Ini kali kedua atau ketiga dalam bulan ini, kurier Gdex tidak datang pikup seperti yang sepatutnya. Semalam hubby dah call awal sebelum jam 3.30ptg untuk pastikan Gdex datang pikup untuk parcel pelanggan yang berada di Sabah. Parcel ni urgent, perlu sampai sebelum weekend kerana weekend ni dan seterusnya pelanggan ini akan pulang ke kampung. Aku menanti GDex sampai ke Magrib, tapi tak kunjung tiba. Bila dimaklumkan kepada hubby, memang hubby marah kerana kes sebegini sudah acapkali berlaku akhir2 ini. Baru minggu lepas kena warning sebab tak pikup, takkan minggu ni buat lagi. Memang nak kena basuh cukup2 kali ini. Hubby seorang yang sangat penyabar berbanding aku yang lebih mudah ber'angin'. Tapi untuk perkara2 urgent yang melibatkan pelanggan dan bisnes, hubby memang cukup tegas. Kalau hubby dan berang, aku memang mengambil sikap cool sahaja dan kerana itu aku tak pernah marah atau hangin pada mana2 kurier sebelum ini sebab hubby dah sembur dan basuh mereka. Tapi kali ini, kesabaranku teruji. Pelanggan keutamaan kami. Kelewatan penghantaran dan penerimaan pelanggan boleh menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati. Jika pelanggan @ end user, kami lebih mudah menggunakan khidmat Poslaju tapi bila pelanggan @ pengedar, khidmat kurier digunakan kerana barang yang dihantar lebih banyak. Jika pengedar dapat barang lambat, pasti pelanggan2 mereka akan marah dan mungkin lari. Kalau pelanggan lari, pengedar pasti dah kurang membeli dan bila pengedar dah kurang membuat belian, siapa yang rugi? Pasti aku dan keluarga aku juga yang rugi.

Aku berkira2 untuk menggunakan khidmat kurier lain hari ini, tapi disebabkan aku belum membuka akaun untuk kurier lain selain Poslaju dan GDex, pasti agak sulit prosesnya. 1 syarikat kurier baru yang menawarkan khidmat kepada kami pula terpaksa mengambil masa 3hari bekerja untuk memastikan barang sampai ke tangan pelanggan. Kalau dah sampai 3hari bekerja, baik guna PosMalaysia. Memang kompem dalam 3hari bekerja dan jauh lebih murah dari kurier lain. Pengedar mahu GDex juga kerana GDex berhampiran dari rumahnya dan seandainya lambat kurier, dia boleh pikup sendiri di HQ Gdex KK. Oleh kerana dia adalah pengedar kesayanganku yang telah lebih 2thn aku berurusan dengannya, aku menerima juga cadangannya.

Panggilanku kepada GDex seawal jam 9lebih telah disambut oleh seorang budak bernama Hani. Kenapa kupanggil dia budak?kerana jawapan yang diberi kepada setiap soalanku adalah bersikap kebudak2kan dan langsung tidak profesional seperti nama syarikatnya yang kunun macam gah. Antara butir bicara aku dengan budak Hani...

