Abang...
Ala tak pandai nk meluahkannya
Abang tau tak..
Ala sgt berbesar hati mendapat suami spt abang
Ala sgt berbahagia dpt insan setulus abang

Tika di rumah...
Ala kagum dengan abang...
Abang tak pernah bersungut melakukan kerja2 rumah
Abang tak pernah merungut dgn hasil masakanku
Abang tak pernah mengeluh menjaga dan melayan zafran di kala lewat malam
Abang tak pernah marah andai rumah tak seenak mata memandang

Tentang kerjaya...
Abang tak pernah jemu memberi ala semangat dan dorongan
Abang sentiasa memberikan jalan
Abang sentiasa memberi bimbingan
Abang sanggup menghadiahkan sebahagian keuntungan abang utk ala
Abang sudi menyerahkan apa shj yg ala perlukan agar ala meneruskan perjuangan

Tatkala ala melihat kesungguhan abang menjaga kuage kita ini...
Terlalu byk yg ingin ala ucapkan
Terlalu byk yg ingin ala luahkan
Tp lidah kelu utk berkata2
Mata memerhati, hati berbicara..
Lelucon abang memeriahkan suasana
Senda gurau menceriakan hati dan jiwa
Abang sentiasa sabar dengan karenah ala yg kdg kala menguji kesabaran dan keimanan abang sndiri

Sifat murni abang..
Sentiasa memaafkan
Lembut hati
Kesabaran yang tinggi
Suka menderma
Tak mudah ala ikuti buat masa kini
Namun akan berubah jua nanti kpd yg lebih baik..kpd yg lebih cemerlang

Abang..
terima kasih atas segalanya
Terima kasih kerana menjadi suami yang hebat
Terima kasih kerana menjadi ayah yang penyayang
Semoga hubungan ini akan kekal ke akhir hayat dan sampai ke syurga..
Amin...

Category: | 0 Comments

1st anniversary dh tinggal 4 hari shj lg. lusa plak dh bertolak blk kg. kalau lambat2 sure aku x sempat nk beli present utk hubby. Dh lama sgt tringin nk bg mende tu pd hubby sbg hadiah. dr besday dia bln 10 last year lg nk bg tp msa tu dia mengidam nk bli dvd player. so aku tangguh niat, hadiahkan dia dvd player utknya. utk 1st anniversary ni, aku xtau nk bg apa yg spesial utknya lalu aku pilih menda tu untuknya. aku beli juga 1 utk keperluan diriku. Aku harap hubby suka dgn hadiah yg tak seberapa tu.
mujur hubby tak bwk keta arini. bleh la aku bawa si kecil jln2 ke hypermarket berhampiran rumahku ni.Baby pun mcm faham2 je dgn agenda aku arini. dia tak byk karenah spanjang aku bershopping td. Plan awal nk cari yg sepasang tp pilihan aku kurang menarik utk yg hubby punya. lalu aku pilih warna kuning air utk diriku dan warna biru utk hubby. warna kesukaan hubby..:)
Aku simpan elok2 mende yg telah siap dibalut rapi. harap2 hubby tak jumpa sebelum tiba masanya. tak sabo nk tau ape reaksi hubby nnt. tp kene tunggu 31mei ni.
Hai..tak sabar nk blk kg mertua. lama dh tak blk sana..hampir setengah thn. Pastinya mereka juga merindui kami dan ternanti2 kepulangan kami. Jumaat tengahari selepas zuhur brtolak dan akan singgah ke Kuantan umah abg mat. stay 1 mlm dan sabtunya baru meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu..
Terengganu..here we come.

Category: | 0 Comments

seawal jam 9pg kami dh keluar rumah krn hubby ade apoimen dgn supplier n clientnya d ampang. jln2 window shopping d tesco ampang. geram tgk tudung2 yg cantik tu tp mahalla... lenkali la bli.
pas g tesco ampang, hubby ajak aku g kedai salah seorg clientnya. i follow je. upenya clientnya menjalankn bisnes sauna infrared. dh alang2 dtg, teringin gak nk try.
antara kelebihan sauna infrared ni..

