Setiap org diberikan masa 24jam sehari semalam untuk melaksanakan urusan memasing. Aku juga begitu tp pengisian apa yg dibuat sepanjang 24jam tu. Mcm panjang masa diberi tetapi rasa singkat bila dibuat. ade sesapa setuju?

Ini adalah rutin aku sepanjang 24 jam sehari semalam:-
1. Teman baik Ahmad Zafran
Inilah rutin paling kerap dan paling utama. Hampir 24 jam masanya aku bersama dia. Kini, bila dia semakin membesar, perhatian perlu lebih lg. Tatkala dia sudah pandai berdiri tp masih gagal mengimbangi badan untuk bergerak, menyebabkan pengawasan perlu lebih kerap. Sudah acapkali dia jatuh krn aku atau hubby leka mengawasinya. Kalau setakat jatuh duduk or jatuh atas tilam ok lg, tp bila jatuh tersembam, terantuk ataupun tertiarap, mmg menyakitkan. Klu tak sakit, si kecil tak menangis. Selagi leh tahan, dia tak akan menangis.

Kes 1: Aku gi toilet dan isi air dlm mesin basuh, kutinggalkan sebentar dia di bilik bermain sendiri. Mcm dengar tak dengar je suaranya..ingatkan OK je tp bila ku intai, kepalanya sudah berada dlm beg pakaian. Entah mcm mana kepalanya leh masuk dlm beg, aku pun x tau. Mungkin dia terjatuh dlm beg atau sdg mencari2 sesuatu dlm beg itu. Cepat2 ku keluarkan kepalanya, patutle tak dgr suara menjerit, suara bergema dlm beg. Kuss semangat. Kuat dia jerit, berpeluh2 nk lepaskan diri sampai ade sedikit calar di leher mungkin terkena zip. Terhenti tangisan bila ku lepaskan diri tp slps diletak semula, ada hati nk masuk blk dlm beg tuh. Ceh!

Kes 2: Aku leka mengadap laptop sdg dia bermain dgn permainannya. Nampak pergerakan spt dia sdg merangkak ke arah sesuatu dr ekor mataku. Ku biarkan dia asalkan dia tak menangis. Tup2, aku tak jumpa di mana dia berada. Pusing kiri takde, kanan dinding, depan laptop, belakang takde. Bingkas bangun dr kerusi untuk cari keliling rumah. Pusing 360darjah masih lom nampak sehinggalah aku dgr suaranya.. Dia berada di bawah kerusi yg aku duduk td dlm keadaan merangkak untuk bermain dgn cooler fan kepunyaan laptop hubby. Ahh...lega rasanya. Mujur kerusi aku td tak bergerak,klu tak..kemungkinan besar akan terpijak kaki or tangannya...

Kes 3: Aku terlena sewaktu menidurkan dia. Hubby mengadap laptop di ruang tamu. Dia bgn lebih awal dan terus bermain pusing keliling tilam. Kali ni dia pergi ke tpt yg lebih sempit. Bermain di bwh gantungan pakaian yg dihanger.Tersangkut di antara 2 palang batang besi tpt pengyidai baju. terbaring di situ dan tak leh bergerak. Hubby terdengar die menangis dan lari masuk bilik. Pusing bilik, blakang pintu, bwh bantal bertimbun, celah2 beg, bwh selimut..tp tak jumpa. Nampak baju bergoyang, terus di selak baju, ternampak si kecil terbaring di antara palang di bawah baju yg begantungan.. aduhai si kecil...

Kes 4: Berdiri di depan TV LCD yg sengaja di letak di lantai krn tak cukup perabot utk letak tinggi sedikit. So, letak bwh untuk mudah menonton VCD sementara 1 lg tv untuk menonton TV. Dengan mudah berdiri dan menolak TV terbabit sekuat hati. Bergoyang2 tv tu. Mau tercabut dr tapaknya klu tindakan tidak diambil terus. Mengamuk si ayah nnt klu TV LCD nya rosak, hilangla kenangan dpt TV percuma krn join Shell thn lepas.

byk lg kes.. tak termasuk kes duduk atas laptop, tindih cooler fan, main cable, panjat buai. Huhuhu..kuss semangat. Kanak2 tetap aktif. Dah jatuh gedebuk sampai merah dahi,pipi,dagu pun still nk buat perkara yg sama selepas tangis berhenti. Baru sorang,klu berderet..ntah camno gamaknya aku nnt..

2. Bungkus produk untuk Poslaju pickup
Ini pun rutin hampir tiap hari. Begantung kpd jumlah produk dan jumlah pelanggan. ada kala sikit, ada kala byk. Posmen dh kenal sgt dgn aku n baby dr baby belum lahir smpai baby dh pandai berdiri. Kdg2, encik posmen tlg jagakan si baby di luar pintu rumah andai en posmen dtg awal dan aku belum siap bungkus produk2. Alhamdulillah, bisnes agak maju kini walau bisnes hubby yg sebenarnya lebih maju. Tp takpelah.. bisnes hubby pun, aku dpt komisen gak coz tlg bungkuskan..hehehe

3. Memasak
Kalau dulu, mak selalu tanya aku.. "nak masak ape ek hari ni, takde idealah" dan aku menjawab "masakla papepun mak, tak kisah, makan je".
Tapi kini, aku pulak yg bertanya hubby.. "nak masak ape ek hari ni, xde idelah" dan hubby aku plak menjawab, "masak je lah papepun, tak kisah, makan je".
dan aku menyambung, "Bg la jawapan tepat dgn cadangan, bkn soh org pk balik..huhuhu"
Aku n hubby tak suka makan di kedai, coz tak le sedap mana pun, mahal je lebih. Bukan tak mampu, tp tak puas... Mkn kt umah masak sendiri lg best walaupun simple2 je..

4. Membasuh / memesin pakaian serta menyidai
Ini dlm 2hari skali. Bab lipat kain...part paling maleh nk buat. Mujur hubbty sudi membantu tanpa disuruh, Mekaceh sayang.. ^_^

5. Mengemas ala2 sedap mata memandang
Kemas punya lama tp back to before amatle sekejap. Ade 2 makhluk di rumah ni yg suka menyepahkan balik menyebabkan aku jd singa kdg2. So, kemas bila 2 makhluk tu tiada or salah sorg tiada

6. Tgk tv
Dilakukan apabila laptop sdg digunakan atau si kecil perlu perhatian untuk temannya bermain, makan,minum

7. Tunaikan kewajipan sbg Hamba

8. Tidooo

9. Melayari internet.
Sangat singkat masa diberi krn perlu tunggu si kecil tidur dan perkara lain telah settle dan hubby juga tiada. Baru aman nk guna.. Hanya ade 1-3jam shj paling lama rasanya. Jarang sekali 5jam diguna sehari. huhuhu.. Pernah smpai merajuk dgn hubby krn asik dia je guna walhal dia turn jaga baby. Tak aci..

Category: | 7 Comments

7 comments to “Gugu Gaga 24 jam Sehari”

  1. Kemas-kemas la segala menda kecil-kecil yang mudah dicapai. Hadang sikit tempat yang senang nak di panjat. Tutup bucu-bucu tajam dsb.

    Berebut internet itu perkara biasa. Huhuh.

    emelnya : adamruslan at gmail dot com

  1. Salam...
    Alhamdulillah kita punya suami yang sedia membantu walau kekadang merajuk dulu baru dia kalut nak membantu.

  1. amani :
    yg mane leh cover, try utk dicover tp kanak2 mmg kreatif. part sini tak dpt,part sinun dia buat. hari ni,frame paling besar dh pecah krn berjaya dicapai si kecil. nk elak terhempap si kecil, kepala dan siku ibu jadi mangsa kene hempap. pening skejap kpala nih

    ummi amani :
    Yups.. syukur suami ringan tulang dan bukan ringan tangan. Ok le suami ummi nk gak bantu bila dh majuk. en suami sini tak reti pujuk.buat sukati jer.. apepun dh name suami... terima je la seadanya...

  1. buh baby lam bakul isik ampaian kain pas baju dimesin. hhahahha~

    k.anur, sy link kamu ya.

  1. hanim : boleh nk letak camtu tp klu tak pegang, berguling2 mcm tenggiling lah dia n bakul tu skali. Aritu ayah dia masukkan dia dlmbakul tu,n tarik bakul tu keliling umah. ala2 mcm tarik upih pinang lak. mane nk cari upih pinang kt cni, guna bakul pun jadila...

  1. sila2.. boleh dilinkkan n akak pun link kan gak

  1. wakakak, hak-ah ek mcm tarik upih pinang. ish, sy pnh kena gak tuh ngan ank buah sy, kemain sooka lagi dorg. den yg sakit pgg~

Popular Posts