Hari ini, jam 8.45pg hubby telah bertolak ke Parcel B Putrajaya untuk temuduga kerjanya. Walaupun waktu temuduga adalah jam 10.30pg, namun sebelum jam 9.00pg harus bertolak bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini dan agar dia lebih bersedia. Cuak & berdebar2 sebenornye tuh. Kawan dia lagi best, jam 8.30pg dah sampai Putrajaya walhal waktu interview sama dengan hubby.

Tahun ni, temuduga intake Jan 09 untuk SPP DG41 dibuat awal. Jika tahun2 sebelumni, temuduga dibuat selepas posting, tapi tahun ni dibuat sebelum posting. Apa kemungkinan yang berlaku tidak dapat dijangka. Minggu depan pula adalah minggu peperiksaan buat hubby.

Tapi, hubby tetap hubby. Kerja last minute juga yang dibuatnya. Hari ni nak temuduga, baru semalam dia bertungkus lumus melayari internet mencari tips2 dan bahan2 yang boleh membantunya menjawab soalan penemuduga. Segelintir rakan-rakanya telah melepasi ujian temuduga semalam dan pelbagai soalan yang tidak dijangka keluar dari para penemuduga. Dalam wajah cool si hubby, aku pasti jauh di dalam hatinya, pasti dia risau tentang temuduga kali ini. Tapi bila ditanya apakah perasaannya, hubby tetap menjawab macam takde pape. ceh.

Dalam kesibukan hubby menelaah, diduga dengan si kecil yang demam panas sekali lagi untuk bulan ini. Tugas menjaga si kecil aku lakukan sepenuh mungkin namun ada kalanya terpaksa juga mengganggu hubby tatkala aku lelah dengan karenah si kecil dan sesekali kesabaranku teruji dengan si kecil. Hubby tetap sabar meluangkan masa menjaga dan melayan si kecil.

Kami berdua mendoakan kesejahteraan dan kecermerlangan hubby @ ayah semasa dan selepas ditemuduga. Semoga beroleh keputusan yang cemerlang. Amin...

Di akhir entry, aku poskan lagu ini untuk hubby merangkap ayah si kecil..



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhaiYa Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Category: | 0 Comments

0 comments to “Semoga Berjaya Suamiku”

Popular Posts