Cerita 1 : Mercun Bola
Malam 1 : tak berani main, bimbang meletup
Malam 2 : main, tak meletup, cucuh api sekali lagi, meletup, terkena percikan api di lengan
Malam 3 : main, tak meletup, cucuh dengan bunga api, tak sempat lari, meletup, melecur di tangan sebesar duit 20sen
Malam 4 : DIHARAMKAN MAIN. MERCUN BOLA TELAH DISIMPAN OLEH PAKLONGnya

Cerita 2 : Mercun Lebah
Cucu 1 - lelaki : bakar, baling ke kiri, sukses
Cucu 2 - lelaki : bakar, baling ke atas, sukses
Cucu 3 - perempuan : bakar, baling ke depan, sukses
Cucu 4 - perempuan : bakar, baling ke kanan, lariiiii
Ayah cucu 4 : kenapa baling ke adik, kalau terbakar tadi macam mana hah???!!

Cerita 3 : Bermain bunga api dan mercun di halaman rumah
Sedang cucu2 Pak Ismail bermain dengan gumbira di halaman rumah, tiba2..
Pak Long : Kutip semua sampah-sampah bunga api dan mercun ni selepas main nanti. Jangan masuk rumah selagi tak bersih!

Cerita 4 : Berhari Raya
Kesemua anak2 dan cucu2 Pak Ismail yang balik ke kampung pergi beraya di rumah Adik Bongsu Pak Ismail. Kebetulan keluarga ipar adik bongsu Pak Ismail juga dtg beraya ke rumah tersebut. Dalam kesibukan menikmati juadah yang disediakan, kanak2 riang berman di luar rumah, para ibu bapa berbual2 dan bersembang, tiba-tiba terdengar teriakan di pintu....
Cucu lelaki umur 4thn : Ibu, dah lama sangat rasanya ni, bila nak balik?!

Cerita 5 : Berhari Raya 2
Kami berdua berhari raya dan menziarahi jiran tetangga setelah balik semula ke Kajang.
Jiran suami : Dah besar si kecil ni, dah jarang dengar dia menangis sekarang ni. Dulu kecik2 selalu menangis kan
Ayah si kecil : A'ah. sekarang dah kurang sikit menangisnya. (jawab dalam serba salah kerana si kecil dulu sering menangis bimbang mengganggu jiran tetangga)
Jiran isteri : Tu la pasal, dah tak dapat nak dengar suara si kecil menangis lagi sekarang ni. Dulu, masa si kecil ni kecik lagi, tiap kali dia menangis je, suami akan slowkan TV or Radio kami semata-mata nak dengar bunyi si kecil menangis...
Jiran suami : Ish...jangan la kantoikan saya pulak

Category: | 2 Comments

2 comments to “Gelagat Cucu-Cucu Pak Ismail”

  1. Memang begitulah baby. Kalau tak menangis nak buat apa lagi dah itu saja yang dia tahu. Aqil dan Ammar dulu kuat menangis sekarang menangis kuat. Hehehe...

  1. hahaha. teringat kaletah amani berdua tempohari. bijak dan menghiburkan...:)

Popular Posts