Suatu pagi, seorang ibu bangkit dari tidurnya. Badan terasa seram sejuk. Tekak rasa loya seperti ingin memuntahkan sesuatu. Kepala berdenyut2 pening.

"Kenapa aku rasa macam ni," ujarnya di dalam hati.
Beberapa hari ibu itu mengalami keadaan sebegitu. Rasa pelik mengganggu jiwanya kerana perasaan dan keadaan begini pernah dilaluinya kira2 20-40 tahun yang lalu.
"Adakah aku bakal mendapat seorang lagi ....?", soalnya kepada diri sendiri.
Apa yang dilalui tidak diceritakan kepada suami mahupun anak perempuan yang duduk bersamanya di rumah itu. Suami mahupun anak perempuannya hanya menyangka ibunya kurang sihat memandangkan usia sudah melebihi setengah abad.
"Anak aku yang mana melalui pengalaman seperti yang aku lalui sekarang ini?", desis hatinya.

Di antara 9 orang anak dan menantu, firasatnya kuat mengatakan anak yang no 8 melalui pengalaman seperti apa yang dirasainya kini. Perkara itu didiamkan sehinggalah beberapa hari kemudian anak no 8 menghubungi ibu ini di kampung dan memaklumkan perkara tersebut.

Si ibu hanya tersenyum di dalam telefon kerana jangkaannya tepat. Sehinggalah anak no 8 tersebut pulang ke kampung pada penghujung tahun 2009 yang lalu, baru si ibu mengkhabarkan kepada si anak apakah yang terjadi kepadanya beberapa hari sebelum si anak menghubunginya memaklumkan kehadiran bakal orang baru dalam keluargannya 7 bulan akan datang.

Category: | 0 Comments

Hampir di penghujung Januari 2010. Baru semalam talian internet berjaya disambungkan ke rumah. Rumah sewa ini diperolehi hasil bantuan salah seorang guru di sekolah hubby yang juga merupakan jiran di sini. Sangat dekat dengan sekolah, kira2 tak sampai 500m jaraknya. Petang sabtu 2Jan01 yang lalu, hubby sampai ke rumah dengan agak dukacita kerana belum mempunyai rumah untuk disewa. Kami bertawakkal untuk menunggu seminggu lagi dan hubby terpaksa menempuhi perjalanan yang agak jauh sekurang2nya 1 jam dari kajang menuju ke shah alam. Namun, mungkin dikatakan rezeki, pada magrib itu, salah seorang guru sekolah hubby menghubungi berkenaan sebuah rumah untuk disewa. Perlu cepat kerana terdapat 2 pesaing lain yang turut ingin menyewa. Malam itu juga kami bertolak selepas maghrib menuju ke Shah Alam. Tengok rumah, bayar deposit kepada penjaga rumah tersebut. Suami guru yang baik hati itu turut menghubungi rakannya bagi proses pengangkutan barang dari kajang ke shah alam pada keesokannya. Sampai rumah kira2 jam 12 tengah malam, berkemas ala kadar kerana mata sudah memberat.

Esok pagi2, usai subuh, terus sambung mengemas. Keluar pagi2 menuju Shah Alam untuk membasuh rumah. Jam 2.00ptg kembali semula ke Kajang menyambung tugasan mempacking barang. Kira2 jam 5.00ptg lori sampai untuk mengangkut. Kami meminta bantuan sahabat hubby, riey untuk mengangkut dan mengemas barang dari tingkat 3 ke bawah. Fuhh... letih dan lesu usah dicerita. Lori kembali ke Shah Alam kira2 jam 6ptg dan kami pula bertolak ke Shah Alam meninggalkan kajang yang penuh kenangan kira2 jam 7.00mlm. Sampai di Shah Alam hampir jam 8.30mlm. Makan malam dan terus berehat.

