Sekian lama tak updet blog. Banyak berfacebook, mungkin kerana rangkaian teman2 lebih ramai dan updet dengat ayat yang lebih ringkas serta perkongsian idea lebih meluas. Itu pendapat aku, kini aku lebih banyak jadi pembaca blog teman2. Ingin aku kongsikan pengalaman membuat simpanan emas. Telah lama hubby sarankan kami menyimpan emas tapi sebelum ini kami musykil ttg hukum, tpt membeli, bentuk simpanan. Aku fikir, nak simpan emas kena beli barang kemas walhal aku bukan kategori orang yang suka sangat membeli barang kemas. Cukuplah sekadar ada cincin (yang emak bagi, cincin tunang & risik) serta gelang (gelang nikah). Hahaha, semua bukan aku yang beli tapi sumbangan dari emak dan suami. Aku nak kumpul duit untuk beli barang kemas sebelum ni, punyalah payah dan liat. Dulu, duit banyak yang aku simpan dalam asb dan muamalat (akaun bersama suami). Disebabkan aku ada mendapat info pelaburan asb kini tidak digalakkan kerana ada unsur haram di dalam pelaburan yang dibuat, aku keluarkan simpanan asb dan masukkan semuanya dalam muamalat. Tapi muamalat juga asyik mengenakan cas pada kami kerana akaun kami buat semasa belajar di UTM dulu, bila nak lakukan transaksi samada keluaran atau simpanan, pasti kena cas. Setiap bulan menyimpan, setiap bulan kena cas. Hangin sungguh. Lastly, kami buka pulak akaun bersama dalam cimb. Kad aku yang simpan coz aku jenis payah nak gunakan kad apabila minda dah setting ianya untuk simpanan masa depan.

Hinggalah pada bulan November tahun lalu, kami tertarik dengan pembelian jongkong emas Public Gold. Sebelum ini kakak aku dah pernah melabur melalui etika emas tapi terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan, mungkin kerana kurang pendedahan dan terpengaruh dengan janji manis ejen yang terlibat, apa yang diharapkan tidak seperti yang dicapai. Aku belajar dari kesilapan kakak menyebabkan kami cukup berhati2. Kami banyak membaca melalui web2 dan ebook berkaitan simpanan emas.

Aku bermula dengan pembelian emas 1 dinar (emas 916 seberat 4.25g) dengan harga RM530. Sangat puas hati kerana emas itu kami beli, pegang dan simpan sendiri. Tidak perlu orang tengah untuk urusan penyimpanan mahupun pelaburan. Pembelian pertama kami beli melalui ejen di Kajang tapi pembelian seterusnya kami beli melalui sahabat hubby yang kini telah menjadi antara dealer terbesar di Terengganu. Kami beli untuk simpanan masing2 iaitu aku, hubby dan zafran. Aku dan hubby guna duit daripada akaun bersama dan zafran daripada akaunnya sendiri. Kemudian kami kumpul duit lagi untuk pembelian emas 999 seberat 20g yang ketika itu berharga rm2500. Memang diakui kesilapan pertama kami, kami beli di waktu harga emas mula mahal. Awal bulan Disember, emas 20g meningkat menjadi RM2900 tetapi di penghujung tahun hingga bulan januari tahun ini, emas turun harga lingkungan RM2600. Penghujung Februari dan masuk ke bulan ini, emas semakin meningkat area rm2700++ untuk jenis emas 999 seberat 20g. Ini aku refer daripada harga emas dunia yang dipaparkan di web www.publicgold.com.my dan dinar di web www.publicdinar.com.

Alhamdulillah, kewangan kami terasa semakin stabil walau kini aku hanya membuat bisnes online dari rumah dan hubby jadi guru. Walau pernah dugaan menimpa di penghujung bulan Disember dulu di mana emas jongkong pertama yang kami beli iaitu sebutir emas 999 20g dan sebutir emas 1 dinar 4.25g hilang dicuri orang. Beg dicuri semasa di bus stand cukup membuatkan kami lebih berhati2. Kami bercadang untuk menyewa peti besi di bank tapi sedang membuat perbandingan harga tentang kos penyewaan yang termurah.

Aku sekadar ingin berkongsi pengalaman aku membuat simpanan emas. Simpanan tunai tetap dibuat, tidak kesemua tunai yang ada aku tukarkan kepada emas. Untuk belanjawan bulanan tetap dalam bentuk tunai walaupun sebenarnya emas yang kita simpan boleh dijual balik bila2 masa. Cuma sebaik2nya biarlah selepas 3bulan sekurang2nya andai kita memang perlukan tunai untuk tujuan tertentu. Aku syorkan kepada kawan2 yang nak menyimpan emas, boleh simpan dalam bentuk barang kemas atau jongkong. Sefaham aku, yang ada jual jongkong ni di maybank (tapi tak semua maybank). Simpanan emas yang dalam bentuk RM (bukan jongkong spt di public bank dan beberapa maybank) sefaham aku hukumnya haram kerana membeli emas tapi emasnya tiada.

Beli emas tidak semestinya setiap bulan. Memadailah mengikut kewangan masing2 dan berdasarkan simpanan masing2.. :)

Category: | 2 Comments

2 comments to “Simpanan Emas”

  1. simpan emas bagus..cepat nampak hasilnya :)

  1. Beri Laluan

    Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?

Popular Posts