Hari ini, hari ketiga anakku demam. Bermula pada Selasa malam Rabu yang lalu, suhu mula meningkat menjelang waktu Isyak. Namun aku masih membawanya berkunjung beraya ke beberapa rumah jiran tetangga. Selepas balik dari beraya, hubby menyarankan kami ke klinik pada jam kira2 11.30mlm. Suhunya 38.5darjah celcius ketika diperiksa dengan batuk dan selsema. Ubat terus diberi. Doktor menyarankan selepas 4 jam jika suhu belum turun, beri semula ubat dan lapkan badannya agar suhu panasnya berkurangan. Aku dan hubby bergilir tidur menjaganya untuk memastikan suhunya stabil. Alhamdulillah, si kecil mula berpeluh dan berkurangan kepanasan badannya.

Hari Rabu, ubat masih diberi. Sangat liat untuk makan ubat. Hampir sebahagian besar ubat yang diberi menggunakan picagari diluahkan semula. Diberi dalam susu botol, langsung tidak dijamahnya susu. Terbiar membazir. Namun kelincahan dan keaktifannya bermain tidak berkurang. Cuma kadangkala bila suhunya meningkat sedikit, si kecil kurang fokus dalam bergerak. Sering terjatuh tatkala bertatih dan bermain. Menjelang malam, suhunya semakin turun. Kami gembira dengan perubahannya. Kami bawa si kecil berziarah ke rumah Pn Marsyita & En Zamri, bos terakhir aku. Si kecil sangat aktif bergerak ke hulu hilir walaupun selsema masih ligat menyerang. Usai di rumah mereka, kami berziarah pula ke rumah Ramzul & Nadia. Si kecil mula meragam sedikit, mungkin kerana mengantuk dan si kecil lena di atas riba selepas puas bermain di rumah Ramzul & Nadia. Dan dinihari itu, jam 4.00pg si kecil semakin sukar untuk lena. Suhunya meningkat lagi. Aku n hubby berikan ubat yang dimasukkan melalui punggungnya. Si kecil sangat berasa tidak selesa akibat kemasukan ubat itu ke dalam dirinya. Sebelum subuh pagi Khamis itu, si kecil qadak hajat dan secara tidak langsung menurunkan sedikit suhu badannya.

Walaupun demam disulami selsema batuk dan kahak, si kecil tidak terlalu merengek yang sering inginkan perhatian. Dia masih lagi boleh berdikari main sendiri, menjelajah barang2 yang jarang dapat dibuat main seperti kain baju berlipat, printer, stok2 produk di stor dll. Malam itu, kami berdua tidak lagi mahu keluar beraya kerana bimbang akan kesihatan si kecil. Tatkala tidur, si kecil mudah terjaga, mungkin kerana tidak selesa dengan selsema yang menyerang hidungnya. Kami berdua masuk beradu kira2 jam 12 malam lebih. Si kecil acapkali meminta perhatian dariku tatkala tersedar dari lenanya. Dan mlm itu, kira2 jam 2.00 pg si kecil telah tersedar dari lenanya untuk jangkamasa yang panjang. Payah betul nak tidurkannya. Aku dan hubby cuba
untuk bergilir2 menjaganya namun rasanya si kecil yang lebih banyak menjaga kami yang asik terlena ketika cuba menidurkannya. Kira2 jam 2-3pagi itu jugalah, si kecil bermain di sekitar bilik. Daun pintu menjadi sasarannya bermain ketuk2 di waktu dinihari itu. Sampai ke jam 3 lebih gak, aku n hubby akhirnya sama2 bangun memujuknya untuk tidur. Suhu badannya tinggi. Kami cuba memberinya ubat demam, namun si kecil tetap gagah menolak pujukan kami untuk memberinya ubat. Ubat yang diberi tidak berjaya masuk ke dalam badannya namun suaranya yang semakin kuat mengejutkan jiran2 di waktu dinihari. Tapi rasanya jiran tak bangun kot sebab kali ini suaranya tidak senyaring sebelum ini. Suaranya telah timbul tenggelam dengan aura serak2 basah gara2 kahaknya yang banyak di tekak. huhuhu...

Bila gagal memaksanya memakan ubat atau memasukkan ubat ke dalam dirinya, cara terakhir ikhtiar secara tradisional. Ambil air dan lap2kan badannya. Kepalanya dibasahkan dengan air asam bercampur beras petua dari hubby yang diturunkan daripada ibunya sewaktu hubby demam dulu. Kali ini, mula menunjukkan hasil. Mungkin juga kerana si kecil telah letih bermain keseorangan gara2 gagal memujuk ummi dan ayahnya yang terlena ketika menjaganya. Suhu badannya mula menurun sedikit. Susu diberikan dan akhirnya si kecil terlena juga dalam perhatian ummi dan ayahnya.

Pagi tadi, sekali lagi kami ke klinik untuk memeriksa keadaan si kecil. Jika menurut kata2 orang tua, si kecil nak tambah umur. Itu sebab demam macam ni atau ada sesetengahnya kena cirit birit. Doktor Aziah di Klinik Annur turut mengatakan berkemungkinan demam ini adalah sebahagian dari perubahan dirinya yang baru tumbuh gigi dan juga sedang bertatih berjalan. Tidak lama lagi si kecil akan bertambah umur menjejak 8 bulan. Namun sebagai langkah berjaga2, antibiotik yang lebih kuat, ubat demam, selsema, batuk dan kahak tetao diberikan
untuk si kecil. Doa kami agar si kecil tabah menghadapi ujian ini dan semoga demam dan kesihatannya bertambah pulih menjelang esok hari dan seterusnya. Sebenarnya, sejak bayi hingga kini, ini adalah kali pertama si kecil demam dan kesihatannya agak teruk. Sebelum ini, amat sukar untuk si kecil demam dan batuk berkahak. Lazimnya ia selsema dan akan pulih dalam beberapa hari sahaja. Semoga si kecil kuat dan sihat seperti sediakala. Chaiyok2 zafran... Anak ummi hebat kan...

Category: | 0 Comments

0 comments to “Anakku Demam...”

Popular Posts