Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..

[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke; SINI

Syukran..

Sebar-sebarkan...

Category: | 0 Comments

Hari ini, jam 8.45pg hubby telah bertolak ke Parcel B Putrajaya untuk temuduga kerjanya. Walaupun waktu temuduga adalah jam 10.30pg, namun sebelum jam 9.00pg harus bertolak bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini dan agar dia lebih bersedia. Cuak & berdebar2 sebenornye tuh. Kawan dia lagi best, jam 8.30pg dah sampai Putrajaya walhal waktu interview sama dengan hubby.

Tahun ni, temuduga intake Jan 09 untuk SPP DG41 dibuat awal. Jika tahun2 sebelumni, temuduga dibuat selepas posting, tapi tahun ni dibuat sebelum posting. Apa kemungkinan yang berlaku tidak dapat dijangka. Minggu depan pula adalah minggu peperiksaan buat hubby.

Tapi, hubby tetap hubby. Kerja last minute juga yang dibuatnya. Hari ni nak temuduga, baru semalam dia bertungkus lumus melayari internet mencari tips2 dan bahan2 yang boleh membantunya menjawab soalan penemuduga. Segelintir rakan-rakanya telah melepasi ujian temuduga semalam dan pelbagai soalan yang tidak dijangka keluar dari para penemuduga. Dalam wajah cool si hubby, aku pasti jauh di dalam hatinya, pasti dia risau tentang temuduga kali ini. Tapi bila ditanya apakah perasaannya, hubby tetap menjawab macam takde pape. ceh.

Dalam kesibukan hubby menelaah, diduga dengan si kecil yang demam panas sekali lagi untuk bulan ini. Tugas menjaga si kecil aku lakukan sepenuh mungkin namun ada kalanya terpaksa juga mengganggu hubby tatkala aku lelah dengan karenah si kecil dan sesekali kesabaranku teruji dengan si kecil. Hubby tetap sabar meluangkan masa menjaga dan melayan si kecil.

Kami berdua mendoakan kesejahteraan dan kecermerlangan hubby @ ayah semasa dan selepas ditemuduga. Semoga beroleh keputusan yang cemerlang. Amin...

Di akhir entry, aku poskan lagu ini untuk hubby merangkap ayah si kecil..



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhaiYa Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Category: | 0 Comments

Suatu siang, si suami balik dari tempatnya belajar..

Suami : Pandai masak nasi minyak tak?
Isteri : Nasi minyak? Abang nak makan nasi minyak ke?
Suami : A'ah, pandai masak tak?
Isteri : Tak pernah masak lagi. Kalau nak, kene tengok resepi lah. Nak bila?
Suami : Hari ni lah
Isteri : Kenapa baru bagitahu sekarang nak nasi minyak. Ada tetamu nak datang ke?
Suami : Tak lah, abang yang nak makan nasi minyak. Boleh tak masak ni?
Isteri : Hmm, ok. Tapi ala nak kena cari resepi dulu then abang kena pargi beli lah. lepas tu baru boleh masak. (dalam hati berdetik, tiba2 je nak makan nasi minyak. beli je la kat kedai. Lambat la lunch ari ni nampaknya..huhuhu)
Suami : Lambat lagi ke?
Isteri : Kejap la, nak kene tengok resepi dulu. Kang tak sedap, siapa pulak nak makan
Suami pergi ke dapur dan kembali semula beberapa saat kemudian
Suami : Nah nasi minyak, lambat sungguh nak masak. Ni hah, makan je lah.
Ceh, dah siap dapat sebungkus lengkap dari jamuan di tempat belajarnya. Ingatkan betul2 disuruh aku buat nasi minyak. Betul2 aku keliru kerana si suami sangat jarang meminta yang pelik2 di saat-saat akhir selain menu biasa atau tempahan lebih awal dibuat.

Suatu tika yang lain...

