburkan hati kami sekeluarga.

Semaga hubby sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dilindungi OlehNYa, dipermudahkan urusanNya dan sentiasa berbahagia bersamaku dan anak2. Doa restu aku akan sentiasa mengiringi hubby tersayang...

Category: | 2 Comments

2 comments to “Selamat Hari Ulangtahun Suamiku...”

  1. Salam...
    Selamat Ulangtahun Anur. Semoga kalian berdua diberkati dan ikatan cinta kalian berdua dilimpahkan berkat...Amin.

  1. Ummi : Ulangtahun suami annur, annur punya sudah berlalu. Thanks ummi :)

Popular Posts