Isu 1 : Tak Datang Pikup
Aku : Semalam ada tak orang dari AAM Hikmah call untuk minta datang pikup?
Hani : Ada
Aku : So, saya tunggu sampai ke malam kenapa tak datang orang yang datang pikup?
Hani : Ye ke... semalam saya dah bagitau pada orang yang pikup tu untuk pikup
Aku : Ini bukan kali pertama kurier tak datang pikup. Dah banyak kali, kenapa buat lagi macam nih?
Hani : Yang pikup tu bagi alasan hujan
Aku : Hai, boleh jadikan hujan sebagai alasan ke. Kan pikup naik lori, bukan naik motor
Hani : Awak punya parcel kan. Memang sepatutnya yang datang lori. Kejap ye..
Then hani pun bercakap pula dengan staf yang lain berkenaan ketidakhadiran pikup ke rumah kami. Entah apa alasan yang mereka cipta. Tup2 hani menyambung bualan...
Hani : Boleh bagi reference number tak?
Aku : Reference apa pulak. Semalam suami saya yang call, saya kurang pasti dia cakap dengan siapa. Kalau saya tahu dia cakap dengan siapa, mmg saya cari orang tu harini
Hani : Sepatutnya sebelum minta kurier datang pikup, kene dapatkan reference number sebagai bukti customer ada call dan minta pikup. Reference tu akan masuk dalam sistem dan jika kurier tak pikup, baru customer boleh komplen kerana dalam sistem ada rekod nama syarikat customer tapi kurier tak pikup. Ni dalam sistem takde nama AAM untuk semalam, so memang takdelah pikup
Aku : Hai, macam mana ni. Tadi kata semalam memang ada wakil AAM call, pastu cakap takde pulak
Hani : Saya ingatkan AAM ada call, rupanya takde. Tu yang tak pikup.
AKu : Hei, suami saya call semalam tau. kenapa awak takde rekod????
Hani : Semalam sistem down dari jam 9.00 sampai jam 2.00ptg, tu yang takde dalam rekod
Aku : Tapi...suami saya call selepas jam 2.00 ptg semalam, bukan sebelum tu...
Hani : Err...entahlah. so, nak pikup hari ni la ye
AKu : Make sure datang hari ni. Bagi terus menatang reference tu. kalau tak pikup juga, siapla awak, saya repot terus pada HQ

Isu 2 : Tempoh Penghantaran
Aku : Selalunya berapa lama tempoh penghantaran untuk pelanggan terima?
Hani : Kalau jauh ke pedalaman tu biasannya amik masa 2,3 hari juga.
Aku : Kalau ke kawasan bandar Kota Kinabalu, Sabah?
Hani : Tengok juga la, klu kat parcel tu ade remark urgent dan alert, parcel akan dihantar esoknya. Kalau takde, memang kami ada kelonggaran untuk hantar lewat dan mengutamakan yang urgent
Hani : Kenapa sebelum ni takde pulak macam tu. Sejak bila pulak kena remark macam tu. Takde sape yang inform pun sebelum ni. Akhir2 ni selalu je customer terima lewat. Kalau saya tak tanya, pihak awak pun langsung takde nak inform kan. Semua barang yang kami hantar, semua urgent, customer nak cepat. Kalau nak delay2, baik tak payah guna gdex
Hani : Memang kena remark kat parcel tu, kena bagitau pada yang pikup, parcel tu urgent then nanti kami akan buat alert yang parcel tu kena hantar segera.
Aku : Hari sabtu kerja tak?
Hani : Hari sabtu kerja
Aku : Dah tu kenapa setiap kali saya buat kurier hari Jumaat, paling awal, customer akan terima hari Isnin?
Hani : Hantar ke mana tu?
Aku : Sabah, KK
Hani : Ye ke... hmm.. saya kurang pasti pula

Isu 3 : Rekod Takde Dalam Sistem Online
Aku : 1 lagi kes. Last week saya call dan bercakap dengan awak hani, tentang consigment note customer saya yang takde dalam rekod. Bila saya tanya awak, awak kata akan call balik tapi sampai hari ini, awak takde call saya langsung untuk bagi feedback, KENAPA???
Hani : Boleh bagi CN(consigment note) dan tarikh?
Aku : CN bernumber bla bla bla dan dihantar pada 12nov09
Hani : Ok, saya akan semak dan akan call balik. Boleh bagi no telefon?
Aku : Awak ni tanya soalan yang sama macam minggu lepas. Awak takde rekod ke?
Hani : Takde, hanya tengok daripada sistem sahaja
AKu : Awak ni takde buku note ke untuk rekod segala komen atau komplen customer
Hani : Takde
Aku : Awak ni memang kena banyak improve laaaaaa. Aku pun bg no tel aku untuk dia hubungi semula.