Suami : Sayang nak jeli kelapa tak?
Isteri : Eh nak, sedap tu. Kat mana nak dapat kat sini?
Suami : Nanti abang call mak, suruh mak pos dari kampung
Isteri : Hah, pos dari kampung? Tak payahla, menyusahkan mereka sahaja
Suami hanya tersenyum dan berlalu. Beberapa saat kemudian, datang kembali dengan sebungkus plastik di tangan
Suami : Nah, dah siap dah jeli kelapa yang sayang suka tu
Isteri : Hah, mana dapat ni. Takkan mak pos kot. Lain bungkusan dari kat kampung tu
Suami : Beli dengan cikgu kat sekolah tu :)
Isteri : Hiiii... asik kenakan ala je. Dah 2 kali terkena. Siapla nanti...

Hari Sabtu malam Ahad yang lalu semasa di kampung...
Kakak : Hari tu kau masak mee kari, bunyi macam sedap je kau cerita. Esok kau buatlah mee kari, sebagai bukti betul2 ke kau yang masak dan betul2 ke sedap
Adik : Kata esok Abang Halid (suami kakak) nak masak asam pedas
Kakak : Itu masak tengahari. Mee kari buat pagi la, waktu sarapan
Adik : Mana ingat, hari tu buat ikut resepi. Kang tak jadi baru tau.
Kakak : Alah, baru buat kan. Takkan tak ingat. Ingat-ingatkan lah.
Adik : Hah, pagi. Mana sempat. Dah malam baru cakap. Kelam kabut la nak buat pagi esok
Kakak : Pergi la pasar pagi2 cari barang
Adik : Hmm.. ok lah. Abang, sok kene bangun pagi2. Lepas subuh, terus gi pasar. Kakak Ya minta buat mee kari
Suami : Ok.

Esoknya, jam 7.00pg sudah bergerak menuju ke pasar basah. Target masa, kira2 7.30pg keperluan sudah siap dibeli. Sebelum jam 8.00pg sudah sampai ke rumah semula dengan segala keperluan untuk menu permintaan Kak Ya.
prung prang ketang ketung....
Akhirnya mee kari siap dihidangkan kira2 jam 10.00pg. Hahaha..mujur mak preparekan menu alas perut seperti jemput2 pisang, karipap dan ubi goreng. Melantak @ alas perut dulu sebelum melaksanakan mee kari. Selepas melantak mee kari, ini pula ulasan mereka...

Abang Halid : Hmm, ok. Rasa macam dekat kedai punya
Kak Ya : Menjadi juga akhirnya. Sangat jarang nak rasa menu kau kat rumah ni
Mak : Dah kawin, dari yang tak tahu pun kena blajar untuk tahu lah.
Kak Ya : Next time, ko buat cucur udang dan menu lain pulak ye bila balik kampung.

Category: | 0 Comments

Category: | 0 Comments

Hari sabtu tempohari, aku membuat majlis Aidilfitri kecil2lan buat kali kedua pada bulan Aidilfitri ini. Kali pertama sewaktu jiran tetangga datang berziarah ke rumah. Majlis tersebut berakhir dengan sangat meriah. Tetamu yang datang memang melebihi jangkaan. Makanan yang disediakan kali ini memang tidak membazir sepeti yang pernah berlaku sebelum ini. Petang itu, Kak syila sudi singgah beraya ke rumah. Menu utama memang telah ready. Dan otai lambaian itu sudi juga mengedit pencicah cucur udang yang agak masam.

Hihihihi.. semua menu memang pertama kali dibuat kecuali air, so kadar kemalangan dan kecederaan atas menu2 yang disediakan memang agak tinggi. Umpama budak baru belajar dapat lesen memandu tapi perlu memandu di tempat yang paling sesak, berbukit, banyak traffic light. Maka terjadilah insiden seperti memandu bukan dengan kadar yang sepatutnya, gear tidak selaras dengan kelajuan, termati enjin di traffict light dan sebagainya. itu adalah contoh kejadian namun tiada kena mengena dengan sesiapa yang sedang, akan atau telah tamat belajar memandu.

