Semalam, seharian aku bersedih. Mulanya aku rasa gembira, gembira kerana sangkaan untuk bersama mereka akan dapat dirasai semula setelah sekian lama terpisah kerana sibuk dengan komitmen masing2. Tiba2 menjelangnya Bulan Mei ini, tercetus idea untuk berjumpa dan bercuti bersama2 sambil meraikan event2 yang dulunya sering dibuat bersama2. Ketika zaman belajar dahulu, bulan Mei adalah antara bulan yang ditunggu2 kerana lazimnya pada bulan inilah kami semua akan membuat majlis kecil2an untuk kami bersama.

Majlis utama adalah majlis ulangtahun kelahiran untuk kami. Seramai 9 orang sahabat yang kami gelar kroni, 4 orang daripadanya menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Mei. Even aku sendiri yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan has, hanya dibezakan dengan waktu kelahiran.
Aku ingat lagi antara memori kami ketika menyambut ulangtahun kelahiran kami bersama2...
1. Keluar beramai2 dan menyambutnya di salah sebuah restoran di JB
2. Memasak di rumah sewa keluarga Iza dan makan ramai2
3. Buat bbq di waktu malam di belakang S25
4. Masak simple dan makan ramai2 di dalam sebuah bilik yang agak besar di tingkat 3 S19

Memandangkan sebelum ini, mereka turut bercadang untuk bercuti ke Genting sebelum berlangsungnya perkahwinan seorang lagi kroni pada bulan Jun ini, namun awal2 aku terpaksa menolak memandangkan keadaan aku yang kurang sesuai untuk ke tempat
sebegitu pada waktu begini. Justeru, mungkin sebagai mengurangkan rasa bersalah aku mencadangkan kepada mereka percutian ke Melaka
pada awal Mei ini. Aku dengan rela hati menguruskan penginapan, merancang xtvt dan jadual perjalanan memandangkan mereka semua sibuk dengan hal masing2.
Antara tujuan dan motif percutian ini...

Tujuan : Eratkan silaturrahim sambil menyambut hari istimewa anda...
Antara hari2 istimewa tersebut:-
1. Besday boy or girl utk bulan April, Mei serta sepanjang tahun
2. Selamat Hari Pekerja
3. Selamat Hari Ibu untuk para ibu dan bakal ibu
4. Selamat Hari Bujang sebelum anda dinikahkan
5. Ulangtahun perkahwinan pada yang telah berkahwin

Tarikh : 1-2Mei2010
Lokasi : Melaka

Antara xtvt :-
1. Pot Luck
2. Melawat tempat2 menarik di melaka
3. bbq

Budget : Bawah RM300 seorang
Boleh bawa teman

Pertama kali menyambut Hari Pekerja kerana pada tahun inilah kesemua kroni telah berjaya mendapat kerjaya masing2 berbanding tahun2 sebelumnya, masih ada 2,3 orang yang menyambung pelajaran dalam bidang masing2.

Pada tahun ini juga, InsyaAllah 2 orang lagi kroni bakal mendapat anak sulung mereka pada bulan Julai ini sementara Nora telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Mac lalu dan aku pula pendahulu liga setakat ini dengan bakal memasuki anak kedua Jun@Julai ini. Peristiwa bersejarah bagi para ibu dan bakal2 ibu.

4 orang masih lagi menyambut hari bujang dan seorang bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya pada Jun ini.

Juga ulangtahun perkahwinan kedua bagi salah seorang kroni yang telah berkahwin pada bulan April manakala aku dan suami di penghujung Mei.

Dengan pelbagai event yang kebetulan jatuhnya banyak pada bulan Mei, aku teruja untuk melaksanakan percutian ini pada minggu hadapan yang jatuhnya pada awal Mei.

Sehinggalah semalam, aku mendapat keputusan negatif dari semua kroni dengan alasan masing2. Nampaknya impian aku untuk bersama2 mereka pada Mei kali ini tidak kesampaian. Kenangan2 sewaktu bercuti dan bersama2 mereka di zaman belajar dulu hilang berkecai buat seketika dari minda.

Aku tak tahu kenapa aku rasa sayu dan sedih sekali. Bilik yang telah dibooking untuk mereka nampaknya terpaksa dibatalkan. Mujur juga pembayaran deposit belum lagi dibuat. Beginikah rasanya dikecewakan atau aku yang terlalu mengharapkan kehadiran mereka bagi mengembalikan nostalgia silam. Ada yang telah bertahun2 tidak berjumpa. Sesungguhnya aku rindu sekali ingin berjumpa dan berkumpul beramai2 dengan mereka semua...

Mungkin hanya berupaya berjumpa mereka di majlis perkahwinan salah seorang kroni pada Jun ini. Mungkin... Andai dizinkan Allah

Category: | 0 Comments

0 comments to “Rasa Sedih...”

Popular Posts