Tiba-tiba aku teringat sebuah lagu yang dihasilkan oleh aku dan sahabatku, Ida di waktu zaman persekolahan, kira-kira 15 tahun dahulu. Masa itu, akan diadakan pertandingan atau persembahan sempena hari guru atau sesuatu majlis di sekolah agama. Aku tak ingat majlis apa, mungkin sempena hari guru agaknya.


Sempena persembahan itu, aku dan Ida saja2 mencuba untuk menulis lirik sambil bernyanyi2 kecil mengikut melodi kami sendiri. Walaupun dengan hanya cuba2, tapi terhasil juga sebuah lagu yang rasanya hanya kami yang ingat irama dan melodinya. Seperti biasa, Ida tetap menjadi solo sebab kelunakan suaranya dan aku serta yang lain menjadi pengiringnya bernasyid. Lagu ini pernah dicopy paste oleh seorang junior yang mengaku ia adalah lagunya sendiri, walhal sebelum itu junior itu adalah salah seorang pengiring juga seperti aku. Mujur aku tak sempat saman junior itu kerana mungkin dia terdengar desas desus kami nak berhadapan dengannya lalu terus dia mengaku yang dia hanya mengcopy paste lagu kami.

Agar aku tidak lupa lagi selepas ini, aku taipkan semula lirik lagu tersebut. Tajuknya aku dah lupa, hanya baik2 lirik dan melodinya yang masih aku ingat sehingga kini.

Kala malam ku bersendirian
Memikir qada qadar Izali
Menentu alam berpenghuni
Walaupun dunia fana sekali

Walau ku tahu dunia ini seksa
Namun ku tahu Allah itu ada
Ku terus beridbadah kepadaNYa
Walauku hanya hamba yang hina....

c/0
Ibadahku setulus hatiku
Sejernih air sekurun lautan
semerdu alunan serunai rimba
Walaupun ada rintangannya
Walauku hanya hamba yang hina
Berhijrah ke alam remaja
Diriku kelam tanpa suria
Ingin berpaut dahan yang kukuh...

Di jari penaku menari-nari
Ku coret sebuah memori sepi
Kujulang-julang tanpa satu erti
Tanpa kasih dan disayangi..

Kini ku telah sedar kembali
Banyak waktu yang perlu kuhabisi
Dengan memuja dan memuji
Nama tuhanku Ya Ilahi...
Allah Maha Besar, Allah Maha Suci, Allah Mengetahui.. Allahu Rabbi

Ida, kaulah sahabatku sewaktu susah dan senang dari dulu hingga kini...

Category: | 0 Comments

Sunyi, sayu, sedih bila sekali lagi terpaksa berjauhan dengan suami. Memang tiada yang memaksa, aku sendiri yang sukarela tapi bila waktu dah semakin hampir,
semakin rasa sayu dan hiba di hati untuk berjauhan dengannya. Mungkin dia tidak rasa seperti apa yang aku rasa kerana dia sibuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Pemergian mak & abah sebagai tetamu di rumah Allah pada tahun ini memang diharap2kan sejak sekian lama dulu. Kami sekeluarga bersyukur kerana akhirnya mereka diberi juga kesempatan untuk menunaikan haji sebelum mereka dijemput Allah selama-lamanya.
Aku sayu dan hiba kerana akan merindui mak dan abah dan bertambah lagi sayu dan hiba kerana tidak dapat bersama suami menemaninya atau berkongsi segala suka duka bersamanya, melihat apa yang dilakukannya saban waktu kerana aku akan pulang ke kampung menemani kakakku dan anak2nya. Lebih tepat lagi menemankan anak2nya sewaktu Kak Ya bekerja sementelah abang ipar juga terpaksa mencari rezeki jauh di JB.
Aku akan merindui suamiku...
Bila abang rindukan ala dan anak2... abang tahu di mana nak jumpa kami kan.

Category: | 0 Comments


Sabtu, 12 Jun 2010, 29 Jamadil Akhir mencatat satu sejarah baru buat diriku dan keluarga kami. Selesai bersarapan, aku melantak durian sepuas-puasnya. Rasanya lebih sebiji yang ku telan sendiri. Pesan mak agar jangan makan banyak2, ku ambil sambil lewa kerana satu kerugian besar padaku jika tidak makan sepuasnya durian yang enak pagi ini sebelum aku
berpantang selepas ini. Hahaha..telahanku agak tepat. Sakit yang kurasa sejak malam sebelumnya rupa2nya adalah petanda bakal kelahiran orang baru dalam tempoh terdekat.
Puas melantak durian, petanda kedua telah kelihatan. Aku mandi sepuasnya agar badan lebih segar. Abg Mat dan isteri menasihatkan aku agar makan terlebih dahulu. 2 biji telur
separuh masak aku telan sebagai pemberi tenaga. Syukur, Abg Mat sekuage dan Kak Ya sekuage ada di rumah. Keriuhan anak2 saudara yang merupakan sepupu Zafran melekakannya
bermain hingga tidak menyedari apa yang terjadi pada diriku.

Kira2 jam 11pagi lebih, suami menghantarku ke hospital Batu Pahat. Sampai di hospital, bukaan baru sahaja 3cm. Aku dimasukkan ke wad menunggu dan hubby setia menemani di sisi. Kira2 terdapat 8 orang ditempatkan di satu wad dan hanya seorang yang telah melahirkan anak. 7 orang dalam proses menunggu. Sakit sudah semakin kerap namun bukaan masih juga tidak bertambah. Dari petang membawa ke malam, air ketuban tidak juga pecah. Hinggalah pemeriksaan kali ke 4, kira2 jam 9.30 mlm, bukaan menjadi 4cm. Jam 10.10 malam aku telah berada di bilik bersalin. Segala keperluan disediakan, air ketuban terpaksa dipecahkan. Sakit semakin terasa, tak terluah dengan kata2. Hubby di sisi tidak putus membaca selawat, mengusap dan meniup ubun2ku bagi meredakan dan menyabarkan aku. Waktu terasa lambat sangat berlalu. Kalaulah ajalku tiba di saat itu, sememangnya aku belum bersedia menghadapinya. Dan tepat jam 10.40mlm, bayi lelaki kami selamat dilahirkan secara normal. Dengan berat 3kg, kepanjangan 48cm dan ukurlilit kepala 34cm.

Selepas bayi dilahirkan, aku jangkakan cukup sampai di situ kesakitan teramat yang aku rasai, namun aku silap. Setelah siap dijahit, aku disyaki berlaku pertumpahan darah. Para doktor pelatih, bidan serta jururawat melakukan pemeriksaan yang cukup memeritkan membuatkan aku trauma teramat pada kelahiran kali ini. Tindakan mereka menjadikan aku.... arrgghh kalaulah aku sihat, mau aku lempang mereka satu2 gaknya coz telah berjaya membuatkan aku trauma dan terasa serik nak bersalin lagi selepas ini. Keadaan di bilik bersalin sangat sibuk. Para ibu keluar masuk, tiada bilik yang kosong. Kesemua staf di unit bersalin juga tidak menang tangan menyambut kelahiran2 baru. Terdengar salah seorang bidan berkata, pelik melihat terlalu ramai para ibu yang melahirkan anak pada malam ini, mungkin kerana bakal menyambut Bulan Rejab iaitu bulan Allah dan seterusnya membolehkan para ibu menyambut Ramadhan sebaik sahaja habis berpantang 60hari. Aku menyetujui apa yang diperkatakan oleh bidan tersebut. Sememangnya aku berharap dapat menyambut Ramadhan dan berpuasa penuh. Syukur dan tahniah kepada semua para ibu serta para warga unit bersalin Hosp Batu Pahat.

Jam 2.30pg baru aku disorong kembali ke wad beserta bayi di kendongan. Mujurlah bayiku diletakkan di sisi, sekurang2nya meredakan kerinduanku pada Zafran yang berada di rumah tanpa umi dan ayah di sisi sejak pagi tadi. Setelah segalanya selesai, hubby pulang ke rumah kira2 jam 3pg untuk berehat. Malam itu, bukan aku sahaja yang bersalin namun hampir keseluruhan penghuni wad yang sama denganku turut melahirkan bayi mereka dan secara kebetulan kesemuanya bayi lelaki.

Kerinduan kepada anak sulung tidak terucap kerana aku tidak pernah berjauhan dengannya melebihi 12jam. Mujurlah aku dan bayi tiada apa2 masalah dan kami dibenarkan pulang pada tengahari Ahad itu juga. Sayangnya Abg Mat sekuage tidak sempat menemui bayiku kerana mereka terpaksa balik ke Kuantan di pagi Ahad. AKu tiba di rumah jam 2.30 petang dan ketibaan kami disambut oleh mak, abah dan Zafran. Zafran agak hairan melihat aku
balik bersama seorang bayi. Kami perkenalkan kepadanya, itu adalah adik Zafran yang selama ini Zafran belai dari perut ummi. Zafran tidak lekang dari duduk di sisi adiknya dan memerhatikan bayi yang sedang tidur.

Aku dan hubby sepakat menamakan anak kedua kami Ahmad Afdhol yang bermaksud Yang Terpuji Yang Utama.

Hari ke 5, Ahmad Afdhol terkena penyakit kuning, Bacaan hari pertama adalah 11.9 dan meningkat 13.9 pada hari kedua. Hari ketiga Ahmad Afdhol terpaksa ditahan di Hospital kerana bacaan terus meningkat 15.4. 2 malam aku menemani Afdhol di wad dan membuatkan aku berjauhan dengan Zafran lagi untuk 3 hari. Keluarga mertua datang dari Terengganu pada hari Jumaat untuk melawat cucu baru mereka. Sayanganya mereka tidak dapat bermesra
lama dengan Afdhol kerana Sabtu malam mereka terpaksa balik ke Terengganu dan Afdhol pula ditahan di wad pada Sabtu petang. Pagi2 Ahad, hubby dan Zafran telah sampai ke hospital untuk melawat kami. Sayangnya Zafran tidak dapat berjumpa Afdhol dan aku hanya dapat bermain2 dengan Zafran di luar wad sahaja. Tengahari mereka dah pulang ke rumah. Hubby terpaksa mengambil cuti pada hari Isnin kerana Afdhol hanya dibenarkan pulang selepas bacaan hanya tinggal 12.

Selama 35 hari aku berpantang di rumah orang tuaku. Emak orang yang paling banyak membantuku terutamanya dari segi makanan, pakaian dan menguruskan anak2ku. Hubby pulang setiap hujung minggu. Dan dalam tempoh itu aku cuba berpantang sebaik2nya tidak seperti sewaktu berpantang anak sulong yang mana aku berpantang ikut suka. Dalam tempoh itu juga aku offline terus dari dunia internet.

Entry ni aku dah taip sewaktu di kampung lagi, tapi baru hari ini aku rajin nak upload. Mujur tak beku terus masuk arkib laptop ni...


umur 2 hari
umur 30 hari


bersama 2 sepupu dan Zafran


umur 40 hari


Category: | 0 Comments

"Bekas awek abang nak kawin, abang tak pergi ke?"
"Tak dijemput pun"
"La...ye ke... Kalau dijemput, abang nak pergi tak?"
"Ntah, tak tau"
"Hmmm... 6 Jun kan. Kalau nak pergi, lepas kenduri Iza kat JB, kita terus la gi Pontian pulak..hihihihi.."
"Ish..menyibuk je dia ni. Orang tak jemput, takkan kita nak pergi pulak"
"Kenapa dia tak jemput ek... Kita kahwin dulu, abang jemput dia tak?"
"Tak"
"Patutla dia tak jemput abang. Kenapa abang tak jemput dia dulu?"
"Hmmm... ntah. Facebook abang pun dia takde add"
"Kalau dia tak add, abang add la dia..hehehe..."

Saje aku nak usik hubby petang semalam itu. Mengimbau kenangan dia bersama 'ex'nya dahulu. Ternyata aku tersangat gembira mendengar perkhabaran wanita itu bakal berkahwin bulan depan. Semoga beliau berbahagia bersama teman hidupnya nanti hingga ke akhir hayat. Hubby memang pandai menjaga hati aku. Tak pernah dia ungkit tentang kisah silam atau apa sahaja cerita terkini berkenaan wanita itu dihadapanku walaupun aku tahu banyak cerita tentang wanita itu dari sumber yang lain sebelum aku berkahwin dengan hubby.

Ternyata sehingga kini, hubby tetap setia walau pernah beberapa kali ada wanita lain hadir cuba mengganggu atau cuba menarik perhatiannya.

Semoga kebahagiaan kami akan terus berkekalan hingga ke syurga. Ulangtahun perkahwinan ke2 pada 31Mei ini, kami mendapat 2 hadiah istimewa pada tahun ini iaitu
kehadiran bakal cahaya mata ke2 kami dan juga mahligai yang kami beli pada tahun ini.
Walaupun mahligai itu hanya akan siap pada penghujung tahun hadapan, namun mungkin ia adalah rezeki dari bakal hero kedua dalam kehidupan kami.

Category: | 3 Comments

Kelmarin, usia aku dah menganjak setahun lagi. Mengingatkan bahawasanya sejarah semakin banyak dan kematian semakin memanggil bila tiba masanya. Terima kasih kepada teman2, sahabat2, adik, saudara mara dan semua kenalan yang mengucapkan besday kepadaku. Penuh hampir 2 page facebook ku hasil ucapan dari mereka. Terima kasih kalian kerana masih mengingati aku.

Ringkas sahaja tulisanku kali ini, mungkin disebabkan dah lama tak menaip entry menjadikan alasan kesinambungan tulisan kali ini turut ringkas.

Istimewa dari suamiku.. sukar untuk mendengarnya menitipkan kata2 indah, hanya lawak dan senda yang selalu menghiasi bibirnya.
Kalau tak buka wall facebook suamiku, pasti aku tidak tahu mengenainya. Walaupun ringkas, namun sangat2 bererti...


Bidadari, bidadari…temanilah resahku
Bidadari, bidadari…tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya…kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari, bidadari..jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari…jadilah sang setia

Kerna cinta cinta suci, buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga
Kau umpama bintang utara, penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan…saat ku jatuh…bangun semula

Dan berikan sakti cintamu, penawar racun berbisa
Dan ikatan kita.. cinta abadi hanya di syurga.

Category: | 1 Comment

Popular Posts