Saje aku nak uji dia walau aku dah tau status barang yang dihantar pada 12hb minggu lalu. Tapi status tu pun aku terima daripada customer, bukan dari pihak GDex yang sepatutnya lebih bertanggungjawab tentang ketiadaan rekod dalam sistem. Kalau hilang parcel tu, nak ke GDex tanggung kerugian yang terpaksa aku hadapi kerana terpaksa mengganti dan menghantar semula barang yang dipesan pelanggan????

Tak lama kemudian, henset aku berbunyi...

Hani : Melati, ini hani nak beritau tentang CN yang takde rekod hari tu. Daripada sistem ini, parcel telah diterima pada 16hb dan ditandatangani oleh blablabla
Aku : Hantar 12hb, Khamis, terima 16hb, Isnin. Khamis, Jumaat, Sabtu, Isnin. Kenapa amik masa sampai 4 hari. Tak kerja ke Jumaat dan Sabtu tu. Apa sebab lewat?
Hani : Takde reason
Aku : Kenapa takde reason?
Hani : Sebab dalam sistem ni takde reason kenapa lewat dihantar. Just rekod tarikh pikup, tarikh terima dan diterima oleh siapa
Aku : Sepatutnya awak siasatlah kenapa lewat. Dah le takde rekod dalam sistem online, lepas tu lewat, then langsung takde call balik saya bagi status dari minggu lepas. Takkan bila ditanya pelanggan, awak just nak bagitau takde reason???
Hani : Kalau Melati nak Hani siasat, nanti baru Hani siasat

Aku rasa, byk lagi point yang aku soal tapi tak dapat jawapan yang munasabah atau munasarawak dari dia. Jawapan yang diberi memang sambil lewa dengan tiada langsung ungkapan maaf. Intonasi dari Hani memang umpama budak yang tiada langsung perasaan bersalah atau caring kepada customer.

Aku hantar sms ringkas kepada hubby inform ringkas apa yang terjadi. Hubby minta no tel HQ GDex di PJ kerana tak suka perkara sebegini berlaku lagi kepada kami dan sikap sambil lewa staf GDex di Kajang. Tengahari tu, hubby call sekali lagi GDex kajang untuk giliran dia membasuh pulak dan sekali lagi Hani yang menjawab panggilannya. Menurut hubby, rasanya kelmarin, Hani jugalah yang menyambut panggilannya kerana staf GDex yang dah biasa dengan kami mudah mengenali kami tapi berlainan dengan Hani yang bertanya detail ttg syarikat dan parcel yang ingin dipikup.

Kata hubby, Hani ada maklumkan yang isterinya (aku) ada membuat panggilan dan memaklumkan tentang pikup untuk hari ini.
Dan hubby terus menjawab, "Ye, saya tau isteri saya ada call tapi kali ni saya pulak nak call sebab semalam saya yang call dan awak jawab tapi awak bagitau isteri saya, takde orang dari AAM call untuk pikup. Saya nak tau kenapa jawab macam tu walhal saya sendiri yang call semalam!!"
Hani : Oh, semalam sistem down dari jam 2.00 ptg sampai ke petang. Itu yang takde dalam rekod untuk pikup..

Bila hubby call aku, aku jawab : Sengal betul budak tu. Dengan ala, dia kata sistem down dari pagi sampai jam 2ptg. Dengan abang, dia kata sistem down dari jam 2ptg sampai ke lewat petang.

Bila hubby call HQ GDex, seorang lagi budak sengal menjawab...
Hubby : Saya nak buat laporan tentang GDex. Dengan siapa saya patut bercakap atau berurusan?
Budak sengal HQ Gdex : Hmm.. entahlah, saya pun tak tau dengan siapa customer patut berurusan untuk buat report.

DAMN!!!

