Sunyi, sayu, sedih bila sekali lagi terpaksa berjauhan dengan suami. Memang tiada yang memaksa, aku sendiri yang sukarela tapi bila waktu dah semakin hampir,
semakin rasa sayu dan hiba di hati untuk berjauhan dengannya. Mungkin dia tidak rasa seperti apa yang aku rasa kerana dia sibuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Pemergian mak & abah sebagai tetamu di rumah Allah pada tahun ini memang diharap2kan sejak sekian lama dulu. Kami sekeluarga bersyukur kerana akhirnya mereka diberi juga kesempatan untuk menunaikan haji sebelum mereka dijemput Allah selama-lamanya.
Aku sayu dan hiba kerana akan merindui mak dan abah dan bertambah lagi sayu dan hiba kerana tidak dapat bersama suami menemaninya atau berkongsi segala suka duka bersamanya, melihat apa yang dilakukannya saban waktu kerana aku akan pulang ke kampung menemani kakakku dan anak2nya. Lebih tepat lagi menemankan anak2nya sewaktu Kak Ya bekerja sementelah abang ipar juga terpaksa mencari rezeki jauh di JB.
Aku akan merindui suamiku...
Bila abang rindukan ala dan anak2... abang tahu di mana nak jumpa kami kan.

Category: | 0 Comments

0 comments to “Rindu & Sayu Menjadi 1”

Popular Posts