Suatu tika dulu, aku pernah duduk di kawasan kejiranan cina dan aku juga pernah duduk di kawasan kejiranan Melayu. cuma kejiranan India belum lagi aku merasa. Setakat ini, rasanya tidak jauh berbeza, ade manis, masam, kelat, dan juga 3rasa. Bila duduk di kawasan kejiranan Melayu, aneka ragam dan citarasa yang dapat dilihat. Kejiranan yang suami isteri banyak bekerja lain perisanya dan kejiranan yang isteri banyak jadi surirumah pun tak kurang ragam dan garamnya. Senang kata, lengkapkan 1 masakan dengan pelbagai rasa.

Bergantung kepada yang merasa, jika ada yang terkurang, tambahla kicap garam dan gula. Entry bukan berkisah tentang masakan ye, tapi tentang jiran tetangga.

Antara perbualan jiran tetangga di kejiranan sini.

Kisah 1
Jiran A : Akak ni kadang kala tak tahu nk buat macam mana. Duduk rumah je, dikata kita sombong, tak nak bergaul dengan orang tapi kalau bergaul pulak, asik dok buat ketupat je, rimas juga
Jiran B : Ye lah, tak keluar salah, keluar bercampur pun salah. Jadilah serba salah

Kisah 2
Jiran C : Ada nampak jiran sebelah ni tak? Balik kampung ke?
Jiran D : Tak de pulak. Dah beberapa hari tak nampak. Dah lari kot, hutang banyak sangat
Jiran C : Mana akak tau?
Jiran D : Dah ramai sangat yang cari dia. Pagi tadi bangla datang, aritu India. Silap2 utang dengan along. Hah jaga2la kita semua
Jiran E : hai, macam2 hal lah orang tu. Kenapa cari dia
Jiran c : Ni hah, ada barang untuk dia. Semalam ada pihak *** datang hantar barang, tapi jiran kita tu takde. So, ditumpangkan barang tu kat rumah saya. Ingatkan malam tadi balik, rupa2nya sampai pagi ni tak balik2. Dia balik kampung kot, anak dia kan tengah PMR
Jiran E : Ye lah tu, jadi pegawai pemeriksaan agaknya tak pun pengawas penjaga. Anak PMR dia pulak sibuk balik. Entah iya entah tidak

Kisah 3
Jiran F : Jaga2, malam ni ada drama
Jiran G : Drama ape pulak malam2 nanti?
Jiran F : Alah, jiran depan rumah kita dengan jiran atas. Dengarnya nak berperang. Jiran atas tak puas hati dengan jiran depan
Jiran G : Ooo.. ye ke. Hah, yo lah. Malam ni akak bukak pintu rumah, nak dengar drama diorang tu

Kisah 4 :
Jiran H : Aik, mana pergi selipar depan pintu ni. Masuk ni, dah dekat 10 pasang hilang.
Jiran I : Ade lah tu yang merembat
Jiran H : Ape jenis orang la dok rembat barang orang. Daripada kasut kahwin suami saya, kasut kerja suami saya, sampaila ke selipar jepun jenis Tat Sing dan selipar jepun RM2.99 pun hilang
Jiran I : Kadang2 budak2 buat main terus diambilnya. Janganla letak selipar kat luar rumah lagi. Kat sini ni memang ada yang kaki rembat. Tak caya, gi la cek kat rumah depan tu ke, atas tu ke. Ada la tu
Jiran H : Malas la nak gi cek. Kang takde, dikata saya menuduh2 pulak
Jiran I : Alah, takde orang lain yang buat. Orang kat rumah jiran tu la jugak yang buat. Pokok bunga akak ni pun abis mati semua dikerjakan anak2nya. Ikutkan hati, nak je akak serang rumah jiran tu
Jiran H : Alamak bang, mangga rumah kita pun dah tak ada laaa

Kisah 5
Jiran J : Kita tak buat kat orang, kenapa orang buat kat kita ha...
Jiran K : Kenapa?
Jiran J : Sedih gak rasa bila kena ngata dek orang. Suka sangat bawak mulut cerita hal orang lain
Jiran K : Ape yang berlaku ni
Jiran J : Jiran depan, jiran atas selalu tanya, "anak apa khabar, dah lama tak dengar dia menangis. Dulu kecik2 asyik menangis. Sekarang ni bila jumpa, MasyaAllah semangat dan betul". Tapi jiran sebelah tu dok bawak mulut kat rumah2 orang. "Anak saya ni asyik menangis je tak kira masa, malam siang pagi petang. Dari kecik sampai sekarang ni asyik menangis je, mengganggu dia"
Jiran K : Mulut orang, bukan boleh tutup. Lantak dia la. Yang penting kita tahu apa yang berlaku

Kisah 6
Jiran L : Parking kat area rumah kita ni sebenarnya takde sesiapa punya. Penduduk boleh parking mana2 je sebenarnya
Jiran M : Abistu banyak yang dah ditanda, ingatkan dah bertuan, bimbang la saya nak parking sebarang
Jiran L : Dulu masa awal2 memang takde. Tapi sesiapa yang duduk awal dan kebanyakan pemilik rumah kat sini, diorang amik paking terus. Kebanyakan area tepi dekat dengan jalan ni, pemilik rumah yang duduk di sini yang empunya parking. Kadang2 ade yang 2 kereta pun nak parking dekat2 dengan jalan jugak. Kalau 1 kereta tu ok lah, yang satu lagi, parking la jauh, bagi peluang kat orang lain pulak.
Jiran N : Kat sini dulu, hampir2 bergaduh besar tentang kes parking kereta ni. Kereta akak pun kene calar dek orang yang tak puas hati. Ikutkan hati, akak nak lapor kat MPKJ tapi suami akak malas nak panjangkan. Kitorang mengalah je, parking jauh sikit
Jiran M : Tapi rasanya sekarang ni kereta dah makin banyak. Dulu saya parking hujung sana, boleh la nampak kereta kat bawah dari rumah. Tapi sekarang ni dah makin hujung saya parking sebab banyak kereta
Jiran L : Ada yang lebih 2 kereta 1 rumah. Ada jiran tingkat 2 tu baru2ni beli kereta lagi. Kereta lama tambah dengan citra dan kelisa tak silap akak
Jiran M : Hah saya perasan. Kelisa tu la yang ambil tempat saya. Saya dah parking jauh tempat yang memang takde yang parking, tup2 ade juga yang ambil
Jiran L : Rebutla korang yang ada kereta ni. Mujur akak takde kereta, naik motor je, senang. hahah

Itu antara kisah benar yang berlaku di kejiranan ini. Ada banyak lagi kisah yang berlaku, tapi karang jadi karangan 500 patah perkataan pulak. Sedikit pengubahsuaian turut dilakukan kerana watak tambahan jiran2 lain yang tolong menokok tambah cerita tidak dimuatkan tapi diringkaskan dalam beberapa ayat untuk watak tertentu. Rasanya, bukan di sini sahaja berlaku tapi mungkin berlaku di hampir kebanyakan tempat. Aku dan mungkin juga kamu, kamu dan kamu selaku jiran tetangga, pandai2lah bawak diri. Mana yang elok, didengar. Mana yang perlu ditongsampahkan, masukkan je ayat2 jiran tetangga dalam tong sampah dan ikat kemas2 sebelum sampah diangkut oleh Alam Flora.

Category: | 2 Comments

2 comments to “Hal-Hal Kejiranan”

  1. Salam...
    Macam-macam ada kan. Hehehe...

  1. ummi amani
    macam tu lah ragam berjiran. nak tak nak, pandai2la bawak diri kan..

Popular Posts