  1. beri kecerdasan
  2. cantikkan tekstur kulit
  3. penyahtoksin
  4. antipenuaan
  5. pengurusan berat badan
  6. pemulihan kesihatan dll
hubby teruja nk try. disebabkan kesudian empunya kedai, pn hayati menjagakan zafran, aku pun join hubby sekali. tgh ada promosi tau skrg ni..
hanya rm30 seorg atau rm45 utk 2 org. hanya stgh jam shj di dlm bilik sauna tuh. besh gilos. rasa x puas stgh jam tu. tp dh mmg penggunaan infrared ini hanya stgh jam shj sehari. tak leh lebih. xsampai 5 minit d dlm bilik sauna,hubby dh brmandi peluh.aku lambat skek..lebih 5 minit br berpeluh2. semasa bersauna, kami didendangkan dgn cd berkenaan FIR (Sinar Inframerah Jauh).
keluar shj,mmg badan terasa ringan dan lapang. kalori yg dibuang umpama kita berjoging 10km. letih siot..tp puas hati! harga berpatutan. bg yg breast feeding mcm aku,lg digalakkan utk melancarkan sistem dalaman n feeding. kpd yg nk melanggan pun ada pakej langganan. sng kata, harga berpatutan dgn hasil yg diperolehi. jauh lebih murah dr g spa or salun.
aku n hubby berhasrat nk g lg atleast 1 a month. mmg puas hati..:)

UNTUK PERTAMA KALI PERGI, PERCUMA!!!
nk try? ni alamatnya.. (next to tesco ampang MRR2)
Kalista Ent
1-41 jln pandan prima 2
dataran pandan prima
55100 kuala lumpur
tel: 0392859090 / 013-3308696

Category: | 0 Comments

Salam sahabat.. ting tongg ting tongggg.. seakan masa tu telah memisahkan kita smua..dan juga kehidupan dan tanggungjawab masing-masing telah menggariskan sempadan antara kita.. dgn ini sy sebagai AJK seranta.. ingin menjemput Puan-Puan dan Cik-Cik utk sama-sama menyertai 'Panggilan Pulau 09'.harapnya anda dapat mencadangkan tarikh2 yang sesuai. Kepada crony berikut, sila maklumkan secepat mungkin :-
1. Pn Aien & suami
2. Pn Nora & suami
3. Pn Has & suami
4. Pn Annur & family
5. Pn Zura & suami
6. Cik Iza
7. Cik Mama
8. Cik Ziela
9. Cik Syam

p/s - ini ym dr cik mama, aku post je kt cni. Peneraju gath crony kali ini ialah Pn @ cikgu Has..
..........................................................................................................................................................................

Category: | 0 Comments

1 msg kuterima darinya ke dalam no maxis & celcomku..
"Sayang, abg minta maaf... Selamat Menyambut Hari Lahir. Semoga sayang sihat walafiat dan dipanjangkan umur dlm keredhaanNya. Abang saayang sgt kt nor*****i isteri comel abg :) maafkan abg ye."
dan sebiji kek comel

tq abang.. lenkali jgn buat lg tau. tak lama lg 1st anniversary kita

Category: | 0 Comments

Dr lewat mlm td hingga ke mlm ini... dia masih membisu.
Tiada riak mahupun kata2 yg ingin diluah..
Terlalu bz kah hingga dia terlupa hari ini..

Sampai hati...
Sampai hati dia...
Teganya dia...
Ini kali pertama dia lupa sejak perkenalan ini...
Pertama kali ingin ku dengar sejak dia menjadi insan sehidup sematiku...

Apa yg kurasa..?
apa yg perlu ku luah..