Category: | 3 Comments

Alhamdulillah, kini kandungan memasuki umur 2 bulan atau 8minggu. Last week, aku ajak hubby gi klinik kerana rasa tidak sedap badan dan peranakan terasa sakit membuatkan aku betul2 rasa tidak selesa terutamanya di waktu malam. Aku bimbang andai sesuatu terjadi pada kandungan memandangkan Ahmad Zafran juga agak lasak tidurnya menghimpit aku dan sering memanjat badan. Sewaktu discan, kandungan positif memasuki umur 7minggu 3 hari. Tapi doktor pelik kerana janin berada di sebelah kiri dan bukan di bahagian tengah. Kesakitan yang aku alami juga menyebabkan doktor membuat pemeriksaan lebih teliti di sebelah kanan. Melalui skrin hasil scan yang dilakukan, terdapat 2 ketulan bertompok di sebelah kanan yang dikenali sebaga cyst. Ingatkan kembar, rupanya2 ada benda lain yang turut wujud di dalam rahim yang mungkin menjadi faktor aku sering berasa sakit di bahagian rahim.

Menurut doktor, cyst adakalanya wujud ketika mengandung namun biasanya akan menyusut dan mengecil tatkala kandungan semakin membesar. Tapi disebabkan aku sering merasa sakit, doktor mengesyorkan aku membuat rawatan susulan kepada doktor pakar sakit puan bagi mengelakkan cyst mengganggu janin. Antara hospital kerajaan atau swasta, aku memilih untuk ke hospital swasta. Bukan kerana hospital kerajaan tidak elok, namun disebabkan faktor masa, hospital swasta menjadi pilihan. Aku bercadang ingin ke Pusat Rawatan Az-Zahrah di Bangi dan berjumpa dengan doktor yang merawatku sewaktu kelahiran Zafran dulu, Dr Noraini tetapi temujanji untuk hari sabtu telah penuh hingga hujung bulan 11 ni. Kalau nak pergi Hosp kerajaan pun, sekarang tak boleh lagi memandangkan hubby perlu menghabiskan kursusnya yang akan berakhir 26Nov09 ini. Selepas tarikh tu, raya haji dan kami terus balik ke kampung. Mungkin kalau tak sempat membuat temujanji bersama Dr Noraini, kami memilih untuk berjumpa Doktor pakar Sakit Puan di terengganu atau johor. Hubby juga kurang gemar pergi ke kerajaan kerana masa yang diambil untuk membuat temujanji juga 2-3 bulan dan hari untuk temujanji juga perlu menunggu berjam2 untuk berjumpa doktor.

Ini telah kami lalui semasa aku mempunyai masalah seperti cyst juga tetapi di bahagian cuping telinga kanan. 4x berjumpa doktor di Terengganu untuk merawat telinga yang berdarah dan bernanah, last2 kene jumpa pakar 3bulan kemudian. Hampir seharian aku dok kat Hops Kuala Terengganu tu menunggu turn untuk aku berjumpa doktor. Panas punggung. Hubby yang bawak mertua aku g shopping kt Mydin pun dah selesai shopping, aku tak sampai2 turn lagi. Hanginnn je aku dibuatnya. Cuti dah habis, buat pula temujanji dengan doktor TNT di Hosp Serdang tapi kena tunggu lagi sebulan. Total tempoh penungguan untuk berjumpa pakar TNT adalah 4 bulan. Kalaulah penyakit cyst aku tu teruk, maunya dah 'selamat' aku agaknya tp syukur, Allah sembuhkan sakit itu sebelum sempat aku jumpa doktor pakar TNT. Tapi waktu hari temujanji jumpa pakar TNT tu pun aku perlu menunggu seawal jam 7pg hingga jam 12tengahari baru selesai.

So, sekarang ni, saban hari aku berdoa agar cyst yang tumbuh pada rahimku tidak melarat dan membahayakan kandunganku. Aku sayangkan kandunganku dan rasa tidak sabar menanti hujung bulan Jun thn depan agar Zafran tidak lagi sunyi bermain sendirian.

