Kenapalah aku berperasaan begini..
Siang tadi aku terjumpa satu slip transfer dari satu akaun ke satu akaun yang lain dengan jumlah yang agak besar.
Satu perasaan irihati menyelinap dlm lubuk hati kecil

Malam ini aku telah mendapat kepastian ttg perkara itu
"Kenapa?", ajunya...
"Takde pape, saje tanya..."

Aku tak tau kenapa aku mesti berasa tidak puas hati..
Aku ajukan soalan lain pula..
"Dah menyimpan untuk bulan ni?"
"Belum"

Lagi memberontak rasa dalam diri, kutanyakan langkah mudah untuk aku transfer sekian amaun dpd akaun Maybank ke CIMB
Langkah paling mudah, aku transfer dari akaun personal ke Maybank syarikat then buka cek untuk masukkan ke CIMB
Aku masukkan sejumlah amaun, kurang 20% dpd amaun yg terdapat dalam slip itu. Kalau ikut rasa ketidakpuasan hati, mahu saja aku simpan dalam amaun yang sama, namun aku perlu berkira2 untuk peruntukan belanja hari raya nnt.

Aku cuba bertenang dan istighfar byk2..
Aku tak seharusnya cemburu
Itu hak dia, suka hati dialah nak buat ape
Seharusnya aku berbangga
Kerana dia sangat bertanggungjawab kpd mereka itu
Cuma yang menyebabkan aku tidak berpuas hati..
Kenapa dia tidak berterus terang atau berkongsi dengan aku
Mungkin dia rasakan aku tak perlu tahu urusannya...
Kecik hati aku kalau dia merasakan sebegitu

Sebelum ini, kebetulan aku terdengar perbualan mereka di telefon
Dia umpama tidak mahu bercerita denganku
Bila ku tanya secara pusing belit, baru ku tahu kenapa mereka meminta dengan amaun sebegitu
Namun kali ini lebih besar lagi...
"Mungkin untuk keperluan raya ini", pujukku dalam hati

Pernah kuceritakan serba sedikit pada bonda ttg mereka
Bonda berpesan kepadaku..
"Macam itulah bonda dulu untuk menyekolahkan anak2 bonda. Ayah kerja di perantauan,
bonda di sini uruskan anak2, jika bonda kesempitan, bonda terpaksa meminjam dengan sesiapa
untuk menyara dan menyekolahkan anak2 bonda. Dia anak sulong, besar tanggungjawabnya. Kau janganla minta pape pada dia. Bila dia bagi, kau ambil. Bila dia tak bagi, jgn kau minta. Bonda faham apa yang mereka rasai kerana bonda pernah mengalaminya..."

Sejak bertemu bonda tempohari, aku cuba mengikuti nasihatnya. Kadang kala ade gak terasa tp aku cuba sabarkan hati.
Kalau aku mampu, buat ape aku perlu bergantung pd orang lain untuk membeli keperluanku.
Kalau dia nak beri, aku ambil.
Kalau dia tak beri, jgn pula aku meminta2. Guna sahaja duit sendiri...
Bersyukurlah dengan rezeki yang Tuhan berikan padaku selama ini...
Ya Allah, ampunkan aku kerana bersifat irihati dan cemburu kepada mereka. Sesungguhnya mereka jauh lebih berhak dari diriku...

Category: | 2 Comments

2 comments to “Jaga Hati...”

  1. Salam...
    Anur,suami bukan hak mutlak kita. Kita bersamanya setelah berpuluh tahun suami bersama keluarganya. Cubalah untuk ikhlaskan hati kita kerana itu tanggungjawabnya juga selain kita dan anak-anaknya. Kalau kemahuan dan kepuasan kita jadikan sebagai ukuran kecukupan maka kita tidak akan pernah cukup. Kitapun pasti suka bila nanti anak-anak kita akan melayan kita sebagaimana suami kita melayan ibunya kan. Mengikut jejak abah mereka. Yakinlah kalaupun suami melebihkan keluarganya rezeki kita dan anak-anak tidak akan berkurang kerana itu malah akan bertambah kerana Allah itu Maha Adil dan rezeki itu ditangan-Nya hak-Nya. Rezeki kita akan sampai juga pada kita walau mungkin tidak melalui suami tapi melalui seseorang atau jalan yang kita tidak tahu dan sedarpun. Jadi ikhlaskanlah walau payah.

  1. uMMI Amani
    terima kasih banyak atas nasihat diberi. Anur cuba utk perbaiki diri cuma tempohari, perkara yg anur agak kecewa krn dia lgsung tak maklumkan pd anur. Sama sekali anur tidak pernah melarang sebanyak mana yg diberi sebelum ini cuma sblm ini, anur tahu mengenainya secara terangan atau sebaliknya, atleast jika tak cukup pun, kita boleh bantu mana yang boleh, boleh buat budget. cuma kalini langsung tak dimaklumkan. Itu shj, perkara dh lepas dan anur pun dh luahkan pada dia apa yg anur rasa. Sedikit rasa spt diri ini org luar krn dia memendamkan kesemuanya...
    Buang yang keruh, ambil yang jernih.
    Terima kasih banyak2 Ummi :)

Popular Posts