Marah ke dia krn bertikam lidah dgn ku sebentar tadi...
Merajukkah dia dgn kedegilan aku...

Harini kami sama2 letih krn outing sejak jam 11pg td hingga 6ptg baru tiba di rumah semula.
Harini kami pergi bersauna bersama kroni.

Terima kasih kepada mama,iza,zila,fatihah, syam & Fadzli krn memenuhi undangan aku utk bersama2 merehatkan badan dan minda bersauna walaupun kelewatan dari masa yg dijanjikan dan masing2 sibuk dgn urusan peribadi memasing.

Sementara menunggu empunya kedai sauna tiba, kami minum di sebuah cafe sambil berbicara ringkas mengenai perancangan dan perkembangan program "Panggilan Pulau" yang direncanakan pada weekend minggu hadapan.

Usai bersauna, syam dan fadzli meminta diri utk urusan mereka dan selebihnya kami mkn di
restoran Asam Pedas Linda Onn berhadapan Tesco Ampang. Terima kasih kpd cik mama krn membelanja kami semua mkn sehingga penuh perut kami semua. Hehe.. Terima kasih sekali lg kpd kalian semua.:)

Selepas zafran tidur, aku melakukan rutin mingguan menggosok stok pakaian hubby utk seminggu ke sekolah sambil menonton Mentor 3 peringkat akhir. Tapi kalini aku perlu menggosok pakaian utk stok 2 minggu krn Ahad depan berkemungkinan aku masih di Johor. Hubby mengeluh sedikit krn tersalah tgk jadual pengajaran. Minggu dpn (Isnin-Jumaat keesokannya) adalah jadual utk pengajaran pemulihan Matematik.Namun persediaan yg dibuat adalah utk pemulihan BM. So, dia terpaksa bermula semula yg mana subjek Matematik mmg langsung belum dibuat persediaannya.

Masing2 sudah agak keletihan mlm ini krn penangan bersauna infrared ini yg hanya 30minit namun kalori atau tindakbalasnya umpama berlari 10km. Bdnku dh lenguh krn duduk dan membongkok dlm tempoh yg agak lama. Aku meminta bantuan hubby utk mencari kemejanya bagi mencukupkan stok pakaian yg diperlukan namun dia menolak dgn alasan tak jumpa dan dia ada byk kerja.

Tak lama kemudian, dia memesan makanan dan minuman dgnku. Nak maggi dan air kopi cengkudu. Aku tau, xsusah permintaannya, hanya perlu jerangkan air dan tuangkan maggi dlm mangkuk serta kopi cengkudu dlm mug dan isi air. Cuma, masa permintaannya kurang sesuai dgn tugasanku yg belum selesai tika itu. Lalu ketidakpuasan hati atau sedikit pertikaman lidah berlaku menjadikan keadaan sedikit tegang waktu itu. Namun begitu, suasana perang dingin itu tidak berlarutan.

Kira2 5minit kemudian sudah kembali bertegur sapa sewaktu masing2 menantikan keputusan juara Mentor musim ini.

Selesai menyiapkan tugasanku sepenuhnya malam itu dan setelah berehat seketika mengurangkan lenguh2 badan, ku ajukan soalan kpd hubby utk mengkonfirmkan semula semua pesanan yg dibuat seketika tadi. Namun ini jawapannya.. "Tak nak lah, tak yah lah"
kenapa? "Mengantuk"

Huhu... mengantuk tp masih lg di meja kerja. Soh masuk tidur tak mahu. Nak dihidangkan kopi pun tak mau gaks.
Marah aku ker? Takkan majuk kot...

p/s : majuk = merajuk
Tindakanku... Takmo sudah. Tak kuase aku nk pujuk....

Category: | 1 Comment

1 comments to “Merajuk @ Marah..?”

  1. Pretty helpful data, thanks so much for this article.
    coupons-rabais

Popular Posts