sejak kembali dr bercuti..aku masih berada dlm mode malas. Byk mende aku rasa malas. Malas nk update blog, malas nk mengemas, malas nk memasak, malas nk lipat kain..huhuhu..ape nk jd dgn aku nih. Semoga ianya cpt berlalu..

Hari ni, aku menggodek2 facebook. just update keletah si kecil bermain air buat pertama kalinya di dalam air. Langsung tak nampak die ketawa sepanjang bermain air tuh. ceh...klu nk tgk..ini linknya..

Category: | 0 Comments

Dalam aku sdg bersemangat nk membaca buku ni, aku mencari2 buku apakah yg bakal menarik minatku untuk menyambung hobi lama yg telah sekian lama aku tinggalkan suatu tika dulu. Niat hati yg ingin ke kedai buku asyik terbantut gara2 kekangan yang sering hadir.

Lalu, jln terakhir aku pilih spt cadangan hubby... "beli aje online, takkan takde buku tu dijual online"Ya, betul juga cadangan hubby. selain menjimatkan masa,minyak kereta dan duit tol mahupun parking, lebih mudah aku cari dan beli online shj. Dalam aku mencari, aku terjumpa website ini dan kucari buku yg kumahukan. Dpd ingin membeli sebuah buku, aku tertarik utk membeli 3 buah buku. Namun malangnya 2 buah buku yang kehasrat telah kehabisan stok. Nak tak nak, kenela aku menanti stok baru tiba.

Ini pilihanku tika ini:
1. Catatan Hati Nik Nur Madihah - 20A SPM 2008 : out or stock
2. Bidadari Dari Timur : ready stok
3. Nota Jutawan Untuk Perniagaan : out of stock

Aku tertarik untuk membeli catatan Nur Madihah krn terpengaruh dgn ulasan yg diberikan oleh salah seoarng peserta MAS program tempohari berkenaan terpegun dan kagumnya dia dgn insan bernama Madihah tersebut kerana keperibadiannya dan akhlaknya. Sesuai utk bacaan umum seisi keluarga. Byk iktibar boleh diambil dpdnya.

Aku berminat untuk membeli buku Bidadari Dari Timur untuk mengetahui serba sedikit kisah isteri seorang ulamak dan pemimpin yg disegani ramai. Bagaimana kisah beliau sepanjang menjadi tulang belakang Tuan Guru tersebut. Mungkin byk yg boleh kujadikan iktibar serta penduan utk diriku menjadi isteri,ibu dan anak solehah kpd keluargaku.

Buku ketiga plak hasil tulisan Irfan Khairi. Buku terbaru tulisannya. Dh nama pun nota jutawan untuk perniagaan,pastinya ia mmg buku yg sewajibnya aku miliki dan aplikasikan apa yg dibacanya.

Tapi..bila nk ada stok tu. sampai sekarang lom ada lg. huhuhuu....

Category: | 0 Comments

Hari ini genap Ahmad Zafran berumur 5 bulan. Sejak minggu lepas, zafran sudah mula ingin merangkak. 2 hari kebelakangan ini, zafran susah nk tdo siang. xtvt hariannya adalah bermain dan mengeksplore. Asyik nk berdiri dan merangkak. Tatkala kedudukan selesa merangkak, tapi gagal untuk bergerak, menyebabkan bila kaki mula bergerak maka badan akan jatuh tertiarap, jelas sekali ketidakpuasan hati terpacul dari nada suaranya dan tindakbalasnya. yohooo...try again k. Si kecil dah taknak meniarap. Hanya ingin duduk, berdiri atau merangkak shj. Hmm... U can do it my son.. ^_^

Category: | 0 Comments

elepas perisikan, pemerhatian, penilaian dan pengambil kiraan hal2 berbangkit, maka keputusan utk program Gathering Panggilan Pulau Kroniz adalah spt berikut:

Tarikh : 18-20 Julai 09
Tempat : Pulau Tioman, Mersing
Penyertaan :-
1. Anur, Aizal & Zafran
2. Has & Rizal
3. Mama
4. Syam
5. Zila
6. Iza

Ketidak hadiran :-
1. Zura & Azizi = Zura exam praktikal
2. Ain & Azlan = ain sgt bz
3. Nora & Adam = aku kurang pasti kenapa, maybe mereka berdua ada tugasan lain kot

Perancangannya:

