Hmm.. best! Menarik! Tak rugi masa dan duit menyertainya!
Aku dpt tau mengenai kursus Wanita 3C ni mialalui metro ahad. intipati programnya menarik. lain dari lain...belum pernah aku rasai dan tidak spt program atau kursus2 yg pernah aku ikuti sebelum ini.
Wanita 3C merupakan satu persatuan yg baru dilahirkan yang mempunyai hasrat murni dlm membantu wanita2 di Malaysia mempunyai 3ciri sebagai seorang jutawan iaitu cantik, cinta & bercita2 tinggi. Cantik merangkumi canti rohani dan jasmani, Cinta bermaksud mempunyai perasaan cinta yg mendalam terhadap agama, keluarga, bangsa dan warga sejagat. Cita pula bermaksud setiap wanita harus mempunyai cita2 yang tinggi untuk menjadi seoarng jutawan yg berjaya selain pendorong dan org yg brdiri di samping suami. Selain meningkatkan motivasi diri, wanita 3C juga berniat untuk membuat kerja2 amal dan mengumpul dana untuk disumbangkan ke badan2 kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah anak2 istimewa, rumah orang2 tua dll yang sewaktu dengannya..
Antara yg brkesan di hati ialah part 'game win-win'. dlm pusingan ini, setiap peserta perlu memilih pasangan masing2. dlm tempoh yg ditetapkan, peserta akan berlawan gusti lengan dgn pasangannya dan akan dilihat siapa lebih byk win. aku brpasangan dgn Yana. bab berlawan ni,aku mmg nk menang slalu. dlm game ni aku menewaskan yana 12-0. tp hakikat sebenarnya akulah yg TEWAS!! tewas krn aku gagal memahami maksud tersirat game ini. Win-win brmaksud, sama2 menang dan tiada yg tewas dlm game ini. aku gagal memahami maksud tersiratnya.. aku selfish ! selfish walau kpd org yg memang kita kenali dan akrab dengannya. inilah real life. sepatutnya prlu ada toleransi, tolak ansur, bantu membantu dlm kehidupan.
Aktiviti awal yg dilakukan adalah segmen Cantik yg mana peserta dibahagikan kpd 2 kumpulan. Kump A adalah kump peserta yg tidak tau langsung bersolek dan kump B adalah peserta yg mempunyai kebolehan bersolek serba sedikit atau banyak. Kump B diminta berkongsi idea dan kreativiti dengan menyolekkan peserta Kump A.
XTVT lain adalah segmen slaid show, motivasi dan Die Game. waktu terasa cepat sgt berlalu. Pelbagai jenis peserta dpt kulihat dalam kursus kali ini. Ramai di kalangan peserta merupakan seorang businesswoman dan tak kurang juga pelajar sekolah, surirumah dan yg buat aku terkejut, lelaki pun ade yg dtg menyertai program ini walau namanya WANITA 3C.
Kepada mereka yg diluar sana, aku syorkan mereka join program Wanita 3C ni. Untuk keterangan lanjut mengenai kursus ini, boleh lihat di Metro Ahad atau terus ke website syarikat berkenaan.
Tak rugi join program ni. selain dpt tingkatkan motivasi, belajar bgaimana ingin menjadi seorang jutawan, dpt juga pemerhatian dan pantauan dari mentor yg mmg telah berjaya. Semoga kumpulan Wanita 3C semakin berkembang dan semoga kita dapat menyalurkan sumbangan kita kpd merekayg lebih memerlukan di luar sana....

Category: | 0 Comments

0 comments to “Wanita 3C - Cantik, Cinta & Cita-Cita”

Popular Posts