Segala perbualan dengannya ku sambut baik..
di depannya aku masih boleh tersenyum dan berbual ceria..
aku masih boleh menyembunyikan apa yg tersirat di sudut hati..
namun di belakangnya...
aku sedih dan merintih..
mengalir air mata darah sekalipun tiada gunanya..
kerana dia memang tidak ingat ttg hari ini..

bagaimana aku boleh hadapi keadaan ini
setiap apa yg brlaku dlm hidup kami...
setiap apa kesedihan yg ku alami...
secara kebetulan atau sememangnya takdir..
setiap air mata yg menitis bukan di hadapannya

hanya sekali dua bila aku xdpt thn perasaan,
dia tahu aku merajuk dan marah
namun air mata masih pandai menyembunyikan diri
tidak menitis di hadapannya..

sabarlah hati
tabahlah diri...
..........................................................................................................

Category: | 0 Comments

Allah selamatkan aku..
Allah selamatkan aku..
Allah selamatkan aku dan semua..
Allah selamatkan aku..

Selamat Ulangtahun Aku yg ke 2.. heheh..:)

Category: | 0 Comments

kira2 jam 7.30pg kami dh keluar ke klinik desa sg sekamat utk pemeriksaaan zafran. sian si kecil, smlm dh kene kejut waktu tdonya, arini kene kejut lg. kebetulan hubby kelas kol 10.30am arini so, die dgn senang hati menawarkan utk pergi bersama2. walau baru 7.30 pg, dh ramai yg beratur di depan pintu klinik. klinik dibuka tepat jam 8.00am. aku mendapat giliran yg ke 17. dtg kol 7.30am pun turn ke 17, org pertama yg dtg tu ntah kol brapa dh tercegat kt depan pintu klinik tu gamaknya...
aku yg 1st time g ke klinik desa ni terpinga2 ttg prosedur dan tatacara di klinik tu. sementara aku masih terpisat2 tak tau nk buat apa, dengan sekelip mata kelilingku dh penuh dengan ibu2 yg mengendong anak2 mereka. di atas kerusi,tepi kerusi,blakang kerusi, atas tangga, tepi tangga,tepi meja dan di segenap ruang penuh dengan manusia yg mempunyai matlamat yg sama di sini. aku kembali semula ke kereta menemui hubby dan zafran yg sdg enak menyusu di 'car seat' comelnya. lama gak menanti org pertama keluar dr klinik. smpai stgh jam, org pertama belum lg keluar. jam menunjukkan hampir jam 9.00am. kang lewat2..lambat plak hubby ke kelas. aku g smula ke klinik, bertanya pd seorang ibu ttg suasana dan prosedur kebiasaan yg dilakukan di klinik tersebut. bla.bla..bla...
dipendekkan cerita, aku telah termiss giliran yg dipanggil utk sukat dan timbang baby. dgn muka wajah ala2 kesian aku berjumpa dgn misi brtanyakan ttg giliranku. mujurlah dia baik hati mendahulukan aku yg telah kelewatan giliran. ku timbang zafran..
hmm... 6.2kg. mak aih..dh semangat anak aku ni. patutla baju2 byk dh x muat. spt anak2 lain, walaupun ada yg menangis dan mendiamkan diri di badan ibunya, zafran tak ambil pusing dgn keadaan itu. ia masih dengan keaktifannya melompat-lompatkan diri di kakiku serta menarik tudung,baju atau apa shj yg ada di tubuhku dan zafran juga tak lekang dengan senyuman serta gelak tawa riang kpd sesiapa shj yg mengagahnya samada para misi bertugas, ibu-ibu di samping mahupun rakan2 seangkatan dengannya. slpas timbang, zafran diuji dgn kepekaan terhadap warna dan objek. then diuji pula dgn kemahiran memegang objek. kedua2nya lulus dgn cemerlang... yeah..anak ummi kan bijak..hehe
seterusnya perbincangan mengenai perkembangan kesihatan dan temujanji yg berikutnya adalah pd 23jun09. sebelum balik, zafran diberi hadiah dgn suntikan sempena umurnya yg telah mencecah 3bln. aku yg cuak sbb aku mmg takut jarum. tu sbb aku xpenah lg menderma darah.. alahai..segannya kt owang lain..:p. tatkala jarum dimasukkan, terdengarlah suara nyaring anakku menyanyi dan tatkala jarum keluar, ketika itu juga nyanyian terhenti. owh..lega hatiku. yeah..good boy. anakku berani,lasak,bijak dan riang orgnya. hehehe... Tahniah utk anakku tersayang, ahmad zafran dan kpd kedua ibu bapanya iaitu ummi dan ayah. :)