Cuma kini, aku perlu menjaga diri agar aku mampu menjaga anak dan kandunganku. Memang terasa perbezaan antara kandungan kali pertama dulu dengan yang kedua ni. Kalau dulu, aku terasa sangat malas untuk pergi kerja, tapi kali ni, aku terasa badan sangat lemah dan lemas. Asyik terasa lapar, setiap 3jam sekali kalau tak makan, perut kosong. Ini ditambah lagi dengan aku yang masih menyusukan badan pada zafran. Walau telah diberi susu botol, at the last, zafran still akan cari susu badan. Bila lewat makan, memang badan terasa letih, lemah dan tak bermaya.

Harap2 semuanya akan bertambah ok seperti sediakala selepas ini...

Category: | 1 Comment

Hari ini, mood aku tak ok sejak pagi. So, segala mende memang terasa amatla menyampah nak buat. Kalau tak disebabkan hanya kami berdua di rumah, rasanya si kecil tu pun aku biarkan begitu sahaja. Geram tengok keadaan rumah. Rasa semua nak kena kemas n bersihkan. Tapi bertambah geram bila dalam sekelip mata, rumah jadi tongkang pecah semula. Ini yang rasa nak mengamuk je. Serupa tak yah kemas, biar rumah tunggang langgang dan akhirnya aku yang sakit mata mengadapnya sampai tension tengok melihatnya.. Tak suka, tak suka, tak sukaaaaa......!!!

Category: | 1 Comment

Keraguan dan syak wasangka yang berlegar2 di minda kami sejak minggu yang lalu terjawab jua akhirnya. Mula2 hanya menyangka namun tidak berani menganggar lebih2 kerana perancangannya, ingin memulakan pada awal tahun depan selepas selesai urusan pemindahan ke tempat baru.

Kelewatan rutin seperti biasa menimbulkan sedikit syak namun tidak berani fikir jauh kerana bimbang ia hanyalah impian yang tidak kesampaian seperti bulan2 sebelumnya. Tetapi apabila simpton2 lain mula melanda, keyakinan mula kuat tetapi still tak berani berharap lebih.
Perancangan untuk melakukan ujian telah dicadangkan sejak minggu lepas lagi namun disebabkan sering kealpaan untuk singgah ke farmasi mahupun klinik untuk membeli alatannya, niat melakukan ujian tertangguh hinggalah malam tadi. Dan awal2 pagi tadi, ujian telah dilakukan.

Apa yang dijangka menepati ramalan. Kami bersyukur dengan apa yang berlaku... Anda tahu gambar apa itu?. kalau tak tau, sila google yeh.. hehehe

Category: | 2 Comments

Orang kata, cemburu itu tandanya sayang. Tapi, kalau kita tak rasa cemburu, adakah bermakna kita tidak sayang? Mungkin cemburu hanya akan datang apabila terasa diri terancam tetapi seandainya kepercayaan kepada pasangan melebihi segalanya, adakah akan timbul lagi perasaan cemburu?

2 kes sebagai contoh...

1. Pasangan mendapat mesej dari orang yang tidak dikenali, berhasrat untuk berkenalan. Hanya membalas sekadarnya namun yang di sebelah sana hampir tiap hari mengirim sms bertanya khabar dan info terbaru. Adakah anda akan rasa cemburu kepada pasangan anda?

2. Melayari internet dan terjumpa rakan2 lama bersama koleksi gambar ketika zaman solo2 dahulu. Ternampak kelibat 'bekas teman mesra pasangan' di dalam gambar bersama rakan2 dan pasangan kita. Wajarkah kita cemburu?

