seharian ni masa aku byk dihabiskan bersama si kecil (mmg ari2 dgn si kecil pun,,:) ). Betapa hati dan jiwa yg runsing pun boleh tenteram melihat si kecil yg asik gelak ketawa dan bercakap 'aaaa... ahh.. a..aaa' bahasa yg dia sndiri faham. sejak pg moodnya happy, asik ajak berborak je. pantang mataku beralih ke arah lain, dia akan merenungku tajam sambil bercakap 'aaa..aaa' meminta perhatian. Zafran akan genap berusia 3bln pada hari jumaat ni bersamaan 15mei09. sudah semakin dewasa dan saban hari aku akan memerhatikannya. cpt sungguh masa berlalu. bayi yg dulunya sebesar tapak tgn kini sudah melebihi 5kg.
hari ini, pas solah subuh, aku terlena di sejadah. sedar2je terdengar tangisan. kuraba2 di sekelilingku..x jumpa di mana gerangan empunya tangisan. upenya aku masih d blik solat, hubby pun terlena kt sjadah gaks. ni gara2 tdo lewat mlm td. aku tdo 2lebih dok nyiapkan kje dan hubby plak kol 3 lebih br smpai umah dr wat esemen kt umah member groupnya. Semasa susukan zafran, aku terlena lg.hanya tersedar skejap waktu hubby nk ke kelas then terlena blk. sedar2 je zafran dah bgn n mengekek2 di sebelah..tgk aku tdo xbgn2 gaknya.
sepanjang siang, zafran tak habis2 bergumbira.. senang hati aku menghadapinya...
sampai hubby blk pun dia hepi lg...
tp menjelang malam...zafran tak tdo2 spt kebiasaannya...
lenkali aku citer apa yg brlaku. jeritannya menggegarkan jiran tetangga atas bawah kanan kiri...huhuhu

Category: | 0 Comments

"Buang la mende tu, buatpe ade kt situ"
Huhuhu... terkesima aku dibuatnya... Itulah satu-satunya hadiah yang ku terima sempena hari ibu tahun ini. Sangat bererti sekuntum rose merah itu buat aku. Sanggup dia soh aku buang.. sampai hatinya... :'(

Category: | 0 Comments

Selamat hari ibu kepada seluruh ibu2 di dunia ini....
Ini tahun pertama aku bergelar ibu dan menyambut hari ibu. Sambutke..? huhuu...
takkan nk minta pape dari si kecil.. bila ku ajukan pd hubby... ini katanya..
"Hari ibu, anak le bg hadiah kt ummi.. bkn suami bg kt isteri.."
hmm... nasib le labu....

hubby demam panas, baby plak selsema... aku-> jaga dua2 laaa... alhamdulillah aku sihat walafiat

Category: | 0 Comments

Hmm.. best! Menarik! Tak rugi masa dan duit menyertainya!
Aku dpt tau mengenai kursus Wanita 3C ni mialalui metro ahad. intipati programnya menarik. lain dari lain...belum pernah aku rasai dan tidak spt program atau kursus2 yg pernah aku ikuti sebelum ini.
Wanita 3C merupakan satu persatuan yg baru dilahirkan yang mempunyai hasrat murni dlm membantu wanita2 di Malaysia mempunyai 3ciri sebagai seorang jutawan iaitu cantik, cinta & bercita2 tinggi. Cantik merangkumi canti rohani dan jasmani, Cinta bermaksud mempunyai perasaan cinta yg mendalam terhadap agama, keluarga, bangsa dan warga sejagat. Cita pula bermaksud setiap wanita harus mempunyai cita2 yang tinggi untuk menjadi seoarng jutawan yg berjaya selain pendorong dan org yg brdiri di samping suami. Selain meningkatkan motivasi diri, wanita 3C juga berniat untuk membuat kerja2 amal dan mengumpul dana untuk disumbangkan ke badan2 kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah anak2 istimewa, rumah orang2 tua dll yang sewaktu dengannya..
Antara yg brkesan di hati ialah part 'game win-win'. dlm pusingan ini, setiap peserta perlu memilih pasangan masing2. dlm tempoh yg ditetapkan, peserta akan berlawan gusti lengan dgn pasangannya dan akan dilihat siapa lebih byk win. aku brpasangan dgn Yana. bab berlawan ni,aku mmg nk menang slalu. dlm game ni aku menewaskan yana 12-0. tp hakikat sebenarnya akulah yg TEWAS!! tewas krn aku gagal memahami maksud tersirat game ini. Win-win brmaksud, sama2 menang dan tiada yg tewas dlm game ini. aku gagal memahami maksud tersiratnya.. aku selfish ! selfish walau kpd org yg memang kita kenali dan akrab dengannya. inilah real life. sepatutnya prlu ada toleransi, tolak ansur, bantu membantu dlm kehidupan.
Aktiviti awal yg dilakukan adalah segmen Cantik yg mana peserta dibahagikan kpd 2 kumpulan. Kump A adalah kump peserta yg tidak tau langsung bersolek dan kump B adalah peserta yg mempunyai kebolehan bersolek serba sedikit atau banyak. Kump B diminta berkongsi idea dan kreativiti dengan menyolekkan peserta Kump A.
XTVT lain adalah segmen slaid show, motivasi dan Die Game. waktu terasa cepat sgt berlalu. Pelbagai jenis peserta dpt kulihat dalam kursus kali ini. Ramai di kalangan peserta merupakan seorang businesswoman dan tak kurang juga pelajar sekolah, surirumah dan yg buat aku terkejut, lelaki pun ade yg dtg menyertai program ini walau namanya WANITA 3C.
Kepada mereka yg diluar sana, aku syorkan mereka join program Wanita 3C ni. Untuk keterangan lanjut mengenai kursus ini, boleh lihat di Metro Ahad atau terus ke website syarikat berkenaan.
Tak rugi join program ni. selain dpt tingkatkan motivasi, belajar bgaimana ingin menjadi seorang jutawan, dpt juga pemerhatian dan pantauan dari mentor yg mmg telah berjaya. Semoga kumpulan Wanita 3C semakin berkembang dan semoga kita dapat menyalurkan sumbangan kita kpd merekayg lebih memerlukan di luar sana....

Category: | 0 Comments

smlm ptg msa tgh window shopping kt tesco, call la kakni. mulanya just nk dptkn info, anak bongsunya yg brnama erina kaisara tu mkn nestum brand apa. nmpak gayanya aku trpaksa bg zafran ni mkn nestum lebih awal dr hadnya.huhuhu... kuat sgt minum,asik xcukup je susu yg diberi walau dh campur susu soya skali.cpt benar susu tin habis.seminggu skali kene topup susu baru.itu mujur bg susu bdn gaks waktu siang n mlm.klu susu tin shj,mau xcukup 1tin sminggu.huhu. org kata anak lelaki mmg kuat minum brbanding pompuan..yeker? teman2 ckp, no wonder la klu anak kuat mkn klu dh mak ayahnya pun kuat mkn. rasanya aku takdela kuat mkn st cuma selera mkn je lebih.. ikut ayah dia kot.klu mkn nasi,penuh pinggan tp masih slim.. same ke selera mkn dgn kuat mkn?..x same kan..hehehe
Dpt info, ag azli dh 3hari kt spital.kene denggi berdarah.harap2 cepat sembuh..amin
Esok...nk blk kg. yeyeye...dh sebulan x alik. nk tunjuk kt mak,cucu mak dh makin besar,anak mak still maintaain slim walau xkuat berpantang khususnya bab pakai barut dan mkn jamu.hehe

Category: | 0 Comments

Popular Posts