Category: | 0 Comments

aku vs hubby:-
- mudah marah vs penyabar
- milo 0 vs teh 0
- susu HL vs air kosong
- roti@asam vs kuaci@kacang
- motivasi vs kurang skek motivasi

sinonim tp hubby lebih dr aku:-
1. loyar buruk
2. nk menang aje bla lawan cakap
3. tdo
4. bisness online
5. xplore mengxplore internet

sinonim tp aku lebih dari hubby
1. cakap
2. konfiden
3. chating
4.bla..bla..

Category: | 0 Comments

Skrg ni, sdg rancak team Alumnai Lambaian merancang xtvt dan kehadiran para alumni ke mini gath + agm. aku dpt msg lg dr kak syila mlm td bertanyakan seandainya tarikh gath pd 6&7 jun ditunda ke 13&14jun, adakah aku dpt menghadirkan diri sama? terus shj aku brtanyakan soalan tersebut pd hubby, fully sponsor by me (nk amik ati,kang soh dia byr...lgsung dia xnak). Jawapannya... tunggu esok, nk kompem dgn maktab samada dia dpt cuti 2minggu cam cuti sek or 3 minggu (plus dgn cuti sem). dlm hati, ade 2 choice utk kuberi padanya... 1.bwk g pulau redang 2.join gath...

Dan sekembalinya dr kelas hari ini, kuajukan beberapa soalan berkenaan..
1.berapakah tempoh percutian yg diberikan kpdnya..?
jawapan: 3 minggu
2.wau,lamanya.. tak dpt la gi gath lambaian ala ye?
jawapan : tak dpt la.. takkan nk blk sini dlm prtengahan cuti then blk tganu smula
3. hmm...kt tganu lama2..abg nk bwk ala g mana?
jawapan : ala nk g mana..mana tpt kt tganu ala tak g lg?byk lg kan tpt ala lom g lg
dengan muka x berharap aku mnjawab soalannya (mls nk brharap, bmbang xdpt coz sblm ni penah kata nk g tp pastu tak nak plak...sakit ati nnt klu kecewa lg)

jaw aku : nk g pulau redang
hubby : zafran camne?
aku : bwk je laa... kita bkn naik tongkang, kita naik mcm feri kan
hubby : zafran tu kecik lg..tpt tu pulau plak tu. bmbang jd pape nnt..asik menangis je..susah gak nnt
aku : tentu ada cara.. ke..nak tinggalkan dgn mak?
hubby : cuti sekolah, mahal la..silap2 dah penuh book
aku : kita g minggu ke 3 abg cuti la.. bkn cuti sek
hubby : a'ah la.. g time weekdays.
aku : betul ke? kang janji tinggal janji je...
hubby : betul..boleh...
aku : yey..sukenya.. :)

skrg ni, pas baca blog alumnilambaian, terasa sedih plak tak dpt join. jelesnya tgk mereka2 yg dpt join. tp apakan daya, takkan nk lawan ckp suami. klu blk kg aku takpelaa.. leh excuse jap...lagipun BP dgn PD xle jauh sgt. tp ni blk tganu.. PD ke KT jauh tuu... alahai...terlepas le nmpaknya. Tak sampai ati nk msg kak syila nk inform brita ni...huhuhu...

