kira2 jam 7.30pg kami dh keluar ke klinik desa sg sekamat utk pemeriksaaan zafran. sian si kecil, smlm dh kene kejut waktu tdonya, arini kene kejut lg. kebetulan hubby kelas kol 10.30am arini so, die dgn senang hati menawarkan utk pergi bersama2. walau baru 7.30 pg, dh ramai yg beratur di depan pintu klinik. klinik dibuka tepat jam 8.00am. aku mendapat giliran yg ke 17. dtg kol 7.30am pun turn ke 17, org pertama yg dtg tu ntah kol brapa dh tercegat kt depan pintu klinik tu gamaknya...
aku yg 1st time g ke klinik desa ni terpinga2 ttg prosedur dan tatacara di klinik tu. sementara aku masih terpisat2 tak tau nk buat apa, dengan sekelip mata kelilingku dh penuh dengan ibu2 yg mengendong anak2 mereka. di atas kerusi,tepi kerusi,blakang kerusi, atas tangga, tepi tangga,tepi meja dan di segenap ruang penuh dengan manusia yg mempunyai matlamat yg sama di sini. aku kembali semula ke kereta menemui hubby dan zafran yg sdg enak menyusu di 'car seat' comelnya. lama gak menanti org pertama keluar dr klinik. smpai stgh jam, org pertama belum lg keluar. jam menunjukkan hampir jam 9.00am. kang lewat2..lambat plak hubby ke kelas. aku g smula ke klinik, bertanya pd seorang ibu ttg suasana dan prosedur kebiasaan yg dilakukan di klinik tersebut. bla.bla..bla...
dipendekkan cerita, aku telah termiss giliran yg dipanggil utk sukat dan timbang baby. dgn muka wajah ala2 kesian aku berjumpa dgn misi brtanyakan ttg giliranku. mujurlah dia baik hati mendahulukan aku yg telah kelewatan giliran. ku timbang zafran..
hmm... 6.2kg. mak aih..dh semangat anak aku ni. patutla baju2 byk dh x muat. spt anak2 lain, walaupun ada yg menangis dan mendiamkan diri di badan ibunya, zafran tak ambil pusing dgn keadaan itu. ia masih dengan keaktifannya melompat-lompatkan diri di kakiku serta menarik tudung,baju atau apa shj yg ada di tubuhku dan zafran juga tak lekang dengan senyuman serta gelak tawa riang kpd sesiapa shj yg mengagahnya samada para misi bertugas, ibu-ibu di samping mahupun rakan2 seangkatan dengannya. slpas timbang, zafran diuji dgn kepekaan terhadap warna dan objek. then diuji pula dgn kemahiran memegang objek. kedua2nya lulus dgn cemerlang... yeah..anak ummi kan bijak..hehe
seterusnya perbincangan mengenai perkembangan kesihatan dan temujanji yg berikutnya adalah pd 23jun09. sebelum balik, zafran diberi hadiah dgn suntikan sempena umurnya yg telah mencecah 3bln. aku yg cuak sbb aku mmg takut jarum. tu sbb aku xpenah lg menderma darah.. alahai..segannya kt owang lain..:p. tatkala jarum dimasukkan, terdengarlah suara nyaring anakku menyanyi dan tatkala jarum keluar, ketika itu juga nyanyian terhenti. owh..lega hatiku. yeah..good boy. anakku berani,lasak,bijak dan riang orgnya. hehehe... Tahniah utk anakku tersayang, ahmad zafran dan kpd kedua ibu bapanya iaitu ummi dan ayah. :)

Category: | 0 Comments

0 comments to “keletah si comel”

Popular Posts