Tatkala aku dalam kesedihan, keluarga adalah penyeri atau pengubat paling utama. Walau aku tak dapat ungkapkan dengan kata2 apa yang melanda di jiwa, namun aku tahu mungkin mereka perasan cuma tidak bertanya lebih. Ketika hubby tiada di rumah, aku melahirkan kesedihan
dengan tangisan. Hanya anak2ku yang cuba menghiburkan hati dengan kaletahnya di depan mata dan gerakan2 dari dalam rahim ini.

Entah berapa kali air mataku gugur kelmarin, namun setelah itu, hatiku reda, sedihku kian hilang. Aku harus kuat dan tabah. Suami dan anak2 sentiasa di sisi. Percutian yang kuimpikan tetap diteruskan walau bukan dengan tujuan yang asal. Hubby mengajak sahabat baiknya untuk bersama2 kami bagi meramaikan percutian kali ini. Aku tak sabar menanti waktu tibanya.

Zafran kini semakin rapat denganku dan adiknya. Bila ku tanya pada Zafran, 'mana adik?', dia akan tunjuk perut dan belai2 perutku. Adakalanya Zafran akan cium perutku umpama dia mencium dan menyayangi adiknya. Saban hari kumaklumkan padanya..
'Adik Zafran ada dalam perut umi. Tak lama lagi keluarla. Nanti zafran boleh main2 dengan adik ya..'
Zafran kelihatan riang sekali. Dibelai2 kembali perutku dan dicium2 berulang2kali. Adiknya di dalam pula memberi tindakbalas pada setiap perlakuan abangnya. Adiknya akan bergerak2 memberi tindakbalas. Pergerakan boleh dilihat dengan jelas kerana lapisan perutku turut
bergerak setiap kali si kecil di dalam bergerak. Perasaan ini, hanya para ibu yang dapat rasainya.
Walau kadang kala si ayah turut sama menyertai si abang memegang dan membelai si kecil di dalam, namun ianya hanya luaran. Ayah hanya dapat rasai tindakbalas dan gerakan luaran yang dilakukan oleh si kecil di dalam namun si ibu merasai lebih dari itu. Kasih sayang dan interaksi dalaman hanya ibu yang merasainya. Anak di dalam turut sama merasai apa yang dialami oleh si ibu samaada ketika tekanan, sedih, gembira dan lain2.

Malam tadi Zafran acapkali mengigau dan menangis dalam tidurnya. Beberapa kali hubby cuba menepuk2 untuk menidurkannya kembali namun Zafran tetap menangis dalam tidurnya. Jelingan bermaksud dari hubby beberapa kali sengaja tidak kuendahkan hinggalah akhirnya aku datang juga mendekati zafran.
'Tidur nak, umi kat sini...'
Sebaik sahaja aku bersuara, zafran terus senyap walaupun matanya tetap tidak dibuka.
"Hai, dengar suara je terus diam balik?", sahut si ayah.
Aku sekadar mengangkat kening dan tersenyum sumbing. Memang dah sampai masa untuk Zafran menyusu waktu itu. Walau dia terdiam dan lena sekejap, namun dia akan bangun kembali tidak lama kemudian untuk menyusu. Mungkin naluri ibu lebih kuat dari si ayah.

Ada seorang sahabat pernah bertanya kepadaku,
'Adakah aku tidak teringin kembali bekerja seperti dahulu?'.
Jawapan aku cukup mudah.
'Belum lagi buat masa ini. Aku gembira dengan kehidupanku kini. Aku dapat melihat anak2ku membesar di depan mata. Aku dapat menguruskan rumah dengan sekadarnya
walaupun tidak selengkap dan semahir para surirumah yang lain. Aku sangat suka dengan kerjayaku ini'.

InsyaAllah rezeki itu pasti ada. Mungkin tidak banyak yang aku dapat sumbangkan kepada suami dan keluargaku namun Alhamdulillah pendapatan kami masih cukup.
Allah permudahkan rezeki kami melalui suamiku.
Pernah suamiku berkata...
"Mungkin kita tak seperti orang lain yang ada rumah besar, kereta besar tapi kita tak tahu mungkin setiap hujung atau awal bulan mereka stress nak bayar hutang macam2. Kita ni walaupun macam ni, tapi Alhamdulillah belum lagi ada masalah kewangan setakat ini. Kalau tiba2 nak guna duit, duit ada. Kalau ada keluarga nak pinjam atau nak guna, kita takde masalah nak bagi atau bantu mereka"

