Sabtu & Ahad, hari untuk berehat dan bersantai di setiap minggu. Kadang kala aku sendiri memohon offday untuk aktiviti di dapur.

Sabtu
Seawal jam 7.00am telah berkobar2 hasrat untuk berekrasi di Tmn Tasik Permaisuri. Kira2 jam 7.30am telah keluar dari rumah dengan lengkap berpakaian sukan. Walaupun hujan renyai2 di luar, namun hasrat tetap diteruskan kerana bersangka baik, di lokasi yang dituju, cuaca elok dan tiada hujan. Kusangka panas di subuh hari, namun hujan Tun Razak lalu terus bersarapan di Restoran Mak Siti. Kenyang bersarapan, tetap juga ingin menjenguk lokasi walaupun dalam gerimis tapi gerimis telah berhenti sebaik sahaja kami mematikan enjin Black Myvi. Si kecil dimasukkan ke dalam kereta tolak dan kami bergilir2 menyorongnya mengelilingi tasik. Cuba untuk mendidik si kecil berjalan menggunakan kasut namun amat sukar nampaknya si kecil menyesuaikan diri melangkah dengan kasut tersarung di kaki.

Jam 10.00pg bergerak menjauhi lokasi kerana ada temujanji di tempat lain. Usai berurusniaga, kami menjengah Carefour yang baru dibuka di Alam Damai. Sekadar menjamu mata sambil menguji tahap keutuhan tulang bersama wakil Anlene yang sedang membuat promosi. Puas berjalan, kami sampai juga di rumah pada waktu jam menunjukkan angka 12 untuk jarum pendek dan angka 4 untuk jarum panjang.

Berlepak2 sahaja tapi dalam pada itu, aku membelek ebook "Emas2 Yang Hilang" dan hubby meneliti senarai ejen melalui internet dan membuat temujanji untuk hari itu juga. Jam 3.00pm, ejen yang dicari selamat tiba di rumah bersama 3org anak2nya. Perbincangan berlangsung kira2 sejam setengah. Selepas berpuas hati, perjumpaan seterusnya dirancang pada hari Isnin or Selasa untuk urusniaga selanjutnya.

Lewat petang baru pergi ke dapur mencari atau membuat sesuatu untuk mengisi kelongsong perut. Malam menjelma, perancangan untuk berehat dan bersantai di rumah. Tapi selepas penyemakan di laman web Touch & Go, didapati jumlah penggunaan sehingga 29oct09 adalah 77kali dan hanya perlu genapkan 3kali lagi untuk dapatkan rebate 20% daripada T&G. Huh, apa lagi, usai Isyak, hubby bersiap untuk berjalan saje2 ulang alik melalui tol batu 9 dan batu 11 untuk melepasi angka 80kali penggunaan T&G untuk sepanjang Oktober 2009 bagi melayakkan rebate 20% yang bernilai anggaran tol dari KL ke Johor.

Ahad
Selepas bersarapan, agenda seterusnya adalah pergi melawat rakan di Gombak yang baru mendapat cahaya mata sulung pada 30Okt09 yang lalu. Tapi, perjanjian untuk pergi di awal pagi bersama rakan dan isterinya terpaksa dibatalkan kerana rakan itu terpaksa menguruskan perniagannya di awal pagi menyebabkan lawatan ke Gombak ditunda petang. Dan kami pula yang sepatutnya mempunyai temujanji lain di petang itu terpaksa mengawalkan temujanji tersebut ke sesi pagi. Terus bersiap selepas temujanji sesi pagi dipersetujui bersama. Kira2 jam 11.00pg kami menuju ke lokasi atas jemputan mendengar penerangan untuk anggaran 1 jam. Selepas sampai di lokasi yang ditetapkan iaitu Palace Of Golden Horses, penerangan dan sesi temubual yang sepatutnya hanya berlangsung kira2 1 jam telah terpanjang tempohnya sehingga jam 3.30pm. Ini mungkin disebabkan banyaknya soalan2 yang kami utarakan dan individu tersebut terpaksa menerangkan selengkap dan sejelasnya setiap satu perkara berkenaan keistimewaan, insentif dan keuntungan bersama. Persetujuan diperolehi juga akhirnya untuk 1 tawaran istimewa yang diberikan kepada kami iaitu menjadi member Gold kepada Palace Vacation Club . Reward yang diberi serta keuntungan atau faedah yang diperolehi di sebalik membership ini yang menjadi punca persetujuan kami. Mungkin ini adalah salah satu peluang untuk menambah jumlah kewangan daripada bidang property.

