Keraguan dan syak wasangka yang berlegar2 di minda kami sejak minggu yang lalu terjawab jua akhirnya. Mula2 hanya menyangka namun tidak berani menganggar lebih2 kerana perancangannya, ingin memulakan pada awal tahun depan selepas selesai urusan pemindahan ke tempat baru.

Kelewatan rutin seperti biasa menimbulkan sedikit syak namun tidak berani fikir jauh kerana bimbang ia hanyalah impian yang tidak kesampaian seperti bulan2 sebelumnya. Tetapi apabila simpton2 lain mula melanda, keyakinan mula kuat tetapi still tak berani berharap lebih.
Perancangan untuk melakukan ujian telah dicadangkan sejak minggu lepas lagi namun disebabkan sering kealpaan untuk singgah ke farmasi mahupun klinik untuk membeli alatannya, niat melakukan ujian tertangguh hinggalah malam tadi. Dan awal2 pagi tadi, ujian telah dilakukan.

Apa yang dijangka menepati ramalan. Kami bersyukur dengan apa yang berlaku... Anda tahu gambar apa itu?. kalau tak tau, sila google yeh.. hehehe

Category: | 2 Comments

2 comments to “Pasti Jua Akhirnya...”

  1. Salam...
    Anur tahniah Akak tumpang gembira. Akakpun baru saja mendapat khabar negatif dari alat tersebut. Sedih juga tapi tak apa,sabar. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

  1. ummi amani...
    terima kasih. Takpe, mungkin lain kali rezeki ummi pula. Jgn bersedih ya, ada hikmahnya tu. Mungkin dalam tahun depan akan tercapai impiam ummi sekeluarga. InsyaAllah

Popular Posts