Allah beri kami peluang sekali lagi.. Syukur Alhamdulillah...
Ketidakselesaan bermula pada cuti sekolah yang lalu semasa berada di kampung. Sebelum kecelaruan fikiran berterusan, eloklah dapatkan kepastian agar langkah penjagaan dapat diambil. Pengujian dilakukan dan hasilnya seperti yang dijangka..POSITIF!!..

Tak tau nak gambarkan macam mana, nak tergelak pun ada, nak terharu pun ada, nak rasa sedih pun ada. Nak tergelak sebab macam tak percaya betul ke nih.. Terharu kerana kami plan memang nak dapat dalam tahun depan dan bukan tahun ini dan Allah perkenankan bulan lepas bermulanya dan dijangka pertengahan atau penghujung Januari 2012 kelahirannya. Sedih kerana dijangka susu untuk Afdhol bakal berkurangan dan bermakna aku perlu membekalkan zat secukupnya untuk keperluan aku dan bakal kelahiran baru. Niat untuk menyusukan Afdhol sehingga umur 2tahun mungkin tidak kesampaian kerana adiknya bakal lahir tatkala umur Afdhol menjangkau 1 tahun 7 bulan. Sekarang ini pun aku sedang berjuang untuk menyusukan Afdhol sebanyak2nya dan dalam masa yang sama menjaga kesihatan diri dan keperluan bakal baby.

Setakat ini, hanya keluargaku yang tahu tentang kandunganku yang baru masuk minggu ke 8. Keluarga mertua masih belum tahu secara rasmi, sengaja didiamkan dulu memandangkan adik iparku juga sedang mengandung anak sulung. Pasti keluarga mertua lebih fokus kepada cucu ke3 daripada anak kedua mereka yang dijangka akan lahir pada penghujung tahun ini.

Sahabat2 dan kroni2 rapat aku juga belum mengetahui secara rasmi cuma mereka hanya boleh meneka2 dengan status2 pelik aku akhir2 ini. Memang segaja tidak mahu umumkan secara rasmi kepada mereka kerana setiap mereka ada pandangan positif dan ada yang agak negatif. Aku belum bersedia untuk mendengar kata2 yang agak sinis tentang rezeki yang Allah kurniakan kepada kami.

Kadang kala aku cuba lali dan abaikan kata2 yang agak sinis. Aku dan suami berpendapat, selagi masih kuat dan mampu, dapatkanlah zuriat secepat yang boleh seperti yang ingin dicapai. Selepas cukup jumlahnya, bolehlah rehat secukupnya dan fokus kepada persekolahan mereka. Usia pun dah semakin menginjak ke angka 30 tahun depan. Bukan muda lagi. Jika mengandung di usia melebihi 35 tahun, risiko kehamilan juga semakin tinggi. Kami memang nak anak ramai, tak cukup setakat 2 orang. hahaha.. kalau ada rezeki, kalau boleh minimum 4, seafdalnya 5 dan tidak melebihi 7. Rasa2nya tak sempat nak dapat 7. Target kini 5 sahaja.. Hahaha..sempat kah? Wallahualam. Kalau dapat twins, cepat lah sikit prosesnya dan boleh rehat lama sikit.. kuikuikui...

Beberapa orang pernah nasihat, selagi masih larat, dapatkan anak cepat2, rapat2 sikit pun takpe tapi jgn terlalu jarang sampai beza 4,5 tahun. Sebab bila terlalu jarak, letih menjaga anak kecil tidak akan hilang. Tapi itu pendapat dan rezeki masing2lah. Cuma kami bersetuju dengan pendapat tersebut kerana bila usia semakin meningkat, tenaga untuk menguruskan si bayi juga semakin berkurangan. Sekarang ni, semua masih kecil dan belum bersekolah, urusan menjaga, menyusukan, bermain, belajar mereka juga tidak jauh levelnya. Buat sekaligus orang kata..hehehe. Nanti mereka akan masuk musim persekolahan pun dalam selang setahun hingga 3 tahun..

