kira2 jam 7.30pg kami dh keluar ke klinik desa sg sekamat utk pemeriksaaan zafran. sian si kecil, smlm dh kene kejut waktu tdonya, arini kene kejut lg. kebetulan hubby kelas kol 10.30am arini so, die dgn senang hati menawarkan utk pergi bersama2. walau baru 7.30 pg, dh ramai yg beratur di depan pintu klinik. klinik dibuka tepat jam 8.00am. aku mendapat giliran yg ke 17. dtg kol 7.30am pun turn ke 17, org pertama yg dtg tu ntah kol brapa dh tercegat kt depan pintu klinik tu gamaknya...
aku yg 1st time g ke klinik desa ni terpinga2 ttg prosedur dan tatacara di klinik tu. sementara aku masih terpisat2 tak tau nk buat apa, dengan sekelip mata kelilingku dh penuh dengan ibu2 yg mengendong anak2 mereka. di atas kerusi,tepi kerusi,blakang kerusi, atas tangga, tepi tangga,tepi meja dan di segenap ruang penuh dengan manusia yg mempunyai matlamat yg sama di sini. aku kembali semula ke kereta menemui hubby dan zafran yg sdg enak menyusu di 'car seat' comelnya. lama gak menanti org pertama keluar dr klinik. smpai stgh jam, org pertama belum lg keluar. jam menunjukkan hampir jam 9.00am. kang lewat2..lambat plak hubby ke kelas. aku g smula ke klinik, bertanya pd seorang ibu ttg suasana dan prosedur kebiasaan yg dilakukan di klinik tersebut. bla.bla..bla...
dipendekkan cerita, aku telah termiss giliran yg dipanggil utk sukat dan timbang baby. dgn muka wajah ala2 kesian aku berjumpa dgn misi brtanyakan ttg giliranku. mujurlah dia baik hati mendahulukan aku yg telah kelewatan giliran. ku timbang zafran..
hmm... 6.2kg. mak aih..dh semangat anak aku ni. patutla baju2 byk dh x muat. spt anak2 lain, walaupun ada yg menangis dan mendiamkan diri di badan ibunya, zafran tak ambil pusing dgn keadaan itu. ia masih dengan keaktifannya melompat-lompatkan diri di kakiku serta menarik tudung,baju atau apa shj yg ada di tubuhku dan zafran juga tak lekang dengan senyuman serta gelak tawa riang kpd sesiapa shj yg mengagahnya samada para misi bertugas, ibu-ibu di samping mahupun rakan2 seangkatan dengannya. slpas timbang, zafran diuji dgn kepekaan terhadap warna dan objek. then diuji pula dgn kemahiran memegang objek. kedua2nya lulus dgn cemerlang... yeah..anak ummi kan bijak..hehe
seterusnya perbincangan mengenai perkembangan kesihatan dan temujanji yg berikutnya adalah pd 23jun09. sebelum balik, zafran diberi hadiah dgn suntikan sempena umurnya yg telah mencecah 3bln. aku yg cuak sbb aku mmg takut jarum. tu sbb aku xpenah lg menderma darah.. alahai..segannya kt owang lain..:p. tatkala jarum dimasukkan, terdengarlah suara nyaring anakku menyanyi dan tatkala jarum keluar, ketika itu juga nyanyian terhenti. owh..lega hatiku. yeah..good boy. anakku berani,lasak,bijak dan riang orgnya. hehehe... Tahniah utk anakku tersayang, ahmad zafran dan kpd kedua ibu bapanya iaitu ummi dan ayah. :)
aku vs hubby:-
- mudah marah vs penyabar
- milo 0 vs teh 0
- susu HL vs air kosong
- roti@asam vs kuaci@kacang
- motivasi vs kurang skek motivasi
sinonim tp hubby lebih dr aku:-
1. loyar buruk
2. nk menang aje bla lawan cakap
3. tdo
4. bisness online
5. xplore mengxplore internet
sinonim tp aku lebih dari hubby
1. cakap
2. konfiden
3. chating
4.bla..bla..
Skrg ni, sdg rancak team Alumnai Lambaian merancang xtvt dan kehadiran para alumni ke mini gath + agm. aku dpt msg lg dr kak syila mlm td bertanyakan seandainya tarikh gath pd 6&7 jun ditunda ke 13&14jun, adakah aku dpt menghadirkan diri sama? terus shj aku brtanyakan soalan tersebut pd hubby, fully sponsor by me (nk amik ati,kang soh dia byr...lgsung dia xnak). Jawapannya... tunggu esok, nk kompem dgn maktab samada dia dpt cuti 2minggu cam cuti sek or 3 minggu (plus dgn cuti sem). dlm hati, ade 2 choice utk kuberi padanya... 1.bwk g pulau redang 2.join gath...
