Hari sabtu tempohari, aku membuat majlis Aidilfitri kecil2lan buat kali kedua pada bulan Aidilfitri ini. Kali pertama sewaktu jiran tetangga datang berziarah ke rumah. Majlis tersebut berakhir dengan sangat meriah. Tetamu yang datang memang melebihi jangkaan. Makanan yang disediakan kali ini memang tidak membazir sepeti yang pernah berlaku sebelum ini. Petang itu, Kak syila sudi singgah beraya ke rumah. Menu utama memang telah ready. Dan otai lambaian itu sudi juga mengedit pencicah cucur udang yang agak masam.

Hihihihi.. semua menu memang pertama kali dibuat kecuali air, so kadar kemalangan dan kecederaan atas menu2 yang disediakan memang agak tinggi. Umpama budak baru belajar dapat lesen memandu tapi perlu memandu di tempat yang paling sesak, berbukit, banyak traffic light. Maka terjadilah insiden seperti memandu bukan dengan kadar yang sepatutnya, gear tidak selaras dengan kelajuan, termati enjin di traffict light dan sebagainya. itu adalah contoh kejadian namun tiada kena mengena dengan sesiapa yang sedang, akan atau telah tamat belajar memandu.

Jemputan asal hanyalah untuk teman2 rapat kronisma area KL Selangor, family dan rakan2 yang duduk di area berhampiran sahaja. Namun memandangkan ini adalah minggu terakhir Aidilfitri, pastinya ramai jemputan yang sukar dijangka kehadirannya. Justeru itu, sesiapa sahaja yang diingati melewati kotak minda memori, terus dimaklumkan. Biar jemputan melebihi kerana lazimnya kehadiran adalah dalam 75% selain bimbang menu yang disediakan tidak habis.

Memandangkan aku turut mendapat 4 jemputan Aidilfitri pada hari itu, maka persiapan dan persediaan untuk menu malam itu disediakan seawal pagi kecuali kerang rebus telah siap direbus oleh aku dan dibuang kulitnya oleh hubby pada malam sebelumnya. Memandangkan juga para tetamu turut mempunyai majlis Aidilfitri di tempat lain, rasanya perut masing2 pastinya telah separa padat dijamu dengan aneka makanan dan masakan pada siang atau maghribnya, kami merancang memilih menu yang simple dan tidak berat.
Menu kami pada hari tersebut adalah mee kari, cucur udang, tauhu sumbat, colek buah, keropok dan air blaccurrent sahaja. Walaupun masing2 yang dtg mengatakan perut telah kenyang terisi namun menu yang disediakan tidak dihampakan. Sekurang2nya setiap yang hadir akan mencuba 2 menu yang ada. Tetamu terawal hadir pada jam kira2 8.20mlm dan tetamu terakhir pulang pada jam 1.00 pagi. Siapa sangka menu mee kari habis sebelum 1 lagi gerombolan datang. Hubby sempat menyelinap keluar rumah pergi ke kedai sewaktu familyku sedang menjamu selera.

Teman2 kronisma dari rumah bujang datang bersama menu spagetti mereka selepas majlis Aidilfitri di rumah mereka tamat. Mereka datang bersama teman2 dari Love Lure termasuk Pn Mas. Kesemuanya adalah wanita sahaja.

Jemputan ke rumah mereka tidak dapat aku hadiri memandangkan Majlis mereka dilakukan di waktu berbuka puasa iaitu dari jam 7.00-9.00mlm. Dan 1 sebab lagi, jemputan adalah untuk wanita sahaja memandangkan kesemua mereka adalah bujang. Disebabkan ketidakhadiran aku, mereka membawa ke rumahku menu spagetti mereka khusus untuk aku. Mekaceh guys.. :)

Usai majlis, aku terus masuk ke bilik untuk menidurkan si kecil manakala hubby yang merupakan orang kuatku mengemas baki2 makanan untuk disimpan di dalam peti ais. Mungkin kesian melihat aku menjadi orang dapur seharian Sabtu itu, menyebabkan urusan membasuh pinggan mangkuk dan periuk kuali diselesaikan dengan jayanya oleh hubby pada hari Ahad itu. Dapur berkemas elok sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dapur. Perasaan terharu menyelinap dalam diri atas tugas yang dilakukan walaupun aku tidak memintanya melakukannya.

Ahad sepagian hanya berehat di rumah. Jam 3.00 ptg baru bergerak ke rumah Majlis Aidilfitri rakan hubby di Bukit Mahkota Bangi. Bertemu dan berkenalan dengan rakan2 persekolahan hubby yang masing2 sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata masing2. Tiba di rumah tatkala Maghrib telah hampir ke penghujungnya.

Dan 30 syawal berakhir di rumah kakak no 3 aku yang berada di Selayang. Ketidak hadirannya ke rumahku kerana tuntutan kerja menyebabkan aku sekeluarga datang menziarahinya yang hanya bercuti di Hari Isnin dan Selasa sahaja. Bertugas sebagai salah seorang chef di Hotel Westint KL mendorongnya menjamu kami dengan pelbagai juadah sehingga perut kami kenyang hingga pagi hari ini.

Seperti tahun lalu, tahun ini juga aku dapat beraya dan menziarahi keseluruhan rumah abang2 dan kakakku samada di Johor, Pahang serta KL dan Selangor. Semoga Syawal tahun depan, aku dan keluargaku masih diberi kesempatan untuk melaksanakannya semula sambil mengeratkan silaturrahim kekeluargaan.

Category: | 0 Comments

0 comments to “Hari2 Terakhir Syawal”

Popular Posts