Ape topik aku nak mulakan ni...
1. Cuaca dan suhu yang semakin panas
2. Perkembangan anak sulung dan bakal anak kedua

Akhir2 ini, suhu dunia semakin meningkat terutamanya di Malaysia. Aku kata Malaysia kerana kepanasan ini bukan aku sahaja yang rasai tetapi keluarga aku di kampung pun turut merasainya. Kalau rumah di kampung yang masih banyak pokok2 hijau pun dah panas patah lagi kami sekeluarga di Shah Alam yang duduk di hutan batu ni. Fuhhh...panas.
Kipas di on kan ke tahap maksima hampir 24jam sehari bagi mengurangkan tahap kepanasan namun tidak banyak membantu sangat. Air di pili pun panas dan tidak sesejuk air kolam mahupun perigi walaupun jam menunjukkan angka 3am-7am.

Aku dan suami masih boleh bertahan namun anak sulungku nampak gaya cuba juga untuk bertahan walaupun badannya semakin banyak ditumbuhi ruam kerana berpeluh dan kepanasan. Kesian aku tengok Zafran. Nak lumur ubat ruam di tangan dan kaki tapi kena tunggu waktu tidur sahaja untuk mengelakkan ubat beracun itu masuk ke mulutnya. Malam ini, si kecil tidur tanpa berbaju seperti selalu bagi mengurangkan tahap kepanasan dan perpeluhan pada anggota badannya.

Sana sini ramai mengeluh kerana suhu yang semakin meningkat tapi mungkin ramai tidak mengambil iktibar atas peringatan yang diberi olehNya.
Cuba masing2 renungkan apakah yang telah kita sumbangkan dan lakukan sehingga suhu dunia semakin meningkat seperti ini dan apakah inisiatif atau pengajaran yang sepatutnya diambil daripada situasi kini... Ketuk minda, tanya iman..

Ahmad Zafran kini sudah berumur 1 tahun 2 bulan. Sudah semakin memahami apa yang diperkatakan atau diperintahkan oleh umi dan ayah. Juga semakin hari semakin matang untuk menguruskan perkara2 mudah berkenaan dirinya dan kadangkala tingkahlaku tanpa sedarnya menyindir aku.huhu..
Antara rutin yang semakin mahir Zafran lakukan:-
1. Nak minum : ambil cawan untuk air kosong dan ambil botol susu untuk minum susu
2. Nak makan : ambil segala bekas makanan yang dia nak, cth nk biskut ambil tin biskut, nak koko crunch ambil bekas isi kokocrunch, nak nasi ambil pinggan atau mangkuk
3. Nak mandi : pegang baju, letak baju kotor di tempatnya, masuk bilik air terus
4. Lepas mandi : ambil bedak, ambil pampers dan baju bersih
5. Nak keluar jalan : amik stokin dan kasut
6. Nampak umi atau ayah bersiap, terus tunggu kat pintu nak ikut
7. Kalau aku bagitau nak solat, dia terus tunjukkan telekung aku
8. Kadang2 lepas aku solat, dia tolong nak ambilkan Al-Quran atas rak untuk dibaca
9. Pantang nampak kucing dan cicak, pasti nak dikejar dan dibuat main kalau dapat tangkap
10. Mulut dah semakin galak bercerita tapi aku sendiri tak faham apa yang si kecil beria nak cerita. Yang aku faham, dia sebut "ah..ah..ish..ahh.." kadang2 nak tergelak tengok dia asyik bercerita sambil buat aksi yang aku tak faham isi ceritanya
11. Asik nak berjoget dan bergoyang lagi2 kalau dengar muzik
12.Dah mula melompat dan memanjat. Makin laju panjat tangga lagi2 kalau ade orang nak halang dia. hari ini, belajar panjat kerusi kat meja ni semata2 nak main laptop. Sofa dah jadi bahan lompatan dia lagi2 kalau ade tilam kat tepi sofa
13. Suka tutup pintu terutamanya pintu nak keluar rumah. (2x pintu terkunci dengan dia di dalam dan aku di luar sedang jemur baju)
14. Aku rasa kini Zafran agak manja maybe kerana tak lama lagi nak dapat adik. Bila cium umi dan ayah, akan cium beria dan peluk kuat2 dan cium lama2. Suka duduk di riba dan peluk kami berdua dengar erat bila2 masa dia suka
15. Sudah mula pandai bersalam dan cium tangan kepada sesiapa sahaja dan amat gemar mencium dan bermain dengan baby2

Rasanya banyak lagi perkembangan positif yang terdapat pada dirinya. Permainan yang dimiliki juga kebanyakannya untuk kanak2 yang lebih dewasa darinya kerana dia suka mengekplore. Kadang2 akan menyimpan semula permainan bila diminta dan kadang2 buat boolayan je..

Tentang bakal adiknya pula, kami telah menyediakan nama untuknya. Usia kandungan rasanya kini 28 minggu. Baby di dalam rahim semakin aktif bergerak tak kira masa. Waktu malam, sukar untuk aku lelapkan mata jika baby bergerak sangat aktif. Aku juga kini mudah mengah maybe kerana perut dah semakin membesar. Aku dah kurang rajin pergi ke shopping komplek lama2 kerana aku tak boleh berdiri lama sangat nanti rasa nak pitam.

Zafran kupaksa mengalah untuk kurang menyusu badan kerana dada semakin sensitif dan sakit, akibatnya zafran akan mengamuk dan menjerit kuat2 kerana tidak puas hati tak dapat menyusu badan. Persediaan untuk bakal anak kedua tidak banyak dilakukan kerana keperluan daripada kepunyaan Zafran dulu masih elok dan boleh digunakan semula. Mood aku memang kadangkala tidak menentu kerana aku mudah letih lagi2 tatkala baby terlalu aktif di dalam manakala zafran pula terlalu aktif rutin hidupnya. Bila aku keletihan, pasti ada yang jadi mangsa lagi2 bila kesabaran menipis.
huhuhu...

Aku tak sabar menanti kehadiran cahaya mata kedua agar Zafran cepat mempunyai teman bermain, namun aku tidak pasti samada aku telah bersiap sedia mental dan fizikal mendepani hari2 mendatang.

Alhamdulillah, seperti tahun kelahiran Zafran juga, nampak gayanya tahun ini, emak dan abah turut bakal mendapat 3 orang cucu sekaligus dalam tempoh 2 bulan. Aku dijangka melahirkan anak kedua pada awal bulan Julai, abang ke4 aku juga dijangka bakal mendapat cahaya mata kedua pada pertengahan atau hujung bulan Julai manakala kakak ketiga aku juga bakal mendapat zuriat kedua pada awal bulan Ogos. Syukur, InsyaAllah emak dan abah akan mendapat cucu hingga ke 26 dalam tahun ini.

Kalau tahun lepas, Kak Nah (kakak no 3) lahirkan Kayra pada penghujung bulan Januari dan Zafran lahir pada pertengahan Februari, tapi tahun ini, adik zafran akan lahir dulu sebelum adik Kayra. hehehe...

Keluarga semakin besar. Seperti kata adik tadi, "tengok bakala...baka jawa ni kebanyakannya anak ramai2"..
Rezeki. Yang penting, anak sebagai amanah dari Allah untuk kita didik dan asuh menurut lunas2 Islam.

0 comments to “Cuaca & Anak-Anak”

Popular Posts