Aku sdg dlm proses menghabiskan pembacaan buku berjudul 'Tarik Kekayaan Dgn Kuasa Minda' sblm aku menghadiri MAS Program esok pg. Byk yg ingin aku kongsikan dpd pembacaan ini namun mungkin lenkali krn si bayi sdg asyik menyusu di pangkuan dan sukar utk ku taip tika ini.
Antara petikan yg membuat aku tertarik di dalam buku ini apabila penulis bertanya kpd rakannya sewaktu mereka sdg minum ptg, tiba2 berhenti sebuah kereta Mercedes CLK yg bernilai ratusan ringgit. Lalu penulis bertanya kpd rakannya adakah mereka mahu memiliki kereta itu?
Dan ini jawapan antara mereka:
- Memang susah mahu dptkan kereta ini. Kereta ini hanya utk orang kaya shj.
- Nanti saya kerja kuat-kuat dahulu, baru leh pakai kereta mcm tu
Ramai di kalangan kita mempunyai pemikiran spt mereka. Kita mahu kaya tetapi pada masa yg sama kita masih belum membuka minda bg menerima kekayaan. Kita sdg mengatakan kpd diri kita sndiri yg kita boleh jd kaya tp perlu kuat terlebih dahulu. Persepsi itu adalah persepsi kita. So, camne kekayaan nk dtg dgn mudah andai kita sendiri menyuruh kekayaan dtg dlm bentuk yg susah.
Aku teringat soalan yg bos aku pernah ajukan terhadap staf-stafnya berkenaan.. "Siapa yg nk jd jutawan?" Kpd yg tak nak jd jutawan, berikan sebab. Dan ini jawapan antara mereka..
- Saya rasa saya tak layak nk jd jutawan, jadi biasa-biasa je lah
- Takut tak dpt manage duit dgn baik kalau jd jutawan
- Bimbang jd sasaran pencuri
- Takut jd lupa diri n bongkak bila jd kaya
Byk lg jawapan mereka. Aku hanya menggelengkan kepala melihat jawapan mereka. Aduhai...bila nk maju...Inikah mentaliti orang melayu... kesian..
Kalian, camne?
Sejak usia sebulan, si kecil telah mmpunyai rakan kembarnya. hingga ke hari ini, dia menyangka itu adalah rakannya. setiap hari zafran pasti melawat rakan kembarnya itu. Walau sdg menangis namun tatkala ditunjukkan dpn rakan kembarnya, zafran akan ketawa dan tersenyum kpd kembarnya. Dia suka bermain dgn rakan kembarnya itu agaknya.
Pernah sekali zafran cuba utk memeluk dan mencium rakan kembarnya namun tak dapat gara2 rakan kembarnya tak dpt memenuhi keinginannya. Depangan tgn untuk minta didukung juga tak dpt dipenuhi oleh rakan kembarnya. namun zafran tak putus asa, setiap kali berjumpa rakan kembarnya, dia akan membelek wajah rakan kembarnya sambil meleparkan senyuman mesra.
Ayah si kecil kata, minda si kecil akan berfikir itu adalah rakannya yg menjadikan si kecil lebih mudah bergaul dgn org sekeliling. Setiap hari si kecil bertemu rakan kembarnya dgn harapan rakan kembarnya akan bermain dan melayan karenahnya serta berbual-bual dengannya. Suatu hari nnt, pasti si kecil akan memahami yg rakan kembarnya adalah sebuah cermin yg memaparkan wajah dan dirinya sendiri.. ^_^
hari-hari si kecil akan belajar perkara baru. mengexplore segala mende di sekelilingnya. tatkala aku sdg memasak di dapur, aku trdengar suaranya berbunyi menandakan si kecil telah bangkit dr lena. sengaja aku membiarkannya bermain sndirian di bilik. aku mencuri lihat dr jelmaan di cermin ruang tamu. dia sdg asyik memerhatikan kipas di depannya berpusing. mungkin seronok dgn kedinginan dr kipas yg berputar atau pelik melihat kipas itu berpusing kiri dan kanan sambil membuai rambutnya yg nipis. kemudian, dipandang kiri kanan, hanya pandangan biasa di bilik dgn bantal diletak di setiap penjuru tilam agar dia tidak bergolek dan jatuh ke simen. sudah puas memerhatikan kipas, dia bergolek ke sudut lain. bermain dgn bantal2 disebalahnya sambil berborak dgn bantal dlm bhs yg hanya dia fahami. setelah keadaan agak selamat, ku sambung tugasku di dapur. hampir siap memasak, suara kebosanan sudah kedengaran di blik. nyata dia bosan krn tiada yg menunjukkan diri samada aku mahupun ayahnya.