Adakah jawapan kita serupa? Nak tau jawapan aku?
Ini jawapan aku...
Kes 1 : Tidak langsung terbit rasa cemburu, nak tergelak pun ada gak bila terbaca sms daripada pengirim kepada pasangan
Kes 2 : Timbul rasa cemburu sedikit walau kisah lama, tetapi gambar banyak mengimbau memori dulu. Pasti ada banyak cerita di sebalik kisah

Category: | 0 Comments

Sabtu & Ahad, hari untuk berehat dan bersantai di setiap minggu. Kadang kala aku sendiri memohon offday untuk aktiviti di dapur.

Sabtu
Seawal jam 7.00am telah berkobar2 hasrat untuk berekrasi di Tmn Tasik Permaisuri. Kira2 jam 7.30am telah keluar dari rumah dengan lengkap berpakaian sukan. Walaupun hujan renyai2 di luar, namun hasrat tetap diteruskan kerana bersangka baik, di lokasi yang dituju, cuaca elok dan tiada hujan. Kusangka panas di subuh hari, namun hujan Tun Razak lalu terus bersarapan di Restoran Mak Siti. Kenyang bersarapan, tetap juga ingin menjenguk lokasi walaupun dalam gerimis tapi gerimis telah berhenti sebaik sahaja kami mematikan enjin Black Myvi. Si kecil dimasukkan ke dalam kereta tolak dan kami bergilir2 menyorongnya mengelilingi tasik. Cuba untuk mendidik si kecil berjalan menggunakan kasut namun amat sukar nampaknya si kecil menyesuaikan diri melangkah dengan kasut tersarung di kaki.

Jam 10.00pg bergerak menjauhi lokasi kerana ada temujanji di tempat lain. Usai berurusniaga, kami menjengah Carefour yang baru dibuka di Alam Damai. Sekadar menjamu mata sambil menguji tahap keutuhan tulang bersama wakil Anlene yang sedang membuat promosi. Puas berjalan, kami sampai juga di rumah pada waktu jam menunjukkan angka 12 untuk jarum pendek dan angka 4 untuk jarum panjang.

Berlepak2 sahaja tapi dalam pada itu, aku membelek ebook "Emas2 Yang Hilang" dan hubby meneliti senarai ejen melalui internet dan membuat temujanji untuk hari itu juga. Jam 3.00pm, ejen yang dicari selamat tiba di rumah bersama 3org anak2nya. Perbincangan berlangsung kira2 sejam setengah. Selepas berpuas hati, perjumpaan seterusnya dirancang pada hari Isnin or Selasa untuk urusniaga selanjutnya.

Lewat petang baru pergi ke dapur mencari atau membuat sesuatu untuk mengisi kelongsong perut. Malam menjelma, perancangan untuk berehat dan bersantai di rumah. Tapi selepas penyemakan di laman web Touch & Go, didapati jumlah penggunaan sehingga 29oct09 adalah 77kali dan hanya perlu genapkan 3kali lagi untuk dapatkan rebate 20% daripada T&G. Huh, apa lagi, usai Isyak, hubby bersiap untuk berjalan saje2 ulang alik melalui tol batu 9 dan batu 11 untuk melepasi angka 80kali penggunaan T&G untuk sepanjang Oktober 2009 bagi melayakkan rebate 20% yang bernilai anggaran tol dari KL ke Johor.