Trimester pertama kali ini memang dirasa agak lain dari 2 kandungan yang sebelum ini. Alahan kali ini agak mudah mual dan loya tapi tiada muntah. Selera juga agak bertentangan dengan lazimnya sebelum ini. Hari2 fikir nak masak apa tapi tak tahu selera nak makan apa. Bukan aku sahaja yang hadapi alahan kali ini tapi hubby pun macam terkena tempiasnya. Hubby hingga kini masih lagi alami sindrom kurang selera makan dan tidak sedap badan. Kadang2 asyik rasa nak demam dan panas badan dalam. Dulu aku memang malas nak masak. Kali ini ada rasa nak masak tapi yang peningnya asyik dok fikir nak masak apa coz tak tahu nak makan apa. Selera asyik berubah2..huhuhu.. bila makan, rasa dah cukup perlu berhenti makan terus kerana kalau diteruskan makan maka akan timbul loya dan mual. Lauk seperti ikan keli, ikan air tawar dan seafood terus takde dalam list. Milo kegemaran dah tiada dalam peti, yang ada hanya air soya.

Harap2 alahan seperti ini akan berlalu tidak lama lagi. Dan semoga aku diberi kekuatan untuk menjaga kesihatan diri dan memberi keperluan secukupnya kepada bayi dalam kandungan dan susu untuk Afdhol yang masih menyusu badan. Sokongan dan kerjasama dari suami dan anak2 hingga kini masih utuh dan harap terus utuh sehingga bayi ini lahir nanti. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan segala urusan...

Category: | 0 Comments

Awal dinihari 9 Jun yang lalu, kira2 jam 1.40pagi aku mendapat panggilan dari adik tentang pemergian satu2nya nenek kesayangan ke rahmatullah pada jam 1.30pg. Secara kebetulan anak2ku semuanya bangun pada jam 1pagi dan terus berjaga sehinggalah aku mendapat panggilan dari adik. Hatiku meronta untuk balik ke kampung walau baru sahaja tiba ke kampung suami 2hari yang lalu. Kupujuk suami untuk balik ke kampung melawat jenazah seawal yang boleh walau suami agak keberatan kerana keletihan drive belum lagi hilang. Walau rasa serba salah, aku tetap dengan keputusan aku untuk balik semula ke Johor.

Aku tiba memang telah terlalu lewat, hampir jam 7malam baru aku selamat tiba ke kampung. Keluarga aku agak terkejut kerana aku pulang jua walau baru 2 hari pulang ke kampung suami. Tapi setelah tiba di kampung, aku tak rasa bersalah lagi kerana kesemua ahli keluargaku turut sama pulang dan hampir kesemua mereka sempat menemui jenazah di saat2 akhir sebelum dikebumikan. Hanya aku dan abg fairoz shj yang terlepas peluang menemui jenazah namun aku sempat menghabiskan majlis tahlil bersama keluarga yang ada dan sanak saudara hingga hari ke 3.

Arwah Mbah meninggal kerana sakit tua. Umurnya yang sudah mengjangkau melebihi 90 tahun banyak menyedarkan aku tentang kitaran kehidupan. Memang benarlah kata orang, apabila sudah semakin meningkat usia, kitaran manusia akan kembali seperti kanak2 dan bayi semula. Arwah Mbah sudah tidak mengenali hampir kesemua cucunya2, sudah tidak berdaya untuk menguruskan diri, hanya mampu terlantar dan disuapkan makanan dan diuruskan diri serta pakaian oleh mak dibantu oleh adik. Hampir 3 bulan Mbah terlantar dan terus tidak dapat menguruskan diri selepas diserang demam yang agak teruk. Sejak Mak dan abah balik dari Mekah tahun lepas, mak terus ambil Mbah sepenuhnya dan jaganya di rumah keluargaku.

Banyak kenangan antara aku, keluargaku dan Mbah. Raya pertama tahun ni pasti sangat terasa kehilangannya kerana setiap tahun, selepas solat Aidilfitri kami sekeluarga akan berkumpul ke rumah Mbah bersama anak cucu mbah yang lain. Kami semua akan membuat doa selamat beramai2 satu keluarga sambil beraya dan bermaaf2an. Suasana sangat meriah dan aku merindui sangat2 suasana itu....

Al-Fatihah untuk Mbah, Misinem binti Strosimin. Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang2 yang beriman dan ditempatkan di dalam syurga... Amin...

Category: | 0 Comments

Hari ni ada salah seorang member Lambaian dulu tiba2 add aku di facebook. Tengok namanya aku tak berapa kenal coz nama tu ramai org guna tp bila ada sambungan nama panggilannya terus aku teringat pada dia.. Lalu aku tetiba tersenyum bila teringat satu memori yang buat aku nak gelak guling2.


