Abang...
Ala tak pandai nk meluahkannya
Abang tau tak..
Ala sgt berbesar hati mendapat suami spt abang
Ala sgt berbahagia dpt insan setulus abang

Tika di rumah...
Ala kagum dengan abang...
Abang tak pernah bersungut melakukan kerja2 rumah
Abang tak pernah merungut dgn hasil masakanku
Abang tak pernah mengeluh menjaga dan melayan zafran di kala lewat malam
Abang tak pernah marah andai rumah tak seenak mata memandang

Tentang kerjaya...
Abang tak pernah jemu memberi ala semangat dan dorongan
Abang sentiasa memberikan jalan
Abang sentiasa memberi bimbingan
Abang sanggup menghadiahkan sebahagian keuntungan abang utk ala
Abang sudi menyerahkan apa shj yg ala perlukan agar ala meneruskan perjuangan

Tatkala ala melihat kesungguhan abang menjaga kuage kita ini...
Terlalu byk yg ingin ala ucapkan
Terlalu byk yg ingin ala luahkan
Tp lidah kelu utk berkata2
Mata memerhati, hati berbicara..
Lelucon abang memeriahkan suasana
Senda gurau menceriakan hati dan jiwa
Abang sentiasa sabar dengan karenah ala yg kdg kala menguji kesabaran dan keimanan abang sndiri

Sifat murni abang..
Sentiasa memaafkan
Lembut hati
Kesabaran yang tinggi
Suka menderma
Tak mudah ala ikuti buat masa kini
Namun akan berubah jua nanti kpd yg lebih baik..kpd yg lebih cemerlang

Abang..
terima kasih atas segalanya
Terima kasih kerana menjadi suami yang hebat
Terima kasih kerana menjadi ayah yang penyayang
Semoga hubungan ini akan kekal ke akhir hayat dan sampai ke syurga..
Amin...

Category: | 0 Comments

0 comments to “Untuk Suamiku...”

Popular Posts