Tiba-tiba aku teringat sebuah lagu yang dihasilkan oleh aku dan sahabatku, Ida di waktu zaman persekolahan, kira-kira 15 tahun dahulu. Masa itu, akan diadakan pertandingan atau persembahan sempena hari guru atau sesuatu majlis di sekolah agama. Aku tak ingat majlis apa, mungkin sempena hari guru agaknya.


Sempena persembahan itu, aku dan Ida saja2 mencuba untuk menulis lirik sambil bernyanyi2 kecil mengikut melodi kami sendiri. Walaupun dengan hanya cuba2, tapi terhasil juga sebuah lagu yang rasanya hanya kami yang ingat irama dan melodinya. Seperti biasa, Ida tetap menjadi solo sebab kelunakan suaranya dan aku serta yang lain menjadi pengiringnya bernasyid. Lagu ini pernah dicopy paste oleh seorang junior yang mengaku ia adalah lagunya sendiri, walhal sebelum itu junior itu adalah salah seorang pengiring juga seperti aku. Mujur aku tak sempat saman junior itu kerana mungkin dia terdengar desas desus kami nak berhadapan dengannya lalu terus dia mengaku yang dia hanya mengcopy paste lagu kami.

Agar aku tidak lupa lagi selepas ini, aku taipkan semula lirik lagu tersebut. Tajuknya aku dah lupa, hanya baik2 lirik dan melodinya yang masih aku ingat sehingga kini.

Kala malam ku bersendirian
Memikir qada qadar Izali
Menentu alam berpenghuni
Walaupun dunia fana sekali

Walau ku tahu dunia ini seksa
Namun ku tahu Allah itu ada
Ku terus beridbadah kepadaNYa
Walauku hanya hamba yang hina....

c/0
Ibadahku setulus hatiku
Sejernih air sekurun lautan
semerdu alunan serunai rimba
Walaupun ada rintangannya
Walauku hanya hamba yang hina
Berhijrah ke alam remaja
Diriku kelam tanpa suria
Ingin berpaut dahan yang kukuh...

Di jari penaku menari-nari
Ku coret sebuah memori sepi
Kujulang-julang tanpa satu erti
Tanpa kasih dan disayangi..

Kini ku telah sedar kembali
Banyak waktu yang perlu kuhabisi
Dengan memuja dan memuji
Nama tuhanku Ya Ilahi...
Allah Maha Besar, Allah Maha Suci, Allah Mengetahui.. Allahu Rabbi

Ida, kaulah sahabatku sewaktu susah dan senang dari dulu hingga kini...

Category: | 0 Comments

0 comments to “Lirik & Lagu Pertama”

Popular Posts