Itulah suamiku, tetap bersederhana seperti mana aku kenalnya suatu tika dulu. Kadang2 aku mengusik,
"Hai tokey ni, duit berkepuk dalam purse, tapi belanja makan kat sekolah tu sama juga macam dulu. Kalau makan kat luar tu, sama juga menu yang dipesannya. Nasi goreng biasa dengan air suam atau teh o suam".
Sahut suamiku,
"A'ah, makan kat sekolah tu RM1 je selalunya. Dah biasa lah..heheh".
Kadang2 dia menjawab
"Apelah sangat bestnya makan kat luar ni, biasa je, banyak ajinomoto lagi adalah"

Dulu2, ketika kami masih bekerja di bawah 1 bumbung dan bercadang untuk berkongsi membeli kereta, kami pernah ikat perut dengan makan nasi lemak hari2. Kekasihku (@ hubby kerana waktu tu kami belum bernikah) akan membeli 4 bungkus nasi lemak setiap pagi untuk kami berdua. Sebungkus dimakan waktu sarapan dan sebungkus lagi untuk makan tengah hari. Hinggakan kami pernah ditegur dengan bos kerana makan nasi lemak hari2. hehehe kami berdua hanya tersengih..

Pernah juga dalam 1 ketika target sale kami tidak seimbang. Dengan gaji asas yang hanya dalam RM700 lebih, ditolak dengan epf, hanya sedikit yang tinggal. Kami bergantung kepada komisen sale semata2 untuk menambah pendapatan dan mencapai target membeli sebuah kereta. Sasaran jualan per individu dalam RM20-RM30ribu rasanya. Alhamdulillah bulan tersebut
aku berjaya melepasi sasaran jualan namun hubby gagal mencapainya. Andai tidak tercapai, maka hanya gaji asaslah yang diperolehi walaupun nilai sasaran yang gagal dicapai hanya kurang dari RM10ribu.

Lalu hubby berkomplot dengan bahagian akaun agar memasukkan kesemua jualan yang telah diperolehinya ke dalam jumlah jualan aku. Kerana pada pendapatnya, kalau dia tak bagi jualannya pada aku, dia tetap gagal mencapai sasaran jualan pada bulan tersebut dan tetap akan dimarahi oleh pihak atasan. Sekurang2nya apabila jumlah jualan aku bertambah, ia akan meningkatkan kadar komisen yang aku dapat.

Dan of kos lah aku dan hubby akan sama2 berkongsi hasil komisen tersebut walaupun dalam slip gaji hanya aku yang peroleh komisen berganda. Tak silap aku, aku perolehi komisen dalam RM4ribu lebih pada bulan tersebut dan secara tak langsung menjadikan aku top achiver jabatan jualan. Dan ia secara tak langsung juga mencantikkan slip gaji dan akaun bank aku bagi membolehkan kami membeli sebuah kereta Mayvi hitam yang sehingga kini masih lagi berbakti kepada kami. Mujur kami bertemu jodoh dan hidup bahagia hingga kini.

Namun konflik juga pernah berlaku menjelang raya bagi membuat keputusan siapakan di antara kami yang akan membawa balik kereta Myvi tersebut. Disebabkan kereta itu di bawah nama aku dan hubby sebagai penjamin, maka hubby mengalah dengan mencari kereta lain untuk dibawa balik beraya ke kampung pada tahun tersebut. Aku pula membantu hubby mencantikkan akaun dan bekerjasama dengan bahagian akaun untuk mencantikkan slip gaji. Big bos dan bahagian akaun memang memberi sokongan penuh kepada stafnya yang ingin membeli kenderaan sendiri. Surat sokongan diberikan oleh pihak syarikat manakala slip gaji kami edit sendiri dengan kebenaran pihak atasan. Waktu itu, Viva baru memasuki pasaran. Kami bercadang untuk membeli Viva namun malangnya setelah loan diluluskan, Viva pula kehabisan stok dan terpaksa menunggu hingga lepas raya. Dukacita sungguh dibuatnya, keputusan lain terpaksa diambil. Kami terpaksa memilih kancil kerana itu je stok yang ada menjelang raya. Dan raya pada tahun 2007 tersebut, aku balik ke Johor dengan menaiki Myvi Hitam manakala hubby balik ke Terengganu dengan Kancil Silver.

Sehinggalah awal 2008, pada bulan Februari, kami mengambil keputusan untuk bertunang dan 3 bulan selepas itu terus berumahtangga iaitu tanggal 31 Mei 2008. Raya tahun tersebut tidak lagi bergaduh nak balik kampung guna kereta apa tetapi mengundi untuk balik beraya di kampung siapa dahulu....

Category: | 0 Comments

0 comments to “Keluarga Pengubat Duka”

Popular Posts