Hampir asar, baru kami tiba di rumah semula. Dan selepas Asar, kami bergerak bersama pasangan suami isteri yang bakal mendapat zuriat sulung bulan depan untuk melawat seorang rakan yang lebih awal mendapatkan zuriat sulungnya. Sempat singgah drop by di Tesco Kajang untuk urusniaga hubby bersama pelanggannya dan singgah pula ke Tesco Ampang untuk membeli hadiah buat si kecil yang baru melihat dunia Allah ini. Jam 6.30pm sampai di Gombak. Tarpancar sinar kebahagiaan dari wajah pasangan baru ibu dan ayah bersama bayinya. Pertukaran sesi pengalaman ibu dan ayah semasa di saat2 genting sebelum bayi dilahirkan dan kata2 semangat serta tips2 untuk bakal ibu dan ayah berlangsung dengan rancak. Kerana kekangan masa, jam 8.00mlm kami terpaksa bergerak meneruskan agenda masing2.

Pasangan suami isteri meneruskan agenda untuk membeli barang2 keperluan bakal anak mereka sementara kami meneruskan perjalanan ke rumah rakan hubby di area Gombak juga. Tapi sebelum itu, perut yang kosong minta di isi. Menu ayam dara yang dipromotkan hubby sebaik sahaja nampak gerai bersignbord Nasi Ayam Dara menarik seleraku. 3gerai dituju untuk mendapatkan menu pilihan namun setelah gerai ke 3 yang juga merupakan gerai terakhir, barulah hajatku tercapai. Wah, besar sungguh ayam goreng yang diberi. 2 hidangan dipesan, tapi hanya seketul ayam yang habis dimakan. Seketul lagi dah tak muat untuk dimasukkan ke dalam perut menyebabkan ayam tersebut menjadi menu nasi goreng ayam kami untuk sarapan pada hari ini. Sape yang pergi ke Gombak, boleh cuba menu Ayam Dara ye..:)

Perjalanan diteruskan selepas selera habis dijamu. Kedatangan kami disambut baik oleh suami isteri dan anak mereka yang berumur 2 minggu lebih muda dari Zafran. Si ibu berborak bersama ibu, ayah bersama ayah dan sikecil juga bermain bersama mereka dengan diawasi oleh para ibu. Lawatan yang dijangka berakhir dalam 30-60 minit rupanya terlajak hingga melebihi 1 jam. Hampir jam 11.30mlm baru para bapa menyedari hari sudah terlalu lewat walhal para ibu sudah beberapa kali menguap dan anak2 kecil telah pun terlena dan ingin terlena. Kami sampai di rumah kira2 jam 12mlm.

Hujung minggu yang padat aktivitinya sehingga niat untuk hubby mengulangkaji pelajaran telah menjadi sesi mempelajari ilmu2 baru. Masuk rumah, kunci pintu dan mangga, masuk bilik on kan kipas dan off lampu semua serta terus beradu.

Category: | 1 Comment

1 comments to “Aktiviti Hujung Minggu”

  1. Salam...
    Nak tanya.. sejak jadi ahli Palace Vacation Club, adakah berbaloi?

    - saya dalam cooling period, tgh timbal balik sama ada nak terus atau cancel.

Popular Posts