Ahad
Selepas bersarapan, agenda seterusnya adalah pergi melawat rakan di Gombak yang baru mendapat cahaya mata sulung pada 30Okt09 yang lalu. Tapi, perjanjian untuk pergi di awal pagi bersama rakan dan isterinya terpaksa dibatalkan kerana rakan itu terpaksa menguruskan perniagannya di awal pagi menyebabkan lawatan ke Gombak ditunda petang. Dan kami pula yang sepatutnya mempunyai temujanji lain di petang itu terpaksa mengawalkan temujanji tersebut ke sesi pagi. Terus bersiap selepas temujanji sesi pagi dipersetujui bersama. Kira2 jam 11.00pg kami menuju ke lokasi atas jemputan mendengar penerangan untuk anggaran 1 jam. Selepas sampai di lokasi yang ditetapkan iaitu Palace Of Golden Horses, penerangan dan sesi temubual yang sepatutnya hanya berlangsung kira2 1 jam telah terpanjang tempohnya sehingga jam 3.30pm. Ini mungkin disebabkan banyaknya soalan2 yang kami utarakan dan individu tersebut terpaksa menerangkan selengkap dan sejelasnya setiap satu perkara berkenaan keistimewaan, insentif dan keuntungan bersama. Persetujuan diperolehi juga akhirnya untuk 1 tawaran istimewa yang diberikan kepada kami iaitu menjadi member Gold kepada Palace Vacation Club . Reward yang diberi serta keuntungan atau faedah yang diperolehi di sebalik membership ini yang menjadi punca persetujuan kami. Mungkin ini adalah salah satu peluang untuk menambah jumlah kewangan daripada bidang property.

Hampir asar, baru kami tiba di rumah semula. Dan selepas Asar, kami bergerak bersama pasangan suami isteri yang bakal mendapat zuriat sulung bulan depan untuk melawat seorang rakan yang lebih awal mendapatkan zuriat sulungnya. Sempat singgah drop by di Tesco Kajang untuk urusniaga hubby bersama pelanggannya dan singgah pula ke Tesco Ampang untuk membeli hadiah buat si kecil yang baru melihat dunia Allah ini. Jam 6.30pm sampai di Gombak. Tarpancar sinar kebahagiaan dari wajah pasangan baru ibu dan ayah bersama bayinya. Pertukaran sesi pengalaman ibu dan ayah semasa di saat2 genting sebelum bayi dilahirkan dan kata2 semangat serta tips2 untuk bakal ibu dan ayah berlangsung dengan rancak. Kerana kekangan masa, jam 8.00mlm kami terpaksa bergerak meneruskan agenda masing2.

Pasangan suami isteri meneruskan agenda untuk membeli barang2 keperluan bakal anak mereka sementara kami meneruskan perjalanan ke rumah rakan hubby di area Gombak juga. Tapi sebelum itu, perut yang kosong minta di isi. Menu ayam dara yang dipromotkan hubby sebaik sahaja nampak gerai bersignbord Nasi Ayam Dara menarik seleraku. 3gerai dituju untuk mendapatkan menu pilihan namun setelah gerai ke 3 yang juga merupakan gerai terakhir, barulah hajatku tercapai. Wah, besar sungguh ayam goreng yang diberi. 2 hidangan dipesan, tapi hanya seketul ayam yang habis dimakan. Seketul lagi dah tak muat untuk dimasukkan ke dalam perut menyebabkan ayam tersebut menjadi menu nasi goreng ayam kami untuk sarapan pada hari ini. Sape yang pergi ke Gombak, boleh cuba menu Ayam Dara ye..:)

Perjalanan diteruskan selepas selera habis dijamu. Kedatangan kami disambut baik oleh suami isteri dan anak mereka yang berumur 2 minggu lebih muda dari Zafran. Si ibu berborak bersama ibu, ayah bersama ayah dan sikecil juga bermain bersama mereka dengan diawasi oleh para ibu. Lawatan yang dijangka berakhir dalam 30-60 minit rupanya terlajak hingga melebihi 1 jam. Hampir jam 11.30mlm baru para bapa menyedari hari sudah terlalu lewat walhal para ibu sudah beberapa kali menguap dan anak2 kecil telah pun terlena dan ingin terlena. Kami sampai di rumah kira2 jam 12mlm.

Hujung minggu yang padat aktivitinya sehingga niat untuk hubby mengulangkaji pelajaran telah menjadi sesi mempelajari ilmu2 baru. Masuk rumah, kunci pintu dan mangga, masuk bilik on kan kipas dan off lampu semua serta terus beradu.

Category: | 1 Comment

Popular Posts