Category: | 1 Comment

seharian ni masa aku byk dihabiskan bersama si kecil (mmg ari2 dgn si kecil pun,,:) ). Betapa hati dan jiwa yg runsing pun boleh tenteram melihat si kecil yg asik gelak ketawa dan bercakap 'aaaa... ahh.. a..aaa' bahasa yg dia sndiri faham. sejak pg moodnya happy, asik ajak berborak je. pantang mataku beralih ke arah lain, dia akan merenungku tajam sambil bercakap 'aaa..aaa' meminta perhatian. Zafran akan genap berusia 3bln pada hari jumaat ni bersamaan 15mei09. sudah semakin dewasa dan saban hari aku akan memerhatikannya. cpt sungguh masa berlalu. bayi yg dulunya sebesar tapak tgn kini sudah melebihi 5kg.
hari ini, pas solah subuh, aku terlena di sejadah. sedar2je terdengar tangisan. kuraba2 di sekelilingku..x jumpa di mana gerangan empunya tangisan. upenya aku masih d blik solat, hubby pun terlena kt sjadah gaks. ni gara2 tdo lewat mlm td. aku tdo 2lebih dok nyiapkan kje dan hubby plak kol 3 lebih br smpai umah dr wat esemen kt umah member groupnya. Semasa susukan zafran, aku terlena lg.hanya tersedar skejap waktu hubby nk ke kelas then terlena blk. sedar2 je zafran dah bgn n mengekek2 di sebelah..tgk aku tdo xbgn2 gaknya.
sepanjang siang, zafran tak habis2 bergumbira.. senang hati aku menghadapinya...
sampai hubby blk pun dia hepi lg...
tp menjelang malam...zafran tak tdo2 spt kebiasaannya...
lenkali aku citer apa yg brlaku. jeritannya menggegarkan jiran tetangga atas bawah kanan kiri...huhuhu

Category: | 0 Comments

"Buang la mende tu, buatpe ade kt situ"
Huhuhu... terkesima aku dibuatnya... Itulah satu-satunya hadiah yang ku terima sempena hari ibu tahun ini. Sangat bererti sekuntum rose merah itu buat aku. Sanggup dia soh aku buang.. sampai hatinya... :'(

Category: | 0 Comments

Selamat hari ibu kepada seluruh ibu2 di dunia ini....
Ini tahun pertama aku bergelar ibu dan menyambut hari ibu. Sambutke..? huhuu...
takkan nk minta pape dari si kecil.. bila ku ajukan pd hubby... ini katanya..
"Hari ibu, anak le bg hadiah kt ummi.. bkn suami bg kt isteri.."
hmm... nasib le labu....

hubby demam panas, baby plak selsema... aku-> jaga dua2 laaa... alhamdulillah aku sihat walafiat