ketawa girang si kecil bla aku tampilkan diri di hadapannya dan tangannya diangkat mmbuat 1 prmintaan kpdku. aku angkat dan letakkan di ruang tamu agar dia boleh nmpak aku memasak di dapur. si kecil terus meniarap dan mencari kelibatku di dapur. slps brpuas hati, dia menyambung prmaianan dgn apa shj yg ada di depan mata. kdg kala menonton tv yg mempamerkan objek brgerak.
usai memasak, aku melayan si kecil. membawa dia bertatih keliling ruang tamu di samping membimbing dia utk merangkak. kali ini, 1 kerusi setinggi lutut mnjadi sasaran dia berlatih memanjat. dh tau kerusi bulat tu hampir setinggi perut dia,ada hati nk memanjat..ceh. bunyi nyaring kedengaran gara2 ketidakpuasan hati gagal menaiki kerusi bulat menyebabkan dia hanya mampu mengelilingi kerusi bulat itu dgn bantuan aku memegang di belakang badannya.
try again next time, ujarku dlm hati. si kecil keletihan dgn xtvtnya ptg itu. sbg upah, kusuakan susu brcampur nestum sbg hidangannya ptg ini. habis sebotol, metabolismanya sgt pantas menyebabkan makanan yg baru habis dimakan telah dicernakan sbahagian utk dikeluarkan smula. hmm.. aroma yg semerbak mnyebabkan aku tidak tunggu lama utk mengangkutnya ke bilik air utk berqadak hajat dan mandi. kanak2 pasti sukakan air. air yg mengalir dr paip adalah rakan baru si kecil tiap hari.... :)
hari ini lebih baik dari semalam. kelmarin...kesabaran seorang ibu teruji dengan ragam si anak yang asik merengek. duduk salah, baring salah, susu tak nak, tdo taknak.. dh..ape yg dia nak sebenarnya. dpd siang sampai ke ptg, hangin aku satu badan dibuatnya. nak dpukul, anak sendiri. tp terlepas la gak pukulan2 kecil di punggungnya yang tebal dgn pampers. semakin dia nampak aku menyinga, semakin kuat jeritannya dan semakin sakitla hati aku dibuatnya. at the end aku anto msg pd ayahnya memaklumkan...blk segera, aku dh sakit jiwa, hangin satu badan. ayahnya mmbalas sdg dlm perhimpunan lg, akan segera blk slps tamat. smpai shj ayahnya, terus dia hulurkan tgn mengambil si kecil dan aku terus tunaikan kewajipan yg trtangguh agak lewat. kepalaku pusing gara2 karenah si kecil dan sbg mengurangkan kesakitan mentalku, ayahnya mengesyorkan kami mkn di luar shj mlm itu dan menyebabkan aku tidak perlu memasak utk mkn mlm. hehhe..pastinya aku setuju shj. slps ayahnya pulang, br si kecil reda dan ok.
namun hari ini, mood aku yg baik dan mood si kecil juga baik. wktu tdo, kami tdo brsama dan bila aku dh bgn si kecil smbung tdo seketika. kira2 jam 4 lebih dia bgn dan bermain suka hati. suka hati aku tgk dia bergembira dan tersenyum riang. jeritan kegembiraannya sgt nyaring dan buat telinga aku hangeeett. slpas mandi dan di luar hujan mula turun. si kecil menyusu lalu terus lena di pangkuan. ke letak di sisi dan ku sambung tugasan menanti. lena sungguh si kecil tdo, hanya tersedar tatkala si ayah sampai di muka pintu. brsambung xtvt suka ria brmain dgn si ayah. pas magrib,s pt biasa si kecil akan tdo dgn nyamannya sampai waktu menyusu tba.. ^_^
setelah sekian lama aku meninggalkan dunia coding ni.. kini aku perlu membiasakan diri semula kepadanya. bukan krn aku dh terikat dgn mana2 syarikat luar namun ia adalah untuk keperluan diriku sndiri
Popular Posts
-
Ini kali kedua atau ketiga dalam bulan ini, kurier Gdex tidak datang pikup seperti yang sepatutnya. Semalam hubby dah call awal sebelum jam ...
-
Sekian lama tak updet blog. Banyak berfacebook, mungkin kerana rangkaian teman2 lebih ramai dan updet dengat ayat yang lebih ringkas serta p...
-
Last day aku di Love Lure Holdings Sdn Bhd, cpt sungguh masa berlalu, tau2 je dh ptg. Tup2 mereka buat surprise majlis perpisahan di alamand...