Bertolak kira2 jam 2pg dr KL menuju ke Mersing pada Jumaat mlm Sabtu dengan 2 buah kereta. Dijangka tiba ke Mersing dlm jam 7.00 pg dan Has siap sedia menanti di sana. Berhasrat menaiki feri pertama ke Pulau Tioman iaitu pd jam 7.30pg dan dijangka tiba ke pulau peranginan tersebut pada jam 9.30pg. Sementara menanti chek-in, xtvt santai dan pantai akan dilakukan. Berkemungkinan seramai 9 orang akan terlibat dalam gathering kroniz kali ini yang terdiri dpd 4dara pingitan dan 2 keluarga termasuk seorang kanak2 kecil iaitu anakku. Mereka semua dijangka stay untuk 3hari2mlm sehingga Isnin manakala aku kan bertolak pulang ke daratan pd Isnin ptg krn hubby perlu bertugas pd Isninnya. Kami merancang utk singgah sebentar ke rumah makcik hubby di Pagoh,Muar dan bermalam di rumah keluargaku di Pt Sulong, Batu Pahat. Selepas subuh keesokannya baru kembali ke Kajang krn hubby bertugas di sesi ptg.

Category: | 0 Comments

Marah ke dia krn bertikam lidah dgn ku sebentar tadi...
Merajukkah dia dgn kedegilan aku...

Harini kami sama2 letih krn outing sejak jam 11pg td hingga 6ptg baru tiba di rumah semula.
Harini kami pergi bersauna bersama kroni.

Terima kasih kepada mama,iza,zila,fatihah, syam & Fadzli krn memenuhi undangan aku utk bersama2 merehatkan badan dan minda bersauna walaupun kelewatan dari masa yg dijanjikan dan masing2 sibuk dgn urusan peribadi memasing.

Sementara menunggu empunya kedai sauna tiba, kami minum di sebuah cafe sambil berbicara ringkas mengenai perancangan dan perkembangan program "Panggilan Pulau" yang direncanakan pada weekend minggu hadapan.

Usai bersauna, syam dan fadzli meminta diri utk urusan mereka dan selebihnya kami mkn di
restoran Asam Pedas Linda Onn berhadapan Tesco Ampang. Terima kasih kpd cik mama krn membelanja kami semua mkn sehingga penuh perut kami semua. Hehe.. Terima kasih sekali lg kpd kalian semua.:)

Selepas zafran tidur, aku melakukan rutin mingguan menggosok stok pakaian hubby utk seminggu ke sekolah sambil menonton Mentor 3 peringkat akhir. Tapi kalini aku perlu menggosok pakaian utk stok 2 minggu krn Ahad depan berkemungkinan aku masih di Johor. Hubby mengeluh sedikit krn tersalah tgk jadual pengajaran. Minggu dpn (Isnin-Jumaat keesokannya) adalah jadual utk pengajaran pemulihan Matematik.Namun persediaan yg dibuat adalah utk pemulihan BM. So, dia terpaksa bermula semula yg mana subjek Matematik mmg langsung belum dibuat persediaannya.

Masing2 sudah agak keletihan mlm ini krn penangan bersauna infrared ini yg hanya 30minit namun kalori atau tindakbalasnya umpama berlari 10km. Bdnku dh lenguh krn duduk dan membongkok dlm tempoh yg agak lama. Aku meminta bantuan hubby utk mencari kemejanya bagi mencukupkan stok pakaian yg diperlukan namun dia menolak dgn alasan tak jumpa dan dia ada byk kerja.

Tak lama kemudian, dia memesan makanan dan minuman dgnku. Nak maggi dan air kopi cengkudu. Aku tau, xsusah permintaannya, hanya perlu jerangkan air dan tuangkan maggi dlm mangkuk serta kopi cengkudu dlm mug dan isi air. Cuma, masa permintaannya kurang sesuai dgn tugasanku yg belum selesai tika itu. Lalu ketidakpuasan hati atau sedikit pertikaman lidah berlaku menjadikan keadaan sedikit tegang waktu itu. Namun begitu, suasana perang dingin itu tidak berlarutan.

Kira2 5minit kemudian sudah kembali bertegur sapa sewaktu masing2 menantikan keputusan juara Mentor musim ini.

Selesai menyiapkan tugasanku sepenuhnya malam itu dan setelah berehat seketika mengurangkan lenguh2 badan, ku ajukan soalan kpd hubby utk mengkonfirmkan semula semua pesanan yg dibuat seketika tadi. Namun ini jawapannya.. "Tak nak lah, tak yah lah"
kenapa? "Mengantuk"

Huhu... mengantuk tp masih lg di meja kerja. Soh masuk tidur tak mahu. Nak dihidangkan kopi pun tak mau gaks.
Marah aku ker? Takkan majuk kot...

p/s : majuk = merajuk
Tindakanku... Takmo sudah. Tak kuase aku nk pujuk....

Category: | 1 Comment

Popular Posts