Ahad lepas, aku menjemput beberapa kroni sekitar KL selangor berjumpa di rumah. Tapi pagi itu, sewaktu subuh aku mengalami pendarahan yang agak banyak. Kerisauan bermaharajalela dalam diri. Aku risau seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Aku sebak tatkala memandang anak sulungku andai hasratnya untuk mempunyai teman tidak kesampaian dalam jangka masa terdekat ini. Adakah ini petanda kemarahan anak di dalam kandunganku terhadap sikap kasarku pada hubby malam tadi atau adakah kerana tahap tekananku memuncak dan emosi yang tidak stabil malam tadi memberi kesan kepada kandungan. Hubby juga tampak risau. Jam 8.00pg kami sudah keluar rumah mencari hospital atau poliklinik berkaitan maternity. Terdekat, KPJ namun adalah pilihan terakhir seandainya tiada hospital lain yang dibuka. Banyak klinik2 tutup walau diluar ditampal 'buka 24jam'. Daripada seksyen 25 melalui seksyen 20 hingga ke seksyen 7 masih belum dijumpai apa yang dicari sehinggalah tiba ke DEMC di seksyen 9. Alamak, doktor bertugas lelaki la pulak, tapi itu pilihan yang ada, jumpa je lah. Alhamdulillah, selepas di scan, baby masih lagi aktif dan jantung berdenyut lancar. Ubat penguat rahim diberi seandainya pendarahan masih lagi berlaku.
Hasrat untuk menjamu kroni2 yang datang tetap diteruskan namun agenda diubah sedikit. Aku memohon mereka mambantuku di dapur setelah aku maklumkan keadaan diriku pagi ini. Mereka faham dan bertolak awal dari cheras menuju ke rumah.
Menu ringkas kami sediakan sama2. Terima kasih di atas sumbangan kreativiti Iza, Fatihah dan Zila (walau zila lebih prefer bab membasuh pinggan mangkuk dari menyediakan juadah). Dengan masak lemak labu, sambal udang, ikan bawal tiga rasa dan air longan. Zura dan suami tiba tatkala juadah hampir siap. Kami menjamu selera bersama sambil berborak panjang selepas lama tidak bersua. Sesudah Zuhor, kira2 jam 3.00ptg kami semua bertolak ke Taman Bukit Cerakah, Shah Alam. Teringin hati nak melihat kawasan ini walau nasihat doktor masih terngiang2 di minda. "Jangan banyak bergerak dan berjalan, banyakkan rehat, rileks, jangan mudah tertekan". Bila bersama sahabat2, keinginan dan azam mengatasi nasihat di minda. Hanya ada 1jam lagi sebelum taman ini ditutup pada jam 4.30ptg. Pemandangan banyak dilihat dari dalam bus shuttle sehaja (bus takde tingkap dan dinding). Hanya berhenti di 1 stesen sahaja iaitu stesen 4musim. Masuk ke rumah 4 musim tanpa mengetahui adakah ketika itu musim bunga, salji, luruh atau musim panas. Hahaha, musim salji telah menjelma. Kami masuk tanpa berbekalkan sweater terutamanya si Zafran. Hubby memaut Zafran erat bagi mengurangkan kesejukan. Ruginya, tiada sesiapa yang membawa kamera, hanya berbekalkan kamera handset sahaja.

Keluar dari taman cerakah, kroni dari cheras kembali ke KL atas agenda lain sementara aku sekeluarga melawat rumah Zura pula. Dari Shah Alam ke Puncak Alam mengambil masa 1 jam. Aku sangkakan Puncak Alam ni dekat rupa2nya mmg di Puncak, dah keluar dari shah alam dan masuh area Kuala Selangor. Fuh...kuss semangat. Berehat di rumah Zura. Untuk pertama kalinya selepas 3 bulan, Zura memasak kembali selepas rasa muallnya terhadap masakan telah berkurangan. Tahniah buat Zura yang bakal menimang cahaya mata sulung yang dijangka akan lahir tidak lama selepas adik Zafran lahir. InsyaAllah.

Alhamdulillah, hingga kini aku masih lagi sihat dan tiada lagi pendarahan yang berlaku. Aku cuba menjaga kandungan keduaku ini lebih baik samada dari segi fizikal mahupun emosi. Aku tak rela berlaku perkara yang tidak diingini dan kami sangat berharapkan kehadiran zuriat kedua sebagai teman kepada si abang yang sering kesunyian bermain sendirian. Semoga semuanya selamat. InsyaAllah...amin

Category: | 0 Comments

ari ini sudah 2januari 2009. Lebih sebulan aku tidak mengupdet entry, hanya sekadar melawat blog teman2 sebagai pembaca senyap. Banyak perkara berlaku sepanjang 1 bulan setengah. Sejak cuti sekolah bermula, masa banyak dihabiskan di kampung. 3 kali aku balik ke Tganu, sekali ke Johor dan 3 kali ke KL semula sehinggalah kini. Keputusan penempatan sekolah hubby telah diketahui lewat penghujung bulan 12. Di daerah Shah Alam hubby ditempatkan untuk bertugas. Dan hari ini, hubby telah mula ke sekolah bagi sesi pendaftaran para pelajar. Kami masih di Kajang sambil mencari2 rumah untuk disewa sepanjang perkhidmatan hubby di sekolah itu. Masa agak suntuk untuk mencari rumah sewa memandangkan lusa sekolah sudah pun bermula. Untuk minggu ini, masa banyak dihabiskan dengan mensurvey melalui internet dan telefon rumah2 untuk disewa. Harini juga selepas sekolah, hubby survey lagi rumah2 yg sesuai untuk kami sekuage berteduh.

Tadi, ade baaaaanyak mende aku nak taip tp selepas zafran bangun dan minta perhatian, sekarang aku dah kering idea nak mencurah dalam entry ni.
Chow dulu...

Category: | 0 Comments

Popular Posts