Awal dinihari 9 Jun yang lalu, kira2 jam 1.40pagi aku mendapat panggilan dari adik tentang pemergian satu2nya nenek kesayangan ke rahmatullah pada jam 1.30pg. Secara kebetulan anak2ku semuanya bangun pada jam 1pagi dan terus berjaga sehinggalah aku mendapat panggilan dari adik. Hatiku meronta untuk balik ke kampung walau baru sahaja tiba ke kampung suami 2hari yang lalu. Kupujuk suami untuk balik ke kampung melawat jenazah seawal yang boleh walau suami agak keberatan kerana keletihan drive belum lagi hilang. Walau rasa serba salah, aku tetap dengan keputusan aku untuk balik semula ke Johor.

Aku tiba memang telah terlalu lewat, hampir jam 7malam baru aku selamat tiba ke kampung. Keluarga aku agak terkejut kerana aku pulang jua walau baru 2 hari pulang ke kampung suami. Tapi setelah tiba di kampung, aku tak rasa bersalah lagi kerana kesemua ahli keluargaku turut sama pulang dan hampir kesemua mereka sempat menemui jenazah di saat2 akhir sebelum dikebumikan. Hanya aku dan abg fairoz shj yang terlepas peluang menemui jenazah namun aku sempat menghabiskan majlis tahlil bersama keluarga yang ada dan sanak saudara hingga hari ke 3.

Arwah Mbah meninggal kerana sakit tua. Umurnya yang sudah mengjangkau melebihi 90 tahun banyak menyedarkan aku tentang kitaran kehidupan. Memang benarlah kata orang, apabila sudah semakin meningkat usia, kitaran manusia akan kembali seperti kanak2 dan bayi semula. Arwah Mbah sudah tidak mengenali hampir kesemua cucunya2, sudah tidak berdaya untuk menguruskan diri, hanya mampu terlantar dan disuapkan makanan dan diuruskan diri serta pakaian oleh mak dibantu oleh adik. Hampir 3 bulan Mbah terlantar dan terus tidak dapat menguruskan diri selepas diserang demam yang agak teruk. Sejak Mak dan abah balik dari Mekah tahun lepas, mak terus ambil Mbah sepenuhnya dan jaganya di rumah keluargaku.

Banyak kenangan antara aku, keluargaku dan Mbah. Raya pertama tahun ni pasti sangat terasa kehilangannya kerana setiap tahun, selepas solat Aidilfitri kami sekeluarga akan berkumpul ke rumah Mbah bersama anak cucu mbah yang lain. Kami semua akan membuat doa selamat beramai2 satu keluarga sambil beraya dan bermaaf2an. Suasana sangat meriah dan aku merindui sangat2 suasana itu....

Al-Fatihah untuk Mbah, Misinem binti Strosimin. Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang2 yang beriman dan ditempatkan di dalam syurga... Amin...

Category: | 0 Comments

0 comments to “Al - Fatihah untuk Mbah”

Popular Posts