Category: | 0 Comments

Hmm.. best! Menarik! Tak rugi masa dan duit menyertainya!
Aku dpt tau mengenai kursus Wanita 3C ni mialalui metro ahad. intipati programnya menarik. lain dari lain...belum pernah aku rasai dan tidak spt program atau kursus2 yg pernah aku ikuti sebelum ini.
Wanita 3C merupakan satu persatuan yg baru dilahirkan yang mempunyai hasrat murni dlm membantu wanita2 di Malaysia mempunyai 3ciri sebagai seorang jutawan iaitu cantik, cinta & bercita2 tinggi. Cantik merangkumi canti rohani dan jasmani, Cinta bermaksud mempunyai perasaan cinta yg mendalam terhadap agama, keluarga, bangsa dan warga sejagat. Cita pula bermaksud setiap wanita harus mempunyai cita2 yang tinggi untuk menjadi seoarng jutawan yg berjaya selain pendorong dan org yg brdiri di samping suami. Selain meningkatkan motivasi diri, wanita 3C juga berniat untuk membuat kerja2 amal dan mengumpul dana untuk disumbangkan ke badan2 kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah anak2 istimewa, rumah orang2 tua dll yang sewaktu dengannya..
Antara yg brkesan di hati ialah part 'game win-win'. dlm pusingan ini, setiap peserta perlu memilih pasangan masing2. dlm tempoh yg ditetapkan, peserta akan berlawan gusti lengan dgn pasangannya dan akan dilihat siapa lebih byk win. aku brpasangan dgn Yana. bab berlawan ni,aku mmg nk menang slalu. dlm game ni aku menewaskan yana 12-0. tp hakikat sebenarnya akulah yg TEWAS!! tewas krn aku gagal memahami maksud tersirat game ini. Win-win brmaksud, sama2 menang dan tiada yg tewas dlm game ini. aku gagal memahami maksud tersiratnya.. aku selfish ! selfish walau kpd org yg memang kita kenali dan akrab dengannya. inilah real life. sepatutnya prlu ada toleransi, tolak ansur, bantu membantu dlm kehidupan.
Aktiviti awal yg dilakukan adalah segmen Cantik yg mana peserta dibahagikan kpd 2 kumpulan. Kump A adalah kump peserta yg tidak tau langsung bersolek dan kump B adalah peserta yg mempunyai kebolehan bersolek serba sedikit atau banyak. Kump B diminta berkongsi idea dan kreativiti dengan menyolekkan peserta Kump A.
XTVT lain adalah segmen slaid show, motivasi dan Die Game. waktu terasa cepat sgt berlalu. Pelbagai jenis peserta dpt kulihat dalam kursus kali ini. Ramai di kalangan peserta merupakan seorang businesswoman dan tak kurang juga pelajar sekolah, surirumah dan yg buat aku terkejut, lelaki pun ade yg dtg menyertai program ini walau namanya WANITA 3C.
Kepada mereka yg diluar sana, aku syorkan mereka join program Wanita 3C ni. Untuk keterangan lanjut mengenai kursus ini, boleh lihat di Metro Ahad atau terus ke website syarikat berkenaan.
Tak rugi join program ni. selain dpt tingkatkan motivasi, belajar bgaimana ingin menjadi seorang jutawan, dpt juga pemerhatian dan pantauan dari mentor yg mmg telah berjaya. Semoga kumpulan Wanita 3C semakin berkembang dan semoga kita dapat menyalurkan sumbangan kita kpd merekayg lebih memerlukan di luar sana....

Category: | 0 Comments

smlm ptg msa tgh window shopping kt tesco, call la kakni. mulanya just nk dptkn info, anak bongsunya yg brnama erina kaisara tu mkn nestum brand apa. nmpak gayanya aku trpaksa bg zafran ni mkn nestum lebih awal dr hadnya.huhuhu... kuat sgt minum,asik xcukup je susu yg diberi walau dh campur susu soya skali.cpt benar susu tin habis.seminggu skali kene topup susu baru.itu mujur bg susu bdn gaks waktu siang n mlm.klu susu tin shj,mau xcukup 1tin sminggu.huhu. org kata anak lelaki mmg kuat minum brbanding pompuan..yeker? teman2 ckp, no wonder la klu anak kuat mkn klu dh mak ayahnya pun kuat mkn. rasanya aku takdela kuat mkn st cuma selera mkn je lebih.. ikut ayah dia kot.klu mkn nasi,penuh pinggan tp masih slim.. same ke selera mkn dgn kuat mkn?..x same kan..hehehe
Dpt info, ag azli dh 3hari kt spital.kene denggi berdarah.harap2 cepat sembuh..amin
Esok...nk blk kg. yeyeye...dh sebulan x alik. nk tunjuk kt mak,cucu mak dh makin besar,anak mak still maintaain slim walau xkuat berpantang khususnya bab pakai barut dan mkn jamu.hehe

Category: | 0 Comments

Popular Posts