Jemputan asal hanyalah untuk teman2 rapat kronisma area KL Selangor, family dan rakan2 yang duduk di area berhampiran sahaja. Namun memandangkan ini adalah minggu terakhir Aidilfitri, pastinya ramai jemputan yang sukar dijangka kehadirannya. Justeru itu, sesiapa sahaja yang diingati melewati kotak minda memori, terus dimaklumkan. Biar jemputan melebihi kerana lazimnya kehadiran adalah dalam 75% selain bimbang menu yang disediakan tidak habis.

Memandangkan aku turut mendapat 4 jemputan Aidilfitri pada hari itu, maka persiapan dan persediaan untuk menu malam itu disediakan seawal pagi kecuali kerang rebus telah siap direbus oleh aku dan dibuang kulitnya oleh hubby pada malam sebelumnya. Memandangkan juga para tetamu turut mempunyai majlis Aidilfitri di tempat lain, rasanya perut masing2 pastinya telah separa padat dijamu dengan aneka makanan dan masakan pada siang atau maghribnya, kami merancang memilih menu yang simple dan tidak berat.
Menu kami pada hari tersebut adalah mee kari, cucur udang, tauhu sumbat, colek buah, keropok dan air blaccurrent sahaja. Walaupun masing2 yang dtg mengatakan perut telah kenyang terisi namun menu yang disediakan tidak dihampakan. Sekurang2nya setiap yang hadir akan mencuba 2 menu yang ada. Tetamu terawal hadir pada jam kira2 8.20mlm dan tetamu terakhir pulang pada jam 1.00 pagi. Siapa sangka menu mee kari habis sebelum 1 lagi gerombolan datang. Hubby sempat menyelinap keluar rumah pergi ke kedai sewaktu familyku sedang menjamu selera.

Teman2 kronisma dari rumah bujang datang bersama menu spagetti mereka selepas majlis Aidilfitri di rumah mereka tamat. Mereka datang bersama teman2 dari Love Lure termasuk Pn Mas. Kesemuanya adalah wanita sahaja.

Jemputan ke rumah mereka tidak dapat aku hadiri memandangkan Majlis mereka dilakukan di waktu berbuka puasa iaitu dari jam 7.00-9.00mlm. Dan 1 sebab lagi, jemputan adalah untuk wanita sahaja memandangkan kesemua mereka adalah bujang. Disebabkan ketidakhadiran aku, mereka membawa ke rumahku menu spagetti mereka khusus untuk aku. Mekaceh guys.. :)

Usai majlis, aku terus masuk ke bilik untuk menidurkan si kecil manakala hubby yang merupakan orang kuatku mengemas baki2 makanan untuk disimpan di dalam peti ais. Mungkin kesian melihat aku menjadi orang dapur seharian Sabtu itu, menyebabkan urusan membasuh pinggan mangkuk dan periuk kuali diselesaikan dengan jayanya oleh hubby pada hari Ahad itu. Dapur berkemas elok sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dapur. Perasaan terharu menyelinap dalam diri atas tugas yang dilakukan walaupun aku tidak memintanya melakukannya.

Ahad sepagian hanya berehat di rumah. Jam 3.00 ptg baru bergerak ke rumah Majlis Aidilfitri rakan hubby di Bukit Mahkota Bangi. Bertemu dan berkenalan dengan rakan2 persekolahan hubby yang masing2 sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata masing2. Tiba di rumah tatkala Maghrib telah hampir ke penghujungnya.

Dan 30 syawal berakhir di rumah kakak no 3 aku yang berada di Selayang. Ketidak hadirannya ke rumahku kerana tuntutan kerja menyebabkan aku sekeluarga datang menziarahinya yang hanya bercuti di Hari Isnin dan Selasa sahaja. Bertugas sebagai salah seorang chef di Hotel Westint KL mendorongnya menjamu kami dengan pelbagai juadah sehingga perut kami kenyang hingga pagi hari ini.

Seperti tahun lalu, tahun ini juga aku dapat beraya dan menziarahi keseluruhan rumah abang2 dan kakakku samada di Johor, Pahang serta KL dan Selangor. Semoga Syawal tahun depan, aku dan keluargaku masih diberi kesempatan untuk melaksanakannya semula sambil mengeratkan silaturrahim kekeluargaan.

Category: | 0 Comments

Popular Posts