Kisah tu berlaku waktu program induksi untuk suatu program yang akan berlangsung keesokan harinya. Aku tak ingat apa nama program yang bakal berlangsung tu tapi yang aku ingat ape yang berlaku pada malam itu... Waktu tu waktu mmg telah melewati angka 12 tengah malam yang juga bermakna waktu untuk para siswi berada di asrama masing2. Aku dan dia sedang berbincang last topik untuk sesi kesimpulan dan rangkuman aktiviti bagi group kami. Entah macam mana tiba2 sahaja kami didatangi oleh beberapa anggota Hisbah yang siap berkopiah melebihi 4orang yang layak menjadi saksi seandainya kami ditangkap pada malam tersebut. Aku terkejut bercampur tergamam dengan kehadiran mereka tiba2. Aku juga tak sedar yang DSG itu telah kosong walhal rasanya baru sebentar tadi DSG itu masih lagi ada ahli2 lambaian yang lain. Waktu tu rasaya aku masih di Tahun 1 atau 2 di UTM.

Mereka bertanya, apa kami berdua buat di situ pada waktu sebegitu?
Aku pandang partner fasi aku, F dan F pun pandang aku. Kami masing2 terpinga2 dan juga kelu lidah untuk berbicara. Beberapa saat terdiam sampailah minda bergerak menegur mata dan hati untuk bersuara. Mujurlah ada tentatif dan segala dokumen sokongan yang menjadi bukti untuk program Lambaian yang bakal berlangsung keesokan hari dan tentatif induksi yang baru sahaja tamat. Jawapan panjang lebar beserta bukti2 sokongan ditunjukkan kepada mereka. Beberapa ketika bersoaljawab dan akhirnya kami ditinggalkan beserta nasihat dan teguran untuk kembali ke asrama kerana waktu telah lewat.

Pemergian para Hisbah menyebabkan beberapa warga lambaian yang masih berada di persekitaran luar DSG menghampiri kami dan bertanyakan isu yang berlaku. Aku dan F terus tersenyum2 penuh makna namun diakui masing2 terkejut dan seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku..

Hihihihi... selepas insiden itu, aku lebih berhati2 tatkala lewat balik ke asrama. Mata dan telinga perlu alert jangan sampai tertinggal berdua di tempat sebegitu walaupun tempat itu terang dan di kawasan umum... Hahaha..kenangan itu antara yang paling aku ingat semasa bersama Lambaian...

Category: | 0 Comments

Sekian lama tak mengupdet.. byk alasan nak diberi kenapa aku tak updet tapi itu semua hanyalah alasan. Rajin tak rajin je, sempat tak sempat je, nak dengan tak nak je....



Ahmad Zafran
15 Februari 2011 bersamaan hari ulangtahun Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang lalu, genaplah anak sulungku berumur 2 tahun. Semakin aktif, lasak, dah pandai buat lawak, pandai berlakon, semakin petah bercakap dan telah pandai meminta2 sesuatu yang disukainya. Semakin rapat dan pandai bergurau dengan adiknya. Saban pagi kalau tak bermain basikal di ruang parking kereta, dia akan minta aku on laptop dan mainkan pembelajaran alif ba ta atau abc. Akan minta diulang2 sampai dia bosan. Anak sulungku juga amatlah suka mengusik adiknya, pantang nampak adiknya seronok bermain sendiri, pasti akan diusik sehingga menangis.





Ahmad Afdhol
12 Februari 2011 yang lalu, genaplah umurnya 8 bulan. Masih lagi merangkak dan sedang belajar berdiri dengan sendiri sambil menstabilkan badan untuk beberapa saat sebelum terjatuh atau berpaut kepada sesuatu. Tadi, telah mula menyebut 'mama papa', antara perkataan awalnya yang boleh difahami. Juga telah mula belajar memanjat tangga kerana ingin mengikut abangnya yang gemar naik dan turun tangga. Bersifat lasak dan turut sama aktif seperti abangnya. Sejak kecil, suka memerhati sesuatu dengan khusyuk, lebih berdikari, suka meniru gelagat abangnya selain suka mengexplore sesuatu yang baru.

Category: | 0 Comments

Popular Posts