Dan sekembalinya dr kelas hari ini, kuajukan beberapa soalan berkenaan..
1.berapakah tempoh percutian yg diberikan kpdnya..?
jawapan: 3 minggu
2.wau,lamanya.. tak dpt la gi gath lambaian ala ye?
jawapan : tak dpt la.. takkan nk blk sini dlm prtengahan cuti then blk tganu smula
3. hmm...kt tganu lama2..abg nk bwk ala g mana?
jawapan : ala nk g mana..mana tpt kt tganu ala tak g lg?byk lg kan tpt ala lom g lg
dengan muka x berharap aku mnjawab soalannya (mls nk brharap, bmbang xdpt coz sblm ni penah kata nk g tp pastu tak nak plak...sakit ati nnt klu kecewa lg)
jaw aku : nk g pulau redang
hubby : zafran camne?
aku : bwk je laa... kita bkn naik tongkang, kita naik mcm feri kan
hubby : zafran tu kecik lg..tpt tu pulau plak tu. bmbang jd pape nnt..asik menangis je..susah gak nnt
aku : tentu ada cara.. ke..nak tinggalkan dgn mak?
hubby : cuti sekolah, mahal la..silap2 dah penuh book
aku : kita g minggu ke 3 abg cuti la.. bkn cuti sek
hubby : a'ah la.. g time weekdays.
aku : betul ke? kang janji tinggal janji je...
hubby : betul..boleh...
aku : yey..sukenya.. :)
skrg ni, pas baca blog alumnilambaian, terasa sedih plak tak dpt join. jelesnya tgk mereka2 yg dpt join. tp apakan daya, takkan nk lawan ckp suami. klu blk kg aku takpelaa.. leh excuse jap...lagipun BP dgn PD xle jauh sgt. tp ni blk tganu.. PD ke KT jauh tuu... alahai...terlepas le nmpaknya. Tak sampai ati nk msg kak syila nk inform brita ni...huhuhu...
seharian ni masa aku byk dihabiskan bersama si kecil (mmg ari2 dgn si kecil pun,,:) ). Betapa hati dan jiwa yg runsing pun boleh tenteram melihat si kecil yg asik gelak ketawa dan bercakap 'aaaa... ahh.. a..aaa' bahasa yg dia sndiri faham. sejak pg moodnya happy, asik ajak berborak je. pantang mataku beralih ke arah lain, dia akan merenungku tajam sambil bercakap 'aaa..aaa' meminta perhatian. Zafran akan genap berusia 3bln pada hari jumaat ni bersamaan 15mei09. sudah semakin dewasa dan saban hari aku akan memerhatikannya. cpt sungguh masa berlalu. bayi yg dulunya sebesar tapak tgn kini sudah melebihi 5kg.
hari ini, pas solah subuh, aku terlena di sejadah. sedar2je terdengar tangisan. kuraba2 di sekelilingku..x jumpa di mana gerangan empunya tangisan. upenya aku masih d blik solat, hubby pun terlena kt sjadah gaks. ni gara2 tdo lewat mlm td. aku tdo 2lebih dok nyiapkan kje dan hubby plak kol 3 lebih br smpai umah dr wat esemen kt umah member groupnya. Semasa susukan zafran, aku terlena lg.hanya tersedar skejap waktu hubby nk ke kelas then terlena blk. sedar2 je zafran dah bgn n mengekek2 di sebelah..tgk aku tdo xbgn2 gaknya.
sepanjang siang, zafran tak habis2 bergumbira.. senang hati aku menghadapinya...
sampai hubby blk pun dia hepi lg...
tp menjelang malam...zafran tak tdo2 spt kebiasaannya...
lenkali aku citer apa yg brlaku. jeritannya menggegarkan jiran tetangga atas bawah kanan kiri...huhuhu
"Buang la mende tu, buatpe ade kt situ"
Huhuhu... terkesima aku dibuatnya... Itulah satu-satunya hadiah yang ku terima sempena hari ibu tahun ini. Sangat bererti sekuntum rose merah itu buat aku. Sanggup dia soh aku buang.. sampai hatinya... :'(
Popular Posts
-
Ini kali kedua atau ketiga dalam bulan ini, kurier Gdex tidak datang pikup seperti yang sepatutnya. Semalam hubby dah call awal sebelum jam ...
-
Sekian lama tak updet blog. Banyak berfacebook, mungkin kerana rangkaian teman2 lebih ramai dan updet dengat ayat yang lebih ringkas serta p...
-
Last day aku di Love Lure Holdings Sdn Bhd, cpt sungguh masa berlalu, tau2 je dh ptg. Tup2 mereka buat surprise majlis perpisahan di alamand...










