Semalam antara hari paling seronok dalam bulan ini kerana dapat berbuka puasa ramai2 dengan para kronisme area selangor ni. Terima kasih pd mereka yg hadir..:)
Walau tak dpt merasa dan 1st time buat menu2 tu, instinct agak tepat. Suke..suke..suke... ^_^

Lg bererti apabila secara tidak sengaja menu yg disediakan merupakan makanan yg sedang diidam oleh salah seorang sahabat yg kini sdg mengandung. Syukur...
Thanks guy for coming. Aneka makanan yg ada semalam. Tetamu yg dtg kesemuanya membawa buah tangan masing2 walau aku tak minta mereka bawa krn menu yg disediakan telah cukup banyak, aneka kuih muih serta buah-buahan dan puding menjadi santapan kami selain menu utama. Namun sayangnya ade 3 sahabat yang tidak dapat menghadirkan diri kerana rumah kaluarga mereka juga turut dihadiri saudara mara yg dtg dari jauh.

Tak berkesempatan aku nak snap picture pada makanan2 yg terhidang. Rasa letih krn membuat persediaan dan mengemas rumah sejak pagi tidak terasa apabila perancangan berjalan dgn jayanya. Aku n hubby yg agak exhousted menjelang tengahari gara2 terlepas waktu sahur dan mengemas 1 rumah serta hubby pergi membeli barangan yg belum mencukupi hingga menjejak 3 hypermarket selain si kecil yg asyik mahukan susu badan dan merengek agak menduga keimanan. Namun perancangan tetap diteruskan.

Magrib itu juga, kami berjemaah beramai2. Si kecil mmg menjadi perhatian mereka. Almaklumlah, mereka semua bakal melalui apa yg kami sdg lalui kini. Seorang sahabat dtg sendiri krn isteri sedang berpantang anak sulung di kampung, sepasang sdg menanti kelahiran sulung, sepasang baru bertunang dan yg sepasang lagi masih mencari teman di hati..:)

Niat di hati nk sambung terawih sekali tp selepas sambung mkn pas maghrib dan berborak2, Isyak dan terawih dilaksanakan masing2 di tpt memasing. Kira2 jam 10.00 mlm rumah kembali sunyi.

Kuih muih yang tidak habis dimakan, kami beri kpd anak2 murid hubby yy dtg menjenguk2 dr rumah depan yg mungkin untuk mengintai aktiviti gurunya di waktu malam selain ingin berkenalan dgn si kecil.

Tatkala si kecil telah lena, aku duduk bersembang dgn hubby sambil menonton TV. Jarang dpt lakukan aktiviti sebegini krn aku sering terlena tatkala menidurkan si kecil dan hubby juga sering menghabiskan masanya melayari internet seandaiany tiada ape2 urusan di luar. Kira2 jam 12.00 tengah malam, kedengaran kokokan ayam bersahut-sahutan. Jarang sekali aku dengar ayam berkokok di area rumah ni walau ade yg bela. Agak lama kokokan ayam itu bersahut-sahutan. Kemudian, malam agak sepi dan tenang kembali. Pagi ini, waktu sahur ditemani dgn hujan renyai2 di luar rumah. Cuaca pagi ni pun nampak redup dan mendung. Adakah malam tadi malam Lailatul-Qadar? Wallahualam

Category: | 2 Comments

2 comments to “Semalam & Hari Ini”

  1. Salam...
    Perasaan yang menyediakan jamuan adalah lebih gembira dari yang menghadiri jamuan sebenarnya. Kerana ada sesuatu yang mengalir dalam makanan yang disediakn untuk di makan iaitu kasih sayang. Jadi yang menyediakan makanan tidak akan rugi. Adil kan!

  1. ummi amani: anur setuju sangat. Sgt gembira dan happy bila para tetamu sudi dtg dan menghabiskan makanan. Tidak membazir. Menyediakan juadah utk org yg berpuasa itu besar kan ganjarannya spt pahala org yg berpuasa. Lg puas melihat keseronokan mereka menjamah